Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, July 14, 2014

Strategi Minum Air Yang Cukup

Di bulan Ramadhan pengambilan air putih menjadi satu cabaran untuk kita disebabkan kesuntukan masa akibat berpuasa di siang hari. Sepertimana yang kita tahu, pengambilan air putih yang mencukupi sangat penting untuk membantu dehidrasi dan detoksifikasi.

Kali ini saya kongsikan dengan anda strategi terbaik untuk mendapatkan air yang secukupnya ketika berpuasa.

1. Semua jenis Cecair
  • Adalah dinasihatkan untuk mengelakkan jus yang mempunyai bahan pengawet dan pewarna kerana kandungan gulanya yang tinggi boleh merosakkan kesihatan dan menyebabkan alahan.
2. Buah dan Sayuran Segar
  • Disarankan makan buah pada waktu malam dan waktu sahur kerana ia mempunyai sedikit air dan serat yang boleh kekal berada dalam sistem penghadaman bagi satu tempoh masa yang lama sekali gus membantu mengurangkan rasa lapar dan dahaga.
  • Timun adalah sayuran terbaik untuk mengurangkan dahaga dan menyejukkan badan.
3. Melambatkan sahur
  • Anda disarankan untuk melambatkan sahur.
  • Anda disarankan mengambil hidangan yang ringan dan minum lebih air pada waktu sahur.
  • Elakkan makanan pedas dan berempah.
4. Kenali pencuri air dari tubuh anda

    i - Garam

  • Makanan masin meningkatkan keperluan tubuh terhadap air.
  • Anda dinasihatkan untuk mengelak menambahkan lebih garam pada hidangan dan mengelakkan mengambil makanan tinggi garam seperti ikan masin dan jeruk.
     ii - Rempah dan perasa

  • Hidangan dan makanan yang mengandungi rempah dan perasa memerlukan air yang banyak untuk penghadaman.
  • Makanan berempah ini akan menyerap air sebaik anda menelannya dan menyebabkan kekeringan dalam tubuh yang seterusnya memberikan rasa dahaga.
  • Elakkan makanan pedas yang mengandungi banyak perasa terutama di waktu sahur.
     iii - Peransang

  • Dicadangkan kepada mereka yang berpuasa untuk mengurangkan pengambilan teh dan kopi disebabkan kandungan kafein yang akan mengaktifkan buah pinggang dan meningkatkan pengeluaran urin.
  • Harus juga diingatkan yang teh dan kopi tidak boleh dianggap sebagai alternatif air.
    iv - Minuman soda

  • Mengandungi karbon yang menyebabkan rasa kembung dan penuh serta menghalang tubuh daripada menggunakan cecair yang terdapat di dalamnya.
  • Adalah lebih baik mengelakkan minuman soda sewaktu berbuka puasa.
5. Pancaran Matahari
  • Disaran untuk anda mengelakkan pancaran matahari secara langsung bagi tempoh masa yang panjang.
  • Kerap mandi bagi menyejukkan tubuh dan gunakan sabun untuk menyingkirkan minyak pada tubuh yang boleh menutup liang roma.
  • mengelakkan cahaya matahari masuk ke rumah sama ada dengan langsir atau tingkap
  • Memakai pakaian nipis dan longgar yang diperbuat daripada kapas yang menyerap peluh
  • Berehat bagi mengembalikan semula tenaga
TIPS PENTING 
  1. Elakkan makanan yang terlalu berminyak, pedas, masin dan manis. 
  2. Pada bulan Ramadhan, pengambilan minumam manis dan ringan secara berlebihan akan mengisi perut dan melambatkan proses penghadaman
  3. Minum air berais sewaktu berbuka puasa tidak akan menghilangkan dahaga sebaliknya mengecutkan salur darah dan menyebabkan masalah tidak hadam. Disebabkan itu, dicadangkan anda minum air pada suhu bilik atau sedikit sejuk.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...