Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Thursday, May 8, 2014

Penyakit Gout Dan Supplement Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Sejarah Penyakit Gout
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Peringkat Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Apa sebenarnya penyakit gout? 
Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Ghout pada sendi jari kaki.

Gambaran klasik tentang gout 
Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

Punca gout
  • Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
  • Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
  • Gemar makan buah-buahan jeruk
  • Gemar makan mee segera
  • Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
  • Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
  • Gemar dan kerap minum teh kedai
  • Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
  • Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
  • Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
  • Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
  • Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  • Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
  • Terlalu kerap makan makan kari
  • Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
  • Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
  • Kerap mengambil ubat pain killer
  • Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya


Pencegahan
Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi menjarakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout. Untuk ini sila laksanakan cadangan berikut

  1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang yang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih dibanding dengan orang yang bekerja ringan. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
  2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
  3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
  4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
  5. Elak memakan mi segera seperti mi maggi dsb.
  6. Elak memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
  7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
  8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
  9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
  10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
  11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
  12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
  13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja).
  14. Elakkan tembikai dan tembikai susu.
  15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
  16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
  17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
  18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
  20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
  21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
  22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
  23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
  24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
  25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
  26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
  27. Elakkan jering, petai dan kerdas
  28. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
  29. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
  30. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
  31. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri 
  32. Elakkan sayuran jeruk
  33. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
  34. Elakkan telur masin
  35. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
  36. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England 
  37. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
  38. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
  39. Kurangkan makanan bersantan
  40. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
  41. Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
  42. Wajib dihindari: Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
  43. Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) — (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
  44. Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL), hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
  45. Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
  46. Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
  47. Elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing
Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

Berbekam dan bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.

CADANGAN SET KESIHATAN SHAKLEE UNTUK MASALAH GOUT

Bagi masalah gout, kami mencadangkan beberapa suplemen yang boleh diamalkan.


Vivix : Vivix merupakan suplemen terbaik untuk masalah sendi dan otot, seperti sakit lutut, sakit sendi dan gout. Ceri dan buah beri juga merupakan penawar terbaik bagi gout. Vivix dihasilkan daripada gabungan Muscadine Grape Extract, Purple Carrot Extract, European Elderberry Extract dan Polygonum Cuspicatum Extract.

Performance Drink: Performance Drink juga sangat sesuai untuk penghidap gout kerana ia memelihara kandungan bendalir dalam badan. Rumusan Opticarb yang sudah dipatenkan ini juga meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali gand, memberikan tenaga dan memelihara pengaliran bendalir dalam tubuh. Ianya baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot).

Omega Guard : Minyak ikan sangat terekenal dengan manfaatnya dalam memelihara fungsi-fungsi sendi. Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memeliharan sendi dan gout dengan efektif. Jika anda risau kandungan purine kerana minyak ikan kebanyakannya diambil daripada ikan laut air sejuk, jawapannya ada di bawah:

Q: A doctor advised me to take fish oil supplements to improve my cholesterol level. But the source of fish oil in many preparations includes sardines, trout and herring – fish that are high in purines and on the list of foods I should avoid because I have gout. How much purine is in fish oil supplements? Should I take them or not? 
A: Purines are found in the meat of the fish but not in highly purified, molecularly distilled fish oil, so it should not affect your gout. I recommend everyone consume at least 2,000 milligrams (mg) per day of EPA and DHA (two fatty acids in fish oil crucial to human health). Those with autoimmune disorders and arthritis should consume 3,000 to 6,000 mg in divided doses with meals. 
Sumber: www.arthritistoday.org 


Alfalfa: Alfalfa juga merupakan antara suplemen yang baik untuk meredakan kesakitan akibat radang sendi.

Untuk anda yangberminat untuk mendapatkan produk2 Shaklee ini boleh terus berhubung dengan saya di 010-2310059(Atira). Penghantaran adalah keseluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Wednesday, April 30, 2014

Kenapa Shaklee Menjadi Pilihan Saya

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Umum tahu lambakan supplements, vitamin, jamu dan makanan tambahan yg seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak dinafikan kebanyakan rakyat Malaysia mahupun diluar Malaysia mengakui kepentingan makanan tambahan ini. Memang kebiasaan mereka akan pergi ke farmasi atau toko toko ubat untuk mencari makanan tambahan yang sesuai. Jadi, kenapa saya memilih Shaklee?


