Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.
Showing posts with label Carotomax. Show all posts
Showing posts with label Carotomax. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Penting Sangatkah Supplemen Pada Tubuh Kita?

Perlu ker aku ambil vitamin nie??? Cam tak penting pun. Bukan Orang-orang tua jer ker yang slalu amik benda alah nie semua. (boleh plak panggil supplemen nie benda alah...Adoila). Jawapannya tetap ada pada diri individu itu sendiri. Sebenarnya kita perlu mengenali fungsi setiap supplemen-supplemen ini pada tubuh kita. setelah itu baru kita boleh membuat keputusan. Tak kenal maka tak cinta. Betul tak !!! jom kita kenali hati budi setiap supplemen-supplemen ini.

Vitamin C
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah: 
1)  Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
2)  Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
3)  Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karoten
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zink
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
 COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, July 14, 2014

Cara Mengelakkan Penyakit Batu Karang

Pundi kencing, ureter dan buah pinggang merupakan tiga lokasi 'panas' batu karang boleh terbentuk. Faktor pemakanan yang tidak seimbang iaitu mengambil diet yang tinggi kandungan kimia atau purin akan menyumbang kepada pembentukan batu karang di tempat-tempat tersebut.

Pencegahan Pembentukan Batu Karang

1. Minum air kosong secukupnya 
  • kita perlu ambil sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air setiap hari kerana cuaca negara kita agak panas.
  • Salah satu cara untuk memastikan pengambilan air anda adalah mencukupi untuk setiap hari anda boleh mencuba kaedah ini.

2. Jangan makan makanan yang mengandungi terlalu banyak kalsium
  • Sesetengah individu mengambil supplemen kalsium kerana mahu kuatkan tulang. Namun begitu, kandungannya yang banyak boleh membantu menyumbang kepada pembentukan batu karang.
  • Sebab itu Ostematrix Shaklee adalah pilihan yang terbaik untuk membekalkan kalsium mengikut keperluan tubuh anda. Ini adalah kerana Ostematrix mengandungi magnesium yang membantu menurunkan oksalat.
3. Kurangkan kandungan asid urik dalam badan.
  • Jangan ambil terlalu banyak makanan laut, daging merah, kekacang dan sayur bayam kerana makanan ini mengandungi asid urik yang tinggi.
  • Batu karang boleh terbentuk kerana kandungan nutrien dalam badan tidak seimbang.
Supplemen Shaklee yang dapat membantu anda:
  1. B Complex - Menurunkan oksalat (garam mineral)
  2. Vitamin C - Mengasidkan urin
  3. Ostematrix - Magnesium menurunkan oksalat dan mencegah batu karang
  4. Carotomax - Menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  5. Alfalfa Complex - Mengurangkan infleksi dan inflamansi
  6. Lecithin - Membakar lemak berlebihan yang akan membentuk batu karang.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi adalah percuma. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
 COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Wednesday, January 29, 2014

Psoriasis

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
• Keguguran sisik pada kulit
• Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
• Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis

• Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
• Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
• Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
• Lampin psoriasis
• Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.

Komplikasi

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
• Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
• Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Punca
#Psoriasis dipercayai disebabkan oleh satu gabungan faktor-faktor genetik dan persekitaran.
#Satu perempat hingga ke satu pertiga daripada orang-orang yang mengalami psoriasis berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah sedemikian. Faktor-faktor genetik juga memainkan peranan dalam sebilangan kes-kes.
#Tekanan fizikal dan emosi, jangkitan kerongkong, flu, sebilangan jenis ubat-ubatan (sebagai contoh hormon steroid, sesetengah anthihipertensif) mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk.
#Meminum alkohol dan merokok mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk atau susah untuk hilang.

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)


Krim dan ubatan yang boleh melegakan. Pelembab
• Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
o Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
o Menggunakan sarung tangan
o Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim

• Doktor akan memberi ubatan seperti :
o Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
o Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
o Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Dimana untuk mendapat rawatan?

Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda 

Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.


Nasihat kepada Pesakit Psoriasis:
#Jangan menggaru kulit kerana ini akan melambatkan pemulihan.
#Jangan terlalu lekas berhenti mendapatkan rawatan kerana ianya mungkin mengambil masa  beberapa minggu untuk memberikan kesan.
#Jangan berhenti mengambil pil-pil yang dipreskripsi atau rawatan secara tiba-tiba kerana ianya boleh membuat Psoriasis lebih teruk.
#Gunakan rawatan secara kerap.
#Amalkan keadaan kulit yang lembap kerana ini akan membantu mengurangkan rasa gatal dan pengupingan.
#Secara amnya, pendedahan kepada cahaya matahari mendatangkan faedah.
#Jangan dedahkan diri anda terlalu lama sehingga anda mendapat selaran matahari. Selaran matahari menjadikan Psoriasis lebih teruk.
#Tekanan boleh menjadiakn Psorisis lebih teruk. Belajarlah cara-cara menenangkan hati, bersenam dan mengambil masa rehat atau cuti.

