Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Wednesday, October 15, 2014

Kenapa Anda Perlu Minum Banyak Air Ketika Berdiet

Bertemu lagi kita pada kali ni. Siapa tengah berdiet angah tangan... Dah nampak dah saper yang tengah berdiet. saya sendiri pun tengah angkat tangan juga nie. Apabila berdiet kita kiranya perlu sinonim dengan perkataan air masak/kosong.


Apa yang anda sudah tahu tentang air masak/kosong: 
Minum sekurang-kurangnya 2 litre air setiap hari. Minum lebih banyak adalah lebih baik.

Itu baru satu yang anda tahu. Tahukah anda yang ada banyak sebab lagi mengapa anda perlu air yang banyak ketika berdiet. 

Apa yang anda belum tahu????

  1. Sekiranya anda kurang minum air, percaya atau tidak anda berada didalam keadaan dehidrasi (kekurangan air) yg sederhana. Ini boleh menyebabkan badan anda kepenatan atau fatigue. Namun yang paling penting lagi ketika anda berusaha untuk menguruskan badan, keadaan ini menyebabkan metabolisma anda semakin rendah dan penurunan berat badan anda akan menjadi lambat.
  2. Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh/keringat yang sempurna
  3. Air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan
  4. Air adalah penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan
  5. Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit
  6. Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak

Minumlah banyak air semasa anda berdiet kerana ia bukan sahaja menyihatkan badan anda tetapi juga membantu untuk menurunkan berat badan dengan lebih baik. Untuk membantu anda dalam program berdiet saya cadangkan anda untuk mengamalkan set kurus shaklee yang dapat menampung keperluan nutrisi dan dapat membantu anda sepanjang proses berdiet.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, October 13, 2014

Petua Banyakkan Susu Selepas Bersalin

Bertemu kembali kita di hari Isnin, permulaan minggu baru. Kali nie nak berkongsi cerita tentang dunia penyusuan susu ibu. Setiap ibu yang melahirkan anak pasti mahu menyusukan anak mereka. Pengalaman saya melahirkan anak yang kedua, selepas saya masuk bilik jer terus nurse di situ menyerahkan baby pada saya untuk breastfeed. Pada mulanyer, mereka bertanya samada pernah menyusukan anak atau tidak. Jawapannya mestilah pernah kan. Kata pun anak no. 2. Disebabkan saya dah tahu cara-cara menyusukan anak jadi mereka terus tinggalkan baby pada saya untuk disusukan. Jika tak tahu mereka akan tolong ajarkan. Lepas dah susukan anak, saya pun serahkan kembali baby pada mereka untuk dijaga di nursery. Lupa plak, pengalaman ini di hospital swasta, tapi kalau di hospital kerajaan saya tak ader pengalaman lagi camner pula prosedurnyer.

Alhamdulillah, saya tak punya banyak masalah untuk menyusukan anak kerana semakin hari susu semakin bertambah dan anak saya hanya direct feed. Tapi cuak gak biler anak dok direct feed nie. Masa pertama kali pump untuk wat stok untuk bekalan ketika saya bekerja, masa itu sekali pump hanya dapat 2oz. Uish..camner nie. Berkat sokongan dari rakan2 dia group penyusuan susu ibu saya dapat mengatasi perasaan gelabah masa tu. iyerla, masa tu tinggal lagi 2 minggu jer lagi nak kerja.

Sekarang nie, adik saya pula yang baru melahirkan anak merungut dan meluahkan perasaan bimbang sebab susu tak banyak untuk baby dia. Petua Pertama untuk banyakkan susu selepas berpantang adalah kita perlu faham mengenai keperluan perut bayi ketika dilahirkan. boleh rujuk gambar di bawah yer.



Jadi tak perlu khuatir andai susu tak banyak dipermulaan penyusuan susu ibu. Biler kita tidak khuatir maka otak kita akan relax dan tidak stress. Tahukan anda apabila anda stress ia turut menghalang penghasilan susu.

