Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Thursday, June 12, 2014

Berpantang, Jamu & Set Berpantang Moden

Setiap wanita yang melahirkan anak pasti akan melalui tempoh berpantang. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 


Kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang. 

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan, amalan mengurut dan pengambilan jamu. 

Jamu dianggap sebagai salah satu aspek yang penting dalam amalan berpantang. Adalah dipercayai bahawa jamu dan makanan yang betul boleh membantu ibu-ibu baru mengembalikan semula tenaga mereka dan menyembuhkan anggota badan selepas proses kehamilan dan melahirkan yang amat menjerihkan. 

Jamu dikatakan berkhasiat untuk:
  • mengembalikan tenaga;
  • memanaskan badan;
  • mengeluarkan lemak dan toksin;
  • melawaskan pembuangan air.
  • Kesemua ini dipercayai dapat:
  • mengecutkan organ-organ, otot dan urat yang bengkak dan kendur;
  • mengeluarkan air yang berlebihan dalam badan;
  • mengeluarkan angin;
  • menguruskan perut.

Apa yang boleh dan tidak boleh saya makan ketika berpantang?

Ibu atau ibu mertua anda, atau pembantu khas anda, akan menyarankan anda memakan jamu serta herba panas seperti halia. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus kerana ia berkhasiat dan dipercayai dapat membantu mengecutkan rahim. 

Anda mungkin juga digalakkan berpantang dari:
  1. mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk"
  2. memakan hidangan berminyak
  3. meminum ais atau minum secara berlebihan kerana air yang berlebihan menyukarkan perut untuk mengecut
Apa Itu Set Berpantang Moden?

Yang saya maksudkan set berpantang moden adalah dengan pengambilan supplemen untuk menggantikan jamu. Antara kelebihan Set Berpantang Moden ini adalah:
  1. Sesuai untuk ibu-ibu yang melahirkan anak secara normal atau ceaser.
  2. Boleh terus dimakan sejak hari pertama melahirkan anak.
  3. Dilengkapi dengan multivitamin untuk menampung keperluan tubuh.
  4. Senang untuk diamalkan
  5. Ianya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD
  6. selamat untuk bayi menyusu

Secara ringkasnya, fungsi set berpantang adalah untuk:
  1. Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.   
  2. Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
  3. Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
  4. Supaya dapat mengelakkan stress dan meroyan 
Akan tetapi, tidak semua yang serasi dengan set bersalin tradisional (jamu). Mungkin ada juga di antara anda yang tidak sempat untuk menghabiskan set pantang tradisional sejak melahirkan anak pertama disebabkan cara pengambilannya yang remeh ataupun produk yang diambil dirasakan tidak bersesuaian.

Apa yang pernah saya lalui adalah disebabkan anak saya mengidap prolong jaundice menyebabkan set jamu yang saya beli hanya mula dimakan apabila sudah habis pantang. Jadi pilihan untuk set berpantang moden ini adalah yang terbaik.


Set berpantang Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk vitamin dan mineral:

VITA-LEA
Membekalkan 23 jenis vitamin 
Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

B COMPLEX
Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan

VITA C
Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti Oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

ZINC COMPLEX
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan set berpantang moden dan konsultasi anda boleh terus hubungi saya 010-2310059 (Atira). Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...