Perbezaan antara ECZEMA dan PSORIASIS
Psoriasis
-Sering dialami oleh orang dewasa
-Dikaitkan dengan masalah genetic disebabkan masalah system imun dan persekitaran
-Bersisik,merah dan kulit mengelupas disertai gatal
-Boleh menimbulkan kesan negatif pada sendi tubuh dan boleh menyebabkan gejala yang mirip dengan arthritis.
Eczema
-Sering dialami oleh kanak-kanak
-Sering menyebabkan kerengsaan pada kulit
-Menunjukkan tanda seperti kulit kering yang mengelepuh kecil  atau berbintik-bintik
-Gejalanya kurang serius

Suppliment  Shaklee yang dicadangkan
  • VIVIX-Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • DTX COMPLEX-Dandelion membantu psoriasis,milk thistle  (anti inflamasi)
  • GLA COMPLEX-Membantu mengelakkan kekeringan
  • B-COMPLEX-Fungsi selular,menjaga kulit sihat
  • COLLAGEN POWDER-Menggalakkan kulit yang sihat
  • VITA C 500mg SR-Penting untuk kolagen dan tisu penghubung
  • VITA E 400 IU-Meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
  • OMEGA GUARD-Mengurangkan inflimasi
  • CAROTOMAX-Melindungi kulit
  • LECITHIN-Melindungi kulit
  • NUTRIFERON-Mengukuhkan sistem imun (mengaktifkan interferon)
  • E.SOY PROTEIN-Membaiki dan membina semula sel-sel
  • HERB-LAX-Pembersihan usus,detox
  • ALFAFA COMPLEX-Detox,anti-inflamasi 


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Friday, January 10, 2014

Carotomax

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Vitamin A merupakan salah satu vitamin larut lemak dan juga antioksidan yang baik untuk mengawal radikal-radikal bebas. Tahukah anda yang Shaklee mempunyai Vitamin A untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia di panggil Carotomax. Pada kebiasaannya Carotomax ini terkenal sebagai supplement untuk masalah rabun. Namun tahukah anda yang Carotomax ini bukan hanya untuk membantu masalah tentang mata (rabun) tetapi ia juga untuk awet muda, kesihatan jantung, kulit, antioksidan dan mencegah Alzheimer. Banyakkan fungsi-fungsi Carotomax ini. Jom kita ketahui lebih lanjut mengenai kehebatan Carotomax ini.

Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene dan xeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.
Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada lobak merah, tomato dan sebagainya.
Apakah fungsi carotenoid  dan kebaikannya?

  1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas.
  2. Sumber Vitamin A terbaik
  3. Meningkatkan sistem imunisasi
  4. Membetulkan fungsi organ tubuh.  
Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan menganbil sayuran ini tanpa di masak.

Manfaat Utama Carotenoid

  • Lebih selamat berbanding Vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan mengakibatkan Tosisiti. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932 satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat pengambilannya.
  • Mempertingkatkan penglihatan - Ia menghasilkan 'unggu visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bag dan gegelung hitam mata.
  • Meredakan penyakit kulit - Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psorisis, senile palgue, kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies dan ulser kulit.
  • Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar korna, rongga, oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari dan merawat ulser saluran usus.
  • Melawan kanser dan oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel yang teroksida.
  • Menghalang infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respiratori paru-paru, batu hepatitis, ashtma, flu dan selsema.
Tanda-tanda kekurangan Carotenoid

  1. Masalah jerawat
  2. Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
  3. Tumbesaran terencat
  4. Masalah tidur dan insomnia
  5. Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
  6. Masalah rabun malam

Tahukah Anda?


Tahukah anda bahawa Carotomax mengandungi carotenoid yang menyamai dengan :
**Beta Carotene = 102biji pisang
**Lycopene = 714 biji buah aprikot
**Lutein dan Xeaxanthin = 285 biji buah limau merah
**Alpha Carotene = 89 biji rasberi

Hubungi saya untuk mendapatkan Carotomax dengan harga istimewa dan konsultasi PERCUMA. Penghantaran adalah keseluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...