Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Thursday, March 20, 2014

Herbal Blend Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang satu-satunya krim ajaib daripada Shaklee. Apakah Krim Itu. Tadaaaaa...


Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana dapat membantu melembutkan kulit kasar & pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. 

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. 

Kegunaan Herbal Blend Multi-Purpose Cream
  • Melembutkan kulit kasar, tumit pecah, kulit kering
  • Merawat eczema
  • Merawat dari gigitan nyamuk
  • Merawat luka pada puting ibu menyusu
  • Ubat untuk luka dan melecur
  • Ruam lampin dan ruam peluh pada bayi
  • Mengatasi lemak berlebihan
  • Menghilangkan parut termasuk parut campak
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  • sebagai losyen untuk kegunaan harian

Keistimewaan Herbal Blend
  • Terasa dingin pada kulit
  • Diekstrak dari herba semulajadi
  • Tidak berminyak
  • Mudah diserap
  • Aroma yang amat menenangkan
  • Mudah digunakan dan mudah di bawa
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Dijamin berkesan
  • Halal
  • Tanpa Steroid

Dipekkan sebanyak 4oz dalam 1 botol membuatkan ianya antara cream kulit yang sangat berpatutan harganya dan yang penting berbaloi dari segi pemakaiannya. Semua ahli keluarga boleh menggunakan cream ini tambahan cream ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan.

Macam mana teruja tak melihat keberkesanannya.??? Jadi pastikan "Krim Ajaib" ini satu benda yang perlu ada di rumah anda. Selain untuk ruam, kulit muka, tumit kaki, buku lali dan sewaktu denganya, krim ini juga boleh disapu di tempat bekas gigitan nyamuk, serangga kecil dan gatal2. Sesiapa yang berkulit sensitif pastikan krim ini sentiasa bersama anda.

Untuk anda mendapatkan krim Herbal Blend Shaklee ini anda boleh hubungi saya dan saya akan memberikan konsultasi secara PERCUMA. Penghantaran adalah ke seluruh MALAYSIA.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

6 Kepentingan Kalsium & Wanita Hamil

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Anda tidak suka minum susu, bau susu meloyakan? Tahukah anda bahawa wanita hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari. Ini kerana 99 peratus daripadanya untuk tulang dan gigi manakala1 peratus untuk darah dan jaringannya. Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan kalsium mereka mencukupi.

Antara peranan kalsium ialah 

1. Penting ketika proses ovulasi
Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

2. Untuk tulang
Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil  meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang , janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang  kalsium , menjadi rapuh dan keropos.

3. Untuk gigi
Jika ibu kurang kalsium, gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi

4. Untuk Jantung 
Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium. Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

5. Untuk Sistem Imun
Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit  sperti keradangan kulit dan jerawat.

6. Untuk pertumbuhan dan kesihatan janin
Selama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu. kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.


Bagaimana Ostematrix (kalsium) Shaklee boleh membantu ibu hamil
Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Manfaat utama
1. Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, kerangkan, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, kuku rapuh, ekzema dan gusi berdarah.
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
3. Meringankan stress
4. Memperbaiki masalah haid
5. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
6. Sesuai untuk semua golongan terutamanya ibu yang mengandung dan menyusukan bayi

Jika anda sedang mengandung...Tidak suka minum Susu...Ostematrix adalah pilihan terbaik untuk anda. Hubungi saya untuk mendapatkan Ostematrix dan konsultasi PERCUMA. Penghantaran adalah ke seluruh MALAYSIA.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Thursday, March 13, 2014

Skin Care Enfuselle (Normal to Dry Skin)

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

SKIN CARE ENFUSELLES (Normal to Dry Skin) : Sesuai pd yg berumur 25 ke atas atau yang punya masalah kulit kering & sensitive.

