Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Wednesday, June 25, 2014

Phytocol-ST : Menurunkan Paras Kolestrol Secara Semulajadi

Masalah kolesterol tinggi bukanlah penyakit tetapi memberi komplikasi yang digeruni iaitu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia menghidapi masalah kolesterol tinggi ini. Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti. Americans Heart Association mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 300mg sehari bagi individu normal & kurang dari 200mg bagi pesakit jantung.


Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang. Jadi tidak pelik jika seorang yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah. Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh. Sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.

Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL. Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh. Sehubungan itu, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada dalam keadaan terkawal. 

Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti: 

* Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan, kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan. 

* Bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu) boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya (LDL) serta meningkatkan kolesterol baik (HDL). 

* Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolesterol HDL 


* Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok memandangkan merokok boleh merendahkan kolesterol HDL

Bagaimana Cara Phytocol-ST Menurunkan Kolesterol?

Phytocol-ST ini diambil sebelum makan dan akan membentuk satu lapisan yang akan menghalang kolesterol dari masuk ke saluran darah.

Phytocol-ST ini akan mencegah penyerapan kolesterol dan akan menurunkan kolesterol jahat (LDL) di dalam badan.

Anda menghadapi masalah kolestrol yang tinggi?
Phytocol-ST adalah jawapannya. Untuk membuat pesanan atau konsultasi anda boleh terus berhubung dengan saya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...