Petua Kedua : Belajar Ilmu Penyusuan Sebelum Bersalin.
Kebanyakkan ibu-ibu tidak belajar tentang ilmu penyusuan susu ibu nie terlebih dahulu sebelum bersalin termasuklah saya. Kita harus faham yang baby kerap menangis bukanlah disebabkan baby lapar tetapi ia adalah kerana baby tak selesa. Sebab ye lah, dah 9 bulan duduk selesa terperap dalam rahim kita, tiba-tiba hari ni dikeluarkan dari rahim.

Dunia baru terasa sejuk, mak tak bersama setiap saat macam biasa. Sikit-sikit mak pergi toilet lah, makan lah tinggalkan baby, rasa-rasa, kalau kita jadi baby pun, kita takut, kan?

Bila baby takut, apa dia mampu buat hanyalah menangis. Jadi, ibu pun kena banyak bersabar dan pujuk baby.

Petua Ketiga : Demand vs Supply
Konsep yang perlu ibu-ibu titik beratkan adalah konsep demand vs supply. Amalkan mengepam susu setiap 2jam sekali untuk memastikan demand sentiasa berterusan. Anda boleh boleh memerah menggunakan pum atau pun tangan. Tetapi kebiasaannya ibu baru bersalin ni, perah guna tangan lebih menunjukkan hasil berbanding pam.

Perah ya walaupun hanya keluar angin. Pastikan anda konsisten paling kurang 2 jam sekali. Insya-Allah dalam seminggu tu, banyak lah susu.

Petua Keempat: Supplement Penyusuan
Perbezaan yang sangat ketara dapat saya rasaai antara saya mengamalkan upplemen ketika menyusukan anak dan tidak. Pada mulanyer sebelum mengamalkan supplemen badan saya mudah berasa penat dan letih serta adakalanya penghasilan susu adalah sedikit disebabkan faktor stress. Namun selepas saya mengamalkan supplemen saya tidak lagi menghadapi situasi ini malah saya bersyukur dapat melengkapkan tempoh penyusuan susu ibu selama 2thn. Alhamdulillah.

Susu hanya boleh dihasilkan dengan sempurna jika badan ibu sihat dan bertenaga. oleh itu saya sarankan ibu-ibu yangmenyusukan anak untuk mengamalkan supplemen-supplemen ini:

  1. Vitalea - Untuk memastikan Ibu cukup nutrisi dan zat dalam badan. 
  2. ESP - Membekalkan tenaga untuk Ibu kekal bertenaga dan dapat kerap perah atau pam tanpa alasan.
  3. Vitamin C - Untuk mengelakkan Kelenjar susu tidak terluka dan maintain kukuh dan kuat.
  4. B-Complex - Memastikan Ibu ceria sentiasa walau badai melanda. Maksudnya ibu tak moody sebab mood yang tak elok menghasilkan hormon yang menghalang penghasilan susu 
  5. Osteamtrix - Memandangkan komponen susu yang utama seperti kalsium perlu cukup dalam tubuh ibu jadi pengambilan ostematrix dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Tambahan: Alfalfa sebagai perangsang susu yang membantu untuk refill breast yang telah dikosongkan setiap 1-2 jam sekali

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Friday, October 10, 2014

Bagaimana Susu Ibu Terhasil

Setiap ibu pastinya mempunyai keinginan untuk menyusukan anak sebaik anak itu dilahirkan. Namun bagi segelintir ibu muda mereka kurang pengetahuan mengenai susu ibu yang menjadikan mereka cepat merasa 'down' apabila susu yang terhasil tidak seperti ibu-ibu yang lain. Oleh itu, saya cuba kongsikan dengan anda sedikit ilmu tentang penyusuan susu ibu yang mungkin dapat membantu.

Buah dada ibu yang mengandung akan membentuk alveoli iaitu kelenjar yang menghasilkan susu. Alveoli berbentuk seperti daun-daun yang bergantung kepada struktur bercabang-cabang. Susu yang terhasil dalam alveoli akan melalui cabang-cabang ke sinus yang berada di sebalik puting. 

