Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, January 13, 2014

Apa Itu Rotavirus

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Apa Itu Jangkitan Rotavirus
Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit-birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakal bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini. Malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.

Apa Itu Rotavirus
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalamjangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najisbindividu yang telah dijangkiti. ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

Simptom dan Tanda Jangkitan Rotavirus
  • Cirit-birit berlarutan
  • Muntah berterusan
  • Sakit perut
  • Demam dan selsema
  • Bau najis terlalu busuk
  • Komplikasi Rotavirus
Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, malah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.


Cara Mengatasi Rotavirus dan Cirit Birit
  • Bayi diberikan vaksin Rotavirus yang diambil seawal usia 8minggu hingga 8bulan. Pengambilannya adalah melalui mulut bayi atau kanak-kanak.
  • Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan dehidrasi
  • Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati ciri-birit
  • Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
  • Temui doktor jika tanda dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya melalui no di bawah. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia dan konsultasi adalah PERCUMA.

♥ Pesanan l Pertanyaan 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Supplement Shaklee Untuk Masalah Cirit-Birit



Masalah cirit-birit (diarea) selalunya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang singkat. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut. 

Kekerapan pembuangan najis berbeza di kalangan individu. Ada laporan yang mencatat berat normal najis sehari lebih kurang 100 hingga 150g. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300g, ini dianggap sebagai cirit birit.

Cirit -birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.

Tanda-Tanda Awal
Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk seluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan demam.

Simptom
  • Ketidaknormalan kerap berlaku dalam pergerakan usus.
  • Kehilangan banyak air dan najis yang tidak dicerna sepenuhnya.
  • Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di bahagian ulu hati.
  • Flatulence (kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan dan kerap)
  • Apabila bahagian perut abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
  • Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah.
Tempoh Berlaku
Dalam kebanyakkan kes, cirit-birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. 

Supplemen Shaklee yang dapat membantu
Bagi meredakan situasi ulang alik ke bilik air ini, saya sarankan untuk pengambilan alfalfa dan ikuti dengan Performance Drink. Tujuan pengambilan Alfalfa kerana ia adalah sejenis fiber yang akan menyerap kotoran dalam perut selain ia beralkali dan segala proses pembuangan dapat dibawa keluar dalam bentuk bukan cecair.

Performance Drink pula adalah untuk mengurangkan letih akibat cirit birit. Ia membantu mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. Selain daripada itu, ia juga  mencegah penyahhidratan kerana kebiasaannya apabila kita cirit birit badan kita akan menjadi 'kering' -kekurangan air dalam badan.

Kebiasaannya cirit birit akan berkurangan dan tidak berlarutan selepas pengambilan supplement ini, namun sekiranya simptom berlarutan dan ditambah dengan muntah, sila ler berjumpa dengan doktor.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Saturday, January 11, 2014

Set Ibu Hamil

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Sepanjang tempoh kehamilan, tubuh ibu mengalami banyak perubahan untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan dan juga sebagai persediaan untuk proses bersalin dan selepas bersalin. Nutrisi yang baik dan mencukupi adalah penting semasa tubuh wanita mengalami tranformasi ini.

Shaklee menyediakan set bagi ibu hamil. Supplement-supplement ini selamat untuk ibu dan juga bayi di dalam kandungan. 

Trimester 1
  • Vita-Lea  
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix 
Trimester 2 & 3
  • Vitalea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard  
Apa yang terkandung dalam set ini
Vita-lea Iron Formula
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

B-Complex
Dilengkapi dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, anti stress, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu sentiasa berfikiran positif. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-Lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.

Ostematrix
Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet ibu hamil adalah sangat penting untuk memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh ibu hamil. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku di saat melahirkan.

Pengambilan kalsium  turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Kebiasaannya sesetengah ibu yang sedang menyusukan anak dan melaui menstrual (period)n akan mengalami masalah susu merudum. Ini adalah disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.
 
Omrga Guard
Membantu dalam pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil supplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.

Untuk anda mendapatkan set ini dengan harga yang terbaik dan konsultasi PERCUMA, hubungi saya di talian seperti di bawah. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Usus Kotor Punca Segala Penyakit

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

 Pengamalan Cara Hidup Moden dan Pengumpulan Toksin
Cara hidup zaman moden adalah kurang sihat kesan daripada pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.

Apakah itu sembelit? 
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10auns najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata 'Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus'. Sebenarnya anda silap. Walaupun kita membuang air setiap hari ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Akibatnya kebanyakkan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.

Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu saja, ia juga membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika datang haid. Justeru itu, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas adalah dengan menghapuskan sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.

Adakah anda mempunyai tanda-tanda usus kotor seperti di bawah:
  • Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
  • Sembelit atau cirit birit yang kerap.
  • Masalah-masalah kulit - jerawat, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya
  • Kuku dan rambut yang rapuh
  • Badan dan nafas berbau
  • Sering sakit kepala
  • Sakit leher, bahu, sendi dan otot
  • Peredaran darah yang lemah - tangan atau kaki sejuk]
  • Imsomnia atau masalah tidur
  • Meradang dan kemurungan
  • Kitaran haid yang tidak menentu dan masalah-masalah putus haid
  • Berat badan dan pembendungan air dalam badan
  • Masalah penghadaman, kesenakan dan rasa loya yang kerap
  • Alergi dan pengidaman makanan
  • Peningkatan tekanan darah
  • Kurang tenaga syahwat.
Pembersihan Usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtosifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi serta makan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang. 

