Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.
Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts
Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts

Monday, December 15, 2014

20 Cara Perut Ramping Selepas Bersalin

Anda mempunyai masalah untuk mendapatkan perut yang ramping selepas bersalin. Rasanya bukan anda seorang sajer yang menghadapinya. Kebanyakkan daripada ibu-ibu yang melahirkan anak pasti akan menghadapi situasi ini. Stress kan biler fikirkan pasal perut yang yang tidak dapay dikempiskan selepas bersalin.

Apa kata kali ini, saya kongsikan dengan anda 20 cara untuk mendapatkan perut ramping selepas bersalin. 

  1. Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyediakan ketiga-tiga bahan ini:
  2. Minum air suam dan bukannya minuman sejuk sekurang-kurangnya 3liter sehari.
  3. Elakkan mengambil makanan yang bergoreng dan berlemak
  4. Minum jus pegaga tiap-tiap pagi
  5. Bengkung 2kali seminggu (malam sahaja). Ini diamalkan apabila anda sudah bekerja. Atau anda boleh memakai korset di siang hari.
  6. Untuk mengelakkan perut dari mengeleber maka, anda boleh buat senaman sits up sebanyak 50-100 kali waktu pagi.
  7. Minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.
  8. Bersihkan perut dengan air suam untuk buka liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. Yang terbaik adalah amalan in dibuat sebelum 6bulan selepas melahirkan kerana perut masih lembut ketika ini.
  9. Makan yogurt 3kali sehari. Pilih low fat dan yang kurang gula. Sekali makan, sukatannya adalah 1 bekas kecik yang biasa dijual. Yogut ini dapat membantu penghadaman dan jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup. Yogurt ini juga dapat menampung keperluan kalsium untuk ibu yang menyusukan anak.
  10. Kurangkan minum ketika sedang makan dan sebolehnya anda minum air suam atau air kosong. minum secara perlahan-lahan dan sedikit-sedikit. Selepas setengah jam baru minum dalam kuantiti yang banyak.
  11. Sebenarnya usaha untuk mengempiskan perut ini seelok-eloknya dilakukan ketika dalam pantang. Bengkung perlu digunakan selama 44hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana ketika dalam pantang urat-urat badan semuanya kembang. Apabila tidak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit disebabkan urat-urat tidak kecut dengan sempurna.
  12. Belly Dancing. tak tahu camner...anda boleh cari di You Tube. pasti anda akan jumpa cara-cara belly dancing. sambil senaman sambil menghiburkan hati.
  13. Untuk perut bahagian atas, baring atas katil, bengkokkan lutut, pastu angkat kepala dan badan selari/setinggi yang boleh dan tahan dalam kiraan 8. Ulang 8kali untuk 1 sesi. 
  14. Untuk Perut bahagian bawah pula, ini adalah yang paling susah lemaknya nk dibuang. Baring kaki diluruskan pastu angkat kaki ke atas (Badan akan jadi bentuk L jika dilihat dari tepi). Ulang 10-20 kali satu sesi. Buat setiap hari sebelum tidur. Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal. tujuan senaman ini adalah untuk mengetatkan otot perut supaya perut tidak melendut, mengeleber atau berlipat.
  15. Jangan mandi selepas makan. Ini kerana suhu badan akan sejuk dan proses penghadaman menjadi kurang efektif.
  16. Apabila bangun pagi, perkara pertama yang perlu dibuat adalah minum air kosong.
  17. Kunyah makanan perlahan-lahan. Jadi badan kita tidak penat untuk memproses makanan yang besar-besar.
  18. Pastikan makan sekurang-kurangnya 4jam sebelum tidur. Ini kerana makanan tidak sempat untuk dihadamkan jikan tidak sampai 4jam.
  19. Jangan lupa untuk senaman. Tidak kira apa jua jenis senaman. Boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal, naik turun tangga dan pada anda yang surirumah, sibukkan diri anda dengan hal-hal di rumah juga dikira sebagai excercise.
  20. yang terakhir sekali adalah breastfeed baby. Ini bukan sahaja untuk mengempiskan perut tetapi dapat juga menguruskan badan
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan dapat membantu anda dalam mencapai impian untuk mendapatkan perut idaman. Sekiranya anda ingin mengamalkan supplemen dalam membantu usaha anda ini, saya sarankan anda untuk mengambil OmegaPlus dan Herb Lax.



Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, June 23, 2014

Metabolisma Rendah


Tanda-tanda orang bermetabolism rendah
  1. Apabila berdiet berat tidak menunjukkan penurunan
  2. Berat naik mendadak bila makan lebih
  3. Susah bersenam kerana rasa trlalu letih
  4. Gemar makanan berkarbo dan manis
  5. Mudah lapar
  6. Makan sikit pun cepat gemuk
  7. Lapar di waktu malam

Punca Metabolisme Rendah

● kekurangan insulin. Iaitu hormon pentg utk tukar gula kpd tenaga. Dlm kes ni, lemak cenderung berhasil & terkumpul pd perut & belakang badan.
● kesilapan memilih mknn dgn indeks glisemik y tggi..

3 Tips Untuk Meningkatkan Metabolism

1) Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak. >> Cadangan Saya : minum ESP soy protein Shaklee, rendah GI dan no kolestrol

2) Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. 

3) Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. >>Cadangan Saya : minum cinch tea Shaklee - Green tea + white tea + red tea.

9 Tips Tambahan Lagi Untuk Meningkatkan Metabolisme
  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil. >> Cadangan Saya ; Pengambilan Ostematrix dapat menampung keperluan kalsium dalam badan anda.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  8. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  9. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

9 tips tambahan ini dikongsi daripada kevinzahri.com

Cukup tak dengan tips yang telah diberikan tadi. Semoga tip-tip ini dapat membantu anda. Anda juga boleh menambahkan set membakar lemak seperti Lecithin atau Omega Guard dan set fiber seperti Alfalfa dan Herb Lax. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai produk-produk yang bersesuaian dengan anda. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine 

Friday, June 13, 2014

Tips Kuruskan Badan

1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan .

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.

11. Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.


15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu
Pilihan di tangan anda mengikut bajet dan keperluan tubuh anda. Saya sedia memberi konsultasi berkenaan cadangan pengambilan supplemen yang bersesuaian dengan anda. Hubungi 010-2310059(Atira) untuk pesanan dan konsultasi. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Wednesday, January 29, 2014

Psoriasis

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
• Keguguran sisik pada kulit
• Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
• Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis

• Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
• Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
• Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
• Lampin psoriasis
• Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.

Komplikasi

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
• Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
• Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Punca
#Psoriasis dipercayai disebabkan oleh satu gabungan faktor-faktor genetik dan persekitaran.
#Satu perempat hingga ke satu pertiga daripada orang-orang yang mengalami psoriasis berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah sedemikian. Faktor-faktor genetik juga memainkan peranan dalam sebilangan kes-kes.
#Tekanan fizikal dan emosi, jangkitan kerongkong, flu, sebilangan jenis ubat-ubatan (sebagai contoh hormon steroid, sesetengah anthihipertensif) mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk.
#Meminum alkohol dan merokok mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk atau susah untuk hilang.

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)


Krim dan ubatan yang boleh melegakan. Pelembab
• Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
o Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
o Menggunakan sarung tangan
o Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim

• Doktor akan memberi ubatan seperti :
o Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
o Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
o Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Dimana untuk mendapat rawatan?

Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda 

Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.


Nasihat kepada Pesakit Psoriasis:
#Jangan menggaru kulit kerana ini akan melambatkan pemulihan.
#Jangan terlalu lekas berhenti mendapatkan rawatan kerana ianya mungkin mengambil masa  beberapa minggu untuk memberikan kesan.
#Jangan berhenti mengambil pil-pil yang dipreskripsi atau rawatan secara tiba-tiba kerana ianya boleh membuat Psoriasis lebih teruk.
#Gunakan rawatan secara kerap.
#Amalkan keadaan kulit yang lembap kerana ini akan membantu mengurangkan rasa gatal dan pengupingan.
#Secara amnya, pendedahan kepada cahaya matahari mendatangkan faedah.
#Jangan dedahkan diri anda terlalu lama sehingga anda mendapat selaran matahari. Selaran matahari menjadikan Psoriasis lebih teruk.
#Tekanan boleh menjadiakn Psorisis lebih teruk. Belajarlah cara-cara menenangkan hati, bersenam dan mengambil masa rehat atau cuti.

