Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Wednesday, December 17, 2014

Psyllium Husk - Senjata Rahsia Untuk Orang Nak Kurus??

Hari ini saya nak cerita skit tentang Psyllium Husk nie. Saya mengenali produk ini ketika di usia awal 20-an. Bagaimana saya mula mengenalinya. Sangat mudah. Masa tu saya mengalami masalah berat badan. Keinginan untuk menurunkan berat tu ader tapi kekangannya adalah saya seorang Pelajar. Jadinya masalah duit ler. Takkan nk harapkan duit pinjaman pelajaran pula untuk beli produk-produk yang mahal kan.

Satu hari saya jalan-jalan, pusing-pusing (aktiviti budak U biler ujung minggu kan) kat Kompleks Bukit Jambul...Siapa tahu kat mana Kompleks Bukit Jambul nie. Anda boleh bagi jawapan di ruangan comment yer. sekurang-kurangnya anda dapat membantu sahabat-sahabat yang tidak tahu dimana Kompleks Bukit Jambul ini.

Aik...dh melalut pula. Sambung blk cerita Psyllium Husk nie. Nak dijadikan cerita saya masuk di satu farmasi nie. dok belek-belek produk pelansingan yang mahal-mahal tu. Sekali pharmacist kat situ datang attend saya. Dia tanya, saya berminat nak turunkan berat ker. saya pun dgn pantas mengangguk-angguk tanda setuju.hihihi...Terus dia kuarkan alat penimbang dia. dah sudah...nk perangkap aku soh beli produk dia la nie. takper2, layankan dulu amoi nie. Lepas dia amik berat saya(jumlah kg dirahsiakan.hihihi...) maka sasarnnya untuk saya menurunkan berat sebanyak 5kg. Ok...sudah tertanya-tanya...aper produk la dia nak bagi kat saya nie.

Sekali dia suggestkan saya untuk psyllium Husk nie. Dah saya kata dah. mesti dia nak promote produk dia nie. Amoi nie tak tahu ker yang aku nie Student. Mana mampu nk beli mahal-mahal nie. Iklan jap...tunjuk gambar dulu bagi yang xder gambaran camner rupa psyllium husk nie..


Kantoi...Hampeh...Dah terjerat kena beli produk nie nampak gayanya. Sekali bila tengok harganya...Alamak, sangat murah dan menepati bajet saya sebagai Student. Tapi otak masa tu dh mula ler negatif. Benda murah nie selalunya tak berkualiti. Hambek, terus negatif tu. Tapi amoi tu berjaya pujuk saya untuk beli psyllium husk. maka saya pun beli la. tapi harga dah tak ingat baper rm masa tu.

Balik hostel saya amalkan minum psllium husk ini mengikut saranan amoi farmasi tu. Ternyata ia sangat tak rasa aper2.hihihi..jadi saya bancuh dengan milo. memang saya dapat trunkan sebanyak 5kg dengan bantuan psyllium husk dan juga bantuan gym di U masa tu.

Jom saya selitkan sedikit sebanyak info berkaitan psyllium husk yang perlu anda ketahui sebelum anda memulakan pengambilannya. Di harapkan maklumat-maklumat ini dapat membantu anda.

Fakta Mengenai Psyllium Husk
Psyllium Husk merupakan bahan utama unique Fiber yang kaya akan serat penyerap air / gelatin. Psyllium Husk mempunyai fungsi untuk membersihkan usus serta menjaga penyerapan kadar air pada kotoran anda. Unique Fiber dapat mengatasi sulit buang air besar dan juga dapat mengeluarkan semua sisa kotoran dalam tubuh yang tidak terurai. 

Sisa kotoran yang menumpuk dapat mengganggu fungsi usus yang dapat mengakibatkan sakit kepala, perut kembung dll. Maka sangat penting bagi kita pengaturan sistem dalam tubuh agar tubuh tetap sehat. Banyak orang yang mempunyai masalah pada usus dan pencernaannya, seperti : sembelit, perut kembung, diare, sakit perut dll. Rasa sakit tersebut biasanya diakibatkan dari makanan yang di konsumsi sehingga mereka mengalami kekurangan nutrisi. Hal itulah yang berpengaruh pada kesehatan usus yang kemudian mempengaruhi kesehatan liver, empedu, hati dan organ tubuh lainya. 

