Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.
Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts
Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Tips Menyelesaikan Masalah Nafas Berbau

Komunikasi penting untuk menyempurnakan tugas seharian di pejabat. Anda perlu kerap berbincang dan berkerjasama dengan ketua serta rakan sejawatan untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Sesetengah pekerjaan, seperti wartawan, pegawai perhubungan awam, pegawai pemasaran atau peguam, memerlukan anda sentiasa berurusan dengan orang ramai. Bagi menjaga imej diri dan syarikat, anda perlu memastikan penampilan sempurna dengan berdandan rapi dan memakai baju bersesuaian agar tampil hebat.

Anda mungkin tergolong wanita bertuah kerana memiliki segala-galanya— bijak, cantik dan pandai bergaya. Akan tetapi, segala-galanya musnah apabila anda bersuara. Masalah nafas berbau bukan sahaja mencacatkan penampilan anda; ia membuatkan anda hilang keyakinan diri.

Tidak seperti masalah kesihatan atau kecantikan lain, nafas berbau ibarat ‘musuh’ dalam selimut, merosakkan imej anda secara senyap. Memang sukar mengesan bau nafas sendiri. Anda hanya menyedari ‘kecacatan’ penampilan apabila dijauhi teman-teman atau menjadi bahan gosip. Ketika ini pakaian mahal atau solekan menawan tidak lagi bernilai. Di sini saya kongsikan dengan anda beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah nafas berbau ini.

1. Berkumur menggunakan garam atau limau

Menyembuhkan nafas berbau dengan garam bilas adalah penawar yang sangat lama yang telah diturunkan dari generasi ke generasi. Garam akan membunuh bakteria di dalam mulut anda dan membantu menyembuhkan sebarang penyakit gusi. Hanya campurkan 1/2 sudu kecil garam dengan setengah cawan air suam, kacau dan bilas mulut sebelum anda tidur. Setelah beberapa hari dan anda akan melihat bahawa gusi anda kelihatan lebih merah jambu dan dapat menyelesaikan masalah nafas berbau.

Menyembuhkan nafas berbau dengan limau bilas adalah alternatif yang lain, kerana kandungan asid yang tinggi dalam limau menghalang pertumbuhan bakteria pada lidah dan gusi. Anda juga boleh membuat campuran garam dan limau dan bilas sebelum tidur untuk menyembuhkan nafas berbau.

2. Soda penaik (Baking Soda)

Baking soda telah didapati sangat berkesan dalam menyembuhkan nafas berbau, kerana keasidan yang tinggi baking soda akan menghalang bakteria daripada berlaku di atas lidah anda. Oleh itu, memberus gigi dengan ubat gigi yang kaya penaik soda atau ikut sahaja dengan baking soda selepas menggunakan ubat gigi biasa.

3. Daun Mint dan Biji Bunga Matahari

Kedua-dua nya menyembuhkan masalah nafas kerana ia dapat membersihkan mulut dan menjadikan kafas lebih segar. Kunyah biji bunga matahari selepas makan dan minum air untuk membantu membersihkan mulut dan mengunyah daun pudina untuk mengeluarkan bau yang segar daripada anda. Contohnya: makan chewing gum yang mempunyai kandungan pudina dan gula-gula berperisa mint.

4. Makan Yogurt

Makan yogurt kaya dengan bakteria sihat akan membantu dalam menyembuhkan nafas berbau sepenuhnya.

5. Minum Air Putih, Teh atau Jus Nanas

Sama seperti apa-apa lagi dalam kehidupan, menyembuhkan nafas berbau dengan air minuman yang mudah dan baik untuk anda. Air putih akan menjaga perut dan lidah anda terhidrat dan bersih. Ia juga mencegah pembentukan bakteria dan menyembuhkan nafas berbau.

Kebersihan Mulut

Ia mungkin kelihatan jelas, tetapi menyembuhkan nafas berbau dengan kebersihan gigi yang betul adalah satu titik permulaan yang penting. Flos juga yang akan membantu dalam menyembuhkan nafas berbau disebabkan penyakit gusi. Berus gigi anda dengan cara yang betul dan anda juga harus memilih ubat gigi yang betul.

