Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.
Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Wednesday, January 7, 2015

Bagaimana Anda Boleh Tahu Yang Anda Adalah Pengidap Diabetis

Di kalangan masyarakat kita, pada kebiasaannya kita biasa mendengar tentang penyakit diabetis atau lebih dikenali sebagai kencing manis. Apakah sebenarnya diabetis/kencing manis ini. Saya perkenalkan pada anda apa itu diabetis secra berperingkat supaya anda lebih memahami bagaimana penyakit ini dapat berada dalam tubuh badan anda.


Diabetes adalah suatu penyakit dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin (hormon pengatur gula darah) atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau insulin tidak bekerja dengan baik. Oleh karena itu akan menyebabkan gula darah meningkat saat diperiksa.

Penderita diabetes memiliki kadar gula darah yang tinggi. Ini disebabkan karena pankreas tidak dapat memproduksi insulin ataupun otot, lemak dan sel-sel hati tidak merespon insulin secara normal. Ataupun kedua-duanya.

Bagaimana anda boleh tahu yang anda adalah pengidap Diabetis

Diabetis Jenis 1
  1. Anda sering berasa haus.
  2. Sering buang air kecil
  3. Berat badan yang terus turun, namun selera makan terus tinggi
  4. Kelelahan
  5. Mual
  6. Muntah

Diabetes Jenis 2
  1. Cepat merasa lapar dan haus
  2. Sering buang air kecil terutama pada malam hari
  3. Kerap lelah, sering merasa mengantuk.
  4. Penglihatan kabur
  5. Sering kesemutan terutama pada kaki dan tangan
  6. Kehilangan berat badan dengan cepat tanpa usaha apapun
  7. Gatal-gatal pada kelamin luar
  8. Ghairah seksual menurun dan cenderung impotensi
  9. Jika terkena infeksi, sembuhnya lama.

Gejala-gejala di atas sering dijumpai, tapi pada beberapa orang sering tidak dijumpai gejala sama sekali. Untuk memastikannya, diperlukan pemeriksaaan darah di lab.

Faktor Anda Berisiko Mendapat Diabetis

Banyak faktor risiko diabetes, termasuk diantaranya:
  1. Ayah atau Ibu, saudara laki-laki atau perempuan yang menderita diabetes (faktor keturunan)
  2. Kegemukan
  3. Usia diatas 45 tahun
  4. Gestational diabetes atau melahirkan bayi dengan berat lebih dari 4 Kg
  5. Tekanan darah tinggi
  6. Angka Triglycerid (salah satu jenis molekuk lemak) yang tinggi
  7. Level kolesterol yang tinggi
  8. Gaya hidup modern yang cenderung banyak mengkonsumsi makanan instan (segera).
  9. Perokok
  10. Stress
Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu Anda
B- Complex 
  • Membantu menukarkan gula kepada tenaga
  • Membantu mengurangkan keletihan
GLA Complex
  • Membantu menghalang komplikasi diabetis
  • Memberi kesan positif keapad diabetic neuropathy
Zinc Complex
  • Membantu penghasilan insulin
  • Membantu di dalam pemulihan luka
VIVIX
  • Membantu memperbaiki sel DNA di dalam badan
  • Membantu mengurangkan inflamsi
  • Membantu meningkatkan penghasilan tenaga

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Sunday, January 4, 2015

Manisnya Cinta Di Capadocia

Salam berhujung minggu...hope semua relax2 dan yang bekerja gomen (goverment) pasti tengah tertanya-tanya betul ker bonus masuk esok nie (5hb jan). Setakat skang xder pengumuman rasmi lagi kan. Jadi harap dapat menanti dengan penuh kesabaran yer.

