Setiap kali melahirkan anak, antara masalah yang sering menghantui ibu-ibu adalah masalah perut buncit. Ada antara ibu-ibu ini yang menghadapi situasi kemurungan disebabkan masalah itu. Bagi membantu ibu-ibu dalam menghadapi situasi ini, saya kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu ibu-ibu semua.
- SUSU IBU - Susukan anak dengan susu badan anda(susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
- BERBENGKUNG - Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin disebabkan rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tidak diigini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
- BERTUNGKU, BERTANGAS,BERSAUNA - Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah traditional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan.
- KAWALAN PEMAKANAN - Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan mengeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein memcukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut mengeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam,salmon dan madu.
- SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL - Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul dan senaman yang khusus untuk membentuk perut ini daripada jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik.
- BETUKAN POSTUR TUBUH - Kenyakkan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan memandang remeh cara anda bergerak setiap hari.
- DETOKSIFIKASI -Lebihan toksin dalam badan kebanyakkannya terkumpul dibahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.
Bagaimana Supplemen Shaklee Dapat Membantu?
Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi harus diingat yang supplen hanyalah membantu sahaja dan ia bukannya ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit danmenggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.
Antara Supplemen yang disarankan adalah
- Omega Guard - mengandungi Omega 3 yang diperlukan oleh badan kita untuk proses metabolisme.
- Lecithin - membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semulajadi bagi lemak di dalam darah.
- HerbLax - mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama dan membantu masalah sembelit.
- Alfalfa - mencuci usus bagi membuang toksik dan membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
Jadi, untuk ibu-ibu atau bapa-bapa yang nak dapatkan kembali perut anda yang x buncit tu boleh mencuba Omega Guard sahaja atau satu set lengkap.
**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
No comments:
Post a Comment