Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, February 2, 2015

Mimpi Dalam Trimester Ketiga

Dalam mimpi anda...

Jika mimpi-mimpi anda dalam trimester ketiga ini menjadi semakin pelik, janganlah bimbang. Ia adalah normal. Mimpi-mimpi anda sekadar mencerminkan fikiran dan kebimbangan anda mengenai kelahiran bayi serta hakikat bahawa anda akan menjadi ibu tidak lama lagi.

Jika anda mengalami mimpi yang menakutkan atau tidak menyenangkan, kongsilah dengan suami, rakan atau ahli keluarga, ataupun doktor anda. Dengan meluahkannya kepada seseorang, kebimbangan anda akan berkurangan.

Walaupun mustahil untuk menjangka mimpi apa yang akan anda alami semasa hamil, ada beberapa imej yang sering muncul dalam mimpi wanita-wanita hamil pada peringkat-peringkat tertentu. Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa mimpi yang biasa dialami wanita hamil dalam trimester ketiga dan apakah maksud mimpi-mimpi tersebut.
Mimpi saya seperti memberitahu saya sesuatu. Adakah ini normal?

Ya, ini agak normal. Kadang-kala mimpi anda mungkin jelas menunjukkan anda mendapat bayi lelaki atau perempuan. Dan 50 peratus kemungkinannya mimpi anda itu betul! Pada ketika-ketika lain, mimpi mengenai jantina bayi mungkin agak kabur.

Mimpi membolehkan imaginasi anda memeriksa bayi dalam kandungan. Sesetengah bakal ibu dapat melihat bayi mereka dengan jelas. Sesetengah yang lain pula bimbang kerana dalam mimpi mereka melihat anak mereka mewarisi ciri-ciri yang mereka tidak suka.

Yakinlah bahawa mimpi-mimpi ngeri seperti ini adalah perkara biasa dalam peringkat kehamilan ini. Walau bagaimana jelas sekalipun mimpi-mimpi itu, ia tidak meramalkan masa hadapan!

Mengapakah saya bermimpi mengenai nama?

Anda mungkin meluangkan banyak masa pada waktu siang memikirkan nama yang sesuai untuk bayi anda. Anda mungkin menimbangkan nama-nama ahli keluarga serta nama-nama yang agak berlainan.

Tetapi pada waktu malam, mimpi anda mungkin mencadangkan, dan kadang-kala meminta, pilihan yang lain. Sesetengah budaya masyarakat percaya bahawa nama yang muncul dalam mimpi mereka mempunyai kelebihan tertentu. Anda juga mungkin mendapati bahawa nama yang muncul dalam mimpi anda mempunyai makna yang istimewa bagi anda.

Tanyalah suami anda jika dia juga mengalami mimpi-mimpi yang menarik. Jika dia juga bermimpi mengenai nama, mungkin anda boleh tuliskan nama-nama yang anda berdua mimpikan itu.

sumber : www.babycenter.com

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...