Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.
Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

Wednesday, January 7, 2015

Bagaimana Anda Boleh Tahu Yang Anda Adalah Pengidap Diabetis

Di kalangan masyarakat kita, pada kebiasaannya kita biasa mendengar tentang penyakit diabetis atau lebih dikenali sebagai kencing manis. Apakah sebenarnya diabetis/kencing manis ini. Saya perkenalkan pada anda apa itu diabetis secra berperingkat supaya anda lebih memahami bagaimana penyakit ini dapat berada dalam tubuh badan anda.


Diabetes adalah suatu penyakit dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin (hormon pengatur gula darah) atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau insulin tidak bekerja dengan baik. Oleh karena itu akan menyebabkan gula darah meningkat saat diperiksa.

Penderita diabetes memiliki kadar gula darah yang tinggi. Ini disebabkan karena pankreas tidak dapat memproduksi insulin ataupun otot, lemak dan sel-sel hati tidak merespon insulin secara normal. Ataupun kedua-duanya.

Bagaimana anda boleh tahu yang anda adalah pengidap Diabetis

Diabetis Jenis 1
  1. Anda sering berasa haus.
  2. Sering buang air kecil
  3. Berat badan yang terus turun, namun selera makan terus tinggi
  4. Kelelahan
  5. Mual
  6. Muntah

Diabetes Jenis 2
  1. Cepat merasa lapar dan haus
  2. Sering buang air kecil terutama pada malam hari
  3. Kerap lelah, sering merasa mengantuk.
  4. Penglihatan kabur
  5. Sering kesemutan terutama pada kaki dan tangan
  6. Kehilangan berat badan dengan cepat tanpa usaha apapun
  7. Gatal-gatal pada kelamin luar
  8. Ghairah seksual menurun dan cenderung impotensi
  9. Jika terkena infeksi, sembuhnya lama.

Gejala-gejala di atas sering dijumpai, tapi pada beberapa orang sering tidak dijumpai gejala sama sekali. Untuk memastikannya, diperlukan pemeriksaaan darah di lab.

Faktor Anda Berisiko Mendapat Diabetis

Banyak faktor risiko diabetes, termasuk diantaranya:
  1. Ayah atau Ibu, saudara laki-laki atau perempuan yang menderita diabetes (faktor keturunan)
  2. Kegemukan
  3. Usia diatas 45 tahun
  4. Gestational diabetes atau melahirkan bayi dengan berat lebih dari 4 Kg
  5. Tekanan darah tinggi
  6. Angka Triglycerid (salah satu jenis molekuk lemak) yang tinggi
  7. Level kolesterol yang tinggi
  8. Gaya hidup modern yang cenderung banyak mengkonsumsi makanan instan (segera).
  9. Perokok
  10. Stress
Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu Anda
B- Complex 
  • Membantu menukarkan gula kepada tenaga
  • Membantu mengurangkan keletihan
GLA Complex
  • Membantu menghalang komplikasi diabetis
  • Memberi kesan positif keapad diabetic neuropathy
Zinc Complex
  • Membantu penghasilan insulin
  • Membantu di dalam pemulihan luka
VIVIX
  • Membantu memperbaiki sel DNA di dalam badan
  • Membantu mengurangkan inflamsi
  • Membantu meningkatkan penghasilan tenaga

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Wednesday, June 25, 2014

Kenapa Kita Perlu Vivix Shaklee

Pernahkah anda tahu yang jika kita menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain lagi, sel DNA kita semakin lama semakin pendek. Bagi orang yang sihat, sel panjang dan kuat. Bagi orang yang sakit sel pendek, mudah musnah dan akhirnya mati.

Semakin kurang sel sihat maka semakin sakit lah kita.

Disinilah vivix memainkan peranan yang penting. Bila kita amalkan Vivix, bahan yang terkandung didalam vivix akan bertindak dalam 4 cara keatas sel badan kita.

1. Memanjangkan tempoh hayat sel.
2. Memperbaiki sel-sel yang hampir musnah. 
- dalam bahasa pasarnya, sel yg pendek dipanjangkan semula.
3. Menguatkan sel-sel supaya tidak mudah musnah (Perlindungan Selular)
4. Mempertingkatkan fungsi sel


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan. Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

Apa yang boleh kita simpulkan disini, bila kita makan atau amalkan vivix, kita sebenarnya membantu sel-sel badan kita untuk menjadi sihat. Seluruh badan kita terdiri dari sel. Jadi sihat kan sel In Shaa Allah sihat lah badan kita.

