Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Kenali Diri Anda - Usaha Untuk Mengandung

ANDA bersama pasangan, tentunya menginginkan kehadiran anak di dalam kehidupan alam rumahtangga Anda. Banyak usaha yang sudah Anda lakukan agar cepat hamil, namun masih belum menunjukkan hasil.

Sudah pelbagai macam cara untuk cepat hamil yang pernah Anda dengar, baik dari rakan, keluarga, mahupun saudara-mara. Cara-cara tersebut ada yang berjaya dengan baik, namun banyak juga yang tidak.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.

3. Merancang Waktu Perhubungan Anda
Salah satu cara terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk bersama Anda dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maksima lima hari di dalam rahim, kerana itu untuk meningkatkan kesempatan terjadinya kehamilan, lakukan hubungan dua hari sebelum masa ovulasi atau keluarnya sel telur.

4. Ketahui waktu subur anda
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Biasakan untuk mencatat suhu pertama setiap pagi dan mencari suhu perubahannya, ramai perempuan yang memiliki BBT sedikit menjunam sekitar satu-dua hari sebelum ovulasi, hal ini menandakan bahawa masa ovulasi sudah dekat dan dapat meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Cuba juga perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda juga boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Kontrol Berat Tubuh Anda / Dapatkan berat badan yang ideal
Berat badan yang normal atau seimbang memiliki impak yang besar meningkatkan kesempatan untuk terjadinya kehamilan. Tidak jarang Anda temui sebagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badannya, di mana umumnya juga akan bermasalah dengan kehamilannya. Kelebihan berat badan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi tahap kesuburan Anda. Usahakanlah untuk mencapat berat tubuh yang ideal terlebih dahulu. Sebaliknya, terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama.

6. Tingkatkan kesuburan suami 
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

7. Bersenam secara rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

8. Mengambil makanan yang seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.

9. Mengambil Supplemen
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

Selain daripada itu juga, anda boleh mengamalkan pengambilan set kesuburan Shaklee untuk isteri dan juga suami yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Dengan pengambilan set ini, anda bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan tetapi anda turut dapat memiliki kulit dan badan yang lebih cantik.


10. Perbanyakkan berdoa, solat hajat dan bersedekah
Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan. Selain itu, kepada siapa lagi kita nak mohon kecuali padaNya yang satu. Dia yang maha mengetahui, maha pengampun, maha pemurah...kita hanyalah hamba yang perlu mengabdikan kepadaNya.. Alhamdulillah ya Allah..

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ COD untuk area Nilai,Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine Park

Wednesday, August 27, 2014

Penting Sangatkah Supplemen Pada Tubuh Kita?

Perlu ker aku ambil vitamin nie??? Cam tak penting pun. Bukan Orang-orang tua jer ker yang slalu amik benda alah nie semua. (boleh plak panggil supplemen nie benda alah...Adoila). Jawapannya tetap ada pada diri individu itu sendiri. Sebenarnya kita perlu mengenali fungsi setiap supplemen-supplemen ini pada tubuh kita. setelah itu baru kita boleh membuat keputusan. Tak kenal maka tak cinta. Betul tak !!! jom kita kenali hati budi setiap supplemen-supplemen ini.

Vitamin C
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah: 
1)  Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
2)  Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
3)  Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karoten
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zink
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
 COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, August 7, 2014

Kencing Tidak Lawas

Kencing tidak lawas atau dalam bahasa Inggerisnya Urinary incontinence (kita ringkaskan sebagai UI) adalah masalah dimana kita hilang kawalan terhadap pundi kencing. Simptomnya boleh jadi berlaku kebocoran kecil (terkucil) atau mungkin juga kebasahan yang tidak dapat dikawal lagi. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan semakin kerap mengikut faktor usia.

Kebanyakan masalah kawalan pundi kencing berlaku apabila otot terlalu lemah atau terlalu aktif. Jika otot yang menutup salur kencing lemah, kita akan terkucil masa bersin, ketawa atau mengangkat benda berat. Ini dinamakan stress incontinence.

Jika otot pundi kencing terlalu aktif, kita akan selalu berasa nak terkencing walaupun pundi mengumpul air yang sedikit. Ini dipanggil urge incontinence atau overactive bladder.

