Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, March 10, 2014

Punca Kebas Tangan Dan Kaki Ketika Mengandung

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Pernah tak rasa kebas-kebas tangan? Atau kebas-kebas kaki pun termasuk jugaklah tu. Terutama bagi ibu-ibu mengandung rasanya ianya keadaan yang biasa terjadi kan. Antara petanda tidak cukup kalsium adalah kita akan berasa kebas. Kena semak balik cukukah kalsium yang kita ambil setiap hari? Bagi yang tidak minum susu semasa mengandung lagilah hebat kesannya. Semasa menyusu pun penting jugak kalsium untuk menjaga tulang si ibu pula.

Dos yang disarankan diambil oleh ibu hamil dan menyusu adalah sebanyak 1000mg sehari. Kalsium sangat penting ye waktu ini kerana kita memerlukan kalsium untuk menguatkan tulang dan mengelakkan terjadinya kereputan tulang (osteoporosis) di kemudian hari. Jangan lupa kesihatan sendiri walaupun anda begitu utamakan kesihatan anak. Sebabnya, sayangi diri sendiri, bila badan sihat, barulah boleh jaga anak dengan sempurna. Jadi mari kita lihat balik apa makanan harian yang boleh kita ambil untuk memastikan kita cukup kalsium harian.

Makanan Yang Tinggi Kalsium
  • dadih, yogurt, susu
  • keju
  • soya
  • bayam
  • badam yang dibakar

Jadi selain dari ambil makanan-makanan yang tinggi kalsium ini, jangan lupakan vitamin antenal yang dibekalkan oleh klinik (biasanya diberi semasa tempoh kehamilan). Sudah bersalin lagi lah perlu ambil kalsium untuk teruskan khasiat semasa menyusu badan pula. 

Jangan ambil mudah sebab nanti anak sihat tapi diri sendiri dalaman rosak tiada gunanya kan. Bukan untuk kepentingan anak sahaja, tetapi hargai kesihatan diri untuk suami dan keluarga tersayang.

Memilih Pil Kalsium
Bukan semua pil kalsium adalah sama ye. Pertamanya pastikan kandungannya bukan mengandungi kalsium semata. Mesti didatangkan bersama pasangannya iaitu MAGNESIUM dan Vitamin D kerana ia membantu penyerapan kalsium yang lebih baik. Jika tiada pasangannya ini maka agak sukar kalsium diserap oleh badan.

Supplement Shaklee Yang Dapat Membantu


1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Faedah-faedah daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah : 
1) Membina tulang dan gigi yang kuat. 
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. 
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf. 
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness). 
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon. 
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal. 
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik 

Jadi ibu-ibu semua jika anda alami rasa kebas-kebas, cepat-cepat telan kalsium ye. jangan lupa bagi suami sekali:)

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...