Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Tuesday, December 9, 2014

Kenali Diri Anda - Usaha Untuk Mengandung

ANDA bersama pasangan, tentunya menginginkan kehadiran anak di dalam kehidupan alam rumahtangga Anda. Banyak usaha yang sudah Anda lakukan agar cepat hamil, namun masih belum menunjukkan hasil.

Sudah pelbagai macam cara untuk cepat hamil yang pernah Anda dengar, baik dari rakan, keluarga, mahupun saudara-mara. Cara-cara tersebut ada yang berjaya dengan baik, namun banyak juga yang tidak.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.

3. Merancang Waktu Perhubungan Anda
Salah satu cara terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk bersama Anda dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maksima lima hari di dalam rahim, kerana itu untuk meningkatkan kesempatan terjadinya kehamilan, lakukan hubungan dua hari sebelum masa ovulasi atau keluarnya sel telur.

4. Ketahui waktu subur anda
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Biasakan untuk mencatat suhu pertama setiap pagi dan mencari suhu perubahannya, ramai perempuan yang memiliki BBT sedikit menjunam sekitar satu-dua hari sebelum ovulasi, hal ini menandakan bahawa masa ovulasi sudah dekat dan dapat meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Cuba juga perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda juga boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Kontrol Berat Tubuh Anda / Dapatkan berat badan yang ideal
Berat badan yang normal atau seimbang memiliki impak yang besar meningkatkan kesempatan untuk terjadinya kehamilan. Tidak jarang Anda temui sebagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badannya, di mana umumnya juga akan bermasalah dengan kehamilannya. Kelebihan berat badan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi tahap kesuburan Anda. Usahakanlah untuk mencapat berat tubuh yang ideal terlebih dahulu. Sebaliknya, terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama.

6. Tingkatkan kesuburan suami 
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

7. Bersenam secara rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

8. Mengambil makanan yang seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.

9. Mengambil Supplemen
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

Selain daripada itu juga, anda boleh mengamalkan pengambilan set kesuburan Shaklee untuk isteri dan juga suami yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Dengan pengambilan set ini, anda bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan tetapi anda turut dapat memiliki kulit dan badan yang lebih cantik.


10. Perbanyakkan berdoa, solat hajat dan bersedekah
Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan. Selain itu, kepada siapa lagi kita nak mohon kecuali padaNya yang satu. Dia yang maha mengetahui, maha pengampun, maha pemurah...kita hanyalah hamba yang perlu mengabdikan kepadaNya.. Alhamdulillah ya Allah..

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ COD untuk area Nilai,Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine Park

Monday, December 8, 2014

Kenapa Mealshake Penting Untuk Anak-Anak


Mealshake....Tong mealshake nie dah jadi cam satu keperluan selain daripada tin susu yer. Sebabnya anak-anak saya pasti akan minta mealshake untuk dicampurkan ke dalam minuman susu mereka. Alhamdulillah, penerimaan anak-anak saya dengan mealshake adalah baik. Yang membuatkan saya bertambah bersyukur adalah apabila anak-anak saya semakin bertambah selera makan, tidak lagi memilih makanan, kurang masalah sembelit, semakin sihat (jarang selsema) dan berat badan turut bertambah (sebab selera makan pun bertambah).

Meal Shake Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa hari ini untuk kesihatan menyeluruh anak-anak mereka yang sedang membesar. Diberi nama timangan "easy-on-the go-meal"merupakan supplement multivitamin shaklee yang mudah dan pantas disediakan yang melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak yang sedang membesar.

Kebaikan Meal Shake Shaklee terutamanya memperbaiki selera makan anak yang picky eater, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, asthma dan kurang berat badan sememangnya diakui oleh ramai ibu bapa yang telah mencuba meal shaklee yang terbukti terbaik, berkesan dan semestinya selamat untuk kesihatan dalaman anak-anak.

Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee

1) Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
2) Menambah selera makan anak
3) Anak tak mudah kerap jatuh sakit
4) Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
5) Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak
6) Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
7) Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
8) Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
9) Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
10) Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
11) Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

Meal Shake Shaklee merupakan supplement multivitamin yang menjimatkan kerana harga meal shake shaklee hanya RM114 satu tin yang seberat 544gm. 

