Pada 23 May - 27 May yang lalu saya dan suami telah menghabiskan masa kami di Kota Bandung. Namun sekembalinya saya dari Bandung, saya telah diserang bengkak gusi di bahagian geraham yang membuatkan saya tidak dapat menguyah langsung di bahagian itu. Alamak...Nak tumbuh geraham bongsu pula ker.
Apa itu Geraham Bongsu?
Gigi geraham bongsu adalah gigi yang sangat unik. Para doktor pun tak boleh menjangka dengan tepat anatomi gigi dan akarnya, serta posisinya. Ada masa tumbuh senget ke depan, ada masa tumbuh separuh lepas itu dah tak boleh nak keluar dah, ada masa tumbuh ke belakang, ada masa kedudukannya mengganggu urat saraf.
Macam-macam perangai. Kenapa kes ini kerap terjadi? Sebab utamanya adalah gigi geraham bongsu adalah gigi terakhir yang akan tumbuh. Ruang pada rahang dan gusi yang agak terhad biasanya menyebabkan gigi tersebut tumbuh senget dan tak menentu.
Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).
Ok...berbalik kepada cerita saya tadi...Terus jer saya assumekan yang bengkak gusi saya ini adalah disebabkan gigi geraham bongsu. Terus saya menanggung bengkak gusi itu sehingga 2 Jun. Masih tiada tanda-tanda yang bengkak itu akan surut. jadi pada 2 jun tu saya mula makan GLA Complex.(Saya ada tempoh masa tertentu untuk pengambilan GLA Complex, nak tahu kenapa???? Bleh hubungi saya dan untuk pelanggan-pelanggan saya yang mengamalkan GLA Complex pasti anda tahu kenapa).
Dua hari selepas saya ambil GLA Complex saya mula merasakan yang bengkak gusi tersebut sudah surut dan tidak sakit. saya juga telah boleh menguyah makanan-makanan yang lembut dengan mengggunakan geraham yang sakit itu. Itu membuatkan saya terfikir dan terus membuat kajian yang sepatutnya. macam saintis pun ader dah jugak nie.
Antara kandungan utama yang terdapat di dalam GLA Complex adalah Vitamin E. Ditekankan sekali lagi Vitamin E. Hasilnya.... Vitamin E adalah berfungsi untuk mengecutkan pertumbuhan abnormal dan melancarkan saraf. Tepat sekali...Vitamin E yang membantu saya dalam menyelesaikan masalah bengkak gusi. Saya juga sentiasa mengamalkan OSTEMATRIX @ KALSIUM penting dalam pembentukan darah, saraf dan tulang yang mana kebanyakan penyebab utama sakit gigi berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium.
jadinya gabungan mantap antara Vitamin E dan Ostematrix dapat membantu saya menyelesaikan masalah gusi bengkak.
10 Makanan yang Baik Untuk Kesihatan Gigi dan Mulut
Gigi, ini adalah organ tubuh yang sangat penting bagi kita, tanpanya semuanya tidak akan sama lagi. Berikut adalah 10 cadangan pemakan yang dapat membantu anda memperolehi gigi yang sihat, putih dan berseri =)
- Teh Hijau - Teh hijau memiliki senyawa yang sangat bermanfaat bagi gigi, antioksidan alaminya mencegah plak terakumulasi sehingga mengurangi resiko gigi berlubang dan bau mulut. Beberapa jenis teh hijau bahkan mengandung fluoride yang dapat melindungi gigi dari kerosakan.
- Produk susu dan yogurt rendah lemak dan gula - Susu dan yogurt selain merupakan minuman yang sihat, ia juga dapat membantu mengurangi resiko erosi pada gigi kerana kaya dengan kalsium.
- Keju - Keju adalah produk turunan dari susu yang memiliki manfaat yang signifikan kerana mengandungi fosfat dan kalsium. Selain itu keju membantu menyeimbangkan pH dalam mulut, menghasilkan air liur yang lebih banyak dan membangun kembali enamel gigi, serta membunuh bakteria penyebab gigi berlubang dan penyakit gusi.
- Buah-buahan - Buah yang dimakan mentah dapat mengurangi plak dan memijat gusi Anda. Pilihlah buah-buahan yang kaya vitamin C, kerana kekurangan vitamin C dapat menyebabkan gigi dan gusi lebih berisiko terhadap penyakit.
- Sayuran - Sayuran seperti brokoli, wortel, ubi jalar, dan labu kaya akan vitamin A yang baik untuk membangun enamel gigi. Sangat baik jika memakannya mentah.
- Bawang merah - Bawang kaya akan senyawa belerang yang merupakan anti bakteria yang kuat, dapat membunuh bakteria yang membahayakan gigi dan gusi. Namun memakan bawang mentah memberi kesan sampingan iaitu bau.
- Seledri - Seledri adalah teman bagi para dokter gigi, mengapa? Kerana makan seledri mentah akan membantu membersihkan gigi Anda dan membuat mulut memproduksi banyak air liur yang meneutralkan bakteria penyebab gigi berlubang.
- Biji wijen - Biji wijen yang dikombinasikan dengan roti dan bolu gulung dapat melarutkan plak serta membantu menjaga gigi. Biji wijen yang lazatt ini juga kaya kalsium yang menjaga gigi dan rahang tetap sihat.
- Protein - Protein haiwan seperti daging sapi, ayam, telur dan kalkun kaya akan fosfor, kalsium dan vitamin D. Pastikan Anda mendapatkan protein yang cukup setiap hari.
- Air - Air bukan saja memberi kehidupan saat meminumnya, namun saat berkumur air membersihkan mulut sehingga air liur dapat memelihara gusi dan gigi dengan baik.
Untuk anda mendapatkan set untuk Bengkak Gusi ini and boleh ler menghubungi saya 010-2310059 (Atira) untuk membuat pesanan dan pertanyaan.
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
No comments:
Post a Comment