Kelebihan lain vivix:
1. Vivix meningkatkan kesuburan.

2. Menurunkan paras kolestrol dan mencairkan darah.

3. Melambatkan penuaan.

4. Mencegah Kanser

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, June 5, 2014

Petua / Tips Penjagaan Muka

Menjaga dan memanjakan wajah memang rutin wanita. Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan memiliki kulit wajah yang segar serta kelihatan muda sepanjang masa. Bagi mendapatkan kulit wajah yang sempurna, ramai wanita tidak ragu-ragu mendapatkan rawatan kecantikan di salun pada setiap minggu. Andainya anda ingin menjimatkan wang dan masa mengikuti sesi rawatan muka, mungkin tiba masanya anda memikirkan untuk melakukannya sendiri di rumah.

Ramai dikalangan wanita mengetahui khasiat tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak seharian dalam membantu mendapatkan wajah yang lebih berseri-seri. Sebenarnya apa yang ada di dapur dan di dalam peti sejuk anda itu boleh dijadikan bahan untuk mencantikkan wajah dan mengekalkan kulit yang sihat. Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, ia mudah didapati dan murah tanpa perlu berbelanja besar.

Petua @ Tips Penjagaan Kulit Muka

  • Bagi mendapatkan kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

  • Asam jawa juga banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan anda. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

  • Untuk menegangkan kulit muka ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

  • Bagi mereka yang gemar menggunakan khasiat manjakani, rebus segenggam manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ia menggelegak dan pekat. Apabila air rebusan sudah suam, sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih.

  • Sebagai petua menghilangkan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

  • Mengelakkan kulit muka cepat berkedut bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

  • Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

  • Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.


  • Susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin. Tidak percaya silalah cuba sendiri. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.
Itulah antara petua penjagaan kulit muka dengan menggunakan cara traditional. Cara traditional boleh diaplikasikan sekiranya kita rajin dan mempunyai ruang masa yang bersesuaian untuk mengamalakannya. Namun bagi saya yang keluar bekerja dari jam 7 pagi dan pulang ke rumah jam 7 malam sudah pasti terdapat kekangan untuk mengamalkan petua-petua traditional ini. Oleh itu apa yang saya amalkan adalah dengan pengambilan Supplemen Shaklee. Antara supplemen yang saya amalkan pengambilannya adalah:
  1. Energizing Soy Protein
  2. Sustained Release Vitamin C
  3. GLA Complex
  4. Vitamin E Complex
Bagi anda yang mempunyai bajet yang besar untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, saya saranka anda untuk mengamalakn Colagen Powder dan juga Vivix. Untuk anda mendapatkan produk-produk Shaklee dan ini anda boleh berhubung terus dengan saya di talian 010-2310059(Atira).


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Thursday, May 8, 2014

Penyakit Gout Dan Supplement Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Sejarah Penyakit Gout
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Peringkat Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Apa sebenarnya penyakit gout? 
Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Ghout pada sendi jari kaki.

Gambaran klasik tentang gout 
Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

Punca gout
  • Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
  • Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
  • Gemar makan buah-buahan jeruk
  • Gemar makan mee segera
  • Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
  • Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
  • Gemar dan kerap minum teh kedai
  • Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
  • Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
  • Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
  • Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
  • Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  • Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
  • Terlalu kerap makan makan kari
  • Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
  • Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
  • Kerap mengambil ubat pain killer
  • Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya


Pencegahan
Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi menjarakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout. Untuk ini sila laksanakan cadangan berikut

  1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang yang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih dibanding dengan orang yang bekerja ringan. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
  2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
  3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
  4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
  5. Elak memakan mi segera seperti mi maggi dsb.
  6. Elak memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
  7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
  8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
  9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
  10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
  11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
  12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
  13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja).
  14. Elakkan tembikai dan tembikai susu.
  15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
  16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
  17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
  18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
  20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
  21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
  22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
  23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
  24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
  25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
  26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
  27. Elakkan jering, petai dan kerdas
  28. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
  29. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
  30. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
  31. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri 
  32. Elakkan sayuran jeruk
  33. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
  34. Elakkan telur masin
  35. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
  36. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England 
  37. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
  38. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
  39. Kurangkan makanan bersantan
  40. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
  41. Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
  42. Wajib dihindari: Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
  43. Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) — (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
  44. Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL), hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
  45. Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
  46. Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
  47. Elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing
Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

Berbekam dan bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.

CADANGAN SET KESIHATAN SHAKLEE UNTUK MASALAH GOUT

Bagi masalah gout, kami mencadangkan beberapa suplemen yang boleh diamalkan.