Supplement Shaklee Yang Dapat Membantu Anda
Antara produk Shaklee yang dapat membantu anda adalah:
  1. Alfalfa Complex
  2. Sustained Release Vitamin C
  3. Garlic Complex
Untuk maklumat lanjut KLIK SINI


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine Park

Saturday, January 3, 2015

Keputihan Ketika Hamil

Adakah anda mengalami masalah keputihan ketika hamil dan adakah keputihan ini membahayakan kandungan anda. Seperti yang kitasemua tahu pada kebiasaannya setiap wanita akan mengalami masalah keputihan. Namun yang membezakannya hanyalah masa kita mengalami maslah keputihan ini dan serius atau tidak masalah yang kita hadapi. Di saat anda sedang bergembira menanti kelahiran bayi dan masalah keputihan pula mengunjung tiba pasti ia menambahkan sedikat kegusaran di hati anda.



Oleh itu, untuk kali ini saya nak berkongsi ilmu tentang keputihan yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil. Keputihan ini adalah disebabkan oleh jangkitan pada bahagian faraj dan ianya agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda. 

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika: 
  1. Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  2. Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  3. Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  4. Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  5. Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Adakah Keputihan Membahayakan Bayi Anda


Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.

Cara Untuk Anda Mengatasi masalah Keputihan

  1. Jagalah selalu kebersihan organ intim dengan membersihkannya setiap kali selesai buang air kecil atau besar. Jangan lupa untuk selalu membasuhnya dengan cara yang benar, iaitu dari arah depan ke belakang.
  2. Gunakanlah pakaian dalam yang diperbuat dari bahan kapas dan mudah menyerap peluh.
  3. Elakkan penggunaan sabun mandi yang sebahagian besar mengandungi soda, atau kurangkan penggunaan sabun pencuci faraj yang bersifat antiseptik. 
  4. Sebaiknya elakkan pemakaian pantyliner, kerana bahan kapas pantyliner boleh menyebabkan bakteria membiak dengan mudah.
  5. Elakkan mandi berendam dengan air panas atau hangat, kerana yis candida (penyebab keputihan) lebih mudah tumbuh dan / atau berkembang di suhu hangat.
  6. Kurangkan pengambilan makanan "junkfood"  atau makanan yang mengandungi bahan pengawet atau gula yang cukup tinggi, atau jenis makanan yang mengandungi yis, atau membeli makanan yang dibungkus dalam bentuk kering (kerana umumnya makanan yang dikeringkan mengandungi gula fruktosa yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan pengeluaran hormon pada organ kewanitaan anda).
Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu Anda


Produk yang sinonim dengan mengurangkan masalah keputihan di kalangan wanita adalah Alfalfa. Tetapi Alfalfa Complex Shaklee tidak digalakkan di ambil oleh ibu hamil. 

Oleh itu saya mencadangkan pengambilan Garlic Shaklee sebagai pengganti Alfalfa Complex kepada ibu hamil dalam mengurangkan masalah keputihan ketika hamil dan selamat di ambil ketika hamil serta boleh meningkatkan antibodi ibu hamil. Garlic bertindak sebagai antibiotik untuk menghalang jangkitan kulat dan yis candida. Selain dapat mengurangkan masalah keputihan ketika hamil, Garlic Shaklee juga dapat mengurangkan masalah kegatalan serta alahan kulit kepada ibu hamil.

SR Vita-C Shaklee juga sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil yang mempunyai masalah keputihan. Vitamin C bertindak untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, July 14, 2014

5 Cara Mudah Rendahkan Paras Kolestrol

Kolestrol adalah sejenis lemak yang dihasilkan oleh hati daripada makanan yang kita makan, dimana ia berfungsi dalam proses metabolisme sel. Setiap sel mempunyai kolestrol pada permukaan luarnya.

