Kencing tidak lawas atau dalam bahasa Inggerisnya Urinary incontinence (kita ringkaskan sebagai UI) adalah masalah dimana kita hilang kawalan terhadap pundi kencing. Simptomnya boleh jadi berlaku kebocoran kecil (terkucil) atau mungkin juga kebasahan yang tidak dapat dikawal lagi. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan semakin kerap mengikut faktor usia.
Kebanyakan masalah kawalan pundi kencing berlaku apabila otot terlalu lemah atau terlalu aktif. Jika otot yang menutup salur kencing lemah, kita akan terkucil masa bersin, ketawa atau mengangkat benda berat. Ini dinamakan stress incontinence.
Jika otot pundi kencing terlalu aktif, kita akan selalu berasa nak terkencing walaupun pundi mengumpul air yang sedikit. Ini dipanggil urge incontinence atau overactive bladder.
Penyebab Kecing Tidak Lawas
1. Masalah prostat
2. Kerosakan saraf yang menghubungkan pundi kencing dan otak seperti stroke, Alzheimer, dan multiple sclerosis
3. Regangan otot pelvik semasa hamil dan proses kelahiran
4. Paras estrogen rendah dalam wanita
5. Kesan sampingan sesetengah ubat
6. UTI (urinary tract infection)
7. Kerap sembelit
8. Mempunyai berat badan berlebihan
9. Otot kawalan kencing lemah atau masalah otot lantai pelvik
Rawatannya pula bergantung kepada jenis masalah yang kita alami serta gaya hidup yang sesuai untuk kita. Ia juga termasuk senaman ringan atau rawatan perubatan.
Suplemen Shaklee Yang Dapat Membantu
- Vitamin C- membantu penghasilan estrogen terutama kepada wanita menopos.
- Ostematrix- membantu pengawalan otot
- Vitamin B complex- membantu dalam kesihatan fungsi saraf
- Vitamin E - menstabilkan fungsi pundi kencing
- GLA Complex - memperbaiki paras estrogen dan testosteron serta memperbaiki masalah postat lelaki dan masalah kerap kencing.
Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas
- Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.
- Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein
- Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing
- Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.
- Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.
Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.
**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
No comments:
Post a Comment