Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, February 2, 2015

Mimpi Dalam Trimester Kedua

Entry kali nie kira kesinambungan daripada entry Mimpi Semasa Mengandung.
Dalam mimpi anda…..

Jika anda mengalami mimpi-mimpi yang ganjil, yang mungkin menggambarkan perut anda yang sedang membesar serta bayi ataupun tidak, janganlah rasa bimbang. Anda mungkin terlalu memikirkan tentang perubahan tubuh anda serta perasaan yang bercampur-aduk di antara bimbang dan teruja untuk menjadi seorang ibu. 

Walau bagaimanapun, jika anda risau akan mimpi-mimpi ini, beritahulah mengenainya kepada suami, kawan atau ahli keluarga, malah doktor juga yang dapat membantu anda. Walaupun mustahil untuk menjangkakan apakah mimpi yang akan anda alami, sesetengah imej lebih cenderung untuk muncul pada tahap-tahap tertentu kehamilan. Bacalah lebih lanjut untuk mengetahui tentang mimpi-mimpi yang biasa dialami wanita hamil pada trimester kedua.

Mengapakah saya mimpikan haiwan?

Pada peringkat ini, adalah perkara biasa bagi wanita hamil mimpikan anak haiwan seperti anak kucing, anak ayam dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini biasanya boleh dipeluk dan comel, tetapi kadang-kala boleh kelihatan mengancam. 

Ini bergantung kepada bagaimana anda rasa mengenai kehamilan anda, suami dan keadaan anda pada ketika ini. Maka tidak hairanlah sekiranya kehadiran orang baru dalam hidup anda yang pasti akan muncul tidak lama lagi mencetuskan beberapa kebimbangan. 

Pakar mengatakan bahawa mimpi mengenai haiwan-haiwan yang jinak menggambarkan hubungan yang baik di antara orang yang bermimpi dan nalurinya. 

Pada masa yang lain anda mungkin mimpikan anak anda yang belum dilahirkan lagi. Perasaan anda mengenai bayi yang anda mimpikan itu boleh mendedahkan perasaan anda mengenai kelahiran dan peranan anda sebagai ibu pada tahap kehamilan ini.

Mengapakah saya mengalami mimpi erotik?

Kadang-kadang anda mungkin akan terjaga daripada tidur selepas mendapat mimpi yang liar dan indah yang penuh dengan belaian oleh kekasih lama atau rakan lelaki anda. 

Jangan terperanjat. Ini agak normal. Mimpi-mimpi erotik lebih cenderung dialami sebaik kandungan semakin membesar iaitu bermula daripada enam bulan ke atas. Selalunya mimpi-mimpi ini mencerminkan kebimbangan anda tentang perubahan bentuk badan dan kesannya terhadap hubungan seks anda. 

Sudah tentu, seks menjadi semakin janggal semasa bulan-bulan terakhir kehamilan. Jika kehidupan seks sebelum kehamilan semakin berkurangan dari segi kekerapan, kepelbagaian dan perasaan, anda mungkin akan termimpikannya. 

Satu lagi kemungkinan ialah anda kini rasa kurang yakin tentang bagaimana menariknya anda ketika ini. Anda mungkin rasa cepat marah kesan daripada tidur yang tidak nyenyak, atau merasa yang anda tidak mempunyai kawalan terhadap perubahan bentuk badan anda. Mimpi-mimi yang erotik semasa mengandung memberi kepastian yang anda masih lagi seksi, menggoda dan mudah disayangi.

Mengapakah saya mengalami mimpi ngeri di mana saya merasa lemah?

Anda mungkin rasa tersiksa dengan mimpi-mipi ngeri yang suami anda mempunyai hubungan sulit. Anda akan membayangkan perempuan yang tidak dikenali melayan suami anda. Mimpi jenis ini menggambarkan rasa tidak yakin tentang kasih sayang suami dalam melalui detik-detik perubahan yang mencabar ini. 

Anda sememangnya merasa lemah semasa mengandung. Anda lebih banyak bergantung kepada sokongan mereka di sekeliling anda terutamanya suami. Tidak hairanlah jika anda takut akan kehilangannya. 

Bagi kebanyakan wanita, perasaan tidak yakin ini adalah tidak berasas dan akan hilang begitu sahaja. Sebenarnya pengalaman yang dilalui semasa membuat persediaan dan melahirkan bayi akan membuatkan hubungan anda dan suami lebih rapat. 

Suami anda juga mungkin mengalami mimpi-mimpi yang menarik. Mengapa tidak bertanyakan kepadanya dan bandingkan dengan pengalaman anda? 

Ketahuilah apakah mimpi-mimpi yang mungkin anda alami semasa trimester ketiga

Sumber : www.babycenter.com

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...