Tarikh mula sesi persekolahan dah confirm ditunda lagi seminggu. jadinya tarikh mula persekolahan bagi negeri Selangor nie adalah pada 12 januari 2015 dan ini bermakna lagi seminggu la anak2ku terpaksa ditinggalkan di kampung halaman. Rupanya hujung minggu tanpa anak-anak nie agak membosankan gak yer (walaupun kalau time diorg ader tu selalu jer stress kan.hihihi...). So, aktiviti hujung minggu aritu g wayang tgk Manisnya Cinta Di Capadocia.


Manisnya Cinta Di Cappadocia mengisahkan percintaan di antara tiga insan iaitu Ifti Liyana, Fredo dan Nazmi. Hubungan Ifti dan Fredo bagai retak menanti belah, kedua-duanya sudah tidak mempunyai perasaan sayang lagi dan akhirnya membuat keputusan membawa haluan masing-masing. Nazmi muncul dalam hidup Ifti, dan lama kelamaan perasaan cinta mula berputik di antara mereka berdua.

Ini adalah citer melayu pertama yang ditonton di wayang selepas Persona Nan Grata. Hihihi...dapat bayangkan takdah berapa lama xpergi tgk citer melayu di wayang dan ternyata citer nie tak mengecewakan. Walaupun watak Fazura dalam citer nie adakalanya membawakan watak seorang perempuan yang stress namun cara dia menangani stress itu sangat terbaik. sentiasa senyum jer walaupun pelbagai dugaan melanda dirinya. Cuma ader satu babak yang dia menjerit "Aku Sunyi!!!!". Namun itu adalah cara dia melepaskan stress yang dia alami.

Bagi saya yang menonton babak dalam filem niememang tak stress langsung. Hanya mampu tersenyum sensorang menghayati babak-babak dalam filem ini.

Sweet!!!!
Saat Dilanda percintaan
Nampak, muka cam xpuas hati jer biler makcik-makcik bertanya kenapa bukan dia yang kahwin dengan Fredo

Haaaa....kalau orang mengantuk kita sorongkan bantal. Apa kata kalau orang yang selalu stress2 cam Ifti (Fazura) nie kita bagi dia makan B-Complex. hihihi...Cam menarikjer kan.

Tahukah anda yang stress meningkatkan kadar denyutan jantung, menyebabkan tekanan darah tinggi, sukar tidur dan juga menyumbang kepada penambahan berat badan. Bahayakan tu kalau kita kerap kali stress. Kalau la kita ni jenis yg selalu stress atau kita ni emotional eater, elok sangat untuk kita amalkan suplemen B-Complex. Sebab B-Complex membantu sensasi ketenangan. Bila kita tenang, maka kita akan kurang mengudap tanpa sebab. Maka, takdela masalah berat badan makin naik akibat stress.

Kenapa B-Complex Shaklee jadi pilihan kita. Ini adalah kerana B-Complex Shaklee mengandungi keluarga vitamin B seperti yg disebutkan di bawah:
  1. Vitamin B1 - Menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan meningkatkan metabolisme
  2. Vitamin B2 - Memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B6 dan Asid folic
  3. Vitamin B3 - Membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah dan pengaliran kolesterol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yg baik dan membantu pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yg rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar untuk menjadikan seseorang tu dapat sakit mental
  4. Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang
  5. Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depresi
  6. Vitamin B9 - Bersama2 dengan Vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter dan juga aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan
  7. Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depresi dan tidak tenteram.
Oleh itu, jom kita amalkan cara hidup sihat. Hindari stress. Jom tonton Manisnya Cinta Di Cappadocia dan pasti membuatkan anda tersenyum sensorang. Bagi yang tidak sempat menonton di wayang, anda boleh membuat langganan di Astro First skang. Mimpikan yang indah-indah...Manisnya Cinta Di Capadocia.


Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine Park

Tuesday, December 2, 2014

Bagaimana Menentukan Kesuburan Wanita

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.

Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.

Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Oleh sebab itulah, apabila seseorang wanita yang telah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengesan kesuburannya melalui beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak.

Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan.


Pusingan Haid 
Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.

Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.

Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. 

Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

Catatan Suhu Badan 
Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang disebut BBT (basal body temperature). Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini. Kaedah menyukat suhu badan ini adalah untuk mengenalpasti bilakah waktu wanita paling subur, waktu berovulasi dan kemungkinan anda hamil. 

Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.

Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.

Carta suhu badan ini memberi maklumat penting . Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.

Ujian Darah 
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

Pemeriksaan Fizikal 
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan.

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan Sistem Peranakan 
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

Jangkitan Faraj 
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Pemeriksaan Laparoskopi 
Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan 'laparoskopi' dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.

Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

Set Kesuburan Shaklee Wanita 


Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA Complex
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, August 7, 2014

Kencing Tidak Lawas

Kencing tidak lawas atau dalam bahasa Inggerisnya Urinary incontinence (kita ringkaskan sebagai UI) adalah masalah dimana kita hilang kawalan terhadap pundi kencing. Simptomnya boleh jadi berlaku kebocoran kecil (terkucil) atau mungkin juga kebasahan yang tidak dapat dikawal lagi. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan semakin kerap mengikut faktor usia.

Kebanyakan masalah kawalan pundi kencing berlaku apabila otot terlalu lemah atau terlalu aktif. Jika otot yang menutup salur kencing lemah, kita akan terkucil masa bersin, ketawa atau mengangkat benda berat. Ini dinamakan stress incontinence.

Jika otot pundi kencing terlalu aktif, kita akan selalu berasa nak terkencing walaupun pundi mengumpul air yang sedikit. Ini dipanggil urge incontinence atau overactive bladder.

Penyebab Kecing Tidak Lawas
1. Masalah prostat
2. Kerosakan saraf yang menghubungkan pundi kencing dan otak seperti stroke, Alzheimer, dan multiple sclerosis
3. Regangan otot pelvik semasa hamil dan proses kelahiran
4. Paras estrogen rendah dalam wanita
5. Kesan sampingan sesetengah ubat
6. UTI (urinary tract infection)
7. Kerap sembelit
8. Mempunyai berat badan berlebihan
9. Otot kawalan kencing lemah atau masalah otot lantai pelvik

Rawatannya pula bergantung kepada jenis masalah yang kita alami serta gaya hidup yang sesuai untuk kita. Ia juga termasuk senaman ringan atau rawatan perubatan.

Suplemen Shaklee Yang Dapat Membantu
  1. Vitamin C- membantu penghasilan estrogen terutama kepada wanita menopos.
  2. Ostematrix- membantu pengawalan otot
  3. Vitamin B complex- membantu dalam kesihatan fungsi saraf
  4. Vitamin E - menstabilkan fungsi pundi kencing
  5. GLA Complex - memperbaiki paras estrogen dan testosteron serta memperbaiki masalah postat lelaki dan masalah kerap kencing.
Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas
  1. Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.
  2. Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein
  3. Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing
  4. Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.
  5. Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.
Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.
**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, July 14, 2014

Cara Mengelakkan Penyakit Batu Karang

Pundi kencing, ureter dan buah pinggang merupakan tiga lokasi 'panas' batu karang boleh terbentuk. Faktor pemakanan yang tidak seimbang iaitu mengambil diet yang tinggi kandungan kimia atau purin akan menyumbang kepada pembentukan batu karang di tempat-tempat tersebut.

Pencegahan Pembentukan Batu Karang

1. Minum air kosong secukupnya 
  • kita perlu ambil sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air setiap hari kerana cuaca negara kita agak panas.
  • Salah satu cara untuk memastikan pengambilan air anda adalah mencukupi untuk setiap hari anda boleh mencuba kaedah ini.