Kanak-kanak sedari usia setahun sudah boleh mengambil meal shake shaklee (yang tidak menyusu badan) sebanyak satu sudu teh atau satu sudu kfc yang kecil. Anak-anak yang minum susu ibu tidak digalakkan bancuh dengan susu ibu, kerana ada kemungkinan anak akan tolak terus minum susu ibu selepas itu sebab rasanya yang berlainan.

Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas sukatannya boleh lebihkan sedikit untuk membantu mengekalkan perlindungan sistem imun pada tahap terbaik. 


Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, December 4, 2014

Pernah Dengar Tentang Chemical Pregnancy


Pernah tak anda mendengar istilah  "Chemical Preganancy". Apa pula yer yang dimaksudkan dengan Chemical Pregnancy. jika diterjemahkan secara terus ke Bahasa Melayu dah jadi Kandungan Kimia. Takkan pulak kan. Jadi nak senang saya simpulkan sebagai saya tidak tahu istilahnya di dalam bahasa melayu.. Namun melalui pembacaan ringkas, secara amnya, ianya satu keadaan yang mana, berlaku kehamilan yang seterusnya diikuti oleh keguguran pada tempoh kehamilan yang sangat-sangat awal.

Kehamilan ini dapat dikesan secara biasa melalui ujian kehamilan melalui air kencing ataupun sampel darah. Namun kebiasaannya, bagi UPT, garisannya agak kabur. Seterusnya, sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui ujian imbasan kehamilan, keguguran sudah pun berlaku.

Keguguran mungkin berlaku melalui kedatangan haid yang mana ada waktunya, tuan punya badan tidak sedar pun dia sudah hamil dan beranggapan period nya hanya lewat beberapa hari.

Sebagai contoh, A sepatutnya didatangi haid pada 1.10.2011 dan haidnya masih belum tiba. Lantas pada 3.10.2011 dia melakukan UPT dan hasilnya adalah positif. Pada 4.10.2011, sekali lagi ujian dilakukan dan hasilnya tetap positif namun semakin pudar. Tetapi apabila ujian imbasan kehamilan dilakukan selepas selang beberapa hari dalam tempoh yang tidak berjauhan daripada tarikh UPT dilakukan, tiada apa-apa yang kelihatan dan setelah itu, darah haid datang seperti biasa.

Kenapa tiada janin yang kelihatan dan haid datang seperti biasa? Kerana keguguran telah berlaku. Lagi pula, kebanyakan alat UPT sekarang, banyak yang sangat sensitif dan membolehkan bacaan diambil sebelum haid sepatutnya due. Ada juga mereka yang langsung tidak sedar bahawa mereka melalui chemical pregnancy kerana setelah haid lewat untuk 3/4 hari, ianya datang seperti biasa..

Punca keguguran? Tidak dapat dipastikan namun ianya mungkin disebabkan oleh abnormaliti pada janin.

Pernah tak anda alami situasi seperti ini. Jika pernah, saya tahu anda kuat dan redha bahawa kandungan ini bukan rezeki anda untuk kali ini. Bersama kita berdoa moga rezeki yang lebih baik bakal menyusul untuk kita. InsyaAllah.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tuesday, December 2, 2014

Bagaimana Menentukan Kesuburan Wanita

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.

Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.

Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Oleh sebab itulah, apabila seseorang wanita yang telah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengesan kesuburannya melalui beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak.

Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan.


Pusingan Haid 
Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.

Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.

Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. 

Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

Catatan Suhu Badan 
Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang disebut BBT (basal body temperature). Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini. Kaedah menyukat suhu badan ini adalah untuk mengenalpasti bilakah waktu wanita paling subur, waktu berovulasi dan kemungkinan anda hamil. 

Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.

Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.

Carta suhu badan ini memberi maklumat penting . Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.

Ujian Darah 
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

Pemeriksaan Fizikal 
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan.

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan Sistem Peranakan 
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

Jangkitan Faraj 
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Pemeriksaan Laparoskopi 
Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan 'laparoskopi' dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.

Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

Set Kesuburan Shaklee Wanita 


Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA Complex
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, December 1, 2014

Vitamin C dan Kolagen Untuk Kulit

Bulan Disember ini apa pula promo Shaklee yer. Bulan nie Promo Buy 6 Free 1 Sustained Released Vitamin C...Wah, dah semakin nampak sinar-sinar kecantikan nie. Jom saya kongsikan padanan terbaik iaitu Vitamin C dan Kollagen. 

Petikan akhbar ini daripada Utusan Online terbitan 12/10/2014.

Vitamin C, Kolagen Untuk Kulit
SECARA umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif.

Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.

"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

Keperluan

Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.

Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.

Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.

"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya.

Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber daripada laut seperti ikan.

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.

Sustained Released Vitamin C dan Collagen Powder Shaklee


Keistimewaan Sustained Released Vitamin C
  1. vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.
  2. Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. 
  3. sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.
  4. Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
  5. Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.
Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

  1. Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  2. Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  3. Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Supplemen Untuk Cantik atau Sihat

Alhamdulillah...bertemu kembali kita di entry pertama di bulan Disember 2014. Rasanya sudah terlalu berehat dalam memberi info-info berkaitan kesihatan dan Shaklee pada anda semua. Rasa-rasa seperti hari ini nak buat sedikit ulangkaji. Aik...blog kesihatan pun ader ulangkaji. Tak salahkan kalau kita buat ulangkaji sedikit sebab biasanya kita sedikit mudah lupa. kurang pengambilan Lecithin.hihihi...


Soalan 1
Apa Itu Supplemen?
Siapa dapat jawab soalan ini. Cuba tanya diri memasing apa itu supplemen. Apa jawapan anda. Mesti ramai yang jawab Makanan Tambahan. Betul tak??? Jom saya bagi jawapan kepada soalan di atas.

Jawapan : Supplemen merupakan satu tambahan pemakanan, juga dikenali sebagai makanan tambahan atau makanan tambahan pemakanan, adalah persediaan bertujuan untuk menambah diet dan menyediakan nutrien seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak, atau asid amino, yang boleh hilang atau tidak boleh digunakan pada kuantiti yang mencukupi dalam diet seseorang. Sesetengah negara mendefinisikan makanan tambahan sebagai makanan, manakala di lain-lain mereka adalah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan atau produk kesihatan semula jadi. 

Soalan 2
Apakah Kepentingan Suplemen Pada Diri Kita?

Jawapan:
1. Memulih dan memelihara kesihatan

  • gaya hidup rakyat yang kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mudah mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi” yang mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organic, glukos, dan hormone. Unsur-unsur ini dapat memulihkan kesihatan dan mengembalikan kecergasan.

2. Menyingkirkan toksik dlm bdn

  • kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mampu menyahtoksik. Toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan.

3. Menguruskan badan dan memperoleh tubuh yang cantik

  • Pengambilan chitosan dapat membantu mereka yang menglami masalah berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan

4. Meningkatkan tenaga

  • pengambilan protein soya dan multivitamin mampu meningkatkan tenaga.

5. Meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit

Soalan 3
Masalah Yang Anda Hadapi Ketika Mengamalkan Pengambilan Suplemen?

Jawapan:
1. Harga yg mahal

  • pengguna suplemen terpaksa berbelanja besar untuk membeli pelbagai jenis suplemen yang sesuai. Namun anda harus ingat perbelanjaan yang besar ini adalah berbaloi dengan hasil yang akan anda dapat daripada pengambilan supplemen.Sebagai contoh : Sustained released Vitamin C Shaklee berharga RM92. Namun sebotol Sustained Released Vitamin C ini adalah untuk kegunaan selama 6 bulan. Jadinya sebulan hanya RM15.30 yang perlu anda belanjakan untuk mendapatkan vitamin yang semulajadi, halal dan selamat.

2. Tidak dapat menggantikan zat-zat yg terdapat dalam hidangan

  • Makanan tambahan hanya mengandungi vitamin dan mineral tertentu berbanding dengan makanan asli yang mengandungi fiber, zat-zat mineral dan komponen-kompenan lain yang tidak diketahui fungsinya. Oleh itu, selalu saya tekankan apabila anda mengamalkan supplement ini bukan bermakna anda tidak perlu makan makanan yang seimbang dan sihat. Supplemen hanyalah pelengkap kepada keperluan tubuh.

