Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Tuesday, October 24, 2017

Bagaimana Nak Elakkan Heatstroke



Musim2 el Nino ni kita biasa dengar perkataan HEAT STROKE kan? Apa sebenarnya heat stroke ni?

Badan kita ni ada sistem pemanasan/penyejukan semulajadi. Bila cuaca sejuk/panas sangat, badan kita akan acclimatize utk jadi biasa dgn suhu tu. Tapi, bila kita mengalami heatstroke, badan kita hilang upaya utk menyejukkan badan secara normal. Suhu badan kita akan jadi meningkat & boleh mengancam nyawa.

Generally, heat stroke disebabkan oleh DEHIDRASI, yakni badan kita kekurangan air yang sepatutnya. Darah jadi pekat & merosakkan organ dalaman.

Siapa yang berisiko utk kena heat stroke?

🔥 Kanak2 dan baby
🔥 Ibu hamil & menyusu
🔥 Warga emas
🔥 Org yg ada masalah kesihatan spt sakit jantung, darah tinggi, masalah paru2
🔥 Org yg jarang minum air

Bila keadaan yang berisiko utk kena heatstroke?

🔥 Dehidrasi --> tak minum air dgn cukup, lepas excercise, terdedah kepada kepanasan matahari, cirit2+muntah
🔥 Cuaca panas dan sesak
🔥 Terdedah kepada haba matahari
🔥 Bila berlaku kebakaran hutan/jerebu

Simptom2 heatstroke:-

🔥 Suhu badan meningkat
🔥 Kulit menjadi kemerahan (krn panas) & tidak berpeluh
🔥 Degup nadi meningkat
🔥 Pening, loya
🔥 Sakit kepala mencucuk2
🔥 Pitam/pengsan

Heatstroke ni kena dicegah awal2. Better safe than sorry. Macamana nak cegah heatstroke?

🔥 Minum air dgn konsisten. Minum Performance Drink yg terbukti menghidrat lebih baik dari air biasa.
🔥 Kurangkan aktiviti luar yg mendedahkan diri kpd kepanasan.
🔥 Kalau rumah panas sangat, cari tempat yang ada aircond utk sejukkan badan.
🔥 Makan sikit2, jgn makan terus banyak sampai kenyang terlajak.
🔥 Keep yourself cool.... mandikan anak2 dgn kerap atau lap badan dengan towel basah selalu.

PERFORMANCE DRINK wajib ada kat rumah & jadi hidangan utk satu family. Terbukti secara klinikal utk rehidrasi & memelihara kulit di kala cuaca panas.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. **These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**
 ♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
 ♥ Atira ♥
 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059

Friday, September 15, 2017

Basic H Shaklee : Pencuci Organik Tanpa Bahan Kimia


Apakah itu Basic H Shaklee?


Basic H adalah satu satunya, pembersih super pekat dan berkuasa yang boleh digunakan untuk membersih kotoran degil. 

Seperti semua produk Shaklee, Basic H telah diuji dan untuk memastikan ia selamat untuk anda, keluarga anda, rumah anda dan planet ini. 

Pengguna yang bijak di luar sana telah menggunakan Basic H dan telah berkongsi lebih 1,000 kegunaan yang berbeza untuk basic H.

Apa yang membuatkan pembersih organik Basic H ini begitu berbeza? 

  1. Pertama, ia adalah mempunyai pH seimbang untuk badan manusia. 
  2. Tidak seperti cuka, yang sering digunakan sebagai pembersih rumah organik alternatif, Basic Hmempunyai enzim hidup di dalamnya untuk bekerja keras membersihkan untuk anda. 
  3. Bahan-bahan utama dalam Basic H secara lestari diperoleh daripada jagung dan kelapa dan tidak mengandungi sebarang sebatian organik meruap (VOC ini), fosfat, pewarna, racun, wasap berbahaya, bahan kimia berbahaya, klorin atau wangian. 
  4. Ia mampu terurai dengan cepat
  5. Basic H tidak menimbulkan kemudaratan kepada ekosistem air kita dan sebaliknya, ia boleh memberikan manfaat sebagai makanan tumbuhan.
  6. Sesuai sangat digunakan untuk ibu mengandung.

Disini saya sertakan beberapa kegunaan Basic H secara umum.

1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.  


Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet. 


Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet. 


Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.


Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.


Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.


6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.


Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.


Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.


Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.


9. Mengasah Pisau


Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau  dan asah pisau seperti biasa.

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya


Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian  di bilas.