Perbezaan antara ECZEMA dan PSORIASIS
Psoriasis
-Sering dialami oleh orang dewasa
-Dikaitkan dengan masalah genetic disebabkan masalah system imun dan persekitaran
-Bersisik,merah dan kulit mengelupas disertai gatal
-Boleh menimbulkan kesan negatif pada sendi tubuh dan boleh menyebabkan gejala yang mirip dengan arthritis.
Eczema
-Sering dialami oleh kanak-kanak
-Sering menyebabkan kerengsaan pada kulit
-Menunjukkan tanda seperti kulit kering yang mengelepuh kecil  atau berbintik-bintik
-Gejalanya kurang serius

Suppliment  Shaklee yang dicadangkan
  • VIVIX-Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • DTX COMPLEX-Dandelion membantu psoriasis,milk thistle  (anti inflamasi)
  • GLA COMPLEX-Membantu mengelakkan kekeringan
  • B-COMPLEX-Fungsi selular,menjaga kulit sihat
  • COLLAGEN POWDER-Menggalakkan kulit yang sihat
  • VITA C 500mg SR-Penting untuk kolagen dan tisu penghubung
  • VITA E 400 IU-Meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
  • OMEGA GUARD-Mengurangkan inflimasi
  • CAROTOMAX-Melindungi kulit
  • LECITHIN-Melindungi kulit
  • NUTRIFERON-Mengukuhkan sistem imun (mengaktifkan interferon)
  • E.SOY PROTEIN-Membaiki dan membina semula sel-sel
  • HERB-LAX-Pembersihan usus,detox
  • ALFAFA COMPLEX-Detox,anti-inflamasi 


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Monday, January 6, 2014

Fiber Kurangkan Kolesterol

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Apabila anda mengamalkan Diet Omega, salah satu faktor penting dalam diet omega adalah pengambilan makan yang berserat tinggi agar segala lemak yang telah diemulsikan atau dipecahkan oleh Omega dapat dinyah keluar dari sistem badan.

Antara makanan yang berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga boleh mendapatkan Alfalfa sekiranya anda sukar untuk mencukupkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian anda.

Fakta menarik dipetik dari sumber mengenai bagaimana fiber juga mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Bagaimana Fiber Mengurangkan Kolesterol?
Mesti ramai yang pernah tengok iklan satu brand Oat di kaca TV yang memberitahu beberapa orang rakyat Malaysia telah berjaya menurunkan kadar kolesterol sebanyak beberapa peratus, tu kan? Betul ke claim mereka tu? Secara literalnya, betul. Oat mengandungi fiber yang tinggi. Fiber adalah sejenis bahan gentian atau selulosa yang berupaya mengurangkan kolesterol dalam darah kita.

Fiber adalah bahan gentian dalam tumbuhan yang tidak dicerna dan diperlukan untuk kesihatan. Fiber tidak seperti elemen makanan yang lain yang dicerna dan diuraikan. Misalnya gula diuraikan kepada bentuk ringkas iaitu glukosa, fruktosa dan galaktosa untuk diserap oleh tubuh.

Fiber tidak berubah hinggalah ia tiba di usus besar. Di sini fiber dibahagikan kepada dua – fiber yang diperlukan untuk peristalsis usus bagi penyahtinjaan dan fiber berlebihan.

Enzim-enzim di dalam kolon kita menguraikan fiber berlebihan kepada asid lemak dan gas. Oleh itu tak hairan kalau banyak sangat ambil fiber, atau pertama kali mengambil fiber dalam kuantiti yang banyak dari sebelumnya, kita mengalami masalah angin.Fiber di dalam usus (yang diperlukan) bergabung dengan kolesterol, air dan mineral berlebihan dan akan dikeluarkan sebagai najis.

Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan fiber, serta anda boleh amalkan pengambilan Alfalfa yang kaya dengan fiber serta sekali-sekala bersihkan usus dengan Herb-Lax. Usus yang sihat tunggak kesihatan.

Untuk mendapatkan Alfalfa dengan jaminan harga terbaik anda boleh hubungi saya dan dapatkan konsultasi secara PERCUMA bersama kami di azravitamin4u.

Kredit:vitaminsemulajadi.net

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Apa Itu Kolestrol

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.


Apakah Kolesterol?
Kolesterol datang dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.
Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak kolestrol LDL. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Sumber Kolesterol
Kolesterol berasal dari 2 sumber utama yaitu internal atau tubuh sendiri yang menghasilkan kolesterol dan eksternal atau berasal dari makanan. Organ hati dan sel lain di dalam tubuh akan membuat sekitar 75% kolesterol. Sisanya, sekitar 25% berasal dari makanan yang kita makan.


Kadar kolesterol akan meningkat tajam apabila kita mengonsumsi makanan dengan kadar lemak jenuh tinggi. Kolesterol juga dapat ditemukan di kuning telur, hati, ginjal, dan beberapa jenis makanan seafood seperti udang. Meskipun begitu, beberapa orang dapat memiliki kadar kolesterol tinggi meskipun diet mereka sehat. Hal tersebut disebabkan oleh faktor keturunan yang disebut dengan hiperlipidemia familia.

Saranan dari Pakar
Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol
Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

Supplement dan Vitamin Semulajadi Shaklee yang Boleh Membantu Menurunkan Paras Kolesterol
  1. Alfalfa Herb-lax – berfungsi sebagai fiber di dalam usus (yang diperlukan) yang akan bergabung dengan kolesterol, air dan mineral berlebihan dan dikeluarkan sebagai najis.
  2. B Complex – Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol.
  3. Garlic – Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah
  4. Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.
  5. Vita-C – Vitamin C membantu menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.
  6. Vita-E – Vitamin E memperbaiki peredaran darah.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk-produk di atas, atau konsultasi PERCUMA mengenai cadangan produk paling minimum.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Monday, December 30, 2013

Cara @ Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin


Setiap kali melahirkan anak, antara masalah yang sering menghantui ibu-ibu adalah masalah perut buncit. Ada antara ibu-ibu ini yang menghadapi situasi kemurungan disebabkan masalah itu. Bagi membantu ibu-ibu dalam menghadapi situasi ini, saya kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu ibu-ibu semua.
  1. SUSU IBU - Susukan anak dengan susu badan anda(susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
  2. BERBENGKUNG - Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin disebabkan rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tidak diigini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
  3. BERTUNGKU, BERTANGAS,BERSAUNA - Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah traditional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan.
  4. KAWALAN PEMAKANAN - Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan mengeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein memcukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut mengeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam,salmon dan madu.
  5. SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL - Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul dan senaman yang khusus untuk membentuk perut ini daripada jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik.
  6. BETUKAN POSTUR TUBUH - Kenyakkan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan memandang remeh cara anda bergerak setiap hari.
  7. DETOKSIFIKASI -Lebihan toksin dalam badan kebanyakkannya terkumpul dibahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.
Bagaimana Supplemen Shaklee Dapat Membantu?
Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi harus diingat yang supplen hanyalah membantu sahaja dan ia bukannya ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit danmenggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Antara Supplemen yang disarankan adalah
  • Omega Guard - mengandungi Omega 3 yang diperlukan oleh badan kita untuk proses metabolisme.
  • Lecithin - membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semulajadi bagi lemak di dalam darah.
  • HerbLax - mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama dan membantu masalah sembelit.
  • Alfalfa - mencuci usus bagi membuang toksik dan membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
Jadi, untuk ibu-ibu atau bapa-bapa yang nak dapatkan kembali perut anda yang x buncit tu boleh mencuba Omega Guard sahaja atau satu set lengkap.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Friday, December 27, 2013

Apakah Selulit?

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Apakah Selulit?

Selulit merupakan gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi menggerutu. Ia juga mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terdapat pada bahagian punggung dan paha.

