Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Thursday, January 15, 2015

Kacip Fatimah Moden

Kenapa Alfalfa Shaklee menjadi pilihan saya dan kebanyakkan wanita di Malaysia.Alfalfa Complex adalah signature formula created by Dr. Shaklee. Ia mengandungi sumber asli dari pohon Alfalfa yang tinggi kandungan klorofil dan nutrisinya untuk menyokong kseluruhan kesihatan. Alfalfa Complex yang matang sahaja akan dipilih untuk diproses. 


Alfalfa Complex yang matang adalah akarnya tumbuh 20 kaki kedalam tanah untuk menyerap semua nutrisi yang diperlukan selepas itu baru diproses menjadi pil. Sila jangan keliru dengan Alfalfa Sprout ynag berada di pasaran seperti dijual di kedai organic.

Alfalfa mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.

Alfalfa menjadikan wanita lebih tersa begitu berharga kerana...
  • Memberi kelegaan semasa haid
  • Merawat masalah keputihan
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • MILK BOOSTER untuk ibu-ibu yg menyusu.

AL-FAL-FA: Raja segala tumbuhan:
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Anti-tumor dan anti-bakteria 
  • Merawat elergi, eczema dan resdung
  • Merawat arthitis
  • Merawat athma
  • Melawan alahan (hidung sensitif, kurap, bau badan, ulat air)
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membuang angin dalam badanMelegakan sembelit 

Kelebihan alfalfa ialah kerana ia boleh diambil  oleh ibu menyusu, kerana ia merupakan penggalak susu semulajadi. Ia juga bertindak seperti kacip fatimah, selain daripada merapatkan bahagian intim,  ia juga mampu mengurangkan keputihan, menegangkan payudara, mengurangkan masalah angin, dan lain lain.

PERINGATAN : Ibu hamil dan pesakit SLE atau sakit auto imun yang lain tidak dibenarkan mengambil alfalfa.

* Jika mengambil persediaan ini, anda dinasihatkan mengambil air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

So, apa tunggu lagi. Kepada para wanita diluar sana, cepat rebut peluang dan grab beberapa botol Alfalfa dari sekarang. Sepanjang Bulan Januari 2015 ada prpmo hebat untuk pembelian Alfalfa Complex.
 Beli 6 Percuma 1
                           Beli 2 Potongan 5% 
Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Kafein dan Ibu Mengandung

Saya suka minum Kopi...Kopi yang paling saya suka minum adalah kopi Vietnam. Adoila...kecur liur dibuatnya biler dok terbayangkan kopi Vietnam nie. 


Pada kebiasaannya orang akan kata tak elok kopi nie untuk orang yang mengandung. Betul ker...Kalau tanya saya, saya pun x dapat menjawab soalan itu. Jadi saya kongsikan dengan anda info yang saya dapat daripada babycenter.com.my

Adakah saya perlu berhenti mengambil kafein memandangkan kini saya hamil?
Anda tidak perlu berhenti mengambil kafein, tetapi anda mungkin mahu mengurangkannya. Jika anda mengambil terlalu banyak kafein, bayi anda mungkin lahir kecil daripada sepatutnya. Bayi yang dilahirkan kecil berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan hari-hari seterusnya. Ada juga kemungkinan bahawa tahap kafein yang tinggi boleh menyebabkan keguguran. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang sedikit pun mungkin mempunyai kaitan dengan keguguran. 

Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari.

Apakah kesan sebenar kafein pada badan saya?
Kafein ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stres pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya. Ia serupa dengan apa yang berlaku apabila anda meluru masuk ke dalam bas, satu lagi situasi yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme seketika. 

Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik, iaitu ia membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil. 

Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan. 

Apakah makanan dan minuman yang mengandungi kafein?
Kafein terkandung dalam kopi, teh, minuman kola dan coklat. Sesetengah ubatan-ubatan di pasaran termasuk pil sakit kepala dan selsema, ubat tahan mengantuk dan ubat alahan juga mengandungi kafein. Sentiasa dapatkan nasihat ahli farmasi sebelum anda beli ubat-ubatan di pasaran dan jangan lupa maklumkan bahawa anda sedang hamil. 