Jika kolestrol termendap di salur darah, ia akan menyebabkan strok, tetapi sebenarnya ketidakseimbangan kolestrol (LDL>HDL) memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan selular.

Sel yang sihat memerlukan kolestrol baik (HDL) untuk bernafas, makan l, berkumuh dan pelbagai lagi fungsi metabolisma yang lain. Manakala kolestrol 'jahat' (LDL) merosakkan fungsi-fungsi tersebut.

Fungsi-fungsi lain kolestrol ;

  • membina dan menjaga menbran sel dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon dalam membran
  • menjadi penebat kepada jaringan saraf
  • menukarkan cahata matahari kepada vitamin D
  • terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen
  • menjadi 'filter' kepada sel, hanya membenarkan molekul yang dibenarkan sahaja masuk kedalam sel.
  • penting untuk metabolisma vitamin larut lemak
  • penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kalenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya

Ok. Sekarang anda dah tahu apa itu kolestrol dan fungsi kolestrol dalam badan kita. Jadi sekarang jom kita tengok 5 cara mudah untuk kita rendahkan paras kolestrol.

Usia, jantina dan sejarah keluarga merupakan antara faktor-faktor yang tidak boleh dikawal. Tetapi diet, senaman dan lain-lain gaya hidup boleh memberikan perubahan yang besar dalam mengekalkan profil kolestrol yang sihat. Di bawah diberikan langkah bagi membolehkan anda meningkatkan paras kolestrol baik secara semulajadi.

  1. Turunkan berat badan - Manfaat : penurunan 3kg berat badan meningkatkan 1 mata HDL
  2. Berjalan pantas - Manfaat : peningkatan 2-4 mata HDL. Bersenam 20 minit sehari boleh meningkatkan kolestrol baik sehingga 2.5mata.
  3. Tidak Merokok - Manfaat : Secara purata, paras HDL perokok kurang 5mg/dL berbanding bukan perokok.
  4. Pilih Kekacang Sebagai Snek - Manfaat : Paras HDL meningkat 2-3 mata. Disarankan anda mengambil sama ada walnut, pecan, almond, peanut, pistachio dan macademia sekitar daripada 2 auns (57gram) sehari.
  5. Ambil Lebih Kalsium - Manfaat : Paras HDL meningkat 1 mata. American Journal of Medicine mendapati mengambil 1,000mg supplemen kalsium sehari dapat meningkatkan paras HDL sehingga 7%.
Supplemen Shaklee yang dapat membantu anda dalam menurunkan paras kolestrol.
  1. Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolestrol jahat LDL
  2. Phytocol ST - bertindak menghalang penyerapan kolestrol ke dalam usus
  3. Vitamin C - Membantu menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri
  4. B Complex - Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolestrol
  5. Garlic - Membantu merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah.


Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tuesday, January 28, 2014

Apakah Itu Toksin

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Tosin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada yoksin kerana ia berada di mana-mana saja. Dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Simptom-Simptom Toksin Berlebihan
  • Sering keletihan
  • Kurang Bertenaga
  • Sakit kepala
  • Mulut Berbau
  • Badan Berbau
  • Insomnia (masalah tidur)
  • Mata gelap
  • Mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan-sembelit
  • Kembung perut
  • Masalah sendi - lenguh-lenguh badan
  • Masalah kulit - jerawat, ekzema
  • Selulit
  • Kenaikan berat badan
  • Tanda-tanda penuaan awal
  • Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer
Tanda- Tanda Lain
  • Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti dibahagian bawah lengan, celah peha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  • Banyak angin,alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masala jerawat dan banyak lagi.
Supplement Shaklee Yang Dapat Membantu
Bagi anda yang menghadapi masalah ini dan perlukan supplement untuk membuang toksin dalam badan, set yang paling sesuai untuk anda adalah Super Detox Set.


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Monday, January 6, 2014

Apa Itu Kolestrol

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.


