Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Wednesday, January 29, 2014

Psoriasis

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
• Keguguran sisik pada kulit
• Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
• Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis

• Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
• Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
• Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
• Lampin psoriasis
• Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.

Komplikasi

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
• Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
• Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Punca
#Psoriasis dipercayai disebabkan oleh satu gabungan faktor-faktor genetik dan persekitaran.
#Satu perempat hingga ke satu pertiga daripada orang-orang yang mengalami psoriasis berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah sedemikian. Faktor-faktor genetik juga memainkan peranan dalam sebilangan kes-kes.
#Tekanan fizikal dan emosi, jangkitan kerongkong, flu, sebilangan jenis ubat-ubatan (sebagai contoh hormon steroid, sesetengah anthihipertensif) mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk.
#Meminum alkohol dan merokok mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk atau susah untuk hilang.

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)


Krim dan ubatan yang boleh melegakan. Pelembab
• Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
o Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
o Menggunakan sarung tangan
o Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim

• Doktor akan memberi ubatan seperti :
o Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
o Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
o Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Dimana untuk mendapat rawatan?

Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda 

Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.


Nasihat kepada Pesakit Psoriasis:
#Jangan menggaru kulit kerana ini akan melambatkan pemulihan.
#Jangan terlalu lekas berhenti mendapatkan rawatan kerana ianya mungkin mengambil masa  beberapa minggu untuk memberikan kesan.
#Jangan berhenti mengambil pil-pil yang dipreskripsi atau rawatan secara tiba-tiba kerana ianya boleh membuat Psoriasis lebih teruk.
#Gunakan rawatan secara kerap.
#Amalkan keadaan kulit yang lembap kerana ini akan membantu mengurangkan rasa gatal dan pengupingan.
#Secara amnya, pendedahan kepada cahaya matahari mendatangkan faedah.
#Jangan dedahkan diri anda terlalu lama sehingga anda mendapat selaran matahari. Selaran matahari menjadikan Psoriasis lebih teruk.
#Tekanan boleh menjadiakn Psorisis lebih teruk. Belajarlah cara-cara menenangkan hati, bersenam dan mengambil masa rehat atau cuti.

Perbezaan antara ECZEMA dan PSORIASIS
Psoriasis
-Sering dialami oleh orang dewasa
-Dikaitkan dengan masalah genetic disebabkan masalah system imun dan persekitaran
-Bersisik,merah dan kulit mengelupas disertai gatal
-Boleh menimbulkan kesan negatif pada sendi tubuh dan boleh menyebabkan gejala yang mirip dengan arthritis.
Eczema
-Sering dialami oleh kanak-kanak
-Sering menyebabkan kerengsaan pada kulit
-Menunjukkan tanda seperti kulit kering yang mengelepuh kecil  atau berbintik-bintik
-Gejalanya kurang serius

Suppliment  Shaklee yang dicadangkan
  • VIVIX-Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • DTX COMPLEX-Dandelion membantu psoriasis,milk thistle  (anti inflamasi)
  • GLA COMPLEX-Membantu mengelakkan kekeringan
  • B-COMPLEX-Fungsi selular,menjaga kulit sihat
  • COLLAGEN POWDER-Menggalakkan kulit yang sihat
  • VITA C 500mg SR-Penting untuk kolagen dan tisu penghubung
  • VITA E 400 IU-Meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
  • OMEGA GUARD-Mengurangkan inflimasi
  • CAROTOMAX-Melindungi kulit
  • LECITHIN-Melindungi kulit
  • NUTRIFERON-Mengukuhkan sistem imun (mengaktifkan interferon)
  • E.SOY PROTEIN-Membaiki dan membina semula sel-sel
  • HERB-LAX-Pembersihan usus,detox
  • ALFAFA COMPLEX-Detox,anti-inflamasi 


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...