Penyebab Kecing Tidak Lawas
1. Masalah prostat
2. Kerosakan saraf yang menghubungkan pundi kencing dan otak seperti stroke, Alzheimer, dan multiple sclerosis
3. Regangan otot pelvik semasa hamil dan proses kelahiran
4. Paras estrogen rendah dalam wanita
5. Kesan sampingan sesetengah ubat
6. UTI (urinary tract infection)
7. Kerap sembelit
8. Mempunyai berat badan berlebihan
9. Otot kawalan kencing lemah atau masalah otot lantai pelvik

Rawatannya pula bergantung kepada jenis masalah yang kita alami serta gaya hidup yang sesuai untuk kita. Ia juga termasuk senaman ringan atau rawatan perubatan.

Suplemen Shaklee Yang Dapat Membantu
  1. Vitamin C- membantu penghasilan estrogen terutama kepada wanita menopos.
  2. Ostematrix- membantu pengawalan otot
  3. Vitamin B complex- membantu dalam kesihatan fungsi saraf
  4. Vitamin E - menstabilkan fungsi pundi kencing
  5. GLA Complex - memperbaiki paras estrogen dan testosteron serta memperbaiki masalah postat lelaki dan masalah kerap kencing.
Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas
  1. Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.
  2. Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein
  3. Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing
  4. Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.
  5. Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.
Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.
**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tuesday, August 5, 2014

Kesan Selepas Melahirkan Anak dan Cara Mengatasinya


1. Jika takut gemuk, pastikan si ibu menyusukan anaknya exclusively 6 mths dan lagi bagus sehingga 2 tahun. Penghasilan susu ibu itu sendiri akan membantu si ibu membakar kalori dalam badannya. Pengambilan vitamin sekadar cadangan agar badan lebih sihat, pembakaran gula menjadi tenaga, pembakaran lemak melalui pengambilan lecithin dan omega dan membantu dalam mendapatkan metabolisme yang optimum.

2. Bagi mengelakkan perut buncit, pastikan si ibu tidak mengamalkan minuman berais dan jangan sesekali mandi selepas makan. Ini antara faktor yang membantu perut si ibu cepat kelihatan buncit.

3. Nipple pastinya akan sedikit gelap dan kawasan earola akan membesar. Melalui kajian ibu sendiri, lagi ramai anak maka lagi gelaplah kawasan earola tersebut. Bagaimana nak mengatasi? Jika berkemampuan,makanlah Vitamin E beserta selenium. Kawasan earola akan pulih seperti sediakala dan warnanya akan kembali asal. Ibu dah lakukan ujian ke atas ramai ibu dan mereka mengakuinya.

4. Perut akan penuh dengan stretchmark jika si ibu tidak menjaga pemakanan. Amalkan memakan buah2 yang tinggi kandungan Vitamin C. Vitamin C juga dikenali sebagai vitamin yang membantu menghilangkan selulit disamping protien (ESP) dan B Complex.

5. Pigmentation yang banyak...ada ibu2 yang mengalami pigmentation yang teruk terutama di kawasan muka. Bagaimana nak mengatasinya? Pengambilan Vitamin C, Vitamin E beserta selenium dan Protien (ESP) sangat membantu mengurangkan dan menghilangkan pigmentation jika diamalkan dengan konsisten.

6. Keinginan seks yang berkurang selalunya dikaitkan dengan faktor hormon terutama buat ibu yang menyusu. Semasa penyusuan hormon estrogen yang merundum dan hormon prolaktin akan meningkat maka si ibu akan merasa dingin untuk bersama selain kekeringan. Untuk mengatasinya ialah pengambilan Vitamin E beserta selenium di samping pengambilan Alfalfa yang konsisten.

7. Muka kelihatan tua dari umur atau ertikata lain kelihatan kusam. Ianya boleh terjadi jika si ibu tidak menjaga pemakanannya. Pemakanan yang seimbang sangat membantu ibu2 mendapatkan semula zat yang telah digunakan sepanjang mengandung dan penyusuan. Jika zat ini tidak diganti dengan sempurna, si ibu akan kelihatan kusam, tidak bermaya, lesu , swing mood dan stress serta akhirnya susuibu akan mula merundum kerana si ibu sendiri tubuhnya tidak sustained dengan kesihatan yang sering terganggu.