Apakah Kolesterol?
Kolesterol datang dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.
Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak kolestrol LDL. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Sumber Kolesterol
Kolesterol berasal dari 2 sumber utama yaitu internal atau tubuh sendiri yang menghasilkan kolesterol dan eksternal atau berasal dari makanan. Organ hati dan sel lain di dalam tubuh akan membuat sekitar 75% kolesterol. Sisanya, sekitar 25% berasal dari makanan yang kita makan.


Kadar kolesterol akan meningkat tajam apabila kita mengonsumsi makanan dengan kadar lemak jenuh tinggi. Kolesterol juga dapat ditemukan di kuning telur, hati, ginjal, dan beberapa jenis makanan seafood seperti udang. Meskipun begitu, beberapa orang dapat memiliki kadar kolesterol tinggi meskipun diet mereka sehat. Hal tersebut disebabkan oleh faktor keturunan yang disebut dengan hiperlipidemia familia.

Saranan dari Pakar
Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol
Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

Supplement dan Vitamin Semulajadi Shaklee yang Boleh Membantu Menurunkan Paras Kolesterol
  1. Alfalfa Herb-lax – berfungsi sebagai fiber di dalam usus (yang diperlukan) yang akan bergabung dengan kolesterol, air dan mineral berlebihan dan dikeluarkan sebagai najis.
  2. B Complex – Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol.
  3. Garlic – Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah
  4. Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.
  5. Vita-C – Vitamin C membantu menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.
  6. Vita-E – Vitamin E memperbaiki peredaran darah.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk-produk di atas, atau konsultasi PERCUMA mengenai cadangan produk paling minimum.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Monday, December 23, 2013

Super Detox Set

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Toksin merupakan punca utama kepada pelbagai penyakit yang menyerang manusia. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin.
Toksin dalam badan manusia berpunca dari pendedahan kepada penggunaan bahan kimia yang berleluasa seperti racun perosak, racun serangga, baja kimia, pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa/pewarna tiruan dan sebagainya. 
Simptom-simptom di bawah menunjukkan bahawa badan berkemungkinan mempunyai toksin yang berlebihan:
  • Jerawat/kulit kusam
  • Selalu berasa lesu dan tidak bertenaga
  • Sakit kepala yang kerap dan berulang
  • Rasa gatal
  • Emosi yang bercelaru
  • Radang pada kulit
  • Alahan
  • Ekzema
Namun dalam persekitaran kita pada hari ini, agak mustahil untuk kita menghindarkan segala punca pengumpulan toksin dalam badan. Oleh itu, satu alternatif diperlukan bagi membantu badan mengeluarkan toksin  dan bahan buangan ini daripada badan secara selamat dan mengembalikan kesihatan badan.
Memperkenalkan, Super Detox Set dari Shaklee. Set ni terdiri daripada:


Kebaikan dari pengambilan set ni adalah:
  1. Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  2. Membantu meningkatkan kesihatan hati
  3. Meningkatkan seri wajah
  4. Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh 
Jangan biarkan toksin yang terkumpul dalam badan anda menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain yang tidak diingini. Bertindaklah sekarang.

Ingin singkirkan toksin dalam badan? Hubungi saya untuk pesanan!

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Thursday, December 19, 2013

Penyelesaian Masalah Mulut Berbau

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Faktor-Faktor Yang menyebabkan Mulut Berbau

