Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Thursday, December 4, 2014

Pernah Dengar Tentang Chemical Pregnancy


Pernah tak anda mendengar istilah  "Chemical Preganancy". Apa pula yer yang dimaksudkan dengan Chemical Pregnancy. jika diterjemahkan secara terus ke Bahasa Melayu dah jadi Kandungan Kimia. Takkan pulak kan. Jadi nak senang saya simpulkan sebagai saya tidak tahu istilahnya di dalam bahasa melayu.. Namun melalui pembacaan ringkas, secara amnya, ianya satu keadaan yang mana, berlaku kehamilan yang seterusnya diikuti oleh keguguran pada tempoh kehamilan yang sangat-sangat awal.

Kehamilan ini dapat dikesan secara biasa melalui ujian kehamilan melalui air kencing ataupun sampel darah. Namun kebiasaannya, bagi UPT, garisannya agak kabur. Seterusnya, sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui ujian imbasan kehamilan, keguguran sudah pun berlaku.

Keguguran mungkin berlaku melalui kedatangan haid yang mana ada waktunya, tuan punya badan tidak sedar pun dia sudah hamil dan beranggapan period nya hanya lewat beberapa hari.

Sebagai contoh, A sepatutnya didatangi haid pada 1.10.2011 dan haidnya masih belum tiba. Lantas pada 3.10.2011 dia melakukan UPT dan hasilnya adalah positif. Pada 4.10.2011, sekali lagi ujian dilakukan dan hasilnya tetap positif namun semakin pudar. Tetapi apabila ujian imbasan kehamilan dilakukan selepas selang beberapa hari dalam tempoh yang tidak berjauhan daripada tarikh UPT dilakukan, tiada apa-apa yang kelihatan dan setelah itu, darah haid datang seperti biasa.

Kenapa tiada janin yang kelihatan dan haid datang seperti biasa? Kerana keguguran telah berlaku. Lagi pula, kebanyakan alat UPT sekarang, banyak yang sangat sensitif dan membolehkan bacaan diambil sebelum haid sepatutnya due. Ada juga mereka yang langsung tidak sedar bahawa mereka melalui chemical pregnancy kerana setelah haid lewat untuk 3/4 hari, ianya datang seperti biasa..

Punca keguguran? Tidak dapat dipastikan namun ianya mungkin disebabkan oleh abnormaliti pada janin.

Pernah tak anda alami situasi seperti ini. Jika pernah, saya tahu anda kuat dan redha bahawa kandungan ini bukan rezeki anda untuk kali ini. Bersama kita berdoa moga rezeki yang lebih baik bakal menyusul untuk kita. InsyaAllah.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...