8. Buah dada akan lembik dan melayut. Ini akan terjadi apabila pemakaian coli yang tidak menampung bentuk buah dada itu sendiri selain pemakanan yang tidak seimbang. Makanan yang mengandungi kandungan protien (ESP) yang baik membantu mendapatkan keanjalan buah dada serta pengambilan Alfalfa membantu mencantikkan bentuk buah dada itu sendiri. Namun ini tidak akan berlaku ke atas lelaki yang mengamalkan pengambilan alfalfa.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, June 19, 2014

Punca Masalah Kesuburan

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman² semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita):

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal. Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.


Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua ke?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan:


Untuk Suami : Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : GLA Complex dan Alfalfa

Untuk anda yang berminat untuk mendapat set kesuburan Shaklee dan konsultasi, anda boleh terus berhubung dengan saya. Penghantaran adalah keseluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Tuesday, June 17, 2014

Fungsi Pemakanan Tambahan Shaklee Untuk Anda

Selalu kita dengar dan selalu saya bercerita tentang pemakanan tambahan daripada Shaklee. Tetapi apa sebenarnya fungsi supplemen-supplemen ini kepada diri anda. Jom kita study skit. Mana tahu ada masalah yang sedang kita hadapi sekarang dapat diselesaikan dengan pengambilan Shaklee.

Berikut adalah fungsi pemakanan Shaklee:

Vitalea (Multivitamin)
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan.

Vita-C Sustained Release
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.

B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  3. Membantu kelancaran urat saraf.
  4. Mengelakkan stress.
  5. Mengelakkan sembelit.

Alfalfa
  1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
  3. Mengatasi sakit sendi.
  4. Membanyakkan susu badan.

Vitamin E
  1. Melambatkan proses penuaan.
  2. Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
  3. Membantu dalam penyerapan oksigen.
  4. Mencegah kanser.
  5. Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
  6. Sebagai antioksidan.

Ostematrix (Calcium Magnesium)
  1. Untuk tulang dan gigi yang kuat.
  2. Mencegah kekejangan otot (cramp).
  3. Membantu dalam pembekuan darah.
  4. Menstabilka denyutan jantung.
  5. Mengurangkan migrain.
  6. Membaiki stimulasi urat saraf.

Zinc
  1. Menyembuhkan luka.
  2. Terlibat dalam penghasilan insulin.
  3. Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
  4. Mengawal kelemumur.

Lecithin
  1. Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh.
  2. Menolong mengeluarkan lemak dari sel – bagus untuk menurunkan berat badan.
  3. Bagus untuk rambut.
  4. Menegangkan dan melembutkan kulit.

Crotomax (Beta Carotene)
  1. Untuk kesihatan mata.
  2. Membina semula sel yang rosak.
  3. Menguatkan imuniti badan.
  4. Membina sel darah putih.

GLA Complex
  1. Membantu dalam mengurangkan PMS (pre-menstrual syndrome) dan ekzema.
  2. Membantu mengawal kencing manis.
  3. Membantu mengawal berat badan.

Energizing Soy Protein
  1. Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
  2. Membina sel² tubuh.
  3. Membantu kesihatan kuku dan rambut.
  4. Membina ketahanan badan.
  5. Menambah susu badan.
MealShake

  1. Pemakanan lengkap yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan protein
  2. Bagus untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan pil.
  3. oleh dijadikan quick meal yang berkhasiat.
Performance Drink
  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.



**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Monday, June 16, 2014

Cara Mengatasi Bengkak Gusi

Pada 23 May - 27 May yang lalu saya dan suami telah menghabiskan masa kami di Kota Bandung. Namun sekembalinya saya dari Bandung, saya telah diserang bengkak gusi di bahagian geraham yang membuatkan saya tidak dapat menguyah langsung di bahagian itu. Alamak...Nak tumbuh geraham bongsu pula ker. 

Apa itu Geraham Bongsu?
Gigi geraham bongsu adalah gigi yang sangat unik. Para doktor pun tak boleh menjangka dengan tepat anatomi gigi dan akarnya, serta posisinya. Ada masa tumbuh senget ke depan, ada masa tumbuh separuh lepas itu dah tak boleh nak keluar dah, ada masa tumbuh ke belakang, ada masa kedudukannya mengganggu urat saraf.

