Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Wednesday, January 14, 2015

Kenali Apa Itu Demam

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.

Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.

Penyebab Demam
  1. Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
  2. Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
  3. Demam malaria/denggi/HIV
  4. Penyakit sendi\Ubat seperti antibiotik dan sebagainya

Barah/Kanser
Rawatan
Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.

Perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam adalah :
  1. Demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi
  2. Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  3. Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  4. Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
  5. Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  6. Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  7. Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika anda mempunyai gejala yang serius :
  • Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.

Demam berkaitan dengan kecederaan
Pencegahan

  • Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
  • Mengamalkan kebersihan .
  • Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak\Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkali
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?

  1. Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinikal yang bole di beli dari farmasi, untuk mengukur suhu badan.
  2. Penggunaan digital termometer adalah digalakkan berbanding dengan jangka suhu merkuri terutama dirumah
  3. Pastikan jangka suhu bersih sebelum digunakan. Air boleh digunakan untuk membersih jangkasuhu
  4. kut arahan penggunaan dengan betul sebelum digunakan
Jika tahap suhu badan ≥ 38°C, sila berjumpa dengan anggota kesihatan terdekat
Jangka suhu telinga boleh digunakan
Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...