Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Wednesday, August 27, 2014

Merdeka 2014 Bersama Shaklee


Dapatkan set anda hari ini dengan harga promosi berganda sempena hari MERDEKA 2014!!!

Yakini saya,yakini Shaklee...ramai sudah mengalami kesan perubahannya..anda bila lagi????
Tetiba jer untuk tema Merdeka bersama Shaklee nie saya telah 3 produk istimewa yang telah banyak merubah kehidupan saya ke arah kehidupan yang lebih sihat. 3 produk ini adalah GLA Complex, Lecithin & Alfalfa.

Jom baca ni:

Manfaat yang terdapat dalam GLA COMPLEX SHAKLEE

Herba tradisi yang dipercayai 
Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

Mengawal selia estrogen dan testosteron 
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

Antara Kebaikan lain daripada pengambilan GLA Complex adalah:
-Melambatkan menopous 
-Memperbaiki prostatomegaly 
-Memperbaiki inflamasi kulit 
-Menghalang komplikasi diabetes 
-Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan 
-Menghalang tekanan darah tinggi 
-Memperbaiki tekstur rambut

Kebaikan LECITHIN

Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan..

Kebaikkan Alfalfa 

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.
2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.
3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolestrol dalam darah
3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan simptom menopous
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
15. Mengurangkan masalah pundi kencing
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17. Meningkatkan kesihatan prostat
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19. Menghangatkan hubungan suami isteri
20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Macam mana BEST tak? Dah decide mana yang berkenan?

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Penting Sangatkah Supplemen Pada Tubuh Kita?

Perlu ker aku ambil vitamin nie??? Cam tak penting pun. Bukan Orang-orang tua jer ker yang slalu amik benda alah nie semua. (boleh plak panggil supplemen nie benda alah...Adoila). Jawapannya tetap ada pada diri individu itu sendiri. Sebenarnya kita perlu mengenali fungsi setiap supplemen-supplemen ini pada tubuh kita. setelah itu baru kita boleh membuat keputusan. Tak kenal maka tak cinta. Betul tak !!! jom kita kenali hati budi setiap supplemen-supplemen ini.

Vitamin C
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah: 
1)  Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
2)  Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
3)  Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karoten
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zink
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
 COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Kepentingan Air Masak Apabila Ambil Lecithin dan Alfalfa


Bagaimana kita nak tahu kita masih kurang air dengan pengambilan vitamin vitamin ini? Sekiranya anda mengambil salah satu dari vitamin ini iaitu Alfalfaataupun Lecithin atau kedua duanya sekali, maka anda perlu pastikan antara tanda-tanda kekurangan air ialah

badan kita ditumbuhi ruam,
tekak mudah rasa haus, 
kulit wajah ditumbuhi jerawat halus,
kulit menjadi kering dan gatal,
kulit bibir kering, 
ulser mulut 
mudah rasa nak demam.
sembelit

Maka apa yang dapat saya kongsikan ialah, pengambilan dua vitamin ini tidak digalakkan sama sekali diambil pada kuantiti yang banyak secara sekaligus kecuali anda memang pengamal tegar air kosong. Ini kerana air kosong membantu melancarkan penyerapan vitamin dan perjalanan darah itu sendiri.

Sekiranya anda ingin mengamalkan dua vitamin ini, dapatkan nasihat dari pengedar yang benar-benar arif tentang cara pengambilannya supaya anda akan dapat menikmati kesihatan yang sebenar seperti yang anda idamkan.

So dah tau kan pentingnya minum air banyak sekurang-skurangnya 3 liter sehari ye supaya vitamin dapat diserap dengan baik malah bagus untuk kesihatan kita. Ibu menyusu memang wajib air banyak ye..

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, August 21, 2014

7 Tanda Atau Petunjuk Aawal Jantung Tidak Sihat


Terdapat 7 tanda atau penunjuk awal jantung tidak sihat yang boleh dikesan beberapa bulan atau tahun sebelum berlakunya serangan sakit jantung. Jika terdapat dua atau lebih tanda-tanda berikut, seseorang itu dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan kesihatan sebagai langkah awal bagi mengesan sama ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan jantung atau tidak.

7 tanda yang dimaksudkan ialah:
1. Masalah Seks
Tips awal yang baik bagi mengesan jantung tidak sihat ialah fenomena mati pucuk (ED – Erectile dysfunction).

2. Berdengkur, tidur apnea atau masalah pernafasan semasa tidur
Sukar bernafas semasa tidur biasanya menjadi penyebab kepada berdengkur, yang juga ada kaitannya dengan penyakit kardiovaskular. Tidur apnea (nafas berhenti seketika semasa tidur) pula berisiko tinggi mendapat penyakit kardiovaskular dan serangan sakit jantung (dalam tempoh 5 tahun).

