Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Thursday, October 9, 2014

Punca Kejang Kaki Ketika Hamil

Kejang kaki @ simpul biawak @ tarik mengkarung adalah sinonim dikalangan ibu-ibu mengandung. Saya sendiri tidak terkecuali.Pengalaman semasa mengandung anak sulung memang ngeri jer rasa bila teringat saat-saat kena kejang kaki. Tapi apakan daya, masa tu mak kata normal ler kalau mengandung kena kejang kaki nie. Aduh...redha jer la masa tu. Bila kena kejang kaki tu memang berhari gak ler jalan tak betul sebab dok rasa sakit kat betis tu.

Masa anak kedua, dh mula terbayang dah kejang kaki nie. ok, bulan kedua pregnant dh kena dah. Redha...Tapi kali nie pandai skit lagi, mula ler mengadu ngan genea tentang masalah kejang kaki. So, penyelesaiannya genea bagi makan pil kalsium. katanya kejang kaki tu sebab kurang kalsium. Alhamdulillah, lps makan pil kalsium tu memang dh tak kena kejang kaki tu. Tapi ada plak mulut-mulut orang yang bercerita kalau ambil pil kalsium tu nanti anak terlebih jari la, apa la. SubhanaAllah, semua tu kan kuasa Allah. Kita hanya berusaha dan berikhtiar. Alhamdulillah, lahirlah abak keduaku dengan sempurna dan sihat tubuh badannya.

Masa menyusukan anak kedua ini, masalah kejang kaki kembali menyerang. Ok, kali nie saya ambil alternatif untuk mencari jalan penyelesaian melalui pembacaan di internet. Apa yang saya dapat, saya kongsikan bersama anda.

Punca Kejang Kaki :

➜ Pengaliran darah yang kurang lancar iaitu darah daripada bahagian kaki tidak mengalir kembali ke atas (jantung) dengan baik
➜ Tekanan ke atas kaki yang mungkin disebabkan berat badan berlebihan
➜ Kekurangan kalsium dalam badan

Langkah terbaik untuk mengatasi masalah kekejangan otot:

1] Melakukan senaman kaki atau senaman regangan sebelum tidur
2] Tidur dengan memakai seluar yang panjang
3] Memakai stokin tebal ketika tidur
4] Minum air secukupnya apabila dahaga
5] Elakkan duduk di satu posisi terlalu lama. Banyakkan berjalan.

Atasi Masalah Kejang Kaki dengan Ostematrix
Ya..Nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

OsteMatrix Membekalkan unsur KALSIUM daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap serta MAGNESIUM untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya dan juga VITAMIN D untuk merangsang penyerapan kalsium..

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

1 comment:

  1. Itu pengalaman saya. Pengalaman anda mungkin berbeza. namun saya disini adalah untuk membantu anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...