1. Harga berpatutan untuk long term investment
Percayalah tiada supplement yang nilainya standing Shaklee.Setiap bungkusan botol plastiknya memang amat menjaga kualiti kapsul.Apatah lagikapsul itu sendiri amat lah memntingkan ciri-ciri standardnya sendiri.


2. Well known Brand
Saya percaya dengan potensi yang ada pada produk dan bisnes Shaklee, kadang-kadang anda tidak perlu promot, memang orang sudah tahu pasal Shaklee dan menghubungi anda kerana mereka tahu anda adalah distributor. Sangat sesuai untuk orang yang pemalu seperti saya. Semuanya di hujung jari. Tapi takda masalah pun kalau nak pegi approach orang face to face.This is your business.


3. Terbukti berkesan,selamat, semulajadi dan mesra alam melebihi 50 tahun Istimewa Shaklee terletak pada produknya. Ia natural dengan gabungan alam semulajadi dan menggunakan teknologi sains terkini. Jika produk itu sudah mendapat kepercayaan, kita pon tak perlu nak explain panjang-panjang ni selamat ke tidak, ni berkesan ke tidak. Produk Shaklee sudah dijamin.Yang penting, ianya halal.


4. Tidak perlu simpan stok
Apabila ada pelanggan dan membuat pesanan, selesai pembayaran, anda boleh memesan secara online di http://www.shaklee2u.com.my/. Mudah Kan, hanya di hujung jari semuanya.Yang lebih senang lagi, Shaklee akan poskan terus kepada pelanggan anda dengan bayaran pos flat rate RM10 bagi Semenanjung Malaysia dan RM20 bagi Sabah dan Sarawak. Bagi yang nak simpan stok, tiada masalah, mungkin nak COD atau pos sendiri.


5. Memberikan masa kerja yang fleksibel
Bagi anda yang tercari-cari masa untuk bersama keluarga, Shaklee lah jawapannya. Walaupun berbisnes, anda mementukan masa anda. Berapa jam nak duduk depan laptop, berapa jam nak jumpa customer dan berapa jam untuk dihabiskan  bersama anak-anak. Seronok kan?

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Thursday, April 24, 2014

Bagaimana Lecithin Boleh Menguruskan Badan Anda

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Lecithin adalah produk bermutu yang dikeluarkan oleh syarikat Shaklee di mana fokusnya adalah untuk menyihatkan badan kita. Kelebihan utama Lecithin adalah ia boleh memecahkan lemak-lemak degil di dalam badan kita. Seterusnya lemak-lemak ini akan disingkirkan melalui sistem perkumuhan. Seronok kan klu kita x perlu lagi menyimpan lemak-lemak ini dalam badan kita.

Pada kebiasaannya saya akan sarankan untuk anda mengambil Lecithin bersama Herb-Lax< DTX Complex atau Alfalfa Complex. Ini adalah kerana ketiga-tiga produk ini adalah fiber. Secara tidak langsung gabungan Lecithin dan fiber boleh menggalakkan proses penurunan berat badan anda dari sehari ke sehari. Selain memecahkan lemak di dalam badan kita. Lecithin turut membantu mengawal paras kolestrol di dalam badan kita. Kira bonus yang akan anda dapat daripada pengambilan Lecithin ini. 

Lecithin sangat membantu dalam proses penurunan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan pengambilan fiber dalam menu diet kita agar proses pembuangan lebih lancar. Lecithin juga selamat diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol. Jika anda adalah antara golongan yang prihatin dengan tahap kesihatan anda...jangan berlengah lagi.. Boleh berhubung dengan saya untuk mendapatkan Lecithin seperti di talian di bawah. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

Testimoni Pengambilan Lecithin 








Anda teruja tak melihat kejayaan org lain menurunkan berat badan mereka. Jika mereka boleh mengapa tidak Anda.. Jadikan diri anda sebagai salah seorg yang berjaya menurunkna berat badan dengan pengambilan Lecithin. Nak dapatkan produk Lecithin...Boleh hubungi saya 010-2310059(Atira). Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Apa Yang Menarik Dengan Keahlian Percuma Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 



Saban hari semakin ramai yang berminat untuk menyertai keluarga Shaklee kami. Selain membayar yuran keahlian Shaklee sebanyak RM65, anda juga boleh mendapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA..Yea, PERCUMA. Ramai yang terkejut apabila mengetahui hal ini. Mungkin silap saya kerana jarang berceloteh mengenai perkara ini.

