Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

Penyakit Gout Dan Supplement Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Sejarah Penyakit Gout
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Peringkat Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Apa sebenarnya penyakit gout? 
Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Ghout pada sendi jari kaki.

Gambaran klasik tentang gout 
Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

Punca gout
  • Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
  • Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
  • Gemar makan buah-buahan jeruk
  • Gemar makan mee segera
  • Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
  • Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
  • Gemar dan kerap minum teh kedai
  • Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
  • Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
  • Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
  • Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
  • Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  • Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
  • Terlalu kerap makan makan kari
  • Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
  • Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
  • Kerap mengambil ubat pain killer
  • Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya


Pencegahan
Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi menjarakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout. Untuk ini sila laksanakan cadangan berikut

  1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang yang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih dibanding dengan orang yang bekerja ringan. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
  2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
  3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
  4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
  5. Elak memakan mi segera seperti mi maggi dsb.
  6. Elak memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
  7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
  8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
  9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
  10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
  11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
  12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
  13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja).
  14. Elakkan tembikai dan tembikai susu.
  15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
  16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
  17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
  18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
  20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
  21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
  22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
  23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
  24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
  25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
  26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
  27. Elakkan jering, petai dan kerdas
  28. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
  29. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
  30. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
  31. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri 
  32. Elakkan sayuran jeruk
  33. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
  34. Elakkan telur masin
  35. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
  36. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England 
  37. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
  38. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
  39. Kurangkan makanan bersantan
  40. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
  41. Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
  42. Wajib dihindari: Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
  43. Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) — (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
  44. Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL), hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
  45. Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
  46. Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
  47. Elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing
Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

Berbekam dan bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.

CADANGAN SET KESIHATAN SHAKLEE UNTUK MASALAH GOUT

Bagi masalah gout, kami mencadangkan beberapa suplemen yang boleh diamalkan.


Vivix : Vivix merupakan suplemen terbaik untuk masalah sendi dan otot, seperti sakit lutut, sakit sendi dan gout. Ceri dan buah beri juga merupakan penawar terbaik bagi gout. Vivix dihasilkan daripada gabungan Muscadine Grape Extract, Purple Carrot Extract, European Elderberry Extract dan Polygonum Cuspicatum Extract.

Performance Drink: Performance Drink juga sangat sesuai untuk penghidap gout kerana ia memelihara kandungan bendalir dalam badan. Rumusan Opticarb yang sudah dipatenkan ini juga meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali gand, memberikan tenaga dan memelihara pengaliran bendalir dalam tubuh. Ianya baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot).

Omega Guard : Minyak ikan sangat terekenal dengan manfaatnya dalam memelihara fungsi-fungsi sendi. Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memeliharan sendi dan gout dengan efektif. Jika anda risau kandungan purine kerana minyak ikan kebanyakannya diambil daripada ikan laut air sejuk, jawapannya ada di bawah:

Q: A doctor advised me to take fish oil supplements to improve my cholesterol level. But the source of fish oil in many preparations includes sardines, trout and herring – fish that are high in purines and on the list of foods I should avoid because I have gout. How much purine is in fish oil supplements? Should I take them or not? 
A: Purines are found in the meat of the fish but not in highly purified, molecularly distilled fish oil, so it should not affect your gout. I recommend everyone consume at least 2,000 milligrams (mg) per day of EPA and DHA (two fatty acids in fish oil crucial to human health). Those with autoimmune disorders and arthritis should consume 3,000 to 6,000 mg in divided doses with meals. 
Sumber: www.arthritistoday.org 


Alfalfa: Alfalfa juga merupakan antara suplemen yang baik untuk meredakan kesakitan akibat radang sendi.

Untuk anda yangberminat untuk mendapatkan produk2 Shaklee ini boleh terus berhubung dengan saya di 010-2310059(Atira). Penghantaran adalah keseluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Thursday, March 13, 2014

Heat Stroke @ Strok Haba

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. – Bernama


Saranan saya untuk mengelakkan daripada badan dihidrasi dalam tempoh berpanjangan pengambilan PErformance Drink Shaklee adalah jalan penyelesaian terbaik. Performance Drink kerana ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 

Untuk dapatkan Performance Drink anda boleh terus hubungi saya dan penghantaran adalah keseluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Wednesday, February 5, 2014

Kelebihan Performance Drink

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Pada kebiasaannya, setiap kali biler kita sebut tentang minuman elektrolit pasti kita akan terbayangkan 100Plus or Revive. Itu antara minuman elektrolit yang terkenal dan banyak terdapat dipasaran kita. Namun jika kita mempunyai pilihan yang lebih baik seperti Performance Drink mengapa kita tak cuba untuk menikmati kehebatannya.