Macam-macam perangai. Kenapa kes ini kerap terjadi? Sebab utamanya adalah gigi geraham bongsu adalah gigi terakhir yang akan tumbuh. Ruang pada rahang dan gusi yang agak terhad biasanya menyebabkan gigi tersebut tumbuh senget dan tak menentu.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Ok...berbalik kepada cerita saya tadi...Terus jer saya assumekan yang bengkak gusi saya ini adalah disebabkan gigi geraham bongsu. Terus saya menanggung bengkak gusi itu sehingga 2 Jun. Masih tiada tanda-tanda yang bengkak itu akan surut. jadi pada 2 jun tu saya mula makan GLA Complex.(Saya ada tempoh masa tertentu untuk pengambilan GLA Complex, nak tahu kenapa???? Bleh hubungi saya dan untuk pelanggan-pelanggan saya yang mengamalkan GLA Complex pasti anda tahu kenapa).


Dua hari selepas saya ambil GLA Complex saya mula merasakan yang bengkak gusi tersebut sudah surut dan tidak sakit. saya juga telah boleh menguyah makanan-makanan yang lembut dengan mengggunakan geraham yang sakit itu. Itu membuatkan saya terfikir dan terus membuat kajian yang sepatutnya. macam saintis pun ader dah jugak nie.

Antara kandungan utama yang terdapat di dalam GLA Complex adalah Vitamin E. Ditekankan sekali lagi Vitamin E. Hasilnya.... Vitamin E adalah berfungsi untuk mengecutkan pertumbuhan abnormal dan melancarkan saraf. Tepat sekali...Vitamin E yang membantu saya dalam menyelesaikan masalah bengkak gusi. Saya juga sentiasa mengamalkan OSTEMATRIX @ KALSIUM penting dalam pembentukan darah, saraf dan tulang yang mana kebanyakan penyebab utama sakit gigi berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium.

jadinya gabungan mantap antara Vitamin E dan Ostematrix dapat membantu saya menyelesaikan masalah gusi bengkak.

10 Makanan yang Baik Untuk Kesihatan Gigi dan Mulut

Gigi, ini adalah organ tubuh yang sangat penting bagi kita, tanpanya semuanya tidak akan sama lagi.  Berikut adalah 10 cadangan pemakan yang dapat membantu anda memperolehi gigi yang sihat, putih dan berseri =)
  1. Teh Hijau - Teh hijau memiliki senyawa yang sangat bermanfaat bagi gigi, antioksidan alaminya mencegah plak terakumulasi sehingga mengurangi resiko gigi berlubang dan bau mulut. Beberapa jenis teh hijau bahkan mengandung fluoride yang dapat melindungi gigi dari kerosakan. 
  2. Produk susu dan yogurt rendah lemak dan gula - Susu dan yogurt selain merupakan minuman yang sihat, ia juga dapat membantu mengurangi resiko erosi pada gigi kerana kaya dengan kalsium.
  3. Keju - Keju adalah produk turunan dari susu yang memiliki manfaat yang signifikan kerana mengandungi fosfat dan kalsium. Selain itu keju membantu menyeimbangkan pH dalam mulut, menghasilkan air liur yang lebih banyak dan membangun kembali enamel gigi, serta membunuh bakteria penyebab gigi berlubang dan penyakit gusi.
  4. Buah-buahan - Buah yang dimakan mentah dapat mengurangi plak dan memijat gusi Anda. Pilihlah buah-buahan yang kaya vitamin C, kerana kekurangan vitamin C dapat menyebabkan gigi dan gusi lebih berisiko terhadap penyakit. 
  5. Sayuran - Sayuran seperti brokoli, wortel, ubi jalar, dan labu kaya akan vitamin A yang baik untuk membangun enamel gigi. Sangat baik jika memakannya mentah. 
  6. Bawang merah - Bawang kaya akan senyawa belerang yang merupakan anti bakteria yang kuat, dapat membunuh bakteria yang membahayakan gigi dan gusi. Namun memakan bawang mentah memberi kesan sampingan iaitu bau.
  7. Seledri - Seledri adalah teman bagi para dokter gigi, mengapa? Kerana makan seledri mentah akan membantu membersihkan gigi Anda dan membuat mulut memproduksi banyak air liur yang meneutralkan bakteria penyebab gigi berlubang. 
  8. Biji wijen - Biji wijen yang dikombinasikan dengan roti dan bolu gulung dapat melarutkan plak serta membantu menjaga gigi. Biji wijen yang lazatt ini juga kaya kalsium yang menjaga gigi dan rahang tetap sihat. 
  9. Protein - Protein haiwan seperti daging sapi, ayam, telur dan kalkun kaya akan fosfor, kalsium dan vitamin D. Pastikan Anda mendapatkan protein yang cukup setiap hari. 
  10. Air - Air bukan saja memberi kehidupan saat meminumnya, namun saat berkumur air membersihkan mulut sehingga air liur dapat memelihara gusi dan gigi dengan baik.
Untuk anda mendapatkan set untuk Bengkak Gusi ini and boleh ler menghubungi saya 010-2310059 (Atira) untuk membuat pesanan dan pertanyaan.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Thursday, June 5, 2014

