Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, July 14, 2014

Strategi Minum Air Yang Cukup

Di bulan Ramadhan pengambilan air putih menjadi satu cabaran untuk kita disebabkan kesuntukan masa akibat berpuasa di siang hari. Sepertimana yang kita tahu, pengambilan air putih yang mencukupi sangat penting untuk membantu dehidrasi dan detoksifikasi.

Kali ini saya kongsikan dengan anda strategi terbaik untuk mendapatkan air yang secukupnya ketika berpuasa.

1. Semua jenis Cecair
  • Adalah dinasihatkan untuk mengelakkan jus yang mempunyai bahan pengawet dan pewarna kerana kandungan gulanya yang tinggi boleh merosakkan kesihatan dan menyebabkan alahan.
2. Buah dan Sayuran Segar
  • Disarankan makan buah pada waktu malam dan waktu sahur kerana ia mempunyai sedikit air dan serat yang boleh kekal berada dalam sistem penghadaman bagi satu tempoh masa yang lama sekali gus membantu mengurangkan rasa lapar dan dahaga.
  • Timun adalah sayuran terbaik untuk mengurangkan dahaga dan menyejukkan badan.
3. Melambatkan sahur
  • Anda disarankan untuk melambatkan sahur.
  • Anda disarankan mengambil hidangan yang ringan dan minum lebih air pada waktu sahur.
  • Elakkan makanan pedas dan berempah.
4. Kenali pencuri air dari tubuh anda

    i - Garam

  • Makanan masin meningkatkan keperluan tubuh terhadap air.
  • Anda dinasihatkan untuk mengelak menambahkan lebih garam pada hidangan dan mengelakkan mengambil makanan tinggi garam seperti ikan masin dan jeruk.
     ii - Rempah dan perasa

  • Hidangan dan makanan yang mengandungi rempah dan perasa memerlukan air yang banyak untuk penghadaman.
  • Makanan berempah ini akan menyerap air sebaik anda menelannya dan menyebabkan kekeringan dalam tubuh yang seterusnya memberikan rasa dahaga.
  • Elakkan makanan pedas yang mengandungi banyak perasa terutama di waktu sahur.
     iii - Peransang

  • Dicadangkan kepada mereka yang berpuasa untuk mengurangkan pengambilan teh dan kopi disebabkan kandungan kafein yang akan mengaktifkan buah pinggang dan meningkatkan pengeluaran urin.
  • Harus juga diingatkan yang teh dan kopi tidak boleh dianggap sebagai alternatif air.
    iv - Minuman soda

  • Mengandungi karbon yang menyebabkan rasa kembung dan penuh serta menghalang tubuh daripada menggunakan cecair yang terdapat di dalamnya.
  • Adalah lebih baik mengelakkan minuman soda sewaktu berbuka puasa.
5. Pancaran Matahari
  • Disaran untuk anda mengelakkan pancaran matahari secara langsung bagi tempoh masa yang panjang.
  • Kerap mandi bagi menyejukkan tubuh dan gunakan sabun untuk menyingkirkan minyak pada tubuh yang boleh menutup liang roma.
  • mengelakkan cahaya matahari masuk ke rumah sama ada dengan langsir atau tingkap
  • Memakai pakaian nipis dan longgar yang diperbuat daripada kapas yang menyerap peluh
  • Berehat bagi mengembalikan semula tenaga
TIPS PENTING 
  1. Elakkan makanan yang terlalu berminyak, pedas, masin dan manis. 
  2. Pada bulan Ramadhan, pengambilan minumam manis dan ringan secara berlebihan akan mengisi perut dan melambatkan proses penghadaman
  3. Minum air berais sewaktu berbuka puasa tidak akan menghilangkan dahaga sebaliknya mengecutkan salur darah dan menyebabkan masalah tidak hadam. Disebabkan itu, dicadangkan anda minum air pada suhu bilik atau sedikit sejuk.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Persoalan Tentang Ibadat Puasa Ibu dan Kanak-Kanak

Setiap kali Ramadhan tiba, persoalan mengenai ibadat puasa untuk ibu hamil dan ibu yng menyusukan bayi mesti akan timbul dan diperbincangkan. Jom kita ambil sedikit ilmu daripada Majalah iSIHAT edisi Julai 2014.

