Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Tuesday, January 7, 2014

Apakah Gout

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Gout adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.


Tahukah Anda!
Penyakit gout adalah satu penyakit yang boleh sembuh tetapi haruslah mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Ubah dan amalkan cara hidup dan diet pemakanan yang sihat untuk memastikan paras asid urik yang normal di dalam badan dan untuk mengelak dari mengidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan penyakit gout. Tidak semestinya gout adalah penyakit orang kaya (yang sinonim dengan sikap pemalas, makan banyak, gemuk dan suka minum minuman beralkohol) kerana gout boleh menyerang sesiapa sahaja.

Ketahui punca Gout.
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik dan masalah dibuah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin(protein), berkumpul pada sendi dan tisu lembut disekeliling sendi terutamanya pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablut inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa matabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Tanda-Tanda Gout
  • lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit
  • serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman
  • sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan
  • sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Cara Mengatasi
  1. Amalkan diet rendah purine. sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purien. Contoh: organ dalaman (paru,hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak cecair terutamanya air untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. kawal berat badan - kegemukkan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  5. Bersenam
Tips Pemakanan Pesakit Gout
  • Minum banyak air kosong
  • Elak minuman berkafein seperti kopi
  • Elak memakan makanan mengandungi kadar purin yang tinggi kerana ia boleh meningkatkan kadar asid urik dalam badan. Contoh makanan adalah organ dalaman haiwan seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak.
  • Memakan daging merah (daging kambing dan lembu) dalam kuantiti sederhana
  • hasil laut seperti kerang, kepah, ikan bilis, sardin dan salmon perlu dielakkan atau diambil secara sederhana.
  • Elakkan memakan sayur-sayuran dalam bentuk kekacang seperti peanuts, lentil, beans dan peas.
  • Elakkan memakan makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.
  • Kurangkan memakan sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam.

Pada anda yang nk atasi masalah Gout ini dengan supplement Shaklee KLIK SINI

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...