Anda layak mendapatkan KEAHLIAN PERCUMA dengan pembelian product Shaklee bernilai lebih kurang RM680 bersamaan dengan 200uv. Bahasa mudahnya adalah 200 point kerana setiap product Shaklee mempunyai nilai uv tersendiri.


Istimewanya pakej ini adalah anda bukan sahaja mendapat product Shaklee untuk kesihatan diri serta keluarga, malah anda layak untuk mendapat CASHBACK 5% pada bulan berikutnya. Contohnya anda menjadi ahli secara PERCUMA pada bulan July 2013, maka anda mendapat cashback tersebut pada bulan Ogos 2013. Menarikkan??


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Apa Itu Advance Joint Health Tablet (AJHT)

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Kali ini punyer entry saya biarkan gambar plak yang berbicara...bleh tak camtu. Kira ok la yer.tak susah pun tgk gambar2 nie semua dan jika ada sebarang pertanyaan or hendakkkan maklumat yang lebih lanjut boleh ler berhubung dengan saya di 010-2310059(Atira).





Ok tak??? Apa plak kata pengguna2 AJHT yang telah mendapat kesan baik daripada penggunaan AJHT ini..






Dah mula jatuh cinta dengan AJHT ini...Nak berkenalan dengan lebih lanjut anda kenalah mencuba sendiri AJHT nie. Macam mana nak dapatkan AJHT nie. Tak susah pun...Anda hanya perlu hubungi saya seperti no di bawah. 

Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia dalam tempoh 3 hari bekerja.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Wednesday, April 2, 2014

Obesiti

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Bagaimana seseorang mengira BMI?

         BMI = Berat badan (kg)
           Tinggi (m) x Tinggi (m)

Apakah klasifikasi BMI?  

Jika BMI anda (kg/m²) adalah                             Anda adalah
                < 18.5                                       Kurang berat badan
             18.5 - 24.9                                Mempunyai berat badan unggul
                25 - 30                                     Berlebihan berat badan
           30 atau lebih                                                Obess

Tahukah anda bahawa berlebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan? 

  1. Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, kanser dan darah tinggi.
  2. Namun begitu, mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.

Bilakah anda dianggap sebagai kurang berat badan?  

Jika BMI anda kurang daripada 18.5kg/m², anda adalah kurang berat badan.

Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kurang berat badan?
  1. Kurang berat badan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah kesihatan.
  2. Kurang berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.

Bagaimanakah seseorang boleh menambah berat badan dengan cara yang sihat?
Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan, iaitu di antara 1 hingga 2 kilogram sebulan. Anda harus mencapai sasaran untuk BMI di antara 18.5 dan 24.9 kg/m2.

Kawalan berat badan anda secara sihat
  1. Amal makan secara sihat, dengan memilih dan memakan pelbagai jenis makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
  2. Pastikan anda makan mengikut waktu makan yang tetap.
  3. Rancang lebih awal untuk hidangan yang lebih. Untuk menambah berat badan, anda mungkin perlu makan makanan yang berkhasiat lebih dari biasa
  4. Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang padat dengan nutrien bagi menambah kalori, vitamin dan mineral.
  5. Tentukan keperluan tenaga anda. Anda perlu pastikan tahap aktiviti fizikal anda untuk memastikan keperluan tenaga.

Apakah berat badan unggul?
  • Anda mempunyai berat badan unggul sekiranya BMI anda adalah di antara 18.5 hingga 24.9/km².
  • Kajian menunjukkan bahawa jangka hayat seseorang yang mempunyai BMI unggul adalah lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai BMI yang lebih rendah atau tinggi.

Bagaimanakah saya mengekalkan berat badan yang unggul?
  1. Imbangkan pengambilan makanan anda dengan aktiviti fizikal.
  2. Tentukan keperluan tenaga anda.
  3. Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Jika anda sememangnya seorang yang sangat aktif, cuba teruskan kadar aktiviti yang sama, bersesuaian dengan umur anda.

Bilakah seseorang itu dianggap sebagai mempunyai berlebihan berat badan?
Anda adalah berlebihan berat badan jika BMI anda adalah 25 hingga kurang dari 30 kg/m². Jika BMI anda adalah 30 atau lebih, anda adalah obes.

