Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, June 23, 2014

Metabolisma Rendah


Tanda-tanda orang bermetabolism rendah
  1. Apabila berdiet berat tidak menunjukkan penurunan
  2. Berat naik mendadak bila makan lebih
  3. Susah bersenam kerana rasa trlalu letih
  4. Gemar makanan berkarbo dan manis
  5. Mudah lapar
  6. Makan sikit pun cepat gemuk
  7. Lapar di waktu malam

Punca Metabolisme Rendah

● kekurangan insulin. Iaitu hormon pentg utk tukar gula kpd tenaga. Dlm kes ni, lemak cenderung berhasil & terkumpul pd perut & belakang badan.
● kesilapan memilih mknn dgn indeks glisemik y tggi..

3 Tips Untuk Meningkatkan Metabolism

1) Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak. >> Cadangan Saya : minum ESP soy protein Shaklee, rendah GI dan no kolestrol

2) Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. 

3) Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. >>Cadangan Saya : minum cinch tea Shaklee - Green tea + white tea + red tea.

9 Tips Tambahan Lagi Untuk Meningkatkan Metabolisme
  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil. >> Cadangan Saya ; Pengambilan Ostematrix dapat menampung keperluan kalsium dalam badan anda.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  8. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  9. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

9 tips tambahan ini dikongsi daripada kevinzahri.com

Cukup tak dengan tips yang telah diberikan tadi. Semoga tip-tip ini dapat membantu anda. Anda juga boleh menambahkan set membakar lemak seperti Lecithin atau Omega Guard dan set fiber seperti Alfalfa dan Herb Lax. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai produk-produk yang bersesuaian dengan anda. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...