Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.
Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

Rahsia Set Menyusu Shaklee

Betul ker apa yang orang selalu cerita tentang vitamin Shaklee yang membantu menambah susu badan. Betulkah atau sekadar propaganda penjual?? Ada juga yang bertanya, “Jika saya amalkan set ini memang boleh jamin susu badan saya banyak ke?” Jawapannya terletak pada diri anda sendiri. Boleh jadi YA dan boleh jadi TIDAK. Jawapannya akan menjadi YA, jika anda sangat komited dengan rahsia yang bakal kami kongsikan.Jawapannya akan menjadi TIDAK, jika anda sambil lewa dan mengharapkan vitamin Shaklee menjadi “ubat ajaib”

Di sini, saya ingin kongsikan dengan anda semua dengan rahsia bagaimana untuk menambah susu badan dengan menggunakan vitamin Shaklee.

Rahsia pertama, anda perlu mengikut jadual makan yang disediakan. Tips EKSLUSIF dengan pengambilan vitamin pada masa tertentu membantu proses “booster”

Rahsia kedua, pastikan pengambilan air masak adalah 3 liter sehari paling minima. Pasti ramai yang sudah pening kepala. Jangan risau kerana tips pengambilan air masak dikongsikan sehingga anda minum tanpa disedari.

Rahsia ketiga, pam setiap 3 jam sekali bagi ibu bekerjaya. Tidak tahu bagaimana untuk susun jadual pam anda. Azra Vitamin 4u dapat membantu anda menyediakan jadual pam untuk panduan anda.

Penyusuan susu badan tidaklah terlalu sukar jika ibu-ibu sekelian mengetahui tips & trick .

Sekarang saya akan bongkarkan senarai vitamin Shaklee yang perlu anda gabungkan dengan rahsia di atas.

Sudah semestinya Set 3M – Make More Milk . Pilihan ramai ibu menyusu dan sudah pasti mereka sangat berpuas hati dengan pelaburan yang dikeluarkan.


Ramai yang terkejut pada mulanya kerana mereka perlu ambil 6 jenis supplement. Tetapi anda perlu tahu yang setiap satu daripada produk ini akan memberikan manfaat kepada anda dan bayi anda. InsyaAllah.

Bukan sahaja susu badan semakin meriah, anda mendapat pelbagai bonus percuma dengan set ini.

Bonus Pertama :
Kulit yang cantik serta mulus.

Bonus Kedua :
Penurunan serta pengawalan berat badan.

Bonus Ketiga:
Badan yang sihat serata cergas

Bonus Keempat :

Hubungan keintiman suami isteri yang lebih mesra


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, June 23, 2014

Mengatasi Badan Lemah dan Lesu


Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?

Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:
  1. Pemakanan yang tidak sihat
  2. Tekanan dan stress
  3. Kegemukan
  4. Pekerjaan yang memenatkan
  5. Insomnia
  6. Darah rendah/anemia
  7. Perokok tegar
  8. Mengambil kafein secara berlebihan
  9. Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  10. Tidak melakukan senaman
  11. Pengambilan ubat-ubatan
  12. Kekurangan air
  13. Kehamilan

Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu dan Kebaikkannya

1.  Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2.  Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
3.  Menguatkan sistem imun anda
4.  Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Vitalea Iron Formula
Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian. Penyediaan makanan yang tidak sihat, diet tidak seimbang, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemar dengan pesticides,menyukarkan tubuh kita memperolehi bekalan nutrient yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan prestasi tubuh kita merosot sedikit demi sedikit tanpa disedari. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

Sustained Release Vita-C 500MG


Satu tablet vitamin C bersamaan dengan 7 biji setengah oren asli.Vitamin C Shaklee didatangkan dengan fungsi sustained release,di mana ia akan dilepaskan secara berperingkat mengikut masa demi memastikan vitamin C tersebut kekal dalam badan,kerana vitamin C merupakan vitamin larut air dan mudah musnah.Sangat penting untuk pembentukkan kolagen,sistem imun badan,bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

B-Complex


Mengandungi 8 kumpulan vitamin B untuk memenuhi keperluan tubuh.Bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) di samping memberi ketenangan pada tubuh.Di sebabkan itu, vitamin B merupakan vitamin paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan.Ia mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma,tenaga dan kesihatan otak serta membantu kulit wajah kelihatan berseri dan tidak kusam.