Apabila bayi menghisap susu, tekanan akan dikenakan pada bahagian areola di mana sinus-sinus berada. Isyarat akan dihantar ke otak untuk merembeskan dua hormon:
  • Oksitosin – menyebabkan susu keluar (refleks “let down”)
  • Prolaktin – menstimulasi buah dada untuk menghasilkan lebih banyak susu

Jarang sekali timbulnya kes wanita tidak boleh menyusukan bayi. Wanita yang pernah mengalami pembedahan buah dada didapati boleh menyusu. Puting yang rata atau masuk ke dalam tidak akan menjadi masalah sekiranya diatasi dengan lebih awal.

KOLOSTRUM
Kolostrum ialah cecair berwarna kuning yang terhasil pada 10 hari terawal selepas kelahiran. Walaupun kuantitinya sedikit berbanding dengan penghasilan susu biasa, ia sangat kaya dengan protein dan antibodi yang mencukupi untuk keperluan awal bayi.

MENYUSU SEAWAL MUNGKIN
Menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin memberikan beberapa faedah:
  1. Masalah ‘bengkak susu’ atau buah dada membengkak di awal tempoh bersalin dapat dikurangkan atau dielakkan.
  2. Pemberian kolostrum yang mempunyai kesan ‘laxative’ akan menyingkirkan bilirubin melalui najis bayi. Ini akan mengurangkan risiko penyakit kuning atau ‘jaundice’.
  3. Reflek penghisapan oleh bayi yang kebiasaannya kuat selepas 20-30 minit kelahiran akan melatih bayi untuk menghisap susu dengan lebih baik.
  4. Bayi akan membina sistem imunisasi di peringkat awal.
  5. Membentuk hubungan yang erat antara ibu dan bayi.

MENYUSU SEKERAP YANG MUNGKIN
Penyusuan bayi anda tidak tertakluk kepada masa atau pun jadual. Cara yang paling baik untuk menyusu bayi anda ialah dengan mengikut KEPERLUAN. Apabila bayi anda menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu seperti menyuakan mulutnya ke dada anda atau menangis, anda tahu bahawa di situ ada KEPERLUAN untuk menyusu.
Saiz perut bayi yang baru lahir tidak melebihi sebiji telur ayam. Jadi, walaupun anda mempunyai bekalan susu yang banyak, jangan mengharapkan bayi untuk minum susu dalam kuantiti yang banyak dan kemudian tidur dalam jangka masa yang panjang. Berikan susu dada anda apabila bayi menangis atau menunjukkan respon hendak menghisap. Jangka masa yang sesuai ialah dalam julat 30 minit sehingga 2 jam sekali.

Tahukah Anda
Kapasiti perut bayi baru lahir = 20 ml = 4 sudu kecil
Kapasiti perut bayi 12 bulan = 200 ml = 40 sudu kecil

TIPS: Jangan tunggu sehingga bayi menangis untuk menyusukannya. Bayi yang menangis ialah bayi yang sedang “marah” dan dia mungkin terburu-buru untuk menyusu kerana terlalu lapar. Jika bayi anda dalam keadaan yang tenang, guna jari anda untuk menyentuh pipinya. Jika bayi anda membuka mulutnya untuk mendapatkan jari anda, sahlah dia lapar!

Semoga info-info yang saya kongsikan di sini dapat membantu ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berusia 2 tahun. InsyaAllah. 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, October 9, 2014

Biler Anda Perlukan Shaklee Collagen Powder

Jom amalkan Shaklee Collagen Powder jika anda mempunyai masalah-masalah seperti di bawah:
  1. Terdapat garis-garis kesan ketawa yang ketara, kedutan dan lingkaran hitam bawah mata.
  2. Kesan bengkak bawah mata.
  3. Penglihatan yang kabur
  4. Gusi yang tidak sihat
  5. Rambut kering dan bercabang di hujung
  6. Liang roma besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kering
  7. Garis halus pada leher
  8. Kulit hilang keanjalan, lebih kering
  9. Kelihatan tua daripada umur sebenar
  10. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan
  11. Payudara dan punggung menggeleber
  12. Kehilangan kalsium, sakit belakang dan sakit sendi
  13. Kulit senang pecah, pudar dan kekeringan.

Jika masalah-masalah ini yang menghantui anda, bebaskan diri anda daripada belenggu ini. Cubalah Shaklee Collagen Powder dan rasai sendiri kehebatannya.