1) Hydrating Cleansing Lotion :
- Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
- Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
- Mencerahkan tona kulit
- pH yang seimbang
- Hipoalergenik

2) Hydrating Toner :
- Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
- Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
- Terbukti secara klinikal
- Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
pH yang seimbang
- Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
- Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

3) Hydrating Moisturizer :
- Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
- Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:
- 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
- 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
- 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
- Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
- Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
- Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
- Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
- Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
- 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
- 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
- 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
- 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
- Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
- Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
- Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
- Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Jom wanita semua...sesama kita dapatkan kejelitaan wajah dengan produk yang selamat. Untuk suami2 pun x salahkan klu belikan set ini untuk isteri-isteri anda. Untuk dapatkan set ini boleh hubungi saya dan penghantaran adalah ke SELURUH MALAYSIA.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Heat Stroke @ Strok Haba

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. – Bernama


Saranan saya untuk mengelakkan daripada badan dihidrasi dalam tempoh berpanjangan pengambilan PErformance Drink Shaklee adalah jalan penyelesaian terbaik. Performance Drink kerana ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 

Untuk dapatkan Performance Drink anda boleh terus hubungi saya dan penghantaran adalah keseluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

17 Kebaikan Zinc Complex Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Tahukah anda bahawa ZINC merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Okey sekarang jom baca 17 kelebihan ZINC:

1. Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

2. Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

3. Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

4. Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

5. Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

6. Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

7. Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

8. Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

9. Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

10. Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

11. Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

12. Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

13. Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

14. Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

15. Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

16. Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Untuk anda mendapatkan konsultasi PERCUMA anda boleh hubungi saya. Penghantaran adalah ke seluruh MALAYSIA.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Tuesday, March 11, 2014

Punca Jerawat Belakang Badan

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Salah satu sebab ada jerawat badan adalah berpunca dari toksin dalam badan. Kalau toksin sudah bermaharajalela dalam badan maka sudah pasti jerawat mula suka nak singgah. Kadang kita rasa kenapalah aku pakai macama-macam set kecantikan kulit tapi tak jalan jugak kenapa ye? Tak diserap dengan baik sebenarnya sebab badan penuh toksin.

Jadi perkara utama anda jika merasakan badan susah mula dipenuhi jerawat maka silalah nyahtoksin kan dia. Dengan cara mana? Kita boleh detox. Detox untuk buang segala keturunan toksin tu.

Pengamalan pengambilan alfalfa adalah bertujuan untuk membantu membuang toksin dalam badan. Kalau toksin banyak bukan sahaja jerawat singgah tetapi kulit pun jadi kusam. Oh tidak! Takut kan jadi kusam.  Kelebihan alfalfa complex ni memang banyak.


Alfalfa: Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin, ia membantu lecitin dengan membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! Ia juga adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksik dalam badan.



Tablet dia kecik je, senang ditelan hanya beberapa tablet sehari buat badan rasa ringan dan jerawat badan pun semakin lama semakin kering. Alfalfa bukan sahaja bertujuan untuk menyahtoksid dalam badan namun ia juga turut bertindak sebagai milk booster bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Kepentingan Kalsium Kepada Wanita

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Kalau semalam saya dh post tentang punca wanita mengandung kebas kaki dan tangan KLIK SINI , arini saya nak cerita tentang kepentingan kalsium dalam kehidupan seorang yang bernama wanita. Kenapa kalsium sangat penting dalam kehidupan seorang wanita???

Mungkin kita selama ini ambil mudah kerana merasakan ala cukuplah tu kalsium yang aku ambil hari-hari dalam makanan harian. Tapi kena ingat bahawa wanita memang menanggung risiko yang tinggi untuk mengalami kerapuhan tulang. Sebab apa? Kerana wanita mengandung, melahirkan anak, menyusukan anak dan datang bulan (period). Betapa banyak kita kehilangan kalsium agak-agaknya?

Pernahkah anda sebagai wanita membayangkan apa yang boleh berlaku ke atas tulang-tulang anda andainya anda kekurangan kalsium dalam badan...

Boleh nampak kan gambar tulang yang normal.  Ianya padat dan rapat kan. Cuba tengok pula bagi yang mengalami kereputan tulang iaitu sinonim dengan osteoporosis. Tulangnya nampak rapuh dan tidak padat lagi berongga-rongga. Sanggupkah kita membiarkan keadaan ini walaupun kita masih lagi ingin sihat untuk menjaga anak-anak dan keluarga? 


KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE
Panduan untuk anda yang ingin memilih pil kalsium. Pil kalsium mestilah didatangkan bersama-sama dengan magnesium dan Vitamin D. Apa fungsi kedua-dua ini?