Disini pula diterangkan tentang kegunaan Basic H Shaklee di waktu kecemasan.


1. Menghapuskan kutu di atas kepala. 


Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah di bilas.


2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas


Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.

3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.


Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.

4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)


Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit Gigi


Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur.  Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)

Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.

7. Ulser dan mulut berbau


Caranya: Tuangkan  4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)


8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah


Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram  pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.


Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Ini ciri-ciri berkenaan kandungan yang terdapat dalam setiap produk Basic H Shaklee, semestinya 
  1. Tidak Bertoksik, 
  2. Tanpa Gas Beracun, 
  3. Tanpa Bahan Kimia Berbahaya, 
  4. Tanpa bahan pewangi, 
  5. Sangat lembut pada tangan,
  6.  pH yang seimbang 
  7. Tanpa klorin.

Terlalu banyakkan kegunaan Basic H Shaklee,walaupun hanya berisipadu 160z.. 

Tetapi botol kecil ini boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat dan benar-benar berkuasa.

******************************************

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

 **These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

 ♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
 ♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 

Tuesday, April 21, 2015

6 Rempah Ratus Terbaik Untuk Kesihatan

Rempah ratus dalam makanan kita adalah perkara biasa sejak zaman-berzaman, jadi kita pun tidak ambil pusing kelebihan rempah ratus tersebut. Yang kita tahu jika tiada rempah, makanan tak sedap dan hambar. Selain daripada menambah rasa sedap dalam makanan, sebenarnya rempah ratus yang kita makan setiap hari mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan.

Kajian di barat mendapati terdapat 6 rempah ratus, yang tidak asing lagi dalam masakan kita, sangat baik dari segi kesihatan, iaitu:

1. Lada (cili) kering

Lada (cili) kering (seperti cili segar) mengandungi sebatian capsaicin yang memberi rasa pedas. Sebatian ini berkhasiat bagi mengurangkan risiko kanser kolon dan kanser kulit. Namun begitu, kita perlu berhati-hati membeli cili kering kisar yang dijual di kedai kerana kebanyakannya mengandungi asid borik atau bahan pengawet lain yang karsinogen (penyebab kanser). Sebaik-baiknya kisar sendiri cili kering.

2. Buah pala

Buah pala mengandungi sebatian anti-bakteria bagi membantu melawan bakteria seperti E. coli dan salmonella.

3. Jintan

Jintan mengandungi bahan anti-radang dan antioksidan bagi membantu menghentikan pertumbuhan tumor kanser.

4. Kunyit

Kunyit mengandungi bahan aktif curcumin yang mampu menghalang sel-sel kanser merebak dan membantu menghindari diabetes Type-2. Perahan air kunyit hidup juga sering diambil oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin supaya peranakan (uterus) mengecut dengan cepat.

5. Kulit kayu manis

Pengambilan 1/4 hingga 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis setiap hari dapat membantu menurunkan kandungan gula, paras LDL (kolesterol tidak baik) dan triglyceride dalam darah bagi pengidap penyakit diabetes Type-2.

6. Halia

Halia mengandungi bahan yang dapat menghilangkan rasa mual, dapat meredakan pedih ulu hati dan kembung perut serta buang angin yang berlebihan dalam badan. Sebaik-baiknya gunakan halia yang segar kerana ia lebih efektif.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Friday, April 10, 2015

Tanda Awal Kegagalan Buah Pinggang

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.


Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.
Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:
  1. Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
  2. Darah keluar bersama-sama air kencing.
  3. Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
  4. Sakit belakang.
  5. Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
  6. Bengkak pada pergelangan kaki.
  7. Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.
Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu. Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
  1. Pemakanan seimbang.
  2. Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  3. Berhenti merokok.
  4. Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
  5. Kekalkan berat badan seimbang.
  6. Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya. Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, March 5, 2015

Kenapa Anda Cepat Lapar?

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini..?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis
Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran
Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula
Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak
Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan
Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, February 16, 2015

Promo Februari 2015

Selamat pagi semua...


Jangan lepaskan peluang untuk anda mendapatkan produk-produk Shaklee ini dengan harga yang lebih berbaloi-baloi. Sepanjang bulan Februari 2015 ini, Shaklee Malaysia telah menawarkan 4 produk hebat dengan harga promo untuk anda pengguna setia Shaklee.