Vivix : Vivix merupakan suplemen terbaik untuk masalah sendi dan otot, seperti sakit lutut, sakit sendi dan gout. Ceri dan buah beri juga merupakan penawar terbaik bagi gout. Vivix dihasilkan daripada gabungan Muscadine Grape Extract, Purple Carrot Extract, European Elderberry Extract dan Polygonum Cuspicatum Extract.

Performance Drink: Performance Drink juga sangat sesuai untuk penghidap gout kerana ia memelihara kandungan bendalir dalam badan. Rumusan Opticarb yang sudah dipatenkan ini juga meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali gand, memberikan tenaga dan memelihara pengaliran bendalir dalam tubuh. Ianya baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot).

Omega Guard : Minyak ikan sangat terekenal dengan manfaatnya dalam memelihara fungsi-fungsi sendi. Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memeliharan sendi dan gout dengan efektif. Jika anda risau kandungan purine kerana minyak ikan kebanyakannya diambil daripada ikan laut air sejuk, jawapannya ada di bawah:

Q: A doctor advised me to take fish oil supplements to improve my cholesterol level. But the source of fish oil in many preparations includes sardines, trout and herring – fish that are high in purines and on the list of foods I should avoid because I have gout. How much purine is in fish oil supplements? Should I take them or not? 
A: Purines are found in the meat of the fish but not in highly purified, molecularly distilled fish oil, so it should not affect your gout. I recommend everyone consume at least 2,000 milligrams (mg) per day of EPA and DHA (two fatty acids in fish oil crucial to human health). Those with autoimmune disorders and arthritis should consume 3,000 to 6,000 mg in divided doses with meals. 
Sumber: www.arthritistoday.org 


Alfalfa: Alfalfa juga merupakan antara suplemen yang baik untuk meredakan kesakitan akibat radang sendi.

Untuk anda yangberminat untuk mendapatkan produk2 Shaklee ini boleh terus berhubung dengan saya di 010-2310059(Atira). Penghantaran adalah keseluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Monday, March 10, 2014

Apa Itu Kanser Payudara

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini. Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain. 

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia. 

Jenis-jenis kanser payudara
  1. Kanser setempat 'Carcinoma in situ' : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
  2. Kanser saluranan 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluranan susu payudara.
  3. Kanser lobular (Lobular carcinoma in sit) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
  4. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
  5. Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Tanda dan gejala
Penyebab Kanser Payudara. Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada kanser payudara. Faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit.

Faktor risiko terbahagi kepada 2 kategori : 

Faktor Risiko tidak boleh di kawal 
  • Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
  • Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  • Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi. 4.
  • Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
  • Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
  • Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).  


Faktor Risiko Boleh di Kawal 
  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
  • Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi. 


Gejala-Gejala Kanser Payudara
Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara. 

Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut: 
  • Bengkak pada sebahagian payudara
  • Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  • Puting masuk ke dalam atau sakit
  • Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  • Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
  • Ketulan pada bahagian ketiak 

Bagaimana kanser payudara dikesan?
  1. Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)- wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
  2. Mamogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.(Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal. 

Tahap Kanser Payudara 
Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh sembuh sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya: 
Tahap 0 - Kanser setempat (Cancer in Situ)
Tahap I - Kanser kurang dari 2 cm.
Tahap II - Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di ketiak
Tahap III - Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
Tahap IV - Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam tubuh
Tahap I & II - adalah awal dan boleh disembuhkan.
Tahap IV - tidak boleh disembuh

Rawatan
Wanita yang dikesan kanser payudara diberi rawatan selepas dibuat penilaian lengkap oleh doktor. Sebahagian pesakit akan dibedah sebelum diberi rawatan kemoterapi (adjuvant chemotherapy). Sekiranya pakar bedah memutuskan untuk mengecilkan saiz kanser sebelum pembedahan, rawatan kemoterapi atau radioterapi akan diberi terlebih dahulu.