Apabila keperluan vitamin dan mineral di dalam badan kita mencukupi, maka badan kita secara automatik akan berasa segar dan bersemangat untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi, Dengkil, Putrajaya, Cyberjaya & Equine 

Sunday, June 15, 2014

Set Menyusu Yang Sesuai Untuk Anda

Saat menyusukan anak bukanlah saat yan membebankan tetapi ia merupakan saat yang terindah dalam kehidupan kita sebagai seorang ibu. Seboleh mungkin kita mahukan yang terbaik untuk anak kita. Di zaman moden ini pengambilan supplemen oleh ibu yang menyusukan dapat membantu melancarkan proses penyusuan susu ibu. Ibu senang hati anak pun gembira.


Set Asas ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. 

Apa yang ada dalam Set Asas? 
  1. Vitalea with iron formula - demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh
  2. Vitamin B - lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi 
  3. Vitamin C - fokus on imun sistem
  4. Alfalfa - peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.
Set Tambahan (Set Asas + Ostematrix)
Set Tambahan lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set Tambahan ialah set Asas yang  ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set Asas + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set Optimum
Set ini mengandungi Set Asas , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
  1. Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
  2. si ibu yang nak mula menyimpan stok,
  3. si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
  4. ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Saturday, June 14, 2014

Tips Naikkan Berat Badan

Kalau semalam saya sudah ceritakan tentang tips untuk oarang-orang yang nak turunkan berat badan. Hari ini nk cerita khas untuk orang yang naikkan berat badan pula. Apakah faktor yang menyebabkan anda tidak berjaya naikkan berat badan anda dan apakah tips untuk anda menaikkan berat badan anda.


Sebenarnya, banyak juga masalah yang dihadapi oleh mereka-mereka iaitu membuat kurang percaya diri, meningkatkan risiko osteoporosis, gangguan kesuburan, melemahkan sistem kekebalan tubuh, dan menyebabkan masalah kesihatan lainnya. Tubuh yang terlalu kurus biasanya disebabkan oleh:

1) makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.

2) pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.

Tips Untuk Tambahkan Berat Badan Anda
Tips untuk tambahkan berat badan ini saya kongsikan daripada blog kevinzahri.com. Bagi yang berminat untuk dapatkan e-Book daripada kevinzahri anda bolehler berkunjung ke blog beliau yer.

Tips-tips yang dikongsikan adalah:
  1. Kira keperluan kalori seharian anda atau DCR. DCR anda bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian. Anda boleh google laman web atau ikut pengiraan eBook saya.
    Katakanlah ia 1,800kcal sehari. Kita guna angka teresebut untuk langkah seterusnya.
  2. Catat pelan pemakanan am anda. Senaraikan makanan dan minuman yang anda biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. 
    Pastikan jumlah kalori seharian anda TIDAK kurang daripada DCR anda atau untuk contoh di sini, 1,800kcal. Ini dinamakan kalori surplus.
  3. Gunakan suplemen penambah berat  untuk menambah jumlah pengambilan kalori anda setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau anda malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
    Ingat: suplement weight gain itu cumalah makanan. Ia tidak mengandungi apa2 ramuan ajaib untuk menambah berat badan begitu sahaja.
  4. Angkat berat atau weight training. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, anda wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau anda mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting anda tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.
    Ingat: Kalau anda ke gym sekalipun, pastikan anda pandai execute senaman-senaman tersebut supaya dapat kualiti dan kesan yang diingini.
Cadangan Supplement Shaklee Yang Dapat Membantu Anda


Fungsi:
Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Thursday, June 12, 2014

Berpantang, Jamu & Set Berpantang Moden

Setiap wanita yang melahirkan anak pasti akan melalui tempoh berpantang. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 


Kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang. 