MAGNESIUM bertindak sebagai ajen pengangkut kepada kalsium untuk membawanya ke tulang untuk diserap.
VITAMIN D pula bertindak sebagai rakan terbaik untuk bantu kalsium menyerap lebih baik ke tulang.
Jika hanya KALSIUM semata, walau ada banyak tapi tidak berupaya menyerap dalam badan maka anda akan berisiko pula untuk mendapat BATU KARANG.

Jadi buatlah pilihan anda sekarang. Wanita lebih-lebih lagi di zaman sekarang penuh dengan pelbagai tanggungjawab. Jagalah kesihatan untuk masa depan anda dan keluarga.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Monday, March 10, 2014

Punca Kebas Tangan Dan Kaki Ketika Mengandung

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Pernah tak rasa kebas-kebas tangan? Atau kebas-kebas kaki pun termasuk jugaklah tu. Terutama bagi ibu-ibu mengandung rasanya ianya keadaan yang biasa terjadi kan. Antara petanda tidak cukup kalsium adalah kita akan berasa kebas. Kena semak balik cukukah kalsium yang kita ambil setiap hari? Bagi yang tidak minum susu semasa mengandung lagilah hebat kesannya. Semasa menyusu pun penting jugak kalsium untuk menjaga tulang si ibu pula.

Dos yang disarankan diambil oleh ibu hamil dan menyusu adalah sebanyak 1000mg sehari. Kalsium sangat penting ye waktu ini kerana kita memerlukan kalsium untuk menguatkan tulang dan mengelakkan terjadinya kereputan tulang (osteoporosis) di kemudian hari. Jangan lupa kesihatan sendiri walaupun anda begitu utamakan kesihatan anak. Sebabnya, sayangi diri sendiri, bila badan sihat, barulah boleh jaga anak dengan sempurna. Jadi mari kita lihat balik apa makanan harian yang boleh kita ambil untuk memastikan kita cukup kalsium harian.

Makanan Yang Tinggi Kalsium
  • dadih, yogurt, susu
  • keju
  • soya
  • bayam
  • badam yang dibakar

Jadi selain dari ambil makanan-makanan yang tinggi kalsium ini, jangan lupakan vitamin antenal yang dibekalkan oleh klinik (biasanya diberi semasa tempoh kehamilan). Sudah bersalin lagi lah perlu ambil kalsium untuk teruskan khasiat semasa menyusu badan pula. 

Jangan ambil mudah sebab nanti anak sihat tapi diri sendiri dalaman rosak tiada gunanya kan. Bukan untuk kepentingan anak sahaja, tetapi hargai kesihatan diri untuk suami dan keluarga tersayang.

Memilih Pil Kalsium
Bukan semua pil kalsium adalah sama ye. Pertamanya pastikan kandungannya bukan mengandungi kalsium semata. Mesti didatangkan bersama pasangannya iaitu MAGNESIUM dan Vitamin D kerana ia membantu penyerapan kalsium yang lebih baik. Jika tiada pasangannya ini maka agak sukar kalsium diserap oleh badan.

Supplement Shaklee Yang Dapat Membantu


1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Faedah-faedah daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah : 
1) Membina tulang dan gigi yang kuat. 
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. 
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf. 
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness). 
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon. 
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal. 
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik 

Jadi ibu-ibu semua jika anda alami rasa kebas-kebas, cepat-cepat telan kalsium ye. jangan lupa bagi suami sekali:)

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

VIVIX Dan Kanser

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Bagaimana VIVIX boleh membantu?
Kandungan utama dalam VIVIX adalah RESVERATROL yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut daripada penyakit. Kajian menunjukkan bahawa resveratrol boleh bertindak sebagaiantioksidan terhebat dan anti inflammatory.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu pencegahan penyakit kanser:

  1. Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011,beberapa kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol mungkin mempunyai kesan anti-kanser.
  2. Dalam satu kajian 2008 pada kultur sel, resveratrol membantu menyekatperkembangan kanser payudara di peringkat awal. Diterbitkan dalamPenyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrolmembantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekulDNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan selkanser.
  3. Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007oleh  Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadisel-sel kanser).
  4. Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanserprostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen).