Vitalea
  1. Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  2. Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  3. Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
  4. Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
  5. Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
  6. Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
  7. Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  8. Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  9. Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.
  10. Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
  11. Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
  12. Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
  13. Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
  14. Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
  15. Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
  16. Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
  17. Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.
  18. Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
  19. Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
Ostematrix
  1. Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
  2. Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
  3. Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
  4. Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan
Advanced joint Health Tablet

  1. Meningkatkan keselesaan pada sendi seawal hari ke-5
  2. Keselesaan sendi dengan 28% lebih cepat daripada dakwaan jenama terkemuka.
  3. 45% lebih berkesan bagi meningkatkan keselesaan sendi 
  4. Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zink, vitamin c dan manganese yang bertindak membina kolagen.
  5. Meningkatkan keupayaan ‘kusyen’ dengan glukosamin dari ekstrak boswellia , jadi anda bebas bergerak.
  6. Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit
  7. Meningkatkan fleksibiliti sendi.
  8. Memperbaiki fungsi sesendi.
  9. Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang.
Vitalea for Children
  1. Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  2. Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  3. Memberi 100% nilai harian vitamin C
  4. Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  5. Berasaskan phytonutrien semulajadi
  6. Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
  7. Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
  8. Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri
Bestnyer rasa promo untuk bulan nie. Set kesihatan tulang dan juga penjagaan untuk mengekalkan tahap kesihatan badan dengan pengambilan multivitamin. terdapat dalam dua bentuk iaitu bentuk tablet dan chewable. yang penting chewabale adalah khusus utk kanak-kanak. namun bagi anda yang sukar menelan tablet. Vitalea chewable adalah pilihan terbaik untuk anda. 

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


Bagi anda yang ingin mendapatkan Set Promo anda Boleh terus hubungi saya dan belian / penghantaran anda akan saya uruskan

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, February 2, 2015

Mimpi Dalam Trimester Ketiga

Dalam mimpi anda...

Jika mimpi-mimpi anda dalam trimester ketiga ini menjadi semakin pelik, janganlah bimbang. Ia adalah normal. Mimpi-mimpi anda sekadar mencerminkan fikiran dan kebimbangan anda mengenai kelahiran bayi serta hakikat bahawa anda akan menjadi ibu tidak lama lagi.

Jika anda mengalami mimpi yang menakutkan atau tidak menyenangkan, kongsilah dengan suami, rakan atau ahli keluarga, ataupun doktor anda. Dengan meluahkannya kepada seseorang, kebimbangan anda akan berkurangan.

Walaupun mustahil untuk menjangka mimpi apa yang akan anda alami semasa hamil, ada beberapa imej yang sering muncul dalam mimpi wanita-wanita hamil pada peringkat-peringkat tertentu. Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa mimpi yang biasa dialami wanita hamil dalam trimester ketiga dan apakah maksud mimpi-mimpi tersebut.
Mimpi saya seperti memberitahu saya sesuatu. Adakah ini normal?

Ya, ini agak normal. Kadang-kala mimpi anda mungkin jelas menunjukkan anda mendapat bayi lelaki atau perempuan. Dan 50 peratus kemungkinannya mimpi anda itu betul! Pada ketika-ketika lain, mimpi mengenai jantina bayi mungkin agak kabur.

Mimpi membolehkan imaginasi anda memeriksa bayi dalam kandungan. Sesetengah bakal ibu dapat melihat bayi mereka dengan jelas. Sesetengah yang lain pula bimbang kerana dalam mimpi mereka melihat anak mereka mewarisi ciri-ciri yang mereka tidak suka.

Yakinlah bahawa mimpi-mimpi ngeri seperti ini adalah perkara biasa dalam peringkat kehamilan ini. Walau bagaimana jelas sekalipun mimpi-mimpi itu, ia tidak meramalkan masa hadapan!

Mengapakah saya bermimpi mengenai nama?

Anda mungkin meluangkan banyak masa pada waktu siang memikirkan nama yang sesuai untuk bayi anda. Anda mungkin menimbangkan nama-nama ahli keluarga serta nama-nama yang agak berlainan.

Tetapi pada waktu malam, mimpi anda mungkin mencadangkan, dan kadang-kala meminta, pilihan yang lain. Sesetengah budaya masyarakat percaya bahawa nama yang muncul dalam mimpi mereka mempunyai kelebihan tertentu. Anda juga mungkin mendapati bahawa nama yang muncul dalam mimpi anda mempunyai makna yang istimewa bagi anda.

Tanyalah suami anda jika dia juga mengalami mimpi-mimpi yang menarik. Jika dia juga bermimpi mengenai nama, mungkin anda boleh tuliskan nama-nama yang anda berdua mimpikan itu.

sumber : www.babycenter.com

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...