3. Tidak dpt mengelak drpd penyakit tertentu

  • Walaupun pengambilan suplemen itu baik, namun individu tersebut tidak dapat mengelak daripada menghidapi penyakit diabetes, jantung, dan sebagainya. Namun ini membantu untuk menghindarkan penyakit-penyakit ini daripada bertambah teruk.

6. Pembaziran

  • Vitamin C yg berlebihan akan dibuang melalui proses pembuangan air. haaaa...jangan tak tahu yer yang Sustained released Vitamin C dicipta dengan perlepasan secara berperingkat. Jadi tiadala istilah pembaziran daripada pengambilan Vitamin C Shaklee.
Soalan 4

Siapakah golongan yang mermerlukan  Suplemen

Jawapan:
1. wanita hamil

  • bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrient seperti kalsium, zat besi, dan protein tambahan untuk perkembangan yang sihat. Wanita hamil digalakkan utk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg sehari untuk menjamin tumbesaran fetus yang seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum untuk membantu pembentukan sistem saraf pusat fetus. Alahan yg sering dialami oleh ibu-ibu mengandung menyebabkan muntah-muntah dan selera makan yang berkurangan. Pengambilan suplemen dapat meminimukan risiko kekurangan nutrien.

2. Ahli sukan/ atlet

  • Atlet sering kehilang glukosa. Oleh itu, suplemen diperlukan untuk menampung glukosa yang telah hilang. Suplemen juga memulihkan tenaga dengan cepat dan atlet perlu cepat pulih daripada keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan. Supplement juga mampu utk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum.

3. Golongan pesakit/ kanak-kanak

  • kanak-kanak memerlukan suplemen untuk membantu tumbesaran yang sihat dan dapat merangsang perkembangan otak yang cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah penting. Terdapat juga pesakit yang terpaksa bergantung pada suplemen tertentu untuk terus sihat atau bertahan daripada komplikasi penyakit tertentu.

4. Golongan tua


  • Warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Suplemen seperti kalsium diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Wanita yg mengalami menopause perlu mengambil hormone progesterone untuk mengimbangi ketidakstabilan hormon dalam badan. Golongan warga tua yg mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium, dan sebagainya juga digalakkan untuk mengambil suplemen.
Rasanya cukup setakat ini sahaja sesi ulangkaji kita pada hari ini.hihihi... semoga ilmu-ilmu yang dikongsikan pada hari ini dapat membantu anda mengenali supplemen dengan lebih dekat.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 



**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, November 3, 2014

Promo Omega Guard Beli 6 Percuma 1

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah bertemu kita kembali di bulan yang baru. November 2014. Apa target anda, apa impian anda dan apa hala tuju anda. Jom sesama kita tetapkan target, impian dan hala tuju kita untuk bulan ini. InsyaAllah, semoga ia adalah yang lebih baik daripada yang terdahulu.

Hari ini sudah 3 hari kita di bulan November. ini bermakna sudah 3 hari juga berlangsungnya PROMO OMEGA BUY 6 FREE 1. 


Namun, semenjak dua menjak ini Shaklee semakin baik hati untuk memberikan anda Promo Berganda yang mana dengan belian 2 botol Omega Guard anda akan mendapat potongan diskaun sebanyak 5% lagi. Rugi rasanya kalu anda terlepas peluang ini.


Siapa yang memerlukan Omega Guard ini.

Ibu Hamil 
  1. Membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan.
  2. Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang
  3. Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi.
  4. Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
Ibu Menyusu
  1. Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak.
  2. Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu.
Pelajar & Kanak-Kanak
  1. Pertumbahan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  2. Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selsema dan asma.
  3. Memperkuat sistem imunisasi badan.
Masalah Berat Badan Berlebihan
  1. Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.
Sering Dilanda Masalah Kesihatan
  1. Batuk Berkahak, selsema berterusan
  2. Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi, jantung dan strok (sangat sesuai untuk warga emas).

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...