Bila bercakap tentang vitamin, supplement, pil dan sebagainya,
ramai yang mempunyai pendapat sendiri. Malah ramai yang berpendapat bahawa kita
tidak memerlukan supplement sekiranya pengambilan makanan kita mengikut piramid
makanan. Betul dan salah.
Betul kerana tiada yang terbaik dari makanan yang kita ambil
untuk membekalkan nutrisi harian kepada tubuh. Salah kerana di zaman moden ini
terdapat lebih banyak kekangan untuk kita mendapatkan 100% nutrisi dari
makanan, kerana proses yang merosakkan vitamin, pencemaran, pengambilan
ubat-ubatan dan sebagainya.
Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pengambilan vitamin
akan merosakkan organ dalaman. Betul dan salah juga. Betul, sekiranya vitamin
yang diambil bukan dari sumber semulajadi. Salah kerana supplement semulajadi
tidak memberi kesan sampingan kepada tubuh.
Falsafah pembuatan vitamin Shaklee?
Ya, Shaklee sudah lama terkenal sebagai pengeluar vitamin
semulajadi. Apakah vitamin semulajadi? Ia adalah vitamin yang:
Diperbuat dari bahan2 semulajadi:
Shaklee diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahan
ini boleh dilihat pada botol vitamin Shaklee, pada bahagian ‘Other
Ingredients’. Misalnya beta karotena dihasilkan dari sejenis alga istimewa.
Bahan-bahan dalam Shaklee dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi
dari sumber tumbuhan dan mineral asli. Pastinya lebih sesuai dan lebih bernilai
daripada vitamin sintetik atau ubat-ubat berasaskan dadah.
Berasaskan bahan-bahan semulajadi:
Sesetengah vitamin boleh dihasilkan dari proses-proses seperti
penyulingan bahan-bahan lain yang bukan bahan utama dalam pembuatan vitamin,
misalnya vitamin C diperbuat daripada penapaian karbohidrat dari bijirin.
Vitamin sintetik pula dihasilkan dari proses tindakbalas bahan-bahan bukan
makanan seperti arang batu, tar dan sebagainya.
Bahan-bahan yang mempunyai fungsi istimewa:
Vitalea misalnya dibalut dengan spirulina (yang memberi warna
hijau pada Vitalea). Spirulina terkenal sebagai tumbuhan yang sangat berguna
untuk kesihatan. Manakala Sustained Released Vita C pula menggunakan bahan wax
dari tumbuhan untuk memberi kesan pelepasan perlahan-lahan tersebut (vitamin C
tanpa fungsi ini tidak dapat kekal lama dalam tubuh kerana ia larut air).
Amat penting untuk mengenali dari mana datangnya vitamin/mineral
yang kita ambil. Bukan saja dari status halalnya, tapi juga bahan2 yang
digunakan untuk menghasilkannya.
Kredit : Mommy Lyna
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
Atira
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥
COD : Nilai, Salak Tinggi, Cyberjaya, Putrajaya, Equine & Bangi
No comments:
Post a Comment