Bagaimana seseorang itu boleh menurunkan berat badan mereka?
  1. Tetapkan sasaran yang realistik untuk menurunkan setengah kilogram berat badan dalam seminggu.
  2. Pastikan keperluan tenaga anda.
  3. Timbang berat badan anda sekali seminggu, sebaik- baiknya sebelum makan.
  4. Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
  5. Jangan sekali-kali menyekat diri untuk tidak makan atau mengehadkan kalori jika anda sangat lapar. Jika anda berbuat demikian, anda selalunya akan makan mengikut nafsu selepas itu.
  6. Buat beberapa modifikasi dalam diet anda.
  7. Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega,krim, daging yang berlemak, sos salad, kek dan pastri.
  8. Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca. Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang sekurang-kurangnya 30 minit, lima hingga enam hari seminggu.
  9. Jumpa doktor untuk mengenal pasti dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal yang berkaitan yang boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.
  10. Jumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda.
  11. Dapatkan sistem sokongan. Rakan-rakan adalah kumpulan sokongan yang bagus.

Rujukan
WHO. Obesity : Preventing and managing the global epidemic. Report on a WHO Consultation on Obesity, Geneva, 3-5 June 1997
The American Dietetics Association, 1999. Proper weight measurement

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Gemuk Selepas Bersalin

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Salah satu dilema bagi wanita selepas bersalin adalah masalah berat badan yang tidak kembali ke asal. Tambahan pula bila menyusukan anak, tidak semua product slimming itu sesuai kerana ianya boleh memberi kesan pada bayi anda juga. Bukti paling mudah apa yang anda ambil akan disalurkan kepada bayi anda melalui susu badan. Ada yang risau bayi mereka akan cirit birit dan sebagainya.

Persoalannya sekarang adakah supplement Shaklee yang dapat memberikan membantu masalah ibu menyusu yang mahu diet / kurus kembali tanpa mengganggu penyusuan si manja.

Memang ada kombinasi set yang kami sarankan. Malahan ianya famous di kalangan ibu-ibu menyusu ini kerana bukan sahaja dapat membantu untuk kurus malah secara tidak langsung membantu pertingkatkan penghasilan susu badan mereka.. Teruja gitu kan sebab 2 in 1. Paling mantap adalah kesihatan ibu serta bayi juga terjaga.

Lecithin : merupakan agen pemecah lemak ( fat emulsifier) yang akan memecahkan lemak-lemak di dalam badan anda mahupun makanan yang anda ambil. Jadinya lemak itu akan terapung di dalam salur darah dan tidak termendap. Bahaya yea jika salur darah tersumbat. Risiko untuk kena strok tu.

Nota : Ramai yang tidak tahu lecithin juga diperkaya dengan kolina yang penting untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Kita selalu dengar yang wanita bersalin ni cepat pelupakan?? Sekali lagi faedah 2 in 1 di sini.

Alfalfa complex : merupakan fiber yang bertindak untuk mengangkut keluar lemak terapung yang dipecahkan oleh lecithin. Tanpa Alfalfa, lemak-lemak itu tidak diangkut keluar. Selain itu, alfalfa juga bertindak sebagai detok lembut untuk menyahtoksin badan serta membantu sistem percernaan yang lebih lawas.

Nota : Mengandungi galactalogue yang menjadi milk booster. Namun bagi anda yang mempunyai masalah SLE ataupun bayi g6pd, anda TIDAK BOLEH mengambil Alfalfa.

Energizing Soy Protein : Soy Protein pilihan ramai pada masa ini. Pengambilan ESP sepanjang hari memberikan si peminum rasa kenyang yang lebih lama kerana protein dicernakan lebih lambat berbanding karbohidrat. Jika anda yang suka sangat untuk makan kudapan, gantikan dengan ESP untuk mengelakkan anda makan junk food.

Nota : Protein adalah salah satu komponen untuk membantu penghasilan susu badan dengan lebih cepat. Feedback yang kami terima adalah breast rasa lebih cepat penuh berbanding sebelum pengambilannya.

Bagi anda yang jenis tidak sabar untuk kurus kiranyer nak lebih cepat kurus, boleh hubungi kami untuk alternatif lain bagi lecithin. Konsultasi PERCUMA dan penghantaran adalah keseluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...