Gejala ini berlaku disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kolagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga turut membuatkan pengaliran darah menjadi tidak teratur. Seseorang itu tidak perlu gemuk untuk mendapat selulit tetapi kerap dikaitkan dengan masalah kekurangan air, tiada senaman, sembelit, stress, keadaan tercemar, keletihan, pemakanan yang tidak betul dan kandungan estrogen yang tinggi.

Oleh itu untuk mengelakkan selulit, anda perlukan pembersihan sistem badan dan bukannya menguruskan badan.



Kenali Faktor Yang Menyebabkan Terjadinya Masalah Selulit

1. Faktor Hormon
  • Hormon estrogen merupakan salah satu penyebab timbulnya selulit. 
  • Ia terbentuk ketika terjadi perubahan hormon pada wanita iaitu ketika akil baligh, hamil dan menopaus 
  • Pengambilan pil kesuburan dan juga pengambilan sesetengah pil perancangan keluarga juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan hormon
2. Faktor Fizikal
  • Masalah ini terjadi ketika adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit. 
  • Apabila perubahan ini berlaku maka berlakulah masalah selulit.
3. Duduk Terlalu Lama
  • Situasi ini juga boleh menjadi pencetus selulit ditambah lagi bila anda duduk dalam keadaan posisi yang salah 
  • Contonhnya duduk dalam keadaan tubuh yang agak membongkok dan kurang bergerak hingga sendi-sendi tulang pada tubuh menjadi kaku 
  • Contohnya terlalu lama duduk di depan komputer
4. Pengambilan Kafein
  • Minuman yang mengandungi kafein juga boleh menjadi penyebab munculnya selulit 
  • Jadi jika ingin mencegah selulit ‘datang’ kepada anda, ada baiknya anda kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman bersoda.
5. Berat Badan Yang Tidak Stabil
  • Diet yo-yo atau perubahan berat badan yang tidak stabil juga boleh meningkatkan kemungkinan munculnya selulit. 
  • Kawal berat badan anda. 
  • Jika ingin mengurangkan berat badan, sebaik-baiknya lakukan secara perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik.
6. Atur Pola Makan
  • Hindari makanan yang kaya dengan kandungan lemak kerana lemak lambat diuraikan dan tersimpan di dalam tubuh 
  • Hindari pula makanan olahan yang tinggi kadar gula dan zat aditif kerana ia membuatkan selulit semakin parah 
  • Banyakkan minum air putih untuk membantu membuang kandungan toksin dalam tubuh
Apakah cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan selulit?


Adalah sangat-sangat mustahil untuk kita menghilangkan selulit ini. Namun, apa yang boleh kita lakukan adalah mengurangkan selulit. Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit. Biler sebut tentang kurangkan lemak dah pasti ia berkait dengan kuruskan badan kan..

Vitamin Shaklee yang sesuai?

Di Shaklee, kami mencadangkan vitamin-vitamin berikut untuk mereka yang menghadapi masalah selulit dan juga ingin menurunkan berat badan:-

Langkah pertama - DETOX

Detox bermaksud proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Pembersihan dan detox meningkatkan proses alamiah pengeluaran toksin dari dalam badan. Vitamin yang di cadangkan: ALFAFA / HERBALAX


Langkah kedua - PECAHKAN LEMAK 
Vitamin yang di cadangkan: LECITHIN / OMEGA (lecithin dan omega bertindak sebagai pengemulsi lemak..ayat yang paling mudah adalah 'memecahkan lemak')

Langkah ketiga - MEMBINA OTOT 
Membina semula otot adalah penting selepas badan kehilangan lemak bagi mengelakan badan menjadi geleber. 

Vitamin yang di cadangkan : ENERGYZING SOY PROTEIN / CHINCH (sumber protein yang membantu membina otot badan dan mengurangkan daripada jadi menggeleber)

Sekiranya anda ingin kurangkan kesan selulit dan kurus secara semulajadi, boleh hubungi saya segera. HARGA MENARIK dan BERBALOI-BALOI menanti anda


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...