Hakikatnya, jumlah kafein dalam secawan kopi dan teh berbeza-beza bergantung kepada samada kopi itu ditumbuk atau daun teh itu direndam atau adakah ia kopi atau teh segera. Ia juga bergantung kepada kepekatannya. Kola dan minuman-minuman lain juga berbeza kandungan kafeinnya. Lihatlah senarai di bawah untuk mengetahui purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Anda mungkin terkejut bagaimana mudahnya anda boleh mendapat kafein dalam dos tinggi. 
  • 1 cawan besar kopi segera = 100mg
  • 1 cawan kecil kopi segera = 75mg
  • 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
  • 1 cawan kecil teh = 50g
  • 1 tin minuman kola = 40mg
  • 1 tin minuman tenaga = 80mg
  • 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
  • 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg

Ingatlah bahawa kandungan kafein dalam espreso dan espreso berasaskan kopi seperti kapucino dan late adalah bergantung kepada kedai yang menjualnya. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein berbeza daripada 50mg setiap espreso di satu kedai kepada setinggi 300mg bagi setiap espreso di kedai lain. 

Sebagai jalan selamat, saya ingin berhenti mengambil kafein. Ada tip-tip tertentu?
Anda mungkin dapati deria rasa anda yang akan membantu. Ramai wanita mendapati keinginan untuk minum secawan kopi terhenti semasa trimester pertama apabila deria rasa mereka berubah dan loya boleh berlaku. 

Selain itu, untuk mengurangkan jumlah kafein dalam minuman panas anda di rumah, rendamnya sebentar sahaja. Jika anda gemar minum teh Earl Grey, merendamnya selama satu minit berbanding lima minit mengurangkan jumlah kafein sebanyak separuh. Sesetengah pengeluar teh kini menawarkan teh hitam tanpa kafein atau teh hijau. 

Walaupun teh herba biasanya tidak mengandungi kafein, pastikan anda membaca senarai bahan-bahan di dalamnya. Anda mungkin mahu mengelakkan jumlah kafein yang tinggi dan juga sesetengah herba dan perasa yang mungkin tidak selamat diambil semasa hamil. (Baca lebih lanjut mengenai herba dan kehamilan.) 

Jika anda penggemar kopi atau minuman kola, berhenti mengambil kafein bukan perkara mudah. Untuk meminimakan simptom-simptomnya, yang termasuk sakit kepala, keletihan, lemah badan dan mengantuk, lakukannya secara beransur-ansur. Kurangkan sebanyak setengah cawan setiap hari. Anda juga boleh cuba tukar daripada kopi yang dibru segar kepada kopi segera. 

Jika kopi memuaskan keperluan emosi anda, contohnya sebagai masa rehat atau sebagai ritual pagi atau penamat kepada hidangan makanan, anda boleh menukarkannya kepada secawan kopi atau teh tanpa kafein. Jika anda teringinkan minuman kola sejuk, belilah yang tanpa kafein sekali-sekala atau lebih baik lagi, cubalah segelas air mineral dengan sedikit kordial limau. 

sumber: babycenter.com.my

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Wednesday, January 14, 2015

Kenapa Vivix Shaklee Mahal???

Anda pasti pernah dengar tentang Vivix Shaklee bukan. Fakta pertama yang anda dengar mengenai Vivix Shaklee adalah MAHAL. Tahukah anda sebotol Vivix Shaklee berharga RM475.00 sahaja. Kenapa ader perkataan sahaja tu, sebab kalau dekat cek tulih berjuta-juta amount pun tetap ader perktaan sahaja kan.hihihi...

Ok, berbalik kepada fakta mengenai Vivix Shaklee. Tahukah anda kenapa Vivix Shaklee ini mempunyai nilai harga sebitu rupa. Sebabnya Vivix Shaklee HEBAT DAN ISTIMEWA.

Apakah kehebatan Vivix Shaklee?

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)

Apakah Keistimewaan Vivix Shaklee?
  1. Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  2. Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  3. Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  4. Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  5. Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  6. Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  7. Membantu merawat penyakit parkinson
  8. Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  9. Meningkatkan kesihatan imum badan
  10. Menggalakan kesihatan keseluruhan

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Dan semestinya anda berasa nilai yang dikeluarkan adalah sangat berbaloi. Nak lebih berbaloi, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan VIVIX dengan harga promo sekaligus dengan belian 2botol Vivix anda akan mendapat keahlian secara automatik. Semestinya lagi bila anda telah menjadi ahli Shaklee anda akan dapat membuat belian mana-mana produk Shaklee dengan harga ahli.

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Kenali Apa Itu Demam

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.

Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.

Penyebab Demam
  1. Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
  2. Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
  3. Demam malaria/denggi/HIV
  4. Penyakit sendi\Ubat seperti antibiotik dan sebagainya

Barah/Kanser
Rawatan
Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.

Perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam adalah :
  1. Demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi
  2. Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  3. Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  4. Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
  5. Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  6. Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  7. Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika anda mempunyai gejala yang serius :
  • Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.