Adakah berpuasa berbahaya kepada wanita hamil? Adakah wanita hamil wajib berpuasa?
Terdapat bukti perubatan yang menunjukkan berpuasa tidak di sarankan untuk wanita hamil. Namun sekiranya mereka berasa kuat dan cukup sihat untuk berpuasa, terutama pada awal kehamilan, mereka boleh melakukannya.

Jika tidak, mereka boleh meninggalkannya dan menggantikannya di bulan yang lain. Jika tidak berupaya juga, mereka mesti melakukan fidyah.

Adakah ibu menyusukan bayi perlu berpuasa?
Tidak. Undang-undang Islam menyatakan ibu yang menyusukan bayi tidak perlu berpuasa. Puasa yang ditinggalkan wajid diganti pada hari yang lain atau fidyah sebaik sahaja bayi berhenti menyusu.

Pada usia berapakah kanak-kanak selamat untuk berpuasa?
Kanak-kanak wajib berpuasa apabila mereka telah mencapai usia matang. Ia tidak membahayakan. Tetapi sekiranya ingin berpuasa sebelum mencecah usia ini, ia bergantung pada pendapat dan pandangan ibu bapa serta kesihatan kanak-kanak secara umum dan tahap pemakanannya. Berpuasa di bawah usia 7 dan 8 tahun tidak digalakkan. Adalah lebih baik memberi kesedaran terhadap puasa kepada mereka terlebih dahulu dan melakukan latihan berpusa selama beberapa jam.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Cara Mengelakkan Penyakit Batu Karang

Pundi kencing, ureter dan buah pinggang merupakan tiga lokasi 'panas' batu karang boleh terbentuk. Faktor pemakanan yang tidak seimbang iaitu mengambil diet yang tinggi kandungan kimia atau purin akan menyumbang kepada pembentukan batu karang di tempat-tempat tersebut.

Pencegahan Pembentukan Batu Karang

1. Minum air kosong secukupnya 
  • kita perlu ambil sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air setiap hari kerana cuaca negara kita agak panas.
  • Salah satu cara untuk memastikan pengambilan air anda adalah mencukupi untuk setiap hari anda boleh mencuba kaedah ini.

2. Jangan makan makanan yang mengandungi terlalu banyak kalsium
  • Sesetengah individu mengambil supplemen kalsium kerana mahu kuatkan tulang. Namun begitu, kandungannya yang banyak boleh membantu menyumbang kepada pembentukan batu karang.
  • Sebab itu Ostematrix Shaklee adalah pilihan yang terbaik untuk membekalkan kalsium mengikut keperluan tubuh anda. Ini adalah kerana Ostematrix mengandungi magnesium yang membantu menurunkan oksalat.
3. Kurangkan kandungan asid urik dalam badan.
  • Jangan ambil terlalu banyak makanan laut, daging merah, kekacang dan sayur bayam kerana makanan ini mengandungi asid urik yang tinggi.
  • Batu karang boleh terbentuk kerana kandungan nutrien dalam badan tidak seimbang.
Supplemen Shaklee yang dapat membantu anda:
  1. B Complex - Menurunkan oksalat (garam mineral)
  2. Vitamin C - Mengasidkan urin
  3. Ostematrix - Magnesium menurunkan oksalat dan mencegah batu karang
  4. Carotomax - Menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  5. Alfalfa Complex - Mengurangkan infleksi dan inflamansi
  6. Lecithin - Membakar lemak berlebihan yang akan membentuk batu karang.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi adalah percuma. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
 COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

5 Cara Mudah Rendahkan Paras Kolestrol

Kolestrol adalah sejenis lemak yang dihasilkan oleh hati daripada makanan yang kita makan, dimana ia berfungsi dalam proses metabolisme sel. Setiap sel mempunyai kolestrol pada permukaan luarnya.

Jika kolestrol termendap di salur darah, ia akan menyebabkan strok, tetapi sebenarnya ketidakseimbangan kolestrol (LDL>HDL) memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan selular.

Sel yang sihat memerlukan kolestrol baik (HDL) untuk bernafas, makan l, berkumuh dan pelbagai lagi fungsi metabolisma yang lain. Manakala kolestrol 'jahat' (LDL) merosakkan fungsi-fungsi tersebut.

