Setiap kali Ramadhan tiba, persoalan mengenai ibadat puasa untuk ibu hamil dan ibu yng menyusukan bayi mesti akan timbul dan diperbincangkan. Jom kita ambil sedikit ilmu daripada Majalah iSIHAT edisi Julai 2014.
Adakah berpuasa berbahaya kepada wanita hamil? Adakah wanita hamil wajib berpuasa?
Terdapat bukti perubatan yang menunjukkan berpuasa tidak di sarankan untuk wanita hamil. Namun sekiranya mereka berasa kuat dan cukup sihat untuk berpuasa, terutama pada awal kehamilan, mereka boleh melakukannya.
Jika tidak, mereka boleh meninggalkannya dan menggantikannya di bulan yang lain. Jika tidak berupaya juga, mereka mesti melakukan fidyah.
Adakah ibu menyusukan bayi perlu berpuasa?
Tidak. Undang-undang Islam menyatakan ibu yang menyusukan bayi tidak perlu berpuasa. Puasa yang ditinggalkan wajid diganti pada hari yang lain atau fidyah sebaik sahaja bayi berhenti menyusu.
Pada usia berapakah kanak-kanak selamat untuk berpuasa?
Kanak-kanak wajib berpuasa apabila mereka telah mencapai usia matang. Ia tidak membahayakan. Tetapi sekiranya ingin berpuasa sebelum mencecah usia ini, ia bergantung pada pendapat dan pandangan ibu bapa serta kesihatan kanak-kanak secara umum dan tahap pemakanannya. Berpuasa di bawah usia 7 dan 8 tahun tidak digalakkan. Adalah lebih baik memberi kesedaran terhadap puasa kepada mereka terlebih dahulu dan melakukan latihan berpusa selama beberapa jam.
**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
No comments:
Post a Comment