Demam berkaitan dengan kecederaan
Pencegahan

  • Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
  • Mengamalkan kebersihan .
  • Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak\Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkali
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?

  1. Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinikal yang bole di beli dari farmasi, untuk mengukur suhu badan.
  2. Penggunaan digital termometer adalah digalakkan berbanding dengan jangka suhu merkuri terutama dirumah
  3. Pastikan jangka suhu bersih sebelum digunakan. Air boleh digunakan untuk membersih jangkasuhu
  4. kut arahan penggunaan dengan betul sebelum digunakan
Jika tahap suhu badan ≥ 38°C, sila berjumpa dengan anggota kesihatan terdekat
Jangka suhu telinga boleh digunakan
Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tuesday, January 13, 2015

Kenali Perbezaan Antara Hepatitis A, Hepatitis B & Hepatitis C

Hepatitis A
Apakah hepatitis A?
Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A . Tanda-tanda hepatitis biasanya muncul hari 15 ke 45 selepas dijangkiti. Pesakit itu mengalami tanda-tanda hepatitis dan juga cirit-birit dan demam. Bagaimanapun ada setengah-tengah kes, menpunyai tanda-tanda ringan atau tiada tanda-tanda. Simptomnya lebih kepada individu yang umurnya lebih tua . Simptom-simptom yang lebih teruk dan radang hati memerlukan kemasukan hospital. Hepatitis A akut akan baik dalam 6 bulan dan tidak menjadi penyakit hati yang kronik.

Siapakah yang mempunyai risiko mendapatkan jangkitan hepatitis A ?
Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
Hubungan seks sesama lelaki.
Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis A ?

Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis A :

  1. Runding dengan doktor
  2. Doktor akan menilai dan memeriksa anda.
  3. Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis A.
  4. Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu dimasukkan ke hospital.
  5. Kebanyakan pesakit memerlukan rawatan untuk simptom-simptom dan masa perhatian sahaja
  6. Hepatitis A yang teruk mempunyai kemungkinan membawa maut.
  7. Biasanya penyakit ini tidak memerlukan penjagaan kesihatan yang lama.

Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
Penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan yang sempurna dan sanitasi boleh mencegah hepatitis A. Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum makan atau menyediakan sajian makanan.

Terdapat vaksin untuk Hepatitis A untuk pencegahan dalam masa panjang.

Hepatitis B
Apakah Hepatitis B?
Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia.

Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti. Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. Bagaimanapun, setengah-tengah individu tiada simptom-simptomnya.

Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati.

Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil. Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?
  1. Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
  2. Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
  3. Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
  4. Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  5. Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
  6. Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  7. Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
  8. Hepatitis B tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.

Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis B ?
  1. Runding dengan doktor
  2. Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
  3. Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati.
  4. Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
  5. Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
  6. Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan perlu untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.

Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.

Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
  1. Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian saringan Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mesti runding dengan doktor, jikalau mereka negatif, untuk mencegah boleh mendapat vaksin.
  2. Amalkan hubungan seks yang selamat .
  3. Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
  4. Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah perlu dimasuk ke dalam beg plastik dan dibuang. Balut luka itu dengan plaster.
  5. Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain.

Penjagaan sendiri:
  1. Anda amalkan cara hidup yang sihat.
  2. Anda perlu menjauhi alkoloh.
  3. Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
  4. Anda patut mendengar nasihat doktor.

Hepatitis C
Apakah Hepatitis C ?
Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom. Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia . Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis C?
  1. Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
  2. Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
  3. Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
  4. Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
  5. Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
  6. Pesakit menggunakan haemodialysis.
  7. Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)

Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis C ?
Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis C:
  1. Runding dengan doktor
  2. Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
  3. Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis C dan ujian ultrasound organ hati.
  4. Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.

Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.

Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.

Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.

Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.

Tidak ada vaksin hepatitis C.
Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis C. Jikalau mereka positif, mereka mesti berunding dengan doktor.

Risiko untuk dijangkiti hepatitis adalah sedikit, tetapi jikalau anda mengamalkan hubungan lebih satu pasangan, anda dinasihatkan menggunakan kondom. Amalkan hubungan seks yang selamat .

Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .

Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.
Penjagaan sendiri:
  • Anda amalkan cara hidup yang sihat.
  • Anda perlu menjauhi alkohol.
  • Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
  • Anda patut mendengar nasihat doktor.


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tips Menyelesaikan Masalah Nafas Berbau

Komunikasi penting untuk menyempurnakan tugas seharian di pejabat. Anda perlu kerap berbincang dan berkerjasama dengan ketua serta rakan sejawatan untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Sesetengah pekerjaan, seperti wartawan, pegawai perhubungan awam, pegawai pemasaran atau peguam, memerlukan anda sentiasa berurusan dengan orang ramai. Bagi menjaga imej diri dan syarikat, anda perlu memastikan penampilan sempurna dengan berdandan rapi dan memakai baju bersesuaian agar tampil hebat.