Bagaimana sel kanser membiak? Hakikatnya semua orang mempunyai potensi untuk mengidap kanser. Bagaimana? Jika sel yang tua tidak mati dan seterusnya sel yang tidak mati itu akan berganda, ia akhirnya akan menjadi sel kanser. Lihat, betapa pentingnya sel diperbaharui.

Menurut statistik, peratus pesakit kanser dikalangan lelaki dan perempuan semakin bertambah. Oleh itu, elakkan diri kita daripada menjadi salah seorang yang kan menambah bilangan tersebut. Cegah sebelum menjadi lebih buruk dengan VIVIX.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Apa Itu Kanser Payudara

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini. Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain. 

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia. 

Jenis-jenis kanser payudara
  1. Kanser setempat 'Carcinoma in situ' : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
  2. Kanser saluranan 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluranan susu payudara.
  3. Kanser lobular (Lobular carcinoma in sit) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
  4. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
  5. Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Tanda dan gejala
Penyebab Kanser Payudara. Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada kanser payudara. Faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit.

Faktor risiko terbahagi kepada 2 kategori : 

Faktor Risiko tidak boleh di kawal 
  • Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
  • Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  • Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi. 4.
  • Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
  • Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
  • Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).  


Faktor Risiko Boleh di Kawal 
  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
  • Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi. 


Gejala-Gejala Kanser Payudara
Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara. 

Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut: 
  • Bengkak pada sebahagian payudara
  • Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  • Puting masuk ke dalam atau sakit
  • Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  • Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
  • Ketulan pada bahagian ketiak 

Bagaimana kanser payudara dikesan?
  1. Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)- wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
  2. Mamogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.(Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal. 

Tahap Kanser Payudara 
Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh sembuh sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya: 
Tahap 0 - Kanser setempat (Cancer in Situ)
Tahap I - Kanser kurang dari 2 cm.
Tahap II - Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di ketiak
Tahap III - Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
Tahap IV - Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam tubuh
Tahap I & II - adalah awal dan boleh disembuhkan.
Tahap IV - tidak boleh disembuh

Rawatan
Wanita yang dikesan kanser payudara diberi rawatan selepas dibuat penilaian lengkap oleh doktor. Sebahagian pesakit akan dibedah sebelum diberi rawatan kemoterapi (adjuvant chemotherapy). Sekiranya pakar bedah memutuskan untuk mengecilkan saiz kanser sebelum pembedahan, rawatan kemoterapi atau radioterapi akan diberi terlebih dahulu.

Jenis Pembedahan-tujuan pembedahan ialah untuk membuang tisu kanser payudara
  • Pembuangan ketulan kanser pada payudara (lumpectomy). Merupakan terapi konservatif, tisu normal tidak dibuang.
  • Pembuangan sebahagian payudara (Partial (segmental mastectomy)’ (mas-tek-tuh-me) : Pembedahan ini melibatkan pembuangan lebih tisu payudara berbanding dengan (lumpectomy). Ia biasanya diikuti dengan radioterapi.
  • Pembuangan sebahagian atau seluruh payudara (simple or total mastectomy): Dalam pembedahan ini, keseluruhan payudara yang terlibat dibuang, tetapi kelenjar limfa di ketiak dan otot-otot di bawah payudara tidak dibuang.
  • Pembuangan payudara radikal diubahsuai (Modified radical mastectomy). Pembedahan ini melibatkan pembuangan seluruh payudara yang terlibat dan sebahagian kelenjar limfa di ketiak.
  • Pembuangan payudara radikal (Radical mastectomy). Pembuangan seluruh payudara, yang terlibat kelenjar limfa dan otot-otot bahagian bawah payudara.
  • Pembedahan bahagian ketiak (Axillary dissection). Pembedahan ini dilakukan untuk memastikan sama ada kanser payudara telah merebak ke kelenjar limfa di ketiak atau tidak. Sebahagian kelenjar akan dikeluarkan dan diperiksa dibawah mikroskop.

Kimoterapi 
Kimoterapi bertindak sebagai ubat pembunuh sel kanser yang diberi melalui salur darah atau secara pil memakan. Ubat kimoterapi memasuki salur darah ke seluruh badan. Sekiranya kimoterapi diberi selepas pembedahan ia dapat kurangkan kemungkinan kanser berulang. Kimoterapi juga merupakan rawatan utama yang diberi bila kanser telah merebak menjangkaui luar payudara dan di kawasan ketiak atau rebakan meluas selepas rawatan pertama. 