  1. Bakteria yang terdapat di dalam mulut dan membiak walaupun pada keadaan tiada oksigen. Bakteria ini boleh datang daripada pemakanan kita seperti bawang putih, bawang merah, protein-daging dan bahan tenusu, kesan obesiti, kesan merokok dan kesan pengambilan alkohol. Mereka memakan makanan yang tertinggal di celah gigi, gusi dan mulut dan mengeluarkan bahan kumuh. Kebanyakkan bahan kumuh yang dihasilkan mengandungi banyak bahan-bahan berasaskan sulfur. Bahan kumur yang terhasil menyebabkan bau busuk menyerupai mayat (Cadaverine) atau daging busuk (Putrescine) atau bau najis manusia (Skatole) atau bau hapak kaki (Isovaleric Acid)
  2. Gusi juga boleh menyebabkan masalah pernafasan berbabu busuk akibat jangkitan kuman,abscess, ruang lompang di antara gigi, ruang di antara gigi dan gusi atau akibat tampalan yang tidak sempurna dan gigi palsu yang kotor.
  3. Boleh menyebabkan pernafasan berbau jika ada kerosakan tulang pipi yang menyokong gigi. kerosakan yang teruk menyebabkan terdapat ruang lompang yang dalam di atara gusi dan gigi. ianya amat sukar dibersihkan dengan baik menjadikan kawasan ini sesuai bagi pembiakan bakteria.
  4. Kekurangan air liur juga boleh menyebabkan bau nafas. Air liur menjadi kurang disebabkan oleh puasa, penggunaan ubat kumur yang mengandungi alcohol, kekurangan air dalam badan dan ada penyakit pada sistem pencernaan.

Macamana nak tahu mulut berbau atau tidak?
Mungkin segan nak tanya orang kan mulut kita berbau atau tidak. Salah satu caranya adalah menjilat di belakang pergelangan tangan dan membiarkannya kering selama dua minit. Selepas kering, cubalah hidu air liur kita sendiri di situ. Itulah caranya anda menghidu bahagian hadapan lidah kita.


Cara lain ialah untuk mengetahui bau mulut yang berasal dari bahagian belakang (posterior) lidah. Ambil sudu dan terbalikkannya untuk mengeruk (scrape) bahagian belakang lidah. Lihat lendir keputihan yang terkumpul dan hidulah baunya.



Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria. 
  • Garlic Shaklee diproses secara semulajadi dibawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab, nafas berbau namun tablet garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau.
Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau. 
  • Alfafa Shaklee adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan dan bau nafas mulut.
Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh juga mengamalkan supplemen-supplemen yang berikut untuk merawatan masalah mulut berbau:
▪ Herblax - Untuk pembersihan usus
▪ SR Vita C Plus - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus
▪ Peppermint Ginger Plus- Berkesan membunuh bakteria penyebab bau mulut  

Jom cegah bau mulut dengan Shaklee iaitu dengan Alfalfa dan Garlic. Alfalfa mengandungi mineral dapat menyegarkan nafas dan mendetoksifikasi bau. Garlic bertindak sebagai antibodi dan memusnahkan bacteria.

Jom segarkan nafas dan mulut dengan vitamin semulajadi.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Wednesday, December 18, 2013

Garlic Complex Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Rasanya ini post yang pertama tentang Garlic Shaklee di blog nie. Bkn sbb Garlic nie x bagus tapi sbb Shaklee ader byk produk2 yang bagus dan Garlic adalah salah satu daripadanya.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee ini adalah ia diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan secara terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% yang mana tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan antikulat dan mempunyai sifat penyembuh.

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak.
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein.
  • Menurunkan tekanan darah.
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-aktiviti radang.
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan.
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi.
  • Membantu merawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Membantu merawat asthma.

Keistimewaan Garlic Keluaran Shaklee
  • Pengekalan 100% Allicin aktif.
  • Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic.
  • Perisa semulajadi terhasil daripada 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  • Mengandungi pelbagai jenis Vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan menigkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaannya Vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah y-tocopherol.
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.
Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh
  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan yang boleh menghalang sakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  3. Membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sinsitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
  5. Memstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan secara konsisten 2-4 tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL,triliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengandungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema iaitu air terkumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki.
  10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkotis yang berterusan, sakit kerongkong, selsema dan resdung(sinus).
  11. Bagi yang mempunyai Diabetis - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah.
  12. Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:

  • Kerongkong & Telinga 
  • Perut memulas
  • Cirit-birit
  • Bronkitis
  • Luka-luka
  • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, keronkong, gusi, mulut dan dada, sistem air kencing.
Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibiotik untuk melawanjangkitan penyakit seperti selsema, batuk, cirit-birit atau yang lelain dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambil supplement Garlic Complex ini yang mana antara kebaikkanya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...