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan, amalan mengurut dan pengambilan jamu. 

Jamu dianggap sebagai salah satu aspek yang penting dalam amalan berpantang. Adalah dipercayai bahawa jamu dan makanan yang betul boleh membantu ibu-ibu baru mengembalikan semula tenaga mereka dan menyembuhkan anggota badan selepas proses kehamilan dan melahirkan yang amat menjerihkan. 

Jamu dikatakan berkhasiat untuk:
  • mengembalikan tenaga;
  • memanaskan badan;
  • mengeluarkan lemak dan toksin;
  • melawaskan pembuangan air.
  • Kesemua ini dipercayai dapat:
  • mengecutkan organ-organ, otot dan urat yang bengkak dan kendur;
  • mengeluarkan air yang berlebihan dalam badan;
  • mengeluarkan angin;
  • menguruskan perut.

Apa yang boleh dan tidak boleh saya makan ketika berpantang?

Ibu atau ibu mertua anda, atau pembantu khas anda, akan menyarankan anda memakan jamu serta herba panas seperti halia. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus kerana ia berkhasiat dan dipercayai dapat membantu mengecutkan rahim. 

Anda mungkin juga digalakkan berpantang dari:
  1. mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk"
  2. memakan hidangan berminyak
  3. meminum ais atau minum secara berlebihan kerana air yang berlebihan menyukarkan perut untuk mengecut
Apa Itu Set Berpantang Moden?

Yang saya maksudkan set berpantang moden adalah dengan pengambilan supplemen untuk menggantikan jamu. Antara kelebihan Set Berpantang Moden ini adalah:
  1. Sesuai untuk ibu-ibu yang melahirkan anak secara normal atau ceaser.
  2. Boleh terus dimakan sejak hari pertama melahirkan anak.
  3. Dilengkapi dengan multivitamin untuk menampung keperluan tubuh.
  4. Senang untuk diamalkan
  5. Ianya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD
  6. selamat untuk bayi menyusu

Secara ringkasnya, fungsi set berpantang adalah untuk:
  1. Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.   
  2. Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
  3. Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
  4. Supaya dapat mengelakkan stress dan meroyan 
Akan tetapi, tidak semua yang serasi dengan set bersalin tradisional (jamu). Mungkin ada juga di antara anda yang tidak sempat untuk menghabiskan set pantang tradisional sejak melahirkan anak pertama disebabkan cara pengambilannya yang remeh ataupun produk yang diambil dirasakan tidak bersesuaian.

Apa yang pernah saya lalui adalah disebabkan anak saya mengidap prolong jaundice menyebabkan set jamu yang saya beli hanya mula dimakan apabila sudah habis pantang. Jadi pilihan untuk set berpantang moden ini adalah yang terbaik.


Set berpantang Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk vitamin dan mineral:

VITA-LEA
Membekalkan 23 jenis vitamin 
Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

B COMPLEX
Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan

VITA C
Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti Oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

ZINC COMPLEX
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan set berpantang moden dan konsultasi anda boleh terus hubungi saya 010-2310059 (Atira). Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Wednesday, June 4, 2014

Kesuburan dan Anak


Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan berumahtangga. Namun tidak semua ditakdirkan untuk memiliki cahaya mata selepas berkahwin. Ada diantaranya yang perlu menunggu dan berusaha selama bertahun-tahun untuk mendapatkan cahaya mata. Contoh terdekat dalam kehidupan saya adalah kedua ibu bapa saya. Emak dan Abah menerima kehadiran saya dalam kehidupan mereka selepas 4 tahun mendiri rumah tangga. Dugaan mereka tidak berakhir di situ kerana mereka perlu berusaha dan bertawakal untuk mendapatkan cahaya mata kedua selama 12tahun. Pada saya, ia bukanlah satu tempoh yang singkat. 12 tahun penantian mereka.