Performance drink merupakan minuman elektrolit yang berperisa oren dan lazat. Tetapi ia adalah berbeza berbanding minuman elektrolit yang lain kerana performance drink ini tidak bergas. Fungsi utama elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot badan.

Minuman elektrolit ini penting untuk tubuh kerana jika kandungan elektrolit dalam badan tidak seimbang dan terganggu, ia boleh membawa maut. Antara tanda-tanda badan kita sedang menghadapi tahap dehidrasi terlampau adalah:
  1. rasa haus yang terlampau.
  2. Kulit bibir mengelupas
  3. Rasa mual
Jika anda mempunyai tanda-tanda begini, disarankan untuk anda cepat-cepat mengambil minuman elektrolit. Oleh itu Performance drink adalah pilihan yang terbaik kerana ia memberi tahap dehidrasi yang lebih bain berbanding air biasa. Pasti anda akan rasa berbaloi memiliki Performance Drink dirumah.

Banyak lagi sebenarnya kelebihan Performance Drink selain daripada rasanya yang lazat dan tidak bergas. Antara kelebihan Performance Drink adalah:
  1. Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.
  2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
  3. Campuran elektrolit OPTI-LTYE proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  4. Terbukti secara klinikal. Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Drink Shaklee dapat mengurangkan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkn stamina.
  5. Tidak mengandungi perasa tiruan, oemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Monday, January 13, 2014

Supplement Shaklee Untuk Masalah Cirit-Birit



Masalah cirit-birit (diarea) selalunya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang singkat. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut. 

Kekerapan pembuangan najis berbeza di kalangan individu. Ada laporan yang mencatat berat normal najis sehari lebih kurang 100 hingga 150g. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300g, ini dianggap sebagai cirit birit.

Cirit -birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.

Tanda-Tanda Awal
Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk seluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan demam.

Simptom
  • Ketidaknormalan kerap berlaku dalam pergerakan usus.
  • Kehilangan banyak air dan najis yang tidak dicerna sepenuhnya.
  • Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di bahagian ulu hati.
  • Flatulence (kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan dan kerap)
  • Apabila bahagian perut abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
  • Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah.
Tempoh Berlaku
Dalam kebanyakkan kes, cirit-birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. 

Supplemen Shaklee yang dapat membantu
Bagi meredakan situasi ulang alik ke bilik air ini, saya sarankan untuk pengambilan alfalfa dan ikuti dengan Performance Drink. Tujuan pengambilan Alfalfa kerana ia adalah sejenis fiber yang akan menyerap kotoran dalam perut selain ia beralkali dan segala proses pembuangan dapat dibawa keluar dalam bentuk bukan cecair.

Performance Drink pula adalah untuk mengurangkan letih akibat cirit birit. Ia membantu mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. Selain daripada itu, ia juga  mencegah penyahhidratan kerana kebiasaannya apabila kita cirit birit badan kita akan menjadi 'kering' -kekurangan air dalam badan.

Kebiasaannya cirit birit akan berkurangan dan tidak berlarutan selepas pengambilan supplement ini, namun sekiranya simptom berlarutan dan ditambah dengan muntah, sila ler berjumpa dengan doktor.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Tuesday, January 7, 2014

Apakah Gout

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Gout adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.


Tahukah Anda!
Penyakit gout adalah satu penyakit yang boleh sembuh tetapi haruslah mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Ubah dan amalkan cara hidup dan diet pemakanan yang sihat untuk memastikan paras asid urik yang normal di dalam badan dan untuk mengelak dari mengidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan penyakit gout. Tidak semestinya gout adalah penyakit orang kaya (yang sinonim dengan sikap pemalas, makan banyak, gemuk dan suka minum minuman beralkohol) kerana gout boleh menyerang sesiapa sahaja.

Ketahui punca Gout.
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik dan masalah dibuah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin(protein), berkumpul pada sendi dan tisu lembut disekeliling sendi terutamanya pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablut inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa matabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Tanda-Tanda Gout
  • lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit
  • serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman
  • sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan
  • sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Cara Mengatasi
  1. Amalkan diet rendah purine. sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purien. Contoh: organ dalaman (paru,hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak cecair terutamanya air untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. kawal berat badan - kegemukkan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  5. Bersenam
Tips Pemakanan Pesakit Gout
  • Minum banyak air kosong
  • Elak minuman berkafein seperti kopi
  • Elak memakan makanan mengandungi kadar purin yang tinggi kerana ia boleh meningkatkan kadar asid urik dalam badan. Contoh makanan adalah organ dalaman haiwan seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak.
  • Memakan daging merah (daging kambing dan lembu) dalam kuantiti sederhana
  • hasil laut seperti kerang, kepah, ikan bilis, sardin dan salmon perlu dielakkan atau diambil secara sederhana.
  • Elakkan memakan sayur-sayuran dalam bentuk kekacang seperti peanuts, lentil, beans dan peas.
  • Elakkan memakan makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.
  • Kurangkan memakan sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam.