2. Jangan makan makanan yang mengandungi terlalu banyak kalsium
  • Sesetengah individu mengambil supplemen kalsium kerana mahu kuatkan tulang. Namun begitu, kandungannya yang banyak boleh membantu menyumbang kepada pembentukan batu karang.
  • Sebab itu Ostematrix Shaklee adalah pilihan yang terbaik untuk membekalkan kalsium mengikut keperluan tubuh anda. Ini adalah kerana Ostematrix mengandungi magnesium yang membantu menurunkan oksalat.
3. Kurangkan kandungan asid urik dalam badan.
  • Jangan ambil terlalu banyak makanan laut, daging merah, kekacang dan sayur bayam kerana makanan ini mengandungi asid urik yang tinggi.
  • Batu karang boleh terbentuk kerana kandungan nutrien dalam badan tidak seimbang.
Supplemen Shaklee yang dapat membantu anda:
  1. B Complex - Menurunkan oksalat (garam mineral)
  2. Vitamin C - Mengasidkan urin
  3. Ostematrix - Magnesium menurunkan oksalat dan mencegah batu karang
  4. Carotomax - Menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  5. Alfalfa Complex - Mengurangkan infleksi dan inflamansi
  6. Lecithin - Membakar lemak berlebihan yang akan membentuk batu karang.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi adalah percuma. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
 COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

5 Cara Mudah Rendahkan Paras Kolestrol

Kolestrol adalah sejenis lemak yang dihasilkan oleh hati daripada makanan yang kita makan, dimana ia berfungsi dalam proses metabolisme sel. Setiap sel mempunyai kolestrol pada permukaan luarnya.

Jika kolestrol termendap di salur darah, ia akan menyebabkan strok, tetapi sebenarnya ketidakseimbangan kolestrol (LDL>HDL) memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan selular.

Sel yang sihat memerlukan kolestrol baik (HDL) untuk bernafas, makan l, berkumuh dan pelbagai lagi fungsi metabolisma yang lain. Manakala kolestrol 'jahat' (LDL) merosakkan fungsi-fungsi tersebut.

Fungsi-fungsi lain kolestrol ;

  • membina dan menjaga menbran sel dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon dalam membran
  • menjadi penebat kepada jaringan saraf
  • menukarkan cahata matahari kepada vitamin D
  • terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen
  • menjadi 'filter' kepada sel, hanya membenarkan molekul yang dibenarkan sahaja masuk kedalam sel.
  • penting untuk metabolisma vitamin larut lemak
  • penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kalenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya

Ok. Sekarang anda dah tahu apa itu kolestrol dan fungsi kolestrol dalam badan kita. Jadi sekarang jom kita tengok 5 cara mudah untuk kita rendahkan paras kolestrol.

Usia, jantina dan sejarah keluarga merupakan antara faktor-faktor yang tidak boleh dikawal. Tetapi diet, senaman dan lain-lain gaya hidup boleh memberikan perubahan yang besar dalam mengekalkan profil kolestrol yang sihat. Di bawah diberikan langkah bagi membolehkan anda meningkatkan paras kolestrol baik secara semulajadi.

  1. Turunkan berat badan - Manfaat : penurunan 3kg berat badan meningkatkan 1 mata HDL
  2. Berjalan pantas - Manfaat : peningkatan 2-4 mata HDL. Bersenam 20 minit sehari boleh meningkatkan kolestrol baik sehingga 2.5mata.
  3. Tidak Merokok - Manfaat : Secara purata, paras HDL perokok kurang 5mg/dL berbanding bukan perokok.
  4. Pilih Kekacang Sebagai Snek - Manfaat : Paras HDL meningkat 2-3 mata. Disarankan anda mengambil sama ada walnut, pecan, almond, peanut, pistachio dan macademia sekitar daripada 2 auns (57gram) sehari.
  5. Ambil Lebih Kalsium - Manfaat : Paras HDL meningkat 1 mata. American Journal of Medicine mendapati mengambil 1,000mg supplemen kalsium sehari dapat meningkatkan paras HDL sehingga 7%.
Supplemen Shaklee yang dapat membantu anda dalam menurunkan paras kolestrol.
  1. Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolestrol jahat LDL
  2. Phytocol ST - bertindak menghalang penyerapan kolestrol ke dalam usus
  3. Vitamin C - Membantu menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri
  4. B Complex - Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolestrol
  5. Garlic - Membantu merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah.


Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tuesday, June 24, 2014

Rahsia Set Menyusu Shaklee

Betul ker apa yang orang selalu cerita tentang vitamin Shaklee yang membantu menambah susu badan. Betulkah atau sekadar propaganda penjual?? Ada juga yang bertanya, “Jika saya amalkan set ini memang boleh jamin susu badan saya banyak ke?” Jawapannya terletak pada diri anda sendiri. Boleh jadi YA dan boleh jadi TIDAK. Jawapannya akan menjadi YA, jika anda sangat komited dengan rahsia yang bakal kami kongsikan.Jawapannya akan menjadi TIDAK, jika anda sambil lewa dan mengharapkan vitamin Shaklee menjadi “ubat ajaib”

Di sini, saya ingin kongsikan dengan anda semua dengan rahsia bagaimana untuk menambah susu badan dengan menggunakan vitamin Shaklee.

Rahsia pertama, anda perlu mengikut jadual makan yang disediakan. Tips EKSLUSIF dengan pengambilan vitamin pada masa tertentu membantu proses “booster”

Rahsia kedua, pastikan pengambilan air masak adalah 3 liter sehari paling minima. Pasti ramai yang sudah pening kepala. Jangan risau kerana tips pengambilan air masak dikongsikan sehingga anda minum tanpa disedari.

Rahsia ketiga, pam setiap 3 jam sekali bagi ibu bekerjaya. Tidak tahu bagaimana untuk susun jadual pam anda. Azra Vitamin 4u dapat membantu anda menyediakan jadual pam untuk panduan anda.

Penyusuan susu badan tidaklah terlalu sukar jika ibu-ibu sekelian mengetahui tips & trick .

Sekarang saya akan bongkarkan senarai vitamin Shaklee yang perlu anda gabungkan dengan rahsia di atas.

Sudah semestinya Set 3M – Make More Milk . Pilihan ramai ibu menyusu dan sudah pasti mereka sangat berpuas hati dengan pelaburan yang dikeluarkan.


Ramai yang terkejut pada mulanya kerana mereka perlu ambil 6 jenis supplement. Tetapi anda perlu tahu yang setiap satu daripada produk ini akan memberikan manfaat kepada anda dan bayi anda. InsyaAllah.

Bukan sahaja susu badan semakin meriah, anda mendapat pelbagai bonus percuma dengan set ini.

Bonus Pertama :
Kulit yang cantik serta mulus.

Bonus Kedua :
Penurunan serta pengawalan berat badan.

Bonus Ketiga:
Badan yang sihat serata cergas

Bonus Keempat :

Hubungan keintiman suami isteri yang lebih mesra


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, June 23, 2014

Mengatasi Badan Lemah dan Lesu


Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?

Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:
  1. Pemakanan yang tidak sihat
  2. Tekanan dan stress
  3. Kegemukan
  4. Pekerjaan yang memenatkan
  5. Insomnia
  6. Darah rendah/anemia
  7. Perokok tegar
  8. Mengambil kafein secara berlebihan
  9. Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  10. Tidak melakukan senaman
  11. Pengambilan ubat-ubatan
  12. Kekurangan air
  13. Kehamilan

Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu dan Kebaikkannya

1.  Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2.  Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
3.  Menguatkan sistem imun anda
4.  Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Vitalea Iron Formula
Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian. Penyediaan makanan yang tidak sihat, diet tidak seimbang, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemar dengan pesticides,menyukarkan tubuh kita memperolehi bekalan nutrient yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan prestasi tubuh kita merosot sedikit demi sedikit tanpa disedari. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