Oleh itu, saya sarankan pada pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata supaya jangan mudah mengalah. segala usaha dan alternatif yang ada tidak salah untuk kita cuba. Kita berusaha dan selebihnya adalah ketentuan Allah SWT. Untuk saya sarankan Set Kesuburan Shaklee bagi membantu anda yang mempunyai masalah untuk mendapatkan cahaya mata. Selain daripada itu juga, set ini juga dapat meningkatkan tahap kesihatan suami isteri.

Cadangan Utk SET KESUBURAN

1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan,prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan. 

2) Vita-lea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh. 

3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan(anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. 

4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingandengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron. 

5) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti. 

6) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan,haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah). 

Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InsyaAllah..

Hubungi saya untuk mendapatkan set ini dan konsultasi. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Tuesday, May 20, 2014

Apa Itu Bacaan HB

Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).

Apa Itu Bacaan HB?

Bacaan hb adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk
6.9 < 8.0 - Teruk
8.0 < 9.5 - Sederhana
9.5 -10.5 - Ringan

Simptom awal anemia
  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan

Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:


Kesan kepada ibu
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
  • Masa untuk melahirkan lebih lama
Kesan kepada Bayi
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
Antara punca masalah HB low
  1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia

Apakah Langkah yg Perlu Diambil untuk Mengembalikan Bacaan HB yg Normal?
Bagi ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan berikut:

  1. kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
  2. madu (yg asli)
  3. hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
  4. kerang
  5. ikan bilis
  6. daging
Supplement yang dicadangkan
Bagi ibu hamil saya cadangkan pengambilan Vitalea Iron Formula besama-sama dengan Sustained Release Vitamin C dan B Complex.

Vitalea iron formula
Mengandungi zat bei yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

B-complex

Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Awas!!
Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi.
Elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium.
Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.

Untuk ibu hamil yang berminat untuk dapatkan set ini boleh hubungi saya terus untuk konsultasi dan penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Wednesday, May 14, 2014

Keguguran dan Shaklee

Awal April lalu saya telah mengalami keguguran di waktu usia kandungan 9 minggu. Masa Itu saya terus mencari info apa yang saya perlu lakukan. Adakah saya perlu berpantang? Pantang dari segi apa pula? Pelbagai persoalan bermain di minda saya. Oleh itu, saya kongsikan sedikit info penting yang saya dapat daripada hasil carian saya di Google.

Fakta 1
Ibu-ibu yang mengalami keguguran penjagaannya adalah lebih penting dan lebih ketat berbanding dengan ibu-ibu yang lepas bersalin. Mereka juga perlu berpantang sama seperti ibu-ibu yang lepas bersalin.

Kenapa saya kata begitu?
Ini adalah kerana keguguran diibaratkan seperti buah yang belum masak sepenuhnya direntap dari rantingnya.Jadi, penjagaan kesihatan dalaman orang yang keguguran ni mesti diberi perhatian yang sepenuhnya dan tidak boleh diamik mudah. 

Fakta 2
Kalau mengikut amalan orang-orang tua kita mereka yang mengalami keguguran juga perlu berpantang sama dengan mereka-mereka yang bersalin biasa.Tempoh berpantang adalah sekurang-kurangnya antara 20 ke 44 hari.

Fakta 3
Mereka yang keguguran juga tidak digalakkan untuk melakukan pekerjaan berat dan memudaratkan sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan selepas keguguran.Ini disebabkan apabila kita mengalami keguguran rahim kita masih belum belum betul-betul kuat untuk menerima tekanan.

Fakta 4
Mereka-mereka yang mengalami keguguran juga perlu menjaga pemakanan mereka sama macam lepas bersalin.Makanan yang berangin seperti rebung, kubis, terung dan taugeh tu kalau boleh elakkan supaya urat-urat badan kita tidak mengembang. Makanan laut yang berbisa seperti ikan cencaru, ikan keli tu pun kalau boleh cuba elakkan.

Fakta 5
Dalam tempoh berpantang juga anda perlu mengelakkan daripada minum ais dan bergas.Seeloknya amalkan minum air suam. 

Fakta 6 
Paling penting jangan lupa pakai stoking jugak ye. Takut sejuk dan untuk mengelakkan angin masuk badan nanti.