Fungsi-fungsi lain kolestrol ;

  • membina dan menjaga menbran sel dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon dalam membran
  • menjadi penebat kepada jaringan saraf
  • menukarkan cahata matahari kepada vitamin D
  • terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen
  • menjadi 'filter' kepada sel, hanya membenarkan molekul yang dibenarkan sahaja masuk kedalam sel.
  • penting untuk metabolisma vitamin larut lemak
  • penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kalenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya

Ok. Sekarang anda dah tahu apa itu kolestrol dan fungsi kolestrol dalam badan kita. Jadi sekarang jom kita tengok 5 cara mudah untuk kita rendahkan paras kolestrol.

Usia, jantina dan sejarah keluarga merupakan antara faktor-faktor yang tidak boleh dikawal. Tetapi diet, senaman dan lain-lain gaya hidup boleh memberikan perubahan yang besar dalam mengekalkan profil kolestrol yang sihat. Di bawah diberikan langkah bagi membolehkan anda meningkatkan paras kolestrol baik secara semulajadi.

  1. Turunkan berat badan - Manfaat : penurunan 3kg berat badan meningkatkan 1 mata HDL
  2. Berjalan pantas - Manfaat : peningkatan 2-4 mata HDL. Bersenam 20 minit sehari boleh meningkatkan kolestrol baik sehingga 2.5mata.
  3. Tidak Merokok - Manfaat : Secara purata, paras HDL perokok kurang 5mg/dL berbanding bukan perokok.
  4. Pilih Kekacang Sebagai Snek - Manfaat : Paras HDL meningkat 2-3 mata. Disarankan anda mengambil sama ada walnut, pecan, almond, peanut, pistachio dan macademia sekitar daripada 2 auns (57gram) sehari.
  5. Ambil Lebih Kalsium - Manfaat : Paras HDL meningkat 1 mata. American Journal of Medicine mendapati mengambil 1,000mg supplemen kalsium sehari dapat meningkatkan paras HDL sehingga 7%.
Supplemen Shaklee yang dapat membantu anda dalam menurunkan paras kolestrol.
  1. Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolestrol jahat LDL
  2. Phytocol ST - bertindak menghalang penyerapan kolestrol ke dalam usus
  3. Vitamin C - Membantu menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri
  4. B Complex - Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolestrol
  5. Garlic - Membantu merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah.


Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Hakikat Tentang Shaklee

Ada yang Menganggap…
  1. Hari ini makan supplemen Shaklee untuk Weight Management, esok dah boleh KURUS.
  2. Hari ini makan supplemen Shaklee untuk Kesuburan, esok dah boleh MENGANDUNG.
  3. Hari ini makan supplement Shaklee untuk Kecantikan, esok dah TERUS CANTIK.
  4. Hari ini makan supplement Shaklee untuk Kesihatan, esok dah HILANG SEMUA PENYAKIT.
  5. Hari ini makan supplement Shaklee untuk Kesihatan, PENYAKIT TAKKAN DATANG.

HAKIKATNYA…

VITAMIN & Supplement Shaklee berperanan untuk memperbaiki kesihatan… Produknya terdiri daripada bahan semulajadi (bukan sintetik) yang berfungsi secara semulajadi mengikut metabolism badan masing-masing…Produk SHAKLEE TIDAK MENGANDUNGI DADAH SINTETIK untuk menguruskan badan dengan cepat DAN TIDAK ADA HYDROQUINONE untuk memutihkan kulit dengan cepat…

Apa yang kita buat dengan mengamalkan Shaklee adalah sebagai salah ikhtiar dan usaha untuk memberikan yang terbaik untuk diri kita. Shaklee adalah SELAMAT, SEMULAJADI & HALAL.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, July 3, 2014

Shaklee Independent Distributor Anda di Nilai

Shaklee adalah pilihan saya sekeluarga. Banyak manfaat yang telah saya dan keluarga nikmati. Rakan-rakan saya juga tidak ketinggalan. Semoga kami di azravitamin4u.blogspot.com dapat membantu anda dapat meningkatkan tahap kesihatan anda sekeluarga.

Pilihan produk-produk Shaklee yang dapat membantu anda. Untuk memudahkan anda membuat pesanan, sila klik link di bawah dan penghantaran akan terus ke alamat anda.


Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan anda boleh terus berhubung dengan saya.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...