3. Gusi sakit, bengkak atau berdarah
Simptom ini juga berkait dengan kardiovaskular. Ini kerana bakteria biasa yang terdapat pada gusi dan plak gigi berkumpul di dalam arteri koronari (jantung).

4. Bengkak kaki atau tapak kaki
Bengkak kaki ini dapat dikesan atau dirasakan apabila kasut mejadi ketat kerana pergelangan kaki dan jari kaki membengkak. Jika pakai stokin pula, ia akan meninggalkan kesan cerutan di kaki/betis selepas ditanggalkan. Ini disebabkan oleh retensi (ketegaran) bendalir badan iaitu salah satu daripada tanda penyakit arteri koronari, lemah jantung dan penyakit kardiovaskular lain.
Retensi bendalir ini terjadi apabila jantung tidak dapat mengepam darah dengan kuat, dengan itu darah tidak berupaya membawa hasil buangan badan keluar daripada tisu. Keadaan ini dikenali sebagai edema. Selalunya edema terdapat di kaki, jari dan tangan kerana bahagian-bahagian ini terletak jauh dari jantung di mana tekanan darahnya paling lemah.

5. Degupan jantung tak teratur (arrhythmin)
Degupan jantung tak teratur seperti degupan jantung tidak sekata, degupan terlalu cepat atau jantung berdebar merupakan tanda awal sesuatu yang tidak kena dengan sistem kardiovaskular yang boleh membawa kepada serangan sakit jantung atau strok.
Degupan jantung tak teratur (CAD) menghadkan aliran darah ke jantung dan menekan sistem elektrik yang mengawal kesekataan degupan jantung bagi pengepaman darah yang normal. Kesekataan degupan jantung ini boleh diketahui dengan mengukur aktiviti elektrik jantung (EKG). Ujian stres pula boleh digunakan bagi mengukur kadar degupan jantung semasa berjalan bagi mengetahui sama ada jantung kita mengepam darah secara normal.

6. Penyempitan atau sakit di dada atau sakit di bahu
Sakit dada atau angina merupakan simptom paling biasa bagi penyakit arteri koronari namun ia berbeza dengan serangan sakit jantung. Angina ialah rasa dada sempit atau ditekan terutamanya semasa menarik nafas, lebih rasa tekanan daripada rasa sakit. Rasa ketat dan sakit juga terasa di bahu, leher, rahang, lengan atau belakang atas (yang selalu juga disalahertikan dengan oton sakit atau kejang otot di kawasan tersebut).
Angina berlaku apabila plak berkumpul di dalam arteri koronari yang akan menekan otot jantung dan terasa macam diperah/ditekan. Sebaik-baiknya buat pemeriksaan doktor jika terdapat simptom ini.

7. Sesak nafas
Sesak nafas ini berlaku terutamanya semasa senaman, stres atau aktiviti fizikal yang lain. Sesak nafas adalah tanda awal penyakit berkaitan jantung atau paru-paru.
Sesak nafas terjadi apabila jantung tidak dapat mengepam darah dengan kuat menyebabkan kurang oksigen beredar dalam darah, akhirnya menyebabkan sesak nafas

Atas kesedaran ini, Shaklee Malaysia telah melancarkan produk terbarunya pada 8 Jun 2013 khas untuk mereka yang mempunyai masalah jantung, masalah kolestrol, tekanan darah tinggi atau  kepada mereka yang ingin mencegah masalah ini.

CoQ Health Plus ini mengandungi campuran  Coenzyme Q10 (CoQ10), Vitamin E danekstrak teh hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Coenzyme Q10 tu? CoenzymeQ10 adalah sejenis jisim yang menyerupai vitamin yang dijumpai di dalam setiap sel dalam badan kita. Para saintis berpendapat jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 dari organ lain. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja kerana ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Degupan ini berlaku dengan adanya tenaga. Pada usia muda tubuh badan mungkin tiada masalah mengeluarkan tenaga untuk degupan jantung tetapi ia mula bermasalah ketika kurangnya pengeluaran tenaga pada usia 50-an dan seterusnya. Degupan jantung akan menjadi lemah. 

Apakah perbezaan CoQHealth Plus:
Untuk mendapatkan jumlah CoQ10 yang setara, kita perlu makan 1.7kg ayam dan 2.8kg brokoli.
Diperkukuhkan dengan Vitamin E bagi membantu memberikan keupayaan antioksidan optimum yang berterusan kepada sel tubuh.
Ekstrak teh hijau mengandungi pricyanidins yang membantu menyokong kesihatan endothelium yakni lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung.
CoQ10 yang berasal dari sumber semulajadi dengan kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya adalah satu-satunya CoQ10 dari yis yang ditapai yang sumbernya telah diuji dan diyakini secara meluas mempunyai kualiti tinggi dalam sumber bioketersediaannya.
Bebas gluten.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Wednesday, August 13, 2014

Persoalan Mengenai Kesan Sampingan Shaklee

Di bawah saya senaraikan antara persoalan-persoalan yang kerap saya terima daripada pelanggan-pelanggan saya. Jadi saya sediakan jawapan secara terus supaya anda sendiri dapat mengambil sedikit ilmu dari sini.