Petua / Tips Penjagaan Muka

Menjaga dan memanjakan wajah memang rutin wanita. Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan memiliki kulit wajah yang segar serta kelihatan muda sepanjang masa. Bagi mendapatkan kulit wajah yang sempurna, ramai wanita tidak ragu-ragu mendapatkan rawatan kecantikan di salun pada setiap minggu. Andainya anda ingin menjimatkan wang dan masa mengikuti sesi rawatan muka, mungkin tiba masanya anda memikirkan untuk melakukannya sendiri di rumah.

Ramai dikalangan wanita mengetahui khasiat tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak seharian dalam membantu mendapatkan wajah yang lebih berseri-seri. Sebenarnya apa yang ada di dapur dan di dalam peti sejuk anda itu boleh dijadikan bahan untuk mencantikkan wajah dan mengekalkan kulit yang sihat. Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, ia mudah didapati dan murah tanpa perlu berbelanja besar.

Petua @ Tips Penjagaan Kulit Muka

  • Bagi mendapatkan kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

  • Asam jawa juga banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan anda. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

  • Untuk menegangkan kulit muka ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

  • Bagi mereka yang gemar menggunakan khasiat manjakani, rebus segenggam manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ia menggelegak dan pekat. Apabila air rebusan sudah suam, sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih.

  • Sebagai petua menghilangkan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

  • Mengelakkan kulit muka cepat berkedut bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

  • Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

  • Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.


  • Susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin. Tidak percaya silalah cuba sendiri. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.
Itulah antara petua penjagaan kulit muka dengan menggunakan cara traditional. Cara traditional boleh diaplikasikan sekiranya kita rajin dan mempunyai ruang masa yang bersesuaian untuk mengamalakannya. Namun bagi saya yang keluar bekerja dari jam 7 pagi dan pulang ke rumah jam 7 malam sudah pasti terdapat kekangan untuk mengamalkan petua-petua traditional ini. Oleh itu apa yang saya amalkan adalah dengan pengambilan Supplemen Shaklee. Antara supplemen yang saya amalkan pengambilannya adalah:
  1. Energizing Soy Protein
  2. Sustained Release Vitamin C
  3. GLA Complex
  4. Vitamin E Complex
Bagi anda yang mempunyai bajet yang besar untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, saya saranka anda untuk mengamalakn Colagen Powder dan juga Vivix. Untuk anda mendapatkan produk-produk Shaklee dan ini anda boleh berhubung terus dengan saya di talian 010-2310059(Atira).


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Wednesday, June 4, 2014

Kesuburan dan Anak


Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan berumahtangga. Namun tidak semua ditakdirkan untuk memiliki cahaya mata selepas berkahwin. Ada diantaranya yang perlu menunggu dan berusaha selama bertahun-tahun untuk mendapatkan cahaya mata. Contoh terdekat dalam kehidupan saya adalah kedua ibu bapa saya. Emak dan Abah menerima kehadiran saya dalam kehidupan mereka selepas 4 tahun mendiri rumah tangga. Dugaan mereka tidak berakhir di situ kerana mereka perlu berusaha dan bertawakal untuk mendapatkan cahaya mata kedua selama 12tahun. Pada saya, ia bukanlah satu tempoh yang singkat. 12 tahun penantian mereka.