Fakta 7
Selain daripada itu anda yang mengalami keguguran boleh juga mengamalkan supplement kesihatan untuk mengembalikan tenaga sebab badan kita semestinya tidak bermaya dan keletihan..di samping untuk membantu mempercepatkan proses baik luka dan mengecutkan serta menguatkan rahim.

Fakta 7 tu memang menarik hati saya. Sepanjang tempoh berpantang itu saya memang mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee yang terdiri daripada:

Vitamin B Complex
    Vitamin B Complex membantu mengatasi kelesuan,
      penting bagi kesihatan mental membantu mencegah
      kemurungan ( meroyan ) dan sebagai penenang ( anti
      stress ) amat perlu untuk urat saraf.  Bagi ibu2 yang
      baru keguguran anda memerlukan B Complex bagi
      mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi
      kemurungan atau meroyan.
       
Vitalea ( Multivitamin with iron )
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral,  
      menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di
      dalam badan kita. Sangat bagus di ambil oleh ibu2 yang
      berpantang kerana kita tahu bahawa semasa
      berpantang banyak makanan yang tidak boleh di ambil
      dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi
      mengantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk
      ibu2 yang banyak kehilangan darah sewaktu keguguran.

Sustained Release Vitamin C
Vitamin C penting dalam pembentukkan kologen dan
       menguatkan sel-sel tisu dalam badan. membantu dalam
       proses pemulihan luka da membantu meningkatkan
       system pertahanan badan. bagi ibu2 yang baru
       keguguran sudah tentu inginkan luka cepat sembuh
       dan vitamin C adalah jawapan kepada permasaalahan
       anda.

Zinc Complex
Zink membantu mempercepatkan proses baik pulih
       luka luaran dan dalaman ( rahim ), bagi yang tidak
       makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zink adalah
       pilihan yang tepat untuk mengantikan ikan haruan.
       Selain itu zink jga membantu untuk mengurangkan
       masalah keguguran rambut selepas melahirkan.yang
       penting sekali adalah zink dapat membantu dalam
       masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

Energizing Soy Protein
ESP adalah serbuk protein berkualiti tinggi yang telah
      melalui kajian klinikal yang paling banyak. Ia
      mengandungi kacang soya non -GMO dan mengandungi   
      22 jenis asid amino, yg penting rendah lemak dan  
      rendah kolestrol. Badan kita ni full of cells.kuku, kulit,
      otot2 dan lain2 yang mane semuanya berasal daripada
      protein.

      Jadi, secara ringkasnya,

       SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> BADAN ANDA

Alhamdulillah, dengan amalan berpantang dan pengambilan supplement yang konsisten, tempoh pemulihan saya selepas keguguran adalah cepat dan badan rasa sangat segar dan bertenaga. 

Bagi anda yang mengalami keguguran, saya sarankan anda untuk mengamalkan pengambilan supplement ini. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ini boleh terus berhubung dengan saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 
______________________________________________

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Tuesday, March 4, 2014

Kawal Paras Gula Anda Dengan Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Kencing manis adalah antara penyakit yang sangat popular di negara Malaysia. Ia sering dikaitkan dengan pengambilan gula dalam menu harian, yang dikatakan diambil melebihi kuantiti yang diperlukan oleh badan. Namun, tahukah anda, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai penyakit kencing manis atau bahasa sainsnya, Diabetes melitus?

APAKAH KENCING MANIS?

Kencing manis atau diabetes melitus ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan insulin dalam kadar terlalu sedikit sehingga ia tidak memberikan kesan kepada badan. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan bagi mengekalkan paras normal gula. Apabila insulin dihasilkan dalam kuantiti yang terlalu sedikit, ia telah menyebabkan paras gula di dalam darah semakin meningkat sehingga melebih paras normal.

Purata rakyat Malaysia adalah penghidap kencing manis. Bagaimana mengatasinya? Bagaimana untuk mengurangkan paras gula dalam darah? Jom kita ikuti info selanjutnya.