Kimoterapi juga diberi sebelum pembedahan, biasanya untuk mengecilkan saiz bengkakan dan mudah dibuang. Kimoterapi diberi dalam beberapa kitaran, setiap kitaran diikuti dengan tempoh rehat. Jumlah kitaran rawatan biasanya sehingga 3 – 6 bulan. Biasanya kombinasi beberapa ubat diberi. 

Kesan sampingan kimoterapi bergantung kepada jenis, jumlah dan tempoh ubat-ubat diberi: 
  • Sangat letih kerana kekurangan sel darah merah
  • Loya dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Rambut gugur
  • Kudis mulut
  • Perubahan kitaran haid (mungkin berkekalan)
  • Risiko jangkitan meningkat kerana kekurangan sel darah putih
  • Lebam atau pendarahan dari luka kecil disebabkan oleh kekurangan sel pembeku darah

Terapi Radiasi
Rawatan ini melibatkan penggunaan pancaran bertenaga tinggi (seperti x-ray) untuk membunuh atau mengecut sel-sel kanser. Radiasi mungkin dari luar badan (radiasi luaran) atau dari bahan radioaktif yang diletakkan pada ketumbuhan (brachytherapy). Rawatan ini digunakan untuk memusnahkan sel kanser yang masih tertinggal di dalam payudara, dinding dada atau bahagian ketiak selepas pembedahan. Kadang-kadang ianya digunakan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan sebelum pembedahan. Setiap rawatan mengambil masa beberapa minit. Rawatan ini biasanya diberi 5 hari seminggu sebagai pesakit luar, untuk selama 6 atau 7 minggu. Ia bermula sebulan selepas pembedahan. Kesan sampingan utama terapi radiasi ialah bengkak dan merasa berat pada payudara, kesan kemerahan pada kawasan berkenaan dan keletihan. 

Terapi Hormon 
Hormon estrogen menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser payu dara pada sesetengah wanita. Kaedah untuk menghalang atau mengurangkan paras estrogen digunakan untuk merawat kanser payu dara. Ubat tamoxifen bertindak untuk menghalang kesan estrogen. Ia diambil dalam bentuk pil, biasanya setiap hari selama 5 tahun selepas pembedahan. Ia mengurangkan risiko kanser daripada berulang. Aromatase inhibitors ialah sejenis ubat yang menghalang tubuh membentuk estrogen. Ia hanya berkesan untuk wanita yang telah putus haid dan kanser yang dihidapinya positif hormon (reseptor estrogen positif).

*credit to portal MyHealth

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Kenapa Mealshake Penting Untuk Anak-Anak Sedang Membesar

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Meal Shake Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa hari ini untuk kesihatan menyeluruh anak-anak mereka yang sedang membesar. Diberi nama timangan "easy-on-the go-meal"merupakan supplement multivitamin shaklee yang mudah dan pantas disediakan yang melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak yang sedang membesar.

Kebaikan Meal Shake Shaklee terutamanya dalam memperbaiki selera makan anak yang picky eater, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, asthma dan kurang berat badan sememangnya diakui oleh ramai ibu bapa yang telah mencuba meal shaklee yang terbukti terbaik, berkesan dan semestinya selamat untuk kesihatan dalaman anak-anak.

Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee

1) Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
2) Menambah selera makan anak
3) Anak tak mudah kerap jatuh sakit
4) Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
5) Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak
6) Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
7) Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
8) Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
9) Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
10) Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
11) Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

Kanak sedari usia setahun sudah boleh mengambil meal shake shaklee (yang tidak menyusu badan) sebanyak satu sudu teh atau satu sudu kfc yang kecil. Anak-anak yang minum susu ibu tak digalakkan bancuh dengan susu ibu, kerana ada kemungkinan anak akan tolak terus minum susu ibu selepas itu sebab rasanya yang berlainan.

Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas sukatannya sedikit sahaja setiap hari untuk membantu mengekalkan perlindungan system imun pada tahap terbaik. 


