Ramai yang bertanyakan saya, bagaimana dan bila masa terbaik untuk pengambilan
suplemen mereka. Bukan aper yang bertanya sebab banyak kan.
Contohnya kalo ibu menyusu, sudah pasti dia perlu mengambil B-Complex, Vitamin C, Vita-Lea, Alfalfa. Juga Ostematrix dan ESP. Tu
yang wajib. Belum masuk lagi yang sunat. Ada yang ambil OmegaGuard ke, GLA
Complex ke, Lecithin ke..Macam2 lagi tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecantikan diri.
Secara umumnya, saya akan mencadangkan pengambilan suplemen adalah pada waktu malam.
Kenapa?
Kerana secara teorinya, vitamin2 ini
akan mudah diserap oleh badan semasa tubuh kita dalam keadaan rehat. Jadi masa
tidurlah masa yang terbaik kan? Tapi saya pasti, tak semua orang berkesempatan
untuk mengambil vitamin just right before sleep.
Jadi, untuk menyenangkan jadual
kita, kita cuma perlu alert kepada beberapa rules. Kalau kita ikut je rules
ni, Insya Allah selamat.
VITAMIN LARUT AIR (B dan
C)
Seeloknya diambil bersama segelas
air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK
(A,D,E,K)
Vitamin larut lemak memerlukan
lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil
makanan berlemak/berminyak.
OSTEMATRIX (Kalsium)
Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil
sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita
tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
LECITHIN
Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia
boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix
kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini
zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil
kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara
kedua-duanya.
3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas
makan bagi membantu penyerapan.
Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana
pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh
membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi
toksik.
4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya
mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!
Sekiranya anda merasakan yang aper yang sedang anda praktikkn sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda
boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia
bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.
Untuk jadual pengambilan vitamin yang lebih tepat, setiap pelanggan saya akan menerima konsultasi percuma dan penerangan ttg pengambilan vitamin mengikut keperluan badan dan kesesuaian waktu anda. Bleh terus hubungi saya untuk dapatkan yang terbaik...
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
No comments:
Post a Comment