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halalnya di sini.

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, di mana vitamin ini adalah vitamin larut air. Di samping itu, alfalfa mengandungi klorofil yang menyebabkan susu berwarna sedikit kehijauan.

4. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca daripada kurangnya pengambilan air kosong. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba-tiba datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

5. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

6. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

7. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana branch Shaklee?
Jawapan: Boleh. Apabila anda menjadi sebahagian daripada ahli Shaklee (Shaklee Independent Distributor) anda akan dapat membeli sendiri di mana-mana branch Shaklee menggunakan ID No. anda sendiri. Harga yang istimewa menanti anda apabila anda bergelar ahli Shaklee.

8. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sedikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

9. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor pelbagai jenis vitamin yang berkenaan demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

10. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

11. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?

Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya. Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 hidangan sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, August 7, 2014

Kencing Tidak Lawas

Kencing tidak lawas atau dalam bahasa Inggerisnya Urinary incontinence (kita ringkaskan sebagai UI) adalah masalah dimana kita hilang kawalan terhadap pundi kencing. Simptomnya boleh jadi berlaku kebocoran kecil (terkucil) atau mungkin juga kebasahan yang tidak dapat dikawal lagi. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan semakin kerap mengikut faktor usia.

Kebanyakan masalah kawalan pundi kencing berlaku apabila otot terlalu lemah atau terlalu aktif. Jika otot yang menutup salur kencing lemah, kita akan terkucil masa bersin, ketawa atau mengangkat benda berat. Ini dinamakan stress incontinence.

Jika otot pundi kencing terlalu aktif, kita akan selalu berasa nak terkencing walaupun pundi mengumpul air yang sedikit. Ini dipanggil urge incontinence atau overactive bladder.

Penyebab Kecing Tidak Lawas
1. Masalah prostat
2. Kerosakan saraf yang menghubungkan pundi kencing dan otak seperti stroke, Alzheimer, dan multiple sclerosis
3. Regangan otot pelvik semasa hamil dan proses kelahiran
4. Paras estrogen rendah dalam wanita
5. Kesan sampingan sesetengah ubat
6. UTI (urinary tract infection)
7. Kerap sembelit
8. Mempunyai berat badan berlebihan
9. Otot kawalan kencing lemah atau masalah otot lantai pelvik

Rawatannya pula bergantung kepada jenis masalah yang kita alami serta gaya hidup yang sesuai untuk kita. Ia juga termasuk senaman ringan atau rawatan perubatan.

Suplemen Shaklee Yang Dapat Membantu
  1. Vitamin C- membantu penghasilan estrogen terutama kepada wanita menopos.
  2. Ostematrix- membantu pengawalan otot
  3. Vitamin B complex- membantu dalam kesihatan fungsi saraf
  4. Vitamin E - menstabilkan fungsi pundi kencing
  5. GLA Complex - memperbaiki paras estrogen dan testosteron serta memperbaiki masalah postat lelaki dan masalah kerap kencing.
Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas
  1. Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.
  2. Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein
  3. Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing
  4. Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.
  5. Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.
Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.
**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Wednesday, August 6, 2014

Risiko Kekurangan Protein (Secara Umum)

Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

Pernah tak kita tahu yang terdapat risiko-risiko pada diri kita sekiranya kita kurang mengambil sumber protein dalam pemakanan harian kita. Antara risiko-risiko akibat kekurangan protein adalah:

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini terjadi saya sarankan untuk anda mengamalkan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) yang merupakan sumber utama protein soya. Paling penting sekali protein soya Shaklee ialah Non-GMO Soy.

Apa itu Non-GMO Soy
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Kelebihan ESP ini
  1. membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  2. menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  3. setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  4. kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  5. indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP 
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Faedah Daripada Pengambilan CoQHealth


Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. 

Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.
Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
Membantu mencegah migrain

Sumber: University of Maryland Medical Center

Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya. 

Bagi anda yang perlu mengambil ubat darah tinggi secara rutin setiap hari, anda perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil CoQHealth Plus.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tuesday, August 5, 2014

Tanda-Tanda Orang Bermetabolism Rendah


Anda pernah tak mengalami situasi-situasi seperti di bawah:
  • bila berdiet berat tak turun
  • berat naik mendadak bila makan lebih
  • susah bersenam kerana rasa terlalu letih
  • gemar makanan berkarbo dan manis
  • mudah lapar
  • makan sikit pun cepat gemuk
  • rasa lapar di waktu malam

Jika anda ader mengalami situasi-situasi ini, ini bermakna anda mengalami masalah metabolisme rendah. Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. 