Sustained Release Vita-C 500MG


Satu tablet vitamin C bersamaan dengan 7 biji setengah oren asli.Vitamin C Shaklee didatangkan dengan fungsi sustained release,di mana ia akan dilepaskan secara berperingkat mengikut masa demi memastikan vitamin C tersebut kekal dalam badan,kerana vitamin C merupakan vitamin larut air dan mudah musnah.Sangat penting untuk pembentukkan kolagen,sistem imun badan,bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

B-Complex


Mengandungi 8 kumpulan vitamin B untuk memenuhi keperluan tubuh.Bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) di samping memberi ketenangan pada tubuh.Di sebabkan itu, vitamin B merupakan vitamin paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan.Ia mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma,tenaga dan kesihatan otak serta membantu kulit wajah kelihatan berseri dan tidak kusam.

Apabila keperluan vitamin dan mineral di dalam badan kita mencukupi, maka badan kita secara automatik akan berasa segar dan bersemangat untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi, Dengkil, Putrajaya, Cyberjaya & Equine 

Thursday, June 19, 2014

Punca Masalah Kesuburan

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman² semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita):

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal. Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.


Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua ke?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan:


Untuk Suami : Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : GLA Complex dan Alfalfa

Untuk anda yang berminat untuk mendapat set kesuburan Shaklee dan konsultasi, anda boleh terus berhubung dengan saya. Penghantaran adalah keseluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Tuesday, June 17, 2014

Fungsi Pemakanan Tambahan Shaklee Untuk Anda

Selalu kita dengar dan selalu saya bercerita tentang pemakanan tambahan daripada Shaklee. Tetapi apa sebenarnya fungsi supplemen-supplemen ini kepada diri anda. Jom kita study skit. Mana tahu ada masalah yang sedang kita hadapi sekarang dapat diselesaikan dengan pengambilan Shaklee.

Berikut adalah fungsi pemakanan Shaklee:

Vitalea (Multivitamin)
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan.

Vita-C Sustained Release
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.

B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  3. Membantu kelancaran urat saraf.
  4. Mengelakkan stress.
  5. Mengelakkan sembelit.

Alfalfa
  1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
  3. Mengatasi sakit sendi.
  4. Membanyakkan susu badan.

Vitamin E
  1. Melambatkan proses penuaan.
  2. Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
  3. Membantu dalam penyerapan oksigen.
  4. Mencegah kanser.
  5. Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
  6. Sebagai antioksidan.

Ostematrix (Calcium Magnesium)
  1. Untuk tulang dan gigi yang kuat.
  2. Mencegah kekejangan otot (cramp).
  3. Membantu dalam pembekuan darah.
  4. Menstabilka denyutan jantung.
  5. Mengurangkan migrain.
  6. Membaiki stimulasi urat saraf.

Zinc
  1. Menyembuhkan luka.
  2. Terlibat dalam penghasilan insulin.
  3. Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
  4. Mengawal kelemumur.

Lecithin
  1. Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh.
  2. Menolong mengeluarkan lemak dari sel – bagus untuk menurunkan berat badan.
  3. Bagus untuk rambut.
  4. Menegangkan dan melembutkan kulit.

Crotomax (Beta Carotene)
  1. Untuk kesihatan mata.
  2. Membina semula sel yang rosak.
  3. Menguatkan imuniti badan.
  4. Membina sel darah putih.

GLA Complex
  1. Membantu dalam mengurangkan PMS (pre-menstrual syndrome) dan ekzema.
  2. Membantu mengawal kencing manis.
  3. Membantu mengawal berat badan.

Energizing Soy Protein
  1. Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
  2. Membina sel² tubuh.
  3. Membantu kesihatan kuku dan rambut.
  4. Membina ketahanan badan.
  5. Menambah susu badan.
MealShake

  1. Pemakanan lengkap yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan protein
  2. Bagus untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan pil.
  3. oleh dijadikan quick meal yang berkhasiat.
Performance Drink
  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.



**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...