Adakah anda mengalami masalah keputihan ketika hamil dan adakah keputihan ini membahayakan kandungan anda. Seperti yang kitasemua tahu pada kebiasaannya setiap wanita akan mengalami masalah keputihan. Namun yang membezakannya hanyalah masa kita mengalami maslah keputihan ini dan serius atau tidak masalah yang kita hadapi. Di saat anda sedang bergembira menanti kelahiran bayi dan masalah keputihan pula mengunjung tiba pasti ia menambahkan sedikat kegusaran di hati anda.
Oleh itu, untuk kali ini saya nak berkongsi ilmu tentang keputihan yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil. Keputihan ini adalah disebabkan oleh jangkitan pada bahagian faraj dan ianya agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.
Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
- Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
- Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
- Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
- Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
- Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.
Adakah Keputihan Membahayakan Bayi Anda
Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.
Cara Untuk Anda Mengatasi masalah Keputihan
- Jagalah selalu kebersihan organ intim dengan membersihkannya setiap kali selesai buang air kecil atau besar. Jangan lupa untuk selalu membasuhnya dengan cara yang benar, iaitu dari arah depan ke belakang.
- Gunakanlah pakaian dalam yang diperbuat dari bahan kapas dan mudah menyerap peluh.
- Elakkan penggunaan sabun mandi yang sebahagian besar mengandungi soda, atau kurangkan penggunaan sabun pencuci faraj yang bersifat antiseptik.
- Sebaiknya elakkan pemakaian pantyliner, kerana bahan kapas pantyliner boleh menyebabkan bakteria membiak dengan mudah.
- Elakkan mandi berendam dengan air panas atau hangat, kerana yis candida (penyebab keputihan) lebih mudah tumbuh dan / atau berkembang di suhu hangat.
- Kurangkan pengambilan makanan "junkfood" atau makanan yang mengandungi bahan pengawet atau gula yang cukup tinggi, atau jenis makanan yang mengandungi yis, atau membeli makanan yang dibungkus dalam bentuk kering (kerana umumnya makanan yang dikeringkan mengandungi gula fruktosa yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan pengeluaran hormon pada organ kewanitaan anda).
Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu Anda
Produk yang sinonim dengan mengurangkan masalah keputihan di kalangan wanita adalah Alfalfa. Tetapi Alfalfa Complex Shaklee tidak digalakkan di ambil oleh ibu hamil.
Oleh itu saya mencadangkan pengambilan Garlic Shaklee sebagai pengganti Alfalfa Complex kepada ibu hamil dalam mengurangkan masalah keputihan ketika hamil dan selamat di ambil ketika hamil serta boleh meningkatkan antibodi ibu hamil. Garlic bertindak sebagai antibiotik untuk menghalang jangkitan kulat dan yis candida. Selain dapat mengurangkan masalah keputihan ketika hamil, Garlic Shaklee juga dapat mengurangkan masalah kegatalan serta alahan kulit kepada ibu hamil.
SR Vita-C Shaklee juga sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil yang mempunyai masalah keputihan. Vitamin C bertindak untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.
**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
No comments:
Post a Comment