Pada anda yang nk atasi masalah Gout ini dengan supplement Shaklee KLIK SINI

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Atasi Gout Dengan Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 



Atasi Gout dengan Shaklee. 

Supplemen yang dicadangkan:-

1. OmegaGuard – Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
2.   Alfalfa – untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
3.   Performance drink - memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


:: Gout dan Vitamin C

Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut. Vitamin C adalah uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.


Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Ada masalah gout dan ingin mencuba produk Shaklee. Hubungi saya untuk pertanyaan dan konsultasi PERCUMA.
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Sunday, October 6, 2013

Performance Drink Shaklee

Hasil daripada Bengkel Nutrisi Shaklee yang dihadiri membuatkan hati ini meronta-ronta nk wat review ttg Performance Drink nie. Sebabnya masa penjelesan ttg produk ini diberikan speaker workshop telah menerangkan serba sedikit tentang pentingnya minuman elektrolit.
 
Sedikit info tentang elektrolit. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion.

Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan. 

Selalunyer klu kita rasa dehidrat sajer mesti yang terlintas di pemikiran kita adalah 100Plus or minuman isotonik yang lain kn. Tapi air2 nie semua berkarbonat dan menyebabkn kandungan glukosanya tinggi. Oleh itu, Performance Drink adalah pilihan pengganti kepada minuman2 isotonik yang lain.
 
Kelebihan Performance Drink Shaklee:
  1. Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  3. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  4. Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Manfaat Utama Performance Drink Shaklee
  1. Meningkatkan daya ketahanan badan - memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  2. Membekalkan tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. ia mengandungi potassium, kalsium,sodium, phosphorus, magnesium dan cloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang aktif dalam kerja harian.
  3. Mencegah Penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  4. Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
Memang x dapat dinafikan lagi yang Performance Drink ini sangat sesuai untuk diminum pada bila-bila masa dan dimana saja. Enak juga jika diminum begitu saja atau dicampur bersama minuman lain.


  Pesanan | Pertanyaan
Atira
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157]
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 

COD untuk area Nilai, Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan & Bangi


Tuesday, July 23, 2013

Gandingan produk TERLARIS di bulan PUASA!!!


✿ ESP ✿ – Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara. Tidakkah anda mahu tampil jelita di pagi AidilFitri nanti?

✿ Performance Drink ✿ – Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan!

✿ Meal Shakes ✿ – Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga!

‪#‎NOTE‬
Ibu-ibu menyusu & mengandung juga boleh mengambil ketiga-tiga produk ini dengan selamat.


Pesanan | Pertanyaan
Atira

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157]
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059

Friday, July 19, 2013

Performance Drink


Siapa Yang Perlukan Performance Drink
  • Anda yang berkerja di bawah matahari terik. 
  • Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan. 
  • Ibu mengandung atau menyusu. 
  • Anda yang demam dan selesema. 
  • Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan. 
  • Anda yang mengidap penyakit kencing manis. 
  • Anda yang berpuasa. 
  • Anda yang kurang minum air. PD ini memastikan tahap bendalir dalam badan anda berada di paras normal.
Kelebihan Performance Drink Shaklee:
  1. Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  3. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  4. Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
     Tips : Jika anda baru beli Shaklee Performance Drink, pastikan simpan PD ini di dalam peti sejuk SELEPAS dibuka yer..Untuk mengelakkan serbuk PD menjadi berketul2.
    Pesanan | Pertanyaan
    Atira

    ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157]
    ♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059

Mighty 3 Gems

MEALSHAKE (perasa French Vanilla),
ENERGIZING SOY PROTEIN atau ESP (perasa Vanilla)
PERFORMANCE DRINK atau PD (perasa oren).

Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus BERTENAGA dan CERGAS !!

Set ini amatlah sesuai untuk BERSAHUR, BERSARAPAN dan juga BERBUKA PUASA. Kalau yang terlambat bangun sahur tu Mighty 3 Gems ini memadai untuk membantu anda berpuasa sepanjang hari!! InsyaALLAH.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...