Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, February 16, 2015

Promo Februari 2015

Selamat pagi semua...


Jangan lepaskan peluang untuk anda mendapatkan produk-produk Shaklee ini dengan harga yang lebih berbaloi-baloi. Sepanjang bulan Februari 2015 ini, Shaklee Malaysia telah menawarkan 4 produk hebat dengan harga promo untuk anda pengguna setia Shaklee.

Vitalea
  1. Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  2. Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  3. Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
  4. Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
  5. Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
  6. Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
  7. Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  8. Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  9. Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.
  10. Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
  11. Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
  12. Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
  13. Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
  14. Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
  15. Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
  16. Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
  17. Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.
  18. Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
  19. Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
Ostematrix
  1. Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
  2. Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
  3. Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
  4. Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan
Advanced joint Health Tablet

  1. Meningkatkan keselesaan pada sendi seawal hari ke-5
  2. Keselesaan sendi dengan 28% lebih cepat daripada dakwaan jenama terkemuka.
  3. 45% lebih berkesan bagi meningkatkan keselesaan sendi 
  4. Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zink, vitamin c dan manganese yang bertindak membina kolagen.
  5. Meningkatkan keupayaan ‘kusyen’ dengan glukosamin dari ekstrak boswellia , jadi anda bebas bergerak.
  6. Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit
  7. Meningkatkan fleksibiliti sendi.
  8. Memperbaiki fungsi sesendi.
  9. Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang.
Vitalea for Children
  1. Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  2. Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  3. Memberi 100% nilai harian vitamin C
  4. Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  5. Berasaskan phytonutrien semulajadi
  6. Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
  7. Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
  8. Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri
Bestnyer rasa promo untuk bulan nie. Set kesihatan tulang dan juga penjagaan untuk mengekalkan tahap kesihatan badan dengan pengambilan multivitamin. terdapat dalam dua bentuk iaitu bentuk tablet dan chewable. yang penting chewabale adalah khusus utk kanak-kanak. namun bagi anda yang sukar menelan tablet. Vitalea chewable adalah pilihan terbaik untuk anda. 

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


Bagi anda yang ingin mendapatkan Set Promo anda Boleh terus hubungi saya dan belian / penghantaran anda akan saya uruskan

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, February 2, 2015

Mimpi Dalam Trimester Ketiga

Dalam mimpi anda...

Jika mimpi-mimpi anda dalam trimester ketiga ini menjadi semakin pelik, janganlah bimbang. Ia adalah normal. Mimpi-mimpi anda sekadar mencerminkan fikiran dan kebimbangan anda mengenai kelahiran bayi serta hakikat bahawa anda akan menjadi ibu tidak lama lagi.

Jika anda mengalami mimpi yang menakutkan atau tidak menyenangkan, kongsilah dengan suami, rakan atau ahli keluarga, ataupun doktor anda. Dengan meluahkannya kepada seseorang, kebimbangan anda akan berkurangan.

Walaupun mustahil untuk menjangka mimpi apa yang akan anda alami semasa hamil, ada beberapa imej yang sering muncul dalam mimpi wanita-wanita hamil pada peringkat-peringkat tertentu. Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa mimpi yang biasa dialami wanita hamil dalam trimester ketiga dan apakah maksud mimpi-mimpi tersebut.
Mimpi saya seperti memberitahu saya sesuatu. Adakah ini normal?

Ya, ini agak normal. Kadang-kala mimpi anda mungkin jelas menunjukkan anda mendapat bayi lelaki atau perempuan. Dan 50 peratus kemungkinannya mimpi anda itu betul! Pada ketika-ketika lain, mimpi mengenai jantina bayi mungkin agak kabur.

Mimpi membolehkan imaginasi anda memeriksa bayi dalam kandungan. Sesetengah bakal ibu dapat melihat bayi mereka dengan jelas. Sesetengah yang lain pula bimbang kerana dalam mimpi mereka melihat anak mereka mewarisi ciri-ciri yang mereka tidak suka.

Yakinlah bahawa mimpi-mimpi ngeri seperti ini adalah perkara biasa dalam peringkat kehamilan ini. Walau bagaimana jelas sekalipun mimpi-mimpi itu, ia tidak meramalkan masa hadapan!

Mengapakah saya bermimpi mengenai nama?

Anda mungkin meluangkan banyak masa pada waktu siang memikirkan nama yang sesuai untuk bayi anda. Anda mungkin menimbangkan nama-nama ahli keluarga serta nama-nama yang agak berlainan.

Tetapi pada waktu malam, mimpi anda mungkin mencadangkan, dan kadang-kala meminta, pilihan yang lain. Sesetengah budaya masyarakat percaya bahawa nama yang muncul dalam mimpi mereka mempunyai kelebihan tertentu. Anda juga mungkin mendapati bahawa nama yang muncul dalam mimpi anda mempunyai makna yang istimewa bagi anda.

Tanyalah suami anda jika dia juga mengalami mimpi-mimpi yang menarik. Jika dia juga bermimpi mengenai nama, mungkin anda boleh tuliskan nama-nama yang anda berdua mimpikan itu.

sumber : www.babycenter.com

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Mimpi Dalam Trimester Kedua

Entry kali nie kira kesinambungan daripada entry Mimpi Semasa Mengandung.
Dalam mimpi anda…..

