Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Tuesday, February 11, 2014

Kenapa Tiada Perubahan Selepas Makan Vitamin

Apabila kita mengambil sesuatu supplement sudah pasti kita mengharapkan kesan/hasil yang akan diperolehi adalah seperti yang kita nak.

Makan Set Kurus = Kurus 
Makan Set Sendi = lutut dan sendi jadi baik

Namun tidak semua orang akan mendapat kesan seperti yang dikehendaki. Ader yang merasakan tiada perubahan langsung. Sebelum makan dan selepas makan sama sahaja.

Aperpun kita berbalik kepada istiqamah (amalam yang dilakukan secara sedikit namun berterusan). Begitu juga dalam mendapatkan kesan/hasil daripada pengambilan supplemen. Adalah disarankan untuk anda mengambil supplement secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian.

Terdapat segelintir daripada pengamal vitamin yang tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pengambilan vitamin atau supllement disebabkan beberapa faktor:

1. Pengambilan air kosong yang dipandang remeh
Ramai yang mempunyai masalah untuk mengamalkan meminum air masak kosong dan lebih suka air yang berwarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Adalah disarankan untuk mengamalkan banyak meminum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh boleh berlaku dengan lebih baik.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini akan meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada ssuatu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu terbeban pada satu satu masa sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap darah dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengah hari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan iaitu pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2jam selepas pengambilan ubat doktor. 

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian
Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minuman yang berkafein tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafein secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin
Tahukan anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ostematrix/pil kalsium. ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Tahukan anda Vitamin E dan GLA Complex(kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex) tidak boleh diambil bersama Alfalfa Complex kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan Vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplemen seperti yang dinyatakan.
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa Complex

Pesakit Talasemia : Vita-Lea Iron Formula

Ibu mengandung : Vitamin E, GLA Complex, Vivix, Cinch, Carotomax, Lecithin dan Nutriferon(kecuali dengan saranan doktor). Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya di awal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksidan boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharudnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu ; Cinch (disarankan diganti dengan ESP kerana kandungan kalori yang rendah dalam Cinch tidak mencukupi untuk keperluan kalori ibu-ibu menyusu) dan Vivix.

Sumber : http://www.celikvitamin.com

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...