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Friday, March 7, 2014

Kebaikan Utama ESP Untuk Wanita Mengandung

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Tahukah anda, diet yang cukup dengan sumber protein kepada ibu mengandung adalah hampir WAJIB?! Mengapa?? Apakah kebaikan utama ESP untuk wanita mengandung dan bayi yang dikandung?

1. ESP meningkatkan Sistem Imun Badan Si Ibu. 

ESP adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain Vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.

2. ESP Mengawal Berat Si Ibu dan Mengelak Serangan Diabetes

Tidak dinafikan apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, selera makan si ibu akan meningkat secara mendadak. Masa ni lah kita rasa nak makan, makan dan makan. Itu adalah normal bagi ibu-ibu mengandung, tetapi kita harus mengawal pemakanan agar berat tidak naik secara mendadak dan menyebabkan kencing manis atau diabetes. 

ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indek Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. Sebab itulah, ramai ibu-ibu mengandung sukakan ESP kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan. Serangan diabetes terjadi apabila si ibu memakan makanan tinggi GI (makan makanan berat seperti nasi, manisan, air manis, dll) pada kadar yang banyak dan kerap.

3. ESP membantu pembentukan otot dan otak bayi. 

Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi begitu juga ototnya. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN. Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini dan sangatlah penting si ibu mendapatkan protein yang cukup ketika mengandung. 

4. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik.

Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. Dengan minum ESP, sel-sel kulit si ibu akan bertambah gebu dan lebih menarik kerana bantuan protein yang diminum. Parut juga berkurang kerana penggantian sel-sel baru ini. Si ibu akan juga merasa lebih menarik walaupun berbadan dua. Tidak lupa juga kulit bayi di dalam kandungan. Bayi yang dilahirkan berpotensi mempunyai kulit yang mulus, gebu dan cantik. 

5. ESP membantu ibu-ibu morning sickness dan alah di awal kehamilan. 


Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu-ibu mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. Kita juga akan merasa mual terutama apabila perut kosong. ESP membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan kenyang yang lebih lama. Tambahan pula, ia juga mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lain.

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu.

Banyak bukan khasiatnya? Sudah tentu kita tidak dapat mengamalkan setiap hidangan itu pada satu-satu masa bukan? Jadi, amalkanlah ESP untuk mendapat khasiat yg berganda. Ia juga rendah lemak, bebas kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia. Indeks Glisemik ESP juga rendah (G.I. 39) dan ini menjadikan ia sangat sesuai diambil oleh penghidap kencing manis.

Jangan risau, ESP adalah selamat dan HALAL kerana ia diproses menggunakan proses pensijilan tersendiri yg dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP) di mana ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehinggalah kepada pengeluarannya. Kacang soya yg digunakan juga mengandungi non-GMO dan diproses pd suhu rendah utk kekalkan proteinnya. 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Wednesday, March 5, 2014

Set Kesuburan Shaklee

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

PENYERI RUMAHTANGGA, PENGIKAT KASIH SAYANG.. Kehadiran cahayamata memang ditunggu2 bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga.. Bagi yang belum dikurniakan cahayamata,jangan berhenti berharap dan terus berdoa.Anak itu anugerah yang diberi oleh Allah kepada kita namun kita juga harus berusaha dan mencuba alternatif lain bg mengatasi masalah tersebut. 


SET KESUBURAN SHAKLEE

Untuk Isteri
❤GLA COMPLEX 
  • membantu dalam masalah ketidakseimbangan hormon seperti senggugut dan haid tidak teratur ☞bertindak sebagai penyubur dengan menghasilkan cecair subur di dalam serviks yang dapat membantu menyimpan sperma sehingga 5 hari 

❤ALFAFA COMPLEX 
  • membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut 
  • membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah). 


Untuk Suami
❤ZINC COMPLEX 
  • Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . 
  • Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan. 

❤VITA-E COMPLEX 
  • membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita.
  • Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium.
  • Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron. 


Add On - Energizing Soy Protein (ESP)
  • Bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan,ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat bagii meningkatkan tahap kesuburan dan peluang untuk hamil.


Rindukan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri keluarga? Memang semuanya rezeki dari Allah tapi kita sebagai manusia perlu selalu berdoa dan terus berikhtiar.. 

SET KESUBURAN SHAKLEE merupakan satu alternatif kepada suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...