Shaklee Collagen Powder Boleh Tahan untuk Berapa Lama
Setiap kotak Shaklee Collagen Powder mengandungi 15sachet. Jika anda mempunyai bajet yang lebih anda boleh mengamalkan pengambilan SCP setiap hari, namun adalah cukup memadai untuk anda mengambil 1 sachet setiap 2 hari. Kiranya sekotak Shaklee Collagen Powder adalah untuk penggunaan selama sebulan.

Cara Pengambilan Shaklee Collagen Powder
Cara pengambilan Shaklee Collagen Powder adalah sangat mudah dimana anda hanya perlu mencampurkan 1 sachet SCP dengan minuman kegemaran anda. Jika anda sedang mengamalkan ESP, Mealshake atau Performance drink anda boleh mencampurkan SCP ke dalam minuman ini. Namun pilihan saya adalah mencampurkan SCP dengan peel fresh oren atau tropicana twister. Pastikan SCP tidak dicampurkan ke dalam minuman yang berkafein atau bergas.

Waktu yang terbaik untuk pengambilan SCP adalah di waktu awal pagi atau sebelum tidur (pastikan 3jam selepas makan malam). Jika di waktu pagi ia perlu diambil sebelum sarapan. Ini adalah kerana SCP perlu diambil ketika perut kosong. Pastikan juga anda tidak membancuh SCP dengan air panas.

Percayalah bahawa kolagen pada badan kira semakin hari semakin berkurangan apabila usia kita semakin meningkat. Jangan takut dan jangan risau.

Tahukah anda yang apabila usia kita menginjak ke angka 25, pengeluaran kolagen mula berkurangan dan juga melambatkan kadar metabolisme di dalam badan kita. Jadi apabila badan kita semakin kekurangan kolagen maka adalah perlu untuk kita mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah ini. Apa yang terbaik untuk kita adalah dengan mengamalkan Shaklee Collagen Powder . SCP bukan sahaja berkualiti tetapi terbukti berkesan. Oleh itu, pengambilan SCP sebagai diet tambahan adalah merupakan cara yang paling mudah untuk menghindarkan diri kita daripada kesan-kesan penuaan tersebut.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Punca Kejang Kaki Ketika Hamil

Kejang kaki @ simpul biawak @ tarik mengkarung adalah sinonim dikalangan ibu-ibu mengandung. Saya sendiri tidak terkecuali.Pengalaman semasa mengandung anak sulung memang ngeri jer rasa bila teringat saat-saat kena kejang kaki. Tapi apakan daya, masa tu mak kata normal ler kalau mengandung kena kejang kaki nie. Aduh...redha jer la masa tu. Bila kena kejang kaki tu memang berhari gak ler jalan tak betul sebab dok rasa sakit kat betis tu.

Masa anak kedua, dh mula terbayang dah kejang kaki nie. ok, bulan kedua pregnant dh kena dah. Redha...Tapi kali nie pandai skit lagi, mula ler mengadu ngan genea tentang masalah kejang kaki. So, penyelesaiannya genea bagi makan pil kalsium. katanya kejang kaki tu sebab kurang kalsium. Alhamdulillah, lps makan pil kalsium tu memang dh tak kena kejang kaki tu. Tapi ada plak mulut-mulut orang yang bercerita kalau ambil pil kalsium tu nanti anak terlebih jari la, apa la. SubhanaAllah, semua tu kan kuasa Allah. Kita hanya berusaha dan berikhtiar. Alhamdulillah, lahirlah abak keduaku dengan sempurna dan sihat tubuh badannya.

Masa menyusukan anak kedua ini, masalah kejang kaki kembali menyerang. Ok, kali nie saya ambil alternatif untuk mencari jalan penyelesaian melalui pembacaan di internet. Apa yang saya dapat, saya kongsikan bersama anda.

Punca Kejang Kaki :

➜ Pengaliran darah yang kurang lancar iaitu darah daripada bahagian kaki tidak mengalir kembali ke atas (jantung) dengan baik
➜ Tekanan ke atas kaki yang mungkin disebabkan berat badan berlebihan
➜ Kekurangan kalsium dalam badan

Langkah terbaik untuk mengatasi masalah kekejangan otot:

1] Melakukan senaman kaki atau senaman regangan sebelum tidur
2] Tidur dengan memakai seluar yang panjang
3] Memakai stokin tebal ketika tidur
4] Minum air secukupnya apabila dahaga
5] Elakkan duduk di satu posisi terlalu lama. Banyakkan berjalan.