Usus merupakan sistem pembuangan tubuh manusia. Sisa makanan (sampah) yang tidak dapat dicerna secara efektif didalam tubuh dapat menyebabkan racun yang akan merusak oksigen dalam sel yang akan mengakibatkan terjadinya berbagai penyakit seperti : tumor, wasir dan kangker usus. Mengkonsumsi Unique Fiber menjadi solusi yang paling tepat untuk mengatasi itu semua. Pandangan umum mengtakan bahwa mengkonsumsi makanan tanpa bahan kimia adalah gaya hidup alami yang terbaik. Jika anda mengkonsumsi suplemen yang tepat dapat dipastikan anda tidak akan kekurangan nutrisi serta dapat meningkatkan kesehatan tubuh anda dalam jangka waktu yang lama.

Kandungan Psyllium Husk
SETIAP 100 gram psyllium mengandung 71 gram serat larut sementara oat dalam jumlah yang sama hanya mengandung 5 gram serat larut. Serat merupakan unsur penting bagi kesihatan. Serat membantu melancarkan pembuangan dan menjaga kebersihan dan kesihatan kolon. Kolon yang sihat merupakan salah satu kunci pertahaan melawan serangan patogen yang masuk ke dalam tubuh.

Psyllium biasanya diolah dengan cara dikeringkan, dihaluskan dan dijual dalam bentuk tepung, kapsul atau tablet kunyah.

Cara Kerja Psyllium Husk
Jika dicampur dengan air, sekam berserat dari biji psyllium akan membentuk gumpalan menyerupai gel yang menyerap kelebihan cairan dari usus halus dan menghasilkan najis yang lebih besar dan halus. Cara ini dapat membantu mengatasi sembelit kerana membuat najis bergerak lebih cepat. Anda  boleh mengatasi masalah sembelit dengan makan 7.5 gram sekam psyllium, 1 atau 2 kali sehari. Anda boleh minum dengan susu, jus atau air.

Manfaat dan Khasiat Psyllium Husk
  1. Mengatasi Konstipasi atau melacarkan BAB (Buang Air Besar)
  2. Serat larutnya akan mengikat air pada feses (kotoran), sehingga feses akan menjadi lunak dan mudah dikeluarkan.
  3. Membantu Menurunkan Berat Badan.
  4. Serat larutnya menghambat kerja enzim amylase sehingga menghambat penyerapan karbohidrat dan memberi sensasi rasa kenyang (menekan rasa lapar) di saluran pencernaan. Selain itu dapat mempercepat pengeluaran sisa makanan yang dimakan.
  5. Membantu Menurunkan kolesterol jahat sehingga mencegah penyakit stroke.
  6. Serat larutnya dapat menurunkan kolestrol jahat dalam darah dengan cara mengikat asam empedu dan mengeluarkannya bersama kotoran.
  7. Mengurangi gangguan hemoroid.
  8. Serat larutnya dapat mengatasi gangguan hemoroid yang disebabkan kostipasi kronik.

Tuesday, December 16, 2014

Hormon Punca Haid Tidak Teratur

Pernah tak anda menghadapi keadaan dimana period anda tidak teratur. kiranya bulan nie datang lepas tu 2-3 bulan pula baru datang. atau pun Circle day yang tidak menentu. sekejap 28hari sekejap 35hari sekejap 22hari.

kali nie saya kongsikan sedikit info @ maklumat yang saya perolehi berkaitan haid yang tidak teratur dan puncanya. Banyak perkara sebenarnya yang berkaitan tentang diri kita sebagai perempuan yang jarang sekali kita ketahui. saya mengharapkan agar perkongsian ilmu ini dapat membantu anda untuk mengenali diri kita dengan lebih terperinci.

MENGALAMI kedatangan haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan wanita kerana kitaran haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan.

Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata setiap 28 hari atau 26 hingga 35 hari.

Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari.

  • Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi).
  • Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.
  • Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak.

Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya.
  • Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.
  • Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopia tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid.

Kesuburan

Menurut Dr Adilah, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan.

Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah.

Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan.

Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.
  • Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari.
  • Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak.
  • Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawatan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka.

Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan.

Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku.

Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome.
  • Segera berjumpa doktor untuk jalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.
  • Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Kita mahu pastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.
Supplemen Shaklee Yang Disarankan

Bagi membantu anda menyelesaikan masalah hormon dan mengakibatkan terjadinya haid yang tidak teratur, jadi suka untuk sarankan anda mengamalkan pengambilan GLA Complex. Banyak sebenarnya kebaikan GLA Complex ini kepad diri seorang wanita.



Saya mengharapkan semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam meningkatkan tahap kesihatan diri anda.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, December 15, 2014

20 Cara Perut Ramping Selepas Bersalin

Anda mempunyai masalah untuk mendapatkan perut yang ramping selepas bersalin. Rasanya bukan anda seorang sajer yang menghadapinya. Kebanyakkan daripada ibu-ibu yang melahirkan anak pasti akan menghadapi situasi ini. Stress kan biler fikirkan pasal perut yang yang tidak dapay dikempiskan selepas bersalin.

Apa kata kali ini, saya kongsikan dengan anda 20 cara untuk mendapatkan perut ramping selepas bersalin. 

  1. Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyediakan ketiga-tiga bahan ini:
  2. Minum air suam dan bukannya minuman sejuk sekurang-kurangnya 3liter sehari.
  3. Elakkan mengambil makanan yang bergoreng dan berlemak
  4. Minum jus pegaga tiap-tiap pagi
  5. Bengkung 2kali seminggu (malam sahaja). Ini diamalkan apabila anda sudah bekerja. Atau anda boleh memakai korset di siang hari.
  6. Untuk mengelakkan perut dari mengeleber maka, anda boleh buat senaman sits up sebanyak 50-100 kali waktu pagi.
  7. Minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.
  8. Bersihkan perut dengan air suam untuk buka liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. Yang terbaik adalah amalan in dibuat sebelum 6bulan selepas melahirkan kerana perut masih lembut ketika ini.
  9. Makan yogurt 3kali sehari. Pilih low fat dan yang kurang gula. Sekali makan, sukatannya adalah 1 bekas kecik yang biasa dijual. Yogut ini dapat membantu penghadaman dan jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup. Yogurt ini juga dapat menampung keperluan kalsium untuk ibu yang menyusukan anak.
  10. Kurangkan minum ketika sedang makan dan sebolehnya anda minum air suam atau air kosong. minum secara perlahan-lahan dan sedikit-sedikit. Selepas setengah jam baru minum dalam kuantiti yang banyak.
  11. Sebenarnya usaha untuk mengempiskan perut ini seelok-eloknya dilakukan ketika dalam pantang. Bengkung perlu digunakan selama 44hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana ketika dalam pantang urat-urat badan semuanya kembang. Apabila tidak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit disebabkan urat-urat tidak kecut dengan sempurna.
  12. Belly Dancing. tak tahu camner...anda boleh cari di You Tube. pasti anda akan jumpa cara-cara belly dancing. sambil senaman sambil menghiburkan hati.
  13. Untuk perut bahagian atas, baring atas katil, bengkokkan lutut, pastu angkat kepala dan badan selari/setinggi yang boleh dan tahan dalam kiraan 8. Ulang 8kali untuk 1 sesi. 
  14. Untuk Perut bahagian bawah pula, ini adalah yang paling susah lemaknya nk dibuang. Baring kaki diluruskan pastu angkat kaki ke atas (Badan akan jadi bentuk L jika dilihat dari tepi). Ulang 10-20 kali satu sesi. Buat setiap hari sebelum tidur. Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal. tujuan senaman ini adalah untuk mengetatkan otot perut supaya perut tidak melendut, mengeleber atau berlipat.
  15. Jangan mandi selepas makan. Ini kerana suhu badan akan sejuk dan proses penghadaman menjadi kurang efektif.
  16. Apabila bangun pagi, perkara pertama yang perlu dibuat adalah minum air kosong.
  17. Kunyah makanan perlahan-lahan. Jadi badan kita tidak penat untuk memproses makanan yang besar-besar.
  18. Pastikan makan sekurang-kurangnya 4jam sebelum tidur. Ini kerana makanan tidak sempat untuk dihadamkan jikan tidak sampai 4jam.
  19. Jangan lupa untuk senaman. Tidak kira apa jua jenis senaman. Boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal, naik turun tangga dan pada anda yang surirumah, sibukkan diri anda dengan hal-hal di rumah juga dikira sebagai excercise.
  20. yang terakhir sekali adalah breastfeed baby. Ini bukan sahaja untuk mengempiskan perut tetapi dapat juga menguruskan badan
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan dapat membantu anda dalam mencapai impian untuk mendapatkan perut idaman. Sekiranya anda ingin mengamalkan supplemen dalam membantu usaha anda ini, saya sarankan anda untuk mengambil OmegaPlus dan Herb Lax.



Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Wednesday, December 10, 2014

Rahsia Vitamin E Yang Tak Ramai Orang Tahu

Hari ini saya nak cerita satu rahsia yang sebenarnya ramai lagi orang tak tahu. Kekadang bukannya orang tak tahu tetapi orang tu sendiri yang tak nak ambil tahu. Jadi untuk anda semua yang saya hormati, jom saya sharekan sedikit mengenai rahsia Vitamin E ini dengan harapan ia dapat membantu anda mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.

Tahukan anda yang vitamin E.....(sila sambung ayat di bawah yer)

1 -akan menjadikan anda tampak LEBIH MUDA dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Kiranya anda sentisa nampak awet muda. kalau untuk lelaki yang nakkan kulit yang cantik dan berseri anda boleh mengamalkan pengambilan Vitamin E. tak perlu tepek2 krim untuk cantik.

2 -Memperbaiki peredaran darah dan mampu utk memperbaiki tisu. Ini yang menjadikan anda lebih sihat dan berseri-seri.

3 -Melindungi paru-paru dari pencemaran udara. Keadaan udara sekarang lebih mendedahkan kita kepad penyakit yang berkaitan paru-paru.

3 -Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, MENGURANGKAN PARUT, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

4 -Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari. Vitamin E bukan hanya untuk cantik tetapi ia juga turut menambaik baik dari segi kualiti kesihatan kita.

5 -Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat. selalu ader masalah rambut luruh atau rambut rapuh. Vitamin E dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.

6 -Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk). Peratusan risiko Alzheimer semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan jangan kita jadikan peratusan ini terus meningkat. elakkan diri anda daripada menjadi penyumbang kepada penambahan statistik penyakit ini.

7 -Merendahkan kadar kolesterol. Sangat sesuai untuk anda yang mepunyai masalah kadar bacaan kolestrol tinggi.

8 -Membantu mencegah kanser. Kanser adalah penyakit yang ditakuti. jadi jom elakkan..

9 -Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Vitamin E juga dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kesuburan. Tidak salah untuk kita berikhtiar selebihnya adalah atas keizinan Allah SWT.

10 -Vitamin E juga dikenali sebagai VITAMIN CINTA kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Canggih tak nama Vitamin Cinta. Part nie hanya untuk yang telah berumahtangga sahaja yer.

Tips memilih suplement vitamin E

--> Pastikan ia vitamin E semulajadi, pastikan tiada hurul l- atau dl- pada labelnya,
Misalnya, d-alpha tocopherol adalah vitamin E semulajadi manakala dl-alpha tocopherol adalah vitamin E sintetik.

--> Kajian terbaru menunjukkan tubuh kita memerlukan 400IU vitamin E sehari.

--> Pilihlah yang mengandungi Selenium agar penyerapan berlaku dgn lebih baik.

Perbezaan “Vitamin E Shaklee” Dengan Jenama Lain?

1. 100% daripada bahan semulajadi dan bukan vitamin sintetik.

2. diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ini menjadikan vitamin E Shaklee paling lengkap di pasaran.

3. mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita untuk meyerap vitamin E dengan lebih mudah, memelihara sel darah merah dan tisu otot.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tuesday, December 9, 2014

Kenali Diri Anda - Usaha Untuk Mengandung

ANDA bersama pasangan, tentunya menginginkan kehadiran anak di dalam kehidupan alam rumahtangga Anda. Banyak usaha yang sudah Anda lakukan agar cepat hamil, namun masih belum menunjukkan hasil.

Sudah pelbagai macam cara untuk cepat hamil yang pernah Anda dengar, baik dari rakan, keluarga, mahupun saudara-mara. Cara-cara tersebut ada yang berjaya dengan baik, namun banyak juga yang tidak.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.