Jika anda mengalami mimpi-mimpi yang ganjil, yang mungkin menggambarkan perut anda yang sedang membesar serta bayi ataupun tidak, janganlah rasa bimbang. Anda mungkin terlalu memikirkan tentang perubahan tubuh anda serta perasaan yang bercampur-aduk di antara bimbang dan teruja untuk menjadi seorang ibu. 

Walau bagaimanapun, jika anda risau akan mimpi-mimpi ini, beritahulah mengenainya kepada suami, kawan atau ahli keluarga, malah doktor juga yang dapat membantu anda. Walaupun mustahil untuk menjangkakan apakah mimpi yang akan anda alami, sesetengah imej lebih cenderung untuk muncul pada tahap-tahap tertentu kehamilan. Bacalah lebih lanjut untuk mengetahui tentang mimpi-mimpi yang biasa dialami wanita hamil pada trimester kedua.

Mengapakah saya mimpikan haiwan?

Pada peringkat ini, adalah perkara biasa bagi wanita hamil mimpikan anak haiwan seperti anak kucing, anak ayam dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini biasanya boleh dipeluk dan comel, tetapi kadang-kala boleh kelihatan mengancam. 

Ini bergantung kepada bagaimana anda rasa mengenai kehamilan anda, suami dan keadaan anda pada ketika ini. Maka tidak hairanlah sekiranya kehadiran orang baru dalam hidup anda yang pasti akan muncul tidak lama lagi mencetuskan beberapa kebimbangan. 

Pakar mengatakan bahawa mimpi mengenai haiwan-haiwan yang jinak menggambarkan hubungan yang baik di antara orang yang bermimpi dan nalurinya. 

Pada masa yang lain anda mungkin mimpikan anak anda yang belum dilahirkan lagi. Perasaan anda mengenai bayi yang anda mimpikan itu boleh mendedahkan perasaan anda mengenai kelahiran dan peranan anda sebagai ibu pada tahap kehamilan ini.

Mengapakah saya mengalami mimpi erotik?

Kadang-kadang anda mungkin akan terjaga daripada tidur selepas mendapat mimpi yang liar dan indah yang penuh dengan belaian oleh kekasih lama atau rakan lelaki anda. 

Jangan terperanjat. Ini agak normal. Mimpi-mimpi erotik lebih cenderung dialami sebaik kandungan semakin membesar iaitu bermula daripada enam bulan ke atas. Selalunya mimpi-mimpi ini mencerminkan kebimbangan anda tentang perubahan bentuk badan dan kesannya terhadap hubungan seks anda. 

Sudah tentu, seks menjadi semakin janggal semasa bulan-bulan terakhir kehamilan. Jika kehidupan seks sebelum kehamilan semakin berkurangan dari segi kekerapan, kepelbagaian dan perasaan, anda mungkin akan termimpikannya. 

Satu lagi kemungkinan ialah anda kini rasa kurang yakin tentang bagaimana menariknya anda ketika ini. Anda mungkin rasa cepat marah kesan daripada tidur yang tidak nyenyak, atau merasa yang anda tidak mempunyai kawalan terhadap perubahan bentuk badan anda. Mimpi-mimi yang erotik semasa mengandung memberi kepastian yang anda masih lagi seksi, menggoda dan mudah disayangi.

Mengapakah saya mengalami mimpi ngeri di mana saya merasa lemah?

Anda mungkin rasa tersiksa dengan mimpi-mipi ngeri yang suami anda mempunyai hubungan sulit. Anda akan membayangkan perempuan yang tidak dikenali melayan suami anda. Mimpi jenis ini menggambarkan rasa tidak yakin tentang kasih sayang suami dalam melalui detik-detik perubahan yang mencabar ini. 

Anda sememangnya merasa lemah semasa mengandung. Anda lebih banyak bergantung kepada sokongan mereka di sekeliling anda terutamanya suami. Tidak hairanlah jika anda takut akan kehilangannya. 

Bagi kebanyakan wanita, perasaan tidak yakin ini adalah tidak berasas dan akan hilang begitu sahaja. Sebenarnya pengalaman yang dilalui semasa membuat persediaan dan melahirkan bayi akan membuatkan hubungan anda dan suami lebih rapat. 

Suami anda juga mungkin mengalami mimpi-mimpi yang menarik. Mengapa tidak bertanyakan kepadanya dan bandingkan dengan pengalaman anda? 

Ketahuilah apakah mimpi-mimpi yang mungkin anda alami semasa trimester ketiga

Sumber : www.babycenter.com

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Mimpi Semasa Mengandung

Salam Februari semua...bermula bulan baru di tahun 2015. Alhamdulillah, sebulan pertama persekolahan anak bermula dengan lancar. 