Oleh itu, saya sarankan pada pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata supaya jangan mudah mengalah. segala usaha dan alternatif yang ada tidak salah untuk kita cuba. Kita berusaha dan selebihnya adalah ketentuan Allah SWT. Untuk saya sarankan Set Kesuburan Shaklee bagi membantu anda yang mempunyai masalah untuk mendapatkan cahaya mata. Selain daripada itu juga, set ini juga dapat meningkatkan tahap kesihatan suami isteri.

Cadangan Utk SET KESUBURAN

1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan,prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan. 

2) Vita-lea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh. 

3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan(anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. 

4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingandengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron. 

5) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti. 

6) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan,haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah). 

Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InsyaAllah..

Hubungi saya untuk mendapatkan set ini dan konsultasi. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Monday, June 2, 2014

Cara Nak Dapatkan Kulit Yang Cantik

Cantik... Sebenarnya setiap dari kita memiliki persepsi yang berbeza tentang cantik. Walau aper pun persepsinya kita pasti mahu kelihatan cantik bukan..

Cantik adalah secara umumnya bagi setengah orang cantik merujuk pada rupa paras dan bentuk fizikal seseorang, ada juga yang menyatakan cantik adalah dari segi dalaman, iaitu menpunyai jiwa dan hati yang bersih dan baik, cantik juga boleh dirujuk pada baik kelakuan dan tingkah laku nye, pun begitu lagi elok dan cantik jika ketiga-tiga berjalan serentak.

Tak nak banyak cerita lagi, kali nie nk cerita tentang cantik yang pertama iaitu cantik yang merujuk kepada rupa paras seseorang. Cantik tidak semestinya putih dan gelap semestinya tidak cantik. 

Banyak-banyak petua-petua yang diperturunkan daripada nenek moyang kita cara-cara untuk mendapatkan kulit yang cantik. Antaranya adalah :
  1. Pernah tengok tak DAUN LOBAK? bukan lobak tapi daunnya. Tak kisah la lobak merah atau lobak putih. Ambil daunnya dan keringkan. Selepas betul-betul kering, ambil sedikit dan kisar dalam pengisar sampai jadi serbuk. Selepas itu, campurkan dengan MADU. Kacau sampai sebati. Ambil ramuan itu dan lumurkan pada muka. Biar selama 10 minit dan bilas. Lepas tu kawan-kawan boleh rasa yang kulit rasa lembap je.
  2. Kita selalu makan limau mandarin. Lepas dah habis makan, TOLONG jangan dibuang kulit LIMAU MANDARIN itu. Ambil kulit limau tu, keringkan di bawah sinaran matahari. Lepas kering betul-betul, kisarkan sampai jadi serbuk. Serbuk dia bau wangi je. Selepas itu ambil serbuk tu campur dengan sedikit gula hitam atau gula merah. Masukkan sedikit air suam dan kacau ramuan tu. Dah sebati, ambil dan lumurkan di muka. Sambil-sambil tu gosok perlahan-lahan di mana adanya kulit-kulit mati di wajah anda. Biar selama 10 minit kemudian bilas.
Nampak susah ke mudah. terpulang pada individu. Tetapi pada saya, pilihan saya adalah dengan menjaga kecantikan luaran dari dalam. Sebenarnya kecantikan luaran seseorang haruslah dimulai dengan kecantikan dalaman. Oleh itu suka untuk saya sarankan pengambilan supplemen adalah cara yang terbaik untuk dapatkan kecantikan luaran secara semulajadi.

Product Shaklee Untuk Kecantikan Kulit



ENERGIZING SOY PROTEIN : Protein sangat membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru. Penting  untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam itu.
VITA-E COMPLEX : Melambatkan proses penuaan (kata nak awet muda), mengurangkan kesan parut dan jeragat serta mengawal penghasilan minyak di dalam liang kulit kita.

PROMO VITAMIN E BUY 6 FREE 1 SEDANG BERLANGSUNG DARIPADA 1 JUN 2014-30 JUN 2014.
Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...