Set Kawalan Paras Gula Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan penghidap kencing manis sekaligus dapat menjadikan pesakit dapat mengawal kencing manis mereka ke tahap lebih minimum.

KELEBIHAN SET KAWALAN PARAS GULA SHAKLEE :
  • Mengekalkan paras gula normal dalam darah
  • Menggalakkan kesihatan jantung
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  • Membantu dalam penyembuhan luka
Salah satu lagi punca rakyat Malaysia menghidap kencing manis adalah disebabkan faktor kurangnya bersenam. Sumber berita harian mengatakan 75% rakyat Malaysia tidak bersenam menjadikan ianya punca pelbagai penyakit.

SET KAWALAN PARAS GULA SHAKLEE TERDIRI DARIPADA


Energizing Soy Protein (ESP) - membekalkan tenaga. Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot. Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan dan mereka yang sedang pulih dari sakit.
Alfalfa Complex - menstabilkan gula dalam darah
Vitamin C Plus - mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita
Zinc Complex - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes
GLA Complex - menghalang komplikasi diabetes, merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan yang disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.
Vitalea - mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap


Namun, jika anda mempunyai bajet yang lebih, bolehlah mencuba VIVIX .. kesannya sangat baik untuk pesakit kencing manis.

SIAPA YANG MEMPUNYAI RISIKO TINGGI MENDAPAT DIABETES?
  1. Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risikon anda untuk mengidapi diabetes.
  2. Berat badan berlebihan atau obesiti. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes Impaired glucose tolerance (IGT).
  3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0kg atau lebih).
  6. Tekanan darah tinggi.
  7. Tidak aktif-gaya hidup sedentary.
  8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
  9. Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi
Jadi, apakata kita cuba ikhtiar dengan cara pengambilan Set Diabetes ini agar kandungan gula dapat dikurangkan dan kita kembali ceria menjalani kehidupan seharian. Tapi... jangan lupa amalkan pemakanan sihat ye, di samping bersenam sekurang-sekurangnya setengah jam sehari. Kita hanya mampu ikhtiar selebihnya kita serah pada Allah swt yang menentukan.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Monday, February 3, 2014

Kenali Perbezaan Vita-Lea Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**

Dalam kita sibuk membicarakan tentang Promo Vita-Lea Shaklee untuk bulan February nie, apa kata kita kenali terlebih dahulu tentang perbezaan Vita-Lea Shaklee yang akan membuatkan anda jatuh cinta padanya.
  1. Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta didunia.
  2. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vitamin" dan perkataan vitamin yang disebut sekarang asalnya daripada Shaklee.
  3. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya daripada cecair(90 tahun lalu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
  4. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  5. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
  6. Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina.
  7. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks yang disebut sebagai "Explo-tab"
  8. Ia merupakan tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  9. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  10. Ujian klinikal juga telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shakleeselama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
  11. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multi-Vitamin di dalam 'Publib Enterest pasda tahun 2000.
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Kebaikan Utama Vita-Lea Iron Formula Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Terdapat banyak kebaikan utama daripada pengambilan Vita-Lea Shaklee. Antara kebaikan-kebaikannya adalah:
  1. Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun bekerja seharian.
  2. Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pembagai vitamin dan mineral penting akibat daripada amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran semata(vegetarian) dan juga anemia.
  3. Keupayaan Sistem Produktif - Penting krpada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  4. Metabolisme - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
  5. Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  6. Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Secara umunya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang. Ini kerana kandungan vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi keperluan hampir seluruh badan. Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:
  • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
  • Kalsium - Menyokong kekutan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron - Membantu dalam metabolisme Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
  • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung.
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
  • Lain-lain - tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet.
Vita-Lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah tiroid @ beguk ( Penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vita-lea.

Selain itu juga, ia adalah antara supplemen terpenting untuk diet atau slim yang mana kalu kita kurang makan namun pengambilan Vita-Lea ini banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang. Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan Vita-Lea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Jika diambil setiap hari, Vita-lea mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu
  • Mengandungi kalsium, fosfurus dengan Vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...