Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.
Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts
Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts

Monday, July 14, 2014

5 Cara Mudah Rendahkan Paras Kolestrol

Kolestrol adalah sejenis lemak yang dihasilkan oleh hati daripada makanan yang kita makan, dimana ia berfungsi dalam proses metabolisme sel. Setiap sel mempunyai kolestrol pada permukaan luarnya.

Jika kolestrol termendap di salur darah, ia akan menyebabkan strok, tetapi sebenarnya ketidakseimbangan kolestrol (LDL>HDL) memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan selular.

Sel yang sihat memerlukan kolestrol baik (HDL) untuk bernafas, makan l, berkumuh dan pelbagai lagi fungsi metabolisma yang lain. Manakala kolestrol 'jahat' (LDL) merosakkan fungsi-fungsi tersebut.

Fungsi-fungsi lain kolestrol ;

  • membina dan menjaga menbran sel dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon dalam membran
  • menjadi penebat kepada jaringan saraf
  • menukarkan cahata matahari kepada vitamin D
  • terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen
  • menjadi 'filter' kepada sel, hanya membenarkan molekul yang dibenarkan sahaja masuk kedalam sel.
  • penting untuk metabolisma vitamin larut lemak
  • penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kalenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya

Ok. Sekarang anda dah tahu apa itu kolestrol dan fungsi kolestrol dalam badan kita. Jadi sekarang jom kita tengok 5 cara mudah untuk kita rendahkan paras kolestrol.

Usia, jantina dan sejarah keluarga merupakan antara faktor-faktor yang tidak boleh dikawal. Tetapi diet, senaman dan lain-lain gaya hidup boleh memberikan perubahan yang besar dalam mengekalkan profil kolestrol yang sihat. Di bawah diberikan langkah bagi membolehkan anda meningkatkan paras kolestrol baik secara semulajadi.

  1. Turunkan berat badan - Manfaat : penurunan 3kg berat badan meningkatkan 1 mata HDL
  2. Berjalan pantas - Manfaat : peningkatan 2-4 mata HDL. Bersenam 20 minit sehari boleh meningkatkan kolestrol baik sehingga 2.5mata.
  3. Tidak Merokok - Manfaat : Secara purata, paras HDL perokok kurang 5mg/dL berbanding bukan perokok.
  4. Pilih Kekacang Sebagai Snek - Manfaat : Paras HDL meningkat 2-3 mata. Disarankan anda mengambil sama ada walnut, pecan, almond, peanut, pistachio dan macademia sekitar daripada 2 auns (57gram) sehari.
  5. Ambil Lebih Kalsium - Manfaat : Paras HDL meningkat 1 mata. American Journal of Medicine mendapati mengambil 1,000mg supplemen kalsium sehari dapat meningkatkan paras HDL sehingga 7%.
Supplemen Shaklee yang dapat membantu anda dalam menurunkan paras kolestrol.
  1. Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolestrol jahat LDL
  2. Phytocol ST - bertindak menghalang penyerapan kolestrol ke dalam usus
  3. Vitamin C - Membantu menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri
  4. B Complex - Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolestrol
  5. Garlic - Membantu merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah.


Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Wednesday, June 25, 2014

Phytocol-ST : Menurunkan Paras Kolestrol Secara Semulajadi

Masalah kolesterol tinggi bukanlah penyakit tetapi memberi komplikasi yang digeruni iaitu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia menghidapi masalah kolesterol tinggi ini. Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti. Americans Heart Association mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 300mg sehari bagi individu normal & kurang dari 200mg bagi pesakit jantung.


Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang. Jadi tidak pelik jika seorang yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah. Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh. Sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.

Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL. Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh. Sehubungan itu, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada dalam keadaan terkawal. 

Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti: 

* Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan, kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan. 

* Bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu) boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya (LDL) serta meningkatkan kolesterol baik (HDL). 

* Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolesterol HDL 


* Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok memandangkan merokok boleh merendahkan kolesterol HDL

Bagaimana Cara Phytocol-ST Menurunkan Kolesterol?

Phytocol-ST ini diambil sebelum makan dan akan membentuk satu lapisan yang akan menghalang kolesterol dari masuk ke saluran darah.

Phytocol-ST ini akan mencegah penyerapan kolesterol dan akan menurunkan kolesterol jahat (LDL) di dalam badan.

Anda menghadapi masalah kolestrol yang tinggi?
Phytocol-ST adalah jawapannya. Untuk membuat pesanan atau konsultasi anda boleh terus berhubung dengan saya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tuesday, June 17, 2014

Phytocol ST

Anda yang punya masalah kolesterol tinggi?
Anda yang suka makan makanan berkolesterol tinggi?

Anda yang punya nafsu makan membuak-buak?

sempena National Conference Shaklee 2013 baru2 ni, Shaklee dah perkenalkan produk terbaru diorang PHYTOCOL-ST.




APA FUNGSI PHYTOCOL-ST?
PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL. Ia menurunkan paras kolesterol. Kolesterol yang tinggi menyumbang kepada masalah jantung yang akhirnya boleh membawa maut. 


BAGAIMANA CARA MENGAMBIL PHYTOCOL-ST?

Disarankan untuk mengambilnya sebelum makan makanan berlemak.


APAKAH KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST?

  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

DIJAMIN BERKESAN KE PHYTOCOL-ST NI?

Ethan Wang; Sales Diretor di Shaklee Malaysia sendiri telah mencuba tahap keberkesanan Phytocol-ST ini. Dalam masa 2 bulan sahaja, beliau telah berjaya menurunkan kadar kolesterol beliau sebanyak 22%! Wowww! Dan, oh ye... beliau sanggup menghentikan pengambilan supplemen Shaklee yg lain tau, semata-mata untuk membuktikan keberkesanan Phytocol-ST ni.. Malah beliau makan seharian dengan tak mengambil kira tahap kesihatan diet seimbang pun... (^_^)

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...