Atasi Masalah Kejang Kaki dengan Ostematrix
Ya..Nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

OsteMatrix Membekalkan unsur KALSIUM daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap serta MAGNESIUM untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya dan juga VITAMIN D untuk merangsang penyerapan kalsium..

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Wednesday, October 8, 2014

Jenis-Jenis Kegemukan


Tahukah anda, kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 % berat ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Ini akan menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak di bahagian-bahagian tertentu badan. 

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu : 

Gemuk Air 
  1. Badan mengelembir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan. 
  2. Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. 

Gemuk Angin 
  1. Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar. 
  2. Mudah mendapat sakit kepala. 

Cara Mengesan GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN
  • Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelembir dan lembik. 

Gemuk Daging 
  1. Badan berasa berat dan pejal. 
  2. Mudah penat apabila melakukan tugas harian. 
  3. Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. 
  4. Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan. 

Cara Mengesan GEMUK DAGING 
  • Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat. 

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Kawal Berat Badan Dengan Set Shaklee


Langkah Pertama adalah untuk membuang lemak dan mendetoks toksin dalam badan kita. Produk Shaklee yang kita perlu ambil adalah Alfalfa dan Herb Lax. Kajian klinikal telah membuktikan  bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja yang mengdungi saponin(seperti span) yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol. Herb-Lax bertindak dalam merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Langkah Kedua pula adalah proses pembakaran lemak. Produk Shaklee yang kita perlu ambil adalah Lecithin dan Omega Guard. Pengambilan Lecithin membantu mmpercepatkan proses pembakarn lemak untuk esan plangingan yang seimbang. Lecithin juga bertindak sebagai pembersih 'saluran darah' dan pengambilannya juga membantu mengemulsi dan metabolisme lemak dan kolestrol dalam badan. Omega Guard pula efektif untuk merendahkan kolestrol dan membantu mengawal masalah obesiti.


Langkah Ketiga adalah proses membina otot dan utuk mengelakkan kulit mengelebeh. Produk Shaklee yang perlu kita ambil adalah Energising Soy Protein (ESP) dan Cinch Shake Mix.Setiap kali anda minum Cinch Shake Mix, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitain dan mineral penting dan 6gram serat larut. Dicadangkan untuk Cinch Shaklee Mix diambil bersama 1 sudu ESP kerana protein digunakan untuk membina otot dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. Makanan kaya protein juga boleh menahan klaparan yang mana boleh membantu mengurangkan  pengambilan makanan antara waktu makan.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Friday, October 3, 2014

ESP Aktifkan Kalenjar Susu

Energizing Soy Protein....hari-hari cerita ESP. Tak bosan ker? Jawapan saya...Tak!!! Kenapa yer? Sebab ESP nie unik dan punya banyak khasiat dan manfaat untuk kita. Kali nie saya nak berkongsi cerita pengalaman saya sendiri. Pengalaman yang penuh suspen. ESP telah menyebabkan ketulan di breast saya. Aduh...memang suspen biler ingat balik. 

Saya mula mengenali ESP ketika menyusukan anak kedua saya. Masa mula saya cuma ambil set asas untuk ibu menyusu. Bukan aper, masa tu kedekut lagi. tak tahu dan tak faham kepentingan supplemen dalam diri kita. zero knowledge masa tu tentang ESP. Tapi disebabkan stok susu semakin kurang untuk anak saya pun cuba ler. kemudian bila dh nampak kesannya mula ler saya tambahkn bajet lagi dengan beli ESP plak. 

Pertama kali minum ESP dh rasa lain dah. susu makin pekat. alhamdulillah..anak pun nyusu skit pun dh kenyang. tak der dah ler adegan ngempeng di malam hari. Akhirnya saya berjaya menamatkan zaman penyusuan susu ibu ketika anak berusia 2tahun. Alhamdulillah, pengambilan set menyusu Shaklee yang konsisten banyk membantu saya.