Pagi nie semasa ber'Whatsapp' bersama seorang sahabat yang sedang hamil, dia berkongsi cerita tentang MIMPI. lalu terlintas di fikiran saya untuk mencari info-info berkaitan mimpi ketika mengandung. Ternyata jawapannya telah saya temui. Jadi saya kongsikan bersama anda semua. Untuk sahabat saya, enjoy this moments. Nanti dah bersalin rindu lagi nak mengandung. kan kan kan... Ops, sebelum terlupa. segala info-info berkaitan saya kongsikan daripada babycenter.com

Dalam mimpi anda ...

Jika anda mengalami mimpi pelik atau mimpi buruk mengenai bayi anda atau jika anda bermimpi melahirkan anak, bukan anda seorang saja yang mengalaminya. Semasa hamil, anda mungkin mengalami mimpi-mimpi pelik. Ini menggambarkan kegusaran anda kerana anda banyak memikirkan tentang perubahan yang berlaku dalam badan serta peranan sebagai seorang ibu. 

Kadang-kadang, mimpi anda sangat jelas atau menakutkan. Jika mimpi anda mengganggu fikiran, beritahulah kepada suami, rakan, ahli keluarga atau doktor anda. Dengan memberitahu seseorang mengenainya, mimpi tersebut tidaklah terasa begitu teruk. Doktor anda juga akan meyakinkan anda bahawa tiada apa yang perlu dimbimbangkan. 

Walaupun mustahil untuk meramalkan mimpi apa yang anda mungkin akan alami, terdapat beberapa imej yang mungkin muncul pada tahap-tahap kehamilan tertentu. Baca lebih lanjut untuk mengetahui apakah kemungkinannya maksud mimpi-mimpi anda. 

Mengapakah saya bermimpi mengenai anak-anak yang sudah besar?

Apabila anda mendapat tahu anda sedang hamil untuk kali pertama, anda mungkin bermimpi melahirkan bayi yang sudah besar atau anak yang sudah besar. Ini mungkin membawa maksud bahawa anda melihat bayi yang sudah besar atau seorang kanak-kanak itu kurang menakutkan berbanding seorang bayi baru lahir yang lemah. Atau mungkin anda gusar kerana terpaksa kembali bekerja selepas bersalin, dan anda bimbang anda akan terlepas sesuatu yang penting. 

Jika ini ialah anak pertama anda, anda mungkin merasa sedikit takut akan proses kelahiran dan bersalin. Harapan anda untuk bersalin dengan mudah mungkin merupakan sebab mengapa anda bermimpi yang bayi anda tiba-tiba sahaja keluar atau muncul secara tiba-tiba. 

Mengapakah saya bermimpi mengenai memandu dan bangunan?

Perasaan anda tentang badan anda mungkin berubah semasa hamil. Anda mungin suka bentuk badan baru anda, atau mungkin merasa tidak selesa mengenainya. Samada anda suka atau tidak dengan badan anda ini, perasaan anda boleh mempengaruhi mimpi. 

Bermimpi memandu kenderaan sering dikaitkan dengan cara anda bergerak melalui kehidupan. Pernahkah anda bermimpi memandu lori, bas atau kenderaan lain yang sukar untuk dikendalikan? Ia mungkin memberi gambaran tentang perasaan anda dalam menyesuaikan diri dengan perubahan bentuk badan. 

Wanita hamil sering bermimpi tentang bangunan, daripada sebuah bilik yang ringkas sehingga ke bangunan pencakar langit. Ianya mungkin tempat-tempat di mana sesuatu benda itu dihasilkan, seperti sebuah kilang atau limbungan kapal. Ini jelas menunjukkan persamaannya dengan bayi yang sedang terbentuk dalam perut anda. 

Atas sebab yang serupa, anda mungkin mendapati saiz dan kekompleksan bangunan dalam mimpi anda semakin bertambah seiring dengan usia kehamilan. Bangunan pencakar langit rupa-rupanya ialah tema mimpi yang paling lazim! 

Mengapakah saya bermimpi mengenai air?

Daripada lopak air sehinggalah lautan luas, anda mungkin dapati bahawa air ialah tema yang sering muncul berulang-ulang kali dalam mimpi anda. Kita semua memulakan hidup sebagai makhluk yang duduk di dalam air, tenang dan selesa dalam cecair yang mengisi uterus (rahim) ibu kita. Jika anda bemimpi tentang haiwan, ia mungkin adalah haiwan dalam air seperti berudu dan ikan. 

Berenang ialah tema yang biasa dalam mimpi pada trimester pertama, memandangkan cecair dalam uterus anda sedang bertambah. Anda bermula dengan hanya beberapa mililiter sahaja tetapi anda akan mempunyai di antara 800ml dan 1000ml ketika dalam minggu ke-36 kehamilan. Tidak hairanlah mimpi-mimpi anda dibanjiri oleh imej-imej berkaitan air! 

Semakin meningkat usia kehamilan, mimpi air anda juga mungkin menjadi semakin dramatik. Contohnya, mimpi tentang ombak besar mungkin menggambarkan air ketuban pecah. 

Cuba tanya suami anda mengenai mimpinya. Dia mungkin mengalami mimpi-mimpi yang agak pelik juga. 

Ketahui mimpi apa yang anda mungkin alami semasa dalam trimester kedua

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...