Punca-Punca Metabolisme Rendah
  • kekurangan insulin. Iaitu hormon penting untuk tukar gula kepada tenaga. Dalam kes ni, lemak cenderung terhasil dan terkumpul pada perut dan belakang badan.
  • kesilapan memilih makanan dengan indeks glisemik yang tinggi.
  • Secara umumnya Metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.
  • Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan Metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.
  • Mengamalkan gaya hidup kurang bergerak dikatakan menjadi penyumbang utama kepada kadar Metabolisme perlahan.Pengamalan  bersenam adalah satu langkah yang bijak ke arah meningkatkan kadar metabolisme badan.

3 Tips Untuk Boost Metabolism

1) Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak. Saya pilih minum ESP soy protein Shaklee yang rendah Glisemik Indeks dan no kolestrol

2) Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak-agak boleh tak. tak salah kalau kita cuba kan)

3) Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. Saya pilih minum Cinch Tea Shaklee~~ Green tea + white te + red tea.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Kesan Selepas Melahirkan Anak dan Cara Mengatasinya


1. Jika takut gemuk, pastikan si ibu menyusukan anaknya exclusively 6 mths dan lagi bagus sehingga 2 tahun. Penghasilan susu ibu itu sendiri akan membantu si ibu membakar kalori dalam badannya. Pengambilan vitamin sekadar cadangan agar badan lebih sihat, pembakaran gula menjadi tenaga, pembakaran lemak melalui pengambilan lecithin dan omega dan membantu dalam mendapatkan metabolisme yang optimum.

2. Bagi mengelakkan perut buncit, pastikan si ibu tidak mengamalkan minuman berais dan jangan sesekali mandi selepas makan. Ini antara faktor yang membantu perut si ibu cepat kelihatan buncit.

3. Nipple pastinya akan sedikit gelap dan kawasan earola akan membesar. Melalui kajian ibu sendiri, lagi ramai anak maka lagi gelaplah kawasan earola tersebut. Bagaimana nak mengatasi? Jika berkemampuan,makanlah Vitamin E beserta selenium. Kawasan earola akan pulih seperti sediakala dan warnanya akan kembali asal. Ibu dah lakukan ujian ke atas ramai ibu dan mereka mengakuinya.

4. Perut akan penuh dengan stretchmark jika si ibu tidak menjaga pemakanan. Amalkan memakan buah2 yang tinggi kandungan Vitamin C. Vitamin C juga dikenali sebagai vitamin yang membantu menghilangkan selulit disamping protien (ESP) dan B Complex.

5. Pigmentation yang banyak...ada ibu2 yang mengalami pigmentation yang teruk terutama di kawasan muka. Bagaimana nak mengatasinya? Pengambilan Vitamin C, Vitamin E beserta selenium dan Protien (ESP) sangat membantu mengurangkan dan menghilangkan pigmentation jika diamalkan dengan konsisten.

6. Keinginan seks yang berkurang selalunya dikaitkan dengan faktor hormon terutama buat ibu yang menyusu. Semasa penyusuan hormon estrogen yang merundum dan hormon prolaktin akan meningkat maka si ibu akan merasa dingin untuk bersama selain kekeringan. Untuk mengatasinya ialah pengambilan Vitamin E beserta selenium di samping pengambilan Alfalfa yang konsisten.

7. Muka kelihatan tua dari umur atau ertikata lain kelihatan kusam. Ianya boleh terjadi jika si ibu tidak menjaga pemakanannya. Pemakanan yang seimbang sangat membantu ibu2 mendapatkan semula zat yang telah digunakan sepanjang mengandung dan penyusuan. Jika zat ini tidak diganti dengan sempurna, si ibu akan kelihatan kusam, tidak bermaya, lesu , swing mood dan stress serta akhirnya susuibu akan mula merundum kerana si ibu sendiri tubuhnya tidak sustained dengan kesihatan yang sering terganggu.

8. Buah dada akan lembik dan melayut. Ini akan terjadi apabila pemakaian coli yang tidak menampung bentuk buah dada itu sendiri selain pemakanan yang tidak seimbang. Makanan yang mengandungi kandungan protien (ESP) yang baik membantu mendapatkan keanjalan buah dada serta pengambilan Alfalfa membantu mencantikkan bentuk buah dada itu sendiri. Namun ini tidak akan berlaku ke atas lelaki yang mengamalkan pengambilan alfalfa.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...