Lepas jer zaman susukan anak nie mula ler culas balik minum ESP. Selepas 6bulan stop nyusukan anak dan stop minum ESP, tetiba terasa tringin nak minum ESP. Cam ngidam la plak.hihihi... Trus beli ESP dan bancuh minum.best2. 2-3 hari selepas saya mula minum balik tu dah terasa pelik. Rasa breast cam kembang n rasa berdenyut cam masa breast nk produce susu tu. Alamak...aku nie pregnant ker. Mula ler..Wat pregnancy test -ve. Ok..Kenapa lah pula nie.

Bangun esok pagi dh demam. breast rasa cam kena bengkak susu. Alamak...cuba buat tak tau lagi. Siap boleh g shopping kat Sogo lagi hari tu walaupun tengah gundah gulana. Malam tu mmg lagi tak tertahan. trus tuam breast ngan ice pack bg sejuk. Esok pagi bangun dan lagi satu masalah timbul...ader ketulan di breast. Aduh....Zassss..trus ke klinik. Doc x dpt buat keputusan. dia bagi tempoh 3 hari untuk tengok sama ada ketulan itu akan surut atau tidak. Lepas 3 hari masih sama. trus jer refer letter ke pakar. 

Buat appointment dengan pakar surgeri plak. Biler jumpa pakar surgeri dia beritahu ader banyak kemungkinan adanya ketulan itu. risiko yang paling besar adalah KANSER. Whuaaaa...Takutnya dengar. aper pun dia kata boleh jadi cyst, boleh jadi fybroid. Pertama kali dengar rupanya cyst n fybroid tu boleh ader kat breast gak. Selama nie sangkakan hanya di rahim jer. ok..tambahan ilmu untuk hari ini. Aperpun doktor refer untuk buat ultrasound untuk kenalpasti ketulan itu.

2 hari selepas tu appointment untuk ultrasound. nie pun baru tau gak rupanya ultrasound boleh buat kat breast gak.uhuhu... masa pakar ultrasound tu dok godek-godek tu trus jer tanya dia aper sebab ketulan itu. Alhamdulillah, bukan cyst dan bukan fibroid TAPI.....Susu Sumbat yang menyebabkan ketulan itu. Biar btul. Tak faham lagi nie. tapi xper la janji bukan cyst, fibroid or kanser. 

seminggu selepas itu baru ader appointment balik dengan pakar surgeri. bawa result ultrasound jumpa dia. Masa g jumpa dia nie ketulan tu masih ada tau. tak hilang lagi. biler pakar surgeri tu tengok result trus dia kata alhamdulillah, tak der aper2 yang serius. Cuma kalenjar susu yang aktif telah menyebabkan penghasilan susu. Namun biler tak der demand(maksudnya takder anak nuyusu) jadinya susu itu beku kat dalam kalenjar. Dan ketulan itu akan perlahan-perlahan hilang biler susu yang tersumbat itu kembali terserap dalam sistem badan kita.

Tudia....tue ler penangan hebat ESP. Yang dah stop nyusukan anak pun boleh aktifkan kalenjar susu, apa lagi ibu yang memang sedang menyusukan anak. Memang lagi terbaik la untuk menghasilkan susu untuk anak anda. Sejak itu, saya minum ESP secara berterusan dan sehingga kini. Hasilnya parut jerawat hilang, strech mark bersalin semakin pudar dan sangat sesuai untuk saya yang nak maintainkan berat sebab ESP buat perut rasa kenyang selalu dan kita akan rasa lebih bertenaga sepanjang hari.


Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ESP dengan PROMO Beli 6 Percuma 1


Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, October 2, 2014

Set Lengkap Untuk Ibu Mengandung

Mood arini sangat-sangat terbaik. Permulaan hari baru di Bulan Oktober. Mood baru dapat anak saudara pada 28 September aritu. Tahniah pada adik iparku dan juga suami. Selamat berpantang yer you. Jadi arini nak cerita skit tentang set hamil ler. hihihi...ingat nak citer tentang set berpantangg, tapi sebelum berpantang kenalah hamil dulu. Jadi saya citer Set Hamil dulu yer arini.