3. Merancang Waktu Perhubungan Anda
Salah satu cara terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk bersama Anda dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maksima lima hari di dalam rahim, kerana itu untuk meningkatkan kesempatan terjadinya kehamilan, lakukan hubungan dua hari sebelum masa ovulasi atau keluarnya sel telur.

4. Ketahui waktu subur anda
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Biasakan untuk mencatat suhu pertama setiap pagi dan mencari suhu perubahannya, ramai perempuan yang memiliki BBT sedikit menjunam sekitar satu-dua hari sebelum ovulasi, hal ini menandakan bahawa masa ovulasi sudah dekat dan dapat meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Cuba juga perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda juga boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Kontrol Berat Tubuh Anda / Dapatkan berat badan yang ideal
Berat badan yang normal atau seimbang memiliki impak yang besar meningkatkan kesempatan untuk terjadinya kehamilan. Tidak jarang Anda temui sebagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badannya, di mana umumnya juga akan bermasalah dengan kehamilannya. Kelebihan berat badan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi tahap kesuburan Anda. Usahakanlah untuk mencapat berat tubuh yang ideal terlebih dahulu. Sebaliknya, terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama.

6. Tingkatkan kesuburan suami 
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

7. Bersenam secara rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

8. Mengambil makanan yang seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.

9. Mengambil Supplemen
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

Selain daripada itu juga, anda boleh mengamalkan pengambilan set kesuburan Shaklee untuk isteri dan juga suami yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Dengan pengambilan set ini, anda bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan tetapi anda turut dapat memiliki kulit dan badan yang lebih cantik.


10. Perbanyakkan berdoa, solat hajat dan bersedekah
Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan. Selain itu, kepada siapa lagi kita nak mohon kecuali padaNya yang satu. Dia yang maha mengetahui, maha pengampun, maha pemurah...kita hanyalah hamba yang perlu mengabdikan kepadaNya.. Alhamdulillah ya Allah..

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ COD untuk area Nilai,Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine Park

Monday, December 8, 2014

Kenapa Mealshake Penting Untuk Anak-Anak


Mealshake....Tong mealshake nie dah jadi cam satu keperluan selain daripada tin susu yer. Sebabnya anak-anak saya pasti akan minta mealshake untuk dicampurkan ke dalam minuman susu mereka. Alhamdulillah, penerimaan anak-anak saya dengan mealshake adalah baik. Yang membuatkan saya bertambah bersyukur adalah apabila anak-anak saya semakin bertambah selera makan, tidak lagi memilih makanan, kurang masalah sembelit, semakin sihat (jarang selsema) dan berat badan turut bertambah (sebab selera makan pun bertambah).

Meal Shake Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa hari ini untuk kesihatan menyeluruh anak-anak mereka yang sedang membesar. Diberi nama timangan "easy-on-the go-meal"merupakan supplement multivitamin shaklee yang mudah dan pantas disediakan yang melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak yang sedang membesar.

Kebaikan Meal Shake Shaklee terutamanya memperbaiki selera makan anak yang picky eater, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, asthma dan kurang berat badan sememangnya diakui oleh ramai ibu bapa yang telah mencuba meal shaklee yang terbukti terbaik, berkesan dan semestinya selamat untuk kesihatan dalaman anak-anak.

Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee

1) Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
2) Menambah selera makan anak
3) Anak tak mudah kerap jatuh sakit
4) Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
5) Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak
6) Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
7) Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
8) Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
9) Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
10) Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
11) Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

Meal Shake Shaklee merupakan supplement multivitamin yang menjimatkan kerana harga meal shake shaklee hanya RM114 satu tin yang seberat 544gm. 

Kanak-kanak sedari usia setahun sudah boleh mengambil meal shake shaklee (yang tidak menyusu badan) sebanyak satu sudu teh atau satu sudu kfc yang kecil. Anak-anak yang minum susu ibu tidak digalakkan bancuh dengan susu ibu, kerana ada kemungkinan anak akan tolak terus minum susu ibu selepas itu sebab rasanya yang berlainan.

Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas sukatannya boleh lebihkan sedikit untuk membantu mengekalkan perlindungan sistem imun pada tahap terbaik. 


Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, December 4, 2014

Pernah Dengar Tentang Chemical Pregnancy


Pernah tak anda mendengar istilah  "Chemical Preganancy". Apa pula yer yang dimaksudkan dengan Chemical Pregnancy. jika diterjemahkan secara terus ke Bahasa Melayu dah jadi Kandungan Kimia. Takkan pulak kan. Jadi nak senang saya simpulkan sebagai saya tidak tahu istilahnya di dalam bahasa melayu.. Namun melalui pembacaan ringkas, secara amnya, ianya satu keadaan yang mana, berlaku kehamilan yang seterusnya diikuti oleh keguguran pada tempoh kehamilan yang sangat-sangat awal.

Kehamilan ini dapat dikesan secara biasa melalui ujian kehamilan melalui air kencing ataupun sampel darah. Namun kebiasaannya, bagi UPT, garisannya agak kabur. Seterusnya, sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui ujian imbasan kehamilan, keguguran sudah pun berlaku.

Keguguran mungkin berlaku melalui kedatangan haid yang mana ada waktunya, tuan punya badan tidak sedar pun dia sudah hamil dan beranggapan period nya hanya lewat beberapa hari.

Sebagai contoh, A sepatutnya didatangi haid pada 1.10.2011 dan haidnya masih belum tiba. Lantas pada 3.10.2011 dia melakukan UPT dan hasilnya adalah positif. Pada 4.10.2011, sekali lagi ujian dilakukan dan hasilnya tetap positif namun semakin pudar. Tetapi apabila ujian imbasan kehamilan dilakukan selepas selang beberapa hari dalam tempoh yang tidak berjauhan daripada tarikh UPT dilakukan, tiada apa-apa yang kelihatan dan setelah itu, darah haid datang seperti biasa.

Kenapa tiada janin yang kelihatan dan haid datang seperti biasa? Kerana keguguran telah berlaku. Lagi pula, kebanyakan alat UPT sekarang, banyak yang sangat sensitif dan membolehkan bacaan diambil sebelum haid sepatutnya due. Ada juga mereka yang langsung tidak sedar bahawa mereka melalui chemical pregnancy kerana setelah haid lewat untuk 3/4 hari, ianya datang seperti biasa..

Punca keguguran? Tidak dapat dipastikan namun ianya mungkin disebabkan oleh abnormaliti pada janin.

Pernah tak anda alami situasi seperti ini. Jika pernah, saya tahu anda kuat dan redha bahawa kandungan ini bukan rezeki anda untuk kali ini. Bersama kita berdoa moga rezeki yang lebih baik bakal menyusul untuk kita. InsyaAllah.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tuesday, December 2, 2014

Bagaimana Menentukan Kesuburan Wanita

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.

Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.

Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Oleh sebab itulah, apabila seseorang wanita yang telah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengesan kesuburannya melalui beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak.

Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan.


Pusingan Haid 
Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.

Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.

Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. 

Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

Catatan Suhu Badan 
Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang disebut BBT (basal body temperature). Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini. Kaedah menyukat suhu badan ini adalah untuk mengenalpasti bilakah waktu wanita paling subur, waktu berovulasi dan kemungkinan anda hamil. 

Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.

Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.

Carta suhu badan ini memberi maklumat penting . Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.

Ujian Darah 
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

Pemeriksaan Fizikal 
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan.

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan Sistem Peranakan 
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

Jangkitan Faraj 
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Pemeriksaan Laparoskopi 
Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan 'laparoskopi' dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.

Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

Set Kesuburan Shaklee Wanita 


Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA Complex
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, December 1, 2014

Vitamin C dan Kolagen Untuk Kulit

Bulan Disember ini apa pula promo Shaklee yer. Bulan nie Promo Buy 6 Free 1 Sustained Released Vitamin C...Wah, dah semakin nampak sinar-sinar kecantikan nie. Jom saya kongsikan padanan terbaik iaitu Vitamin C dan Kollagen. 

Petikan akhbar ini daripada Utusan Online terbitan 12/10/2014.

Vitamin C, Kolagen Untuk Kulit
SECARA umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif.

Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.

"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

Keperluan

Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.

Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.

Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.

"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya.

Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber daripada laut seperti ikan.

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.

Sustained Released Vitamin C dan Collagen Powder Shaklee


Keistimewaan Sustained Released Vitamin C
  1. vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.
  2. Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. 
  3. sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.
  4. Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
  5. Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.
Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

  1. Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  2. Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  3. Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...