Jenis Pembedahan-tujuan pembedahan ialah untuk membuang tisu kanser payudara
  • Pembuangan ketulan kanser pada payudara (lumpectomy). Merupakan terapi konservatif, tisu normal tidak dibuang.
  • Pembuangan sebahagian payudara (Partial (segmental mastectomy)’ (mas-tek-tuh-me) : Pembedahan ini melibatkan pembuangan lebih tisu payudara berbanding dengan (lumpectomy). Ia biasanya diikuti dengan radioterapi.
  • Pembuangan sebahagian atau seluruh payudara (simple or total mastectomy): Dalam pembedahan ini, keseluruhan payudara yang terlibat dibuang, tetapi kelenjar limfa di ketiak dan otot-otot di bawah payudara tidak dibuang.
  • Pembuangan payudara radikal diubahsuai (Modified radical mastectomy). Pembedahan ini melibatkan pembuangan seluruh payudara yang terlibat dan sebahagian kelenjar limfa di ketiak.
  • Pembuangan payudara radikal (Radical mastectomy). Pembuangan seluruh payudara, yang terlibat kelenjar limfa dan otot-otot bahagian bawah payudara.
  • Pembedahan bahagian ketiak (Axillary dissection). Pembedahan ini dilakukan untuk memastikan sama ada kanser payudara telah merebak ke kelenjar limfa di ketiak atau tidak. Sebahagian kelenjar akan dikeluarkan dan diperiksa dibawah mikroskop.

Kimoterapi 
Kimoterapi bertindak sebagai ubat pembunuh sel kanser yang diberi melalui salur darah atau secara pil memakan. Ubat kimoterapi memasuki salur darah ke seluruh badan. Sekiranya kimoterapi diberi selepas pembedahan ia dapat kurangkan kemungkinan kanser berulang. Kimoterapi juga merupakan rawatan utama yang diberi bila kanser telah merebak menjangkaui luar payudara dan di kawasan ketiak atau rebakan meluas selepas rawatan pertama. 

Kimoterapi juga diberi sebelum pembedahan, biasanya untuk mengecilkan saiz bengkakan dan mudah dibuang. Kimoterapi diberi dalam beberapa kitaran, setiap kitaran diikuti dengan tempoh rehat. Jumlah kitaran rawatan biasanya sehingga 3 – 6 bulan. Biasanya kombinasi beberapa ubat diberi. 

Kesan sampingan kimoterapi bergantung kepada jenis, jumlah dan tempoh ubat-ubat diberi: 
  • Sangat letih kerana kekurangan sel darah merah
  • Loya dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Rambut gugur
  • Kudis mulut
  • Perubahan kitaran haid (mungkin berkekalan)
  • Risiko jangkitan meningkat kerana kekurangan sel darah putih
  • Lebam atau pendarahan dari luka kecil disebabkan oleh kekurangan sel pembeku darah

Terapi Radiasi
Rawatan ini melibatkan penggunaan pancaran bertenaga tinggi (seperti x-ray) untuk membunuh atau mengecut sel-sel kanser. Radiasi mungkin dari luar badan (radiasi luaran) atau dari bahan radioaktif yang diletakkan pada ketumbuhan (brachytherapy). Rawatan ini digunakan untuk memusnahkan sel kanser yang masih tertinggal di dalam payudara, dinding dada atau bahagian ketiak selepas pembedahan. Kadang-kadang ianya digunakan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan sebelum pembedahan. Setiap rawatan mengambil masa beberapa minit. Rawatan ini biasanya diberi 5 hari seminggu sebagai pesakit luar, untuk selama 6 atau 7 minggu. Ia bermula sebulan selepas pembedahan. Kesan sampingan utama terapi radiasi ialah bengkak dan merasa berat pada payudara, kesan kemerahan pada kawasan berkenaan dan keletihan. 

Terapi Hormon 
Hormon estrogen menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser payu dara pada sesetengah wanita. Kaedah untuk menghalang atau mengurangkan paras estrogen digunakan untuk merawat kanser payu dara. Ubat tamoxifen bertindak untuk menghalang kesan estrogen. Ia diambil dalam bentuk pil, biasanya setiap hari selama 5 tahun selepas pembedahan. Ia mengurangkan risiko kanser daripada berulang. Aromatase inhibitors ialah sejenis ubat yang menghalang tubuh membentuk estrogen. Ia hanya berkesan untuk wanita yang telah putus haid dan kanser yang dihidapinya positif hormon (reseptor estrogen positif).

*credit to portal MyHealth

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Tuesday, March 4, 2014

Kawal Paras Gula Anda Dengan Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Kencing manis adalah antara penyakit yang sangat popular di negara Malaysia. Ia sering dikaitkan dengan pengambilan gula dalam menu harian, yang dikatakan diambil melebihi kuantiti yang diperlukan oleh badan. Namun, tahukah anda, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai penyakit kencing manis atau bahasa sainsnya, Diabetes melitus?

APAKAH KENCING MANIS?

Kencing manis atau diabetes melitus ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan insulin dalam kadar terlalu sedikit sehingga ia tidak memberikan kesan kepada badan. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan bagi mengekalkan paras normal gula. Apabila insulin dihasilkan dalam kuantiti yang terlalu sedikit, ia telah menyebabkan paras gula di dalam darah semakin meningkat sehingga melebih paras normal.