Anda mungkin tergolong wanita bertuah kerana memiliki segala-galanya— bijak, cantik dan pandai bergaya. Akan tetapi, segala-galanya musnah apabila anda bersuara. Masalah nafas berbau bukan sahaja mencacatkan penampilan anda; ia membuatkan anda hilang keyakinan diri.

Tidak seperti masalah kesihatan atau kecantikan lain, nafas berbau ibarat ‘musuh’ dalam selimut, merosakkan imej anda secara senyap. Memang sukar mengesan bau nafas sendiri. Anda hanya menyedari ‘kecacatan’ penampilan apabila dijauhi teman-teman atau menjadi bahan gosip. Ketika ini pakaian mahal atau solekan menawan tidak lagi bernilai. Di sini saya kongsikan dengan anda beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah nafas berbau ini.

1. Berkumur menggunakan garam atau limau

Menyembuhkan nafas berbau dengan garam bilas adalah penawar yang sangat lama yang telah diturunkan dari generasi ke generasi. Garam akan membunuh bakteria di dalam mulut anda dan membantu menyembuhkan sebarang penyakit gusi. Hanya campurkan 1/2 sudu kecil garam dengan setengah cawan air suam, kacau dan bilas mulut sebelum anda tidur. Setelah beberapa hari dan anda akan melihat bahawa gusi anda kelihatan lebih merah jambu dan dapat menyelesaikan masalah nafas berbau.

Menyembuhkan nafas berbau dengan limau bilas adalah alternatif yang lain, kerana kandungan asid yang tinggi dalam limau menghalang pertumbuhan bakteria pada lidah dan gusi. Anda juga boleh membuat campuran garam dan limau dan bilas sebelum tidur untuk menyembuhkan nafas berbau.

2. Soda penaik (Baking Soda)

Baking soda telah didapati sangat berkesan dalam menyembuhkan nafas berbau, kerana keasidan yang tinggi baking soda akan menghalang bakteria daripada berlaku di atas lidah anda. Oleh itu, memberus gigi dengan ubat gigi yang kaya penaik soda atau ikut sahaja dengan baking soda selepas menggunakan ubat gigi biasa.

3. Daun Mint dan Biji Bunga Matahari

Kedua-dua nya menyembuhkan masalah nafas kerana ia dapat membersihkan mulut dan menjadikan kafas lebih segar. Kunyah biji bunga matahari selepas makan dan minum air untuk membantu membersihkan mulut dan mengunyah daun pudina untuk mengeluarkan bau yang segar daripada anda. Contohnya: makan chewing gum yang mempunyai kandungan pudina dan gula-gula berperisa mint.

4. Makan Yogurt

Makan yogurt kaya dengan bakteria sihat akan membantu dalam menyembuhkan nafas berbau sepenuhnya.

5. Minum Air Putih, Teh atau Jus Nanas

Sama seperti apa-apa lagi dalam kehidupan, menyembuhkan nafas berbau dengan air minuman yang mudah dan baik untuk anda. Air putih akan menjaga perut dan lidah anda terhidrat dan bersih. Ia juga mencegah pembentukan bakteria dan menyembuhkan nafas berbau.

Kebersihan Mulut

Ia mungkin kelihatan jelas, tetapi menyembuhkan nafas berbau dengan kebersihan gigi yang betul adalah satu titik permulaan yang penting. Flos juga yang akan membantu dalam menyembuhkan nafas berbau disebabkan penyakit gusi. Berus gigi anda dengan cara yang betul dan anda juga harus memilih ubat gigi yang betul.

Supplement Shaklee Yang Dapat Membantu Anda
Antara produk Shaklee yang dapat membantu anda adalah:
  1. Alfalfa Complex
  2. Sustained Release Vitamin C
  3. Garlic Complex
Untuk maklumat lanjut KLIK SINI


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine Park

Monday, January 12, 2015

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk

Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. Terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.


1) Hampiri kawasan bercahaya

Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika.

2) Basuh Muka

Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3) Wangian aromaterapi

Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon.

4) Dengar Muzik

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5) Senaman ringan

Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.

6) Pandang pepohon hijau

Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Itu adalah antara petua yang boleh dilakukan. Mudah saja kan? Tapi kalau tak berkesan juga, tak tahulah macam mana nak buat lagi. Hahaha.. Selamat Mencuba..!


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine Park
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...