Dalam banyak-banyak supplemen Shaklee yang terdapat dalam set hamil ini, supplemen yang paling utama (kira cam menu utama ler, tak boleh kalu tak ader) adalah Vitalea Iron Formula. 
Kenapa Vitalea Iron Formula ini penting :
Kerana ia mengandungi 12 jenis vitamin, 7 zat galian dan juga zat besi. Zat besi sangat penting untuk pembentukan sel darah merah dan juga untuk menstabilkan darah di dalam badan. Ibu-ibu mengandung dan menyusukan sangat digalakkan mengambil Vitalea kerana zat besi juga penting untuk penghasilan susu dan juga tumbesaran anak. Nutrien yang terkandung di dalam vitalea juga bagus untuk kekuatan tulang dan immunisasi.
Keistimewaan lain Vitalea Iron Formula 
Antara keistimewaan lain adalah disebabkan kandungan-kandungan vitamin yang berikut:

  1. Vitamin D - menyokong penyerapan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat
  2. Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata dan kulit dan sistem imunisasi
  3. Vitamin E - menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi.
  4. Kalsium - menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan Otot-Otot
  5. Boron - membantu dalam metabolisme Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang.
  6. Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung.
  7. Biotin - membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak.
  8. Lain-lain - tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet.
Supplemen yang ke dua adalah B-Complex. B-Complex ini mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain.
Asid Folik merupakan Vitamin B yang penting bagi membantu menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru.Oleh kerana asid folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, Shaklee telah berjyamenghasilkan Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik yang membolehkan Vitamin B lebih mudah diserap oleh sistem badan.

Set ini juga terdiri daripada Sustained Release Vitamin C. Anda tahu tak yang Vitamain C untuk mempunyai peranan juga kepada ibu-ibu hamil.
Keistimewaan Sustained Release Vitamin C
  1. Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 500mg
  2. Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama 5 jam 
  3. Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, untuk kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan salur darah
  4. membantu dalam proses penyerapan zink dalam badan.
Ibu-ibu yang sedang mengandung juga memerlukan pengambilan kalsium yang mencukupi. Oleh itu, saya sarankan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengamalkan pengambilan Ostematrix.
Kepentingan dan Keistimewaan Ostematrix
  1. Kalsium sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
  2. Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D yang membantu dalam pengekalan darah yang normal.
  3. Juga membantu dalam pengecutan saraf dan otot yang normal.
  4. membantu dalam menyumbangkan nutrien kepada fetus dan supaya kalsium si ibu tidak kekurangan akibat diserap oleh anak yang dikandungnya.
Supplemen yang seterusnya dalah Energizing Soy Protein. Nie ler produk yang tgh Promo Sepanjang October 2014 ini. Beli 6 Percuma 1. Memang berbaloi. Sebabnya ibu-ibu hamil yang mengamalkan ESP ini akan terus mengamalkannya ketika berpantang, menyusukan anak dan juga untuk kecantikan.
Keistimewaan Energizing Soy Protein
  1. ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino.
  2. Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  3. ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan Asid hidrokolik di dalam perut. Oleh itu, ia dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati.
  4. Gabungan kalsium dan protein yang terdapat dalam ESP ini menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu.
Supplement terakhir yang saya hendak sarankan pada anda adalah Omega Guard. 
Keistimewaan Omega Guarad
  1. Mengandungi satu rangkaian penuh 7jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.
  2. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting untuk perkembangan dan fungsi otak.
  3. EPA dan DHA juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  4. Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahay seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan.
Kebiasaannya pengambilan Omega Guard ini saya sarankan untuk hentikan pengambilan pada minggu 30-32 sebagai persedian untuk bersalin di minggu 38-40. Ini adalah kerana pengambilan Omega 3 di hujung-hujung kehamilan memberi risiko pendarah kepad si ibu.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Wednesday, October 1, 2014

Promo Oktober 2014: Energizing Soy Protein Beli 6 Percuma 1

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan ESP dengan harga yang lebih menjimatkan. yang penting berbaloi-baloi. Bagi anda yang memang mengamalkan, anda boleh la simpan stok untuk makan sendiri dan bagi yang belum mencuba, inilah masanya...


Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...