Purata rakyat Malaysia adalah penghidap kencing manis. Bagaimana mengatasinya? Bagaimana untuk mengurangkan paras gula dalam darah? Jom kita ikuti info selanjutnya.

Set Kawalan Paras Gula Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan penghidap kencing manis sekaligus dapat menjadikan pesakit dapat mengawal kencing manis mereka ke tahap lebih minimum.

KELEBIHAN SET KAWALAN PARAS GULA SHAKLEE :
  • Mengekalkan paras gula normal dalam darah
  • Menggalakkan kesihatan jantung
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  • Membantu dalam penyembuhan luka
Salah satu lagi punca rakyat Malaysia menghidap kencing manis adalah disebabkan faktor kurangnya bersenam. Sumber berita harian mengatakan 75% rakyat Malaysia tidak bersenam menjadikan ianya punca pelbagai penyakit.

SET KAWALAN PARAS GULA SHAKLEE TERDIRI DARIPADA


Energizing Soy Protein (ESP) - membekalkan tenaga. Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot. Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan dan mereka yang sedang pulih dari sakit.
Alfalfa Complex - menstabilkan gula dalam darah
Vitamin C Plus - mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita
Zinc Complex - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes
GLA Complex - menghalang komplikasi diabetes, merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan yang disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.
Vitalea - mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap


Namun, jika anda mempunyai bajet yang lebih, bolehlah mencuba VIVIX .. kesannya sangat baik untuk pesakit kencing manis.

SIAPA YANG MEMPUNYAI RISIKO TINGGI MENDAPAT DIABETES?
  1. Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risikon anda untuk mengidapi diabetes.
  2. Berat badan berlebihan atau obesiti. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes Impaired glucose tolerance (IGT).
  3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0kg atau lebih).
  6. Tekanan darah tinggi.
  7. Tidak aktif-gaya hidup sedentary.
  8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
  9. Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi
Jadi, apakata kita cuba ikhtiar dengan cara pengambilan Set Diabetes ini agar kandungan gula dapat dikurangkan dan kita kembali ceria menjalani kehidupan seharian. Tapi... jangan lupa amalkan pemakanan sihat ye, di samping bersenam sekurang-sekurangnya setengah jam sehari. Kita hanya mampu ikhtiar selebihnya kita serah pada Allah swt yang menentukan.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Thursday, December 26, 2013

Set Kesihatan Lelaki

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 



Bagi lelaki yang mementingkan kesihatan, atau para isteri yang inginkan pasangannya sihat sentiasa, pastikan anda membekalkan tubuh dengan nutrisi yang lengkap dan mencukupi agar sel-sel dalam tubuhnya sentiasa segah dan sihat.

Kenapa?
Kerana elemen yang memusnahkan sel yang sihat iaitu radikal bebas kini makin menggandakan ketumpatannya dalam tubuh kita. Lebih-lebih lagi lelaki, kerana:-

  1. – Menghadapi stress.
  2. – Merokok atau berkawan dengan mereka yang menghisap rokok (perokok sekunder).
  3. – Banyak berada di luar (pencemaran udara).
  4. – Banyak mengikuti aktiviti fizikal seperti berjogging, berbasikal.
  5. – Dan lain-lain

Perkara ini menjadikan radikal bebas semakin banyak dan antioksidan yang dihasilkan secara semulajadi tidak dapat menanganinya lagi.

Antara kesan2 yang disebabkan oleh radikal bebas dan kekurangan antioksidan:-

  1. – Penuaan sebelum masa
  2. – Imuniti badan yang lemah
  3. – Risiko mendapat kanser
  4. – Masalah otot
  5. – Banyak lagi

Kesan radikal bebas berkait rapat dengan penuaan (Penuaan bukan berusia sebaliknya proses tubuh menjadi ‘buruk’). Jadi kesan penuaan lebih jelas pada mereka yang tinggi radikal bebas dalam tubuhnya.

Maka penting sangat untuk lelaki mengambil vitamin, dan jelasnya vitamin Shaklee yang terbaik kerana diperbuat dari bahan semulajadi dan ia menjalani ujian klinikal!

Antara vitamin Shaklee untuk lelaki kekal muda dan bertenaga yang dicadangkan adalah:
  • Vitamin E
  • Omega Guard
  • Zinc Complex

Bagaimana pula untuk lelaki yang sukar telan pil?

Tentunya pilihan yang tepat adalah Vivix!


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...