Dapatkan segera set pembersihan usus daripada Shaklee yang terdiri daripada Alfalfa Complex dan Ostematrix. Hubungi saya untuk mendapatkan set ini dengan harga yang terbaik dan konsultasi PERCUMA. 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Friday, January 10, 2014

Carotomax

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Vitamin A merupakan salah satu vitamin larut lemak dan juga antioksidan yang baik untuk mengawal radikal-radikal bebas. Tahukah anda yang Shaklee mempunyai Vitamin A untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia di panggil Carotomax. Pada kebiasaannya Carotomax ini terkenal sebagai supplement untuk masalah rabun. Namun tahukah anda yang Carotomax ini bukan hanya untuk membantu masalah tentang mata (rabun) tetapi ia juga untuk awet muda, kesihatan jantung, kulit, antioksidan dan mencegah Alzheimer. Banyakkan fungsi-fungsi Carotomax ini. Jom kita ketahui lebih lanjut mengenai kehebatan Carotomax ini.

Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene dan xeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.
Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada lobak merah, tomato dan sebagainya.
Apakah fungsi carotenoid  dan kebaikannya?

  1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas.
  2. Sumber Vitamin A terbaik
  3. Meningkatkan sistem imunisasi
  4. Membetulkan fungsi organ tubuh.  
Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan menganbil sayuran ini tanpa di masak.

Manfaat Utama Carotenoid

  • Lebih selamat berbanding Vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan mengakibatkan Tosisiti. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932 satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat pengambilannya.
  • Mempertingkatkan penglihatan - Ia menghasilkan 'unggu visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bag dan gegelung hitam mata.
  • Meredakan penyakit kulit - Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psorisis, senile palgue, kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies dan ulser kulit.
  • Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar korna, rongga, oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari dan merawat ulser saluran usus.
  • Melawan kanser dan oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel yang teroksida.
  • Menghalang infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respiratori paru-paru, batu hepatitis, ashtma, flu dan selsema.
Tanda-tanda kekurangan Carotenoid

  1. Masalah jerawat
  2. Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
  3. Tumbesaran terencat
  4. Masalah tidur dan insomnia
  5. Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
  6. Masalah rabun malam

Tahukah Anda?


Tahukah anda bahawa Carotomax mengandungi carotenoid yang menyamai dengan :
**Beta Carotene = 102biji pisang
**Lycopene = 714 biji buah aprikot
**Lutein dan Xeaxanthin = 285 biji buah limau merah
**Alpha Carotene = 89 biji rasberi

Hubungi saya untuk mendapatkan Carotomax dengan harga istimewa dan konsultasi PERCUMA. Penghantaran adalah keseluruh Malaysia.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Thursday, January 9, 2014

Ovarian Cyst dan GLA Complex

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Apakah Cyst Ovari?
Cyst Ovari adalah setiap koleksi cecair yang dikelilingi oleh dinding yang sangat nipis di dalam ovari. Setiap folikel ovari yang lebih besar dari dua sentimeter disebut cyst ovari. Cyst ovari mungkin berukuran sekecil kacang peas atau lebih besar dari oren. Sesetengah cyst ovari menimbulkan masalah seperti pendarahan dan kesakitan. Pembedahan mungkin diperlukan untuk menghilangkan cyst ovari yang berukuran lebih besar dari 5cm diameter.

Ramai wanita menghidapi cyst ovari ini tetapi tidak ramai yang menyedarinya kerana tiada simptom atau tanda-tanda yang jelas. Tetapi cyst ovari menunjukkan masalah pada sistem peranakan dan antara punca masalah ketidaksuburan dan sukar hamil.

Terdapat beberapa jenis cyst ovari tetapi yang biasa kita dengar adalah:
  • Endometriosis - terjadi apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan memerangkap darah haid yang keluar setiap bulan. lama-kelamaan membentuk cyt pada ovari dan menyebabkan sakit ketika haid dan semasa seks.
  • Polycystic Ovaries (PCOS) - Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepaskan telur (sel ovum) gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Lama kelamaan semakin banyak cyst terbentuk dan memenuhi ovari.
Cyst boleh dikesan dengan mudah melalui ultrasound tetapi selalunya dikesan secara tidak sengaja ketika pemeriksaan faraj atau servik. Rata-rata wanita yang mengidap cyst pada peringkat yang tidak serius, cyst tersebut boleh hilang dengan sendirinya. Namun bagi mereka yang menghidap endometriosis dan PCOS, ia mungkin punca anda tidak subur dan sukar hamil. Cyst juga boleh menjadi lebih serius hingga ke peringkat kanser ovari.

Bagaimana merawat Cyst Ovari?
  1. Doktor akan mengambil langkah'tunggu dan lihat' kerana kadangkala cyst akan mengecut dengan sendirinya.
  2. Jika membesar dan makin serius, cyst akan dibuang melalui pembedahan.
  3. Rawatan hormon untuk menyeimbangkan hormon dan mengelakkan pembentukan cyst.
Disamping meneruskan rawatan doktor, jika anda mencari alternatif untuk merawat cyst, GLA Complex adalah alternatif terbaik untuk anda.

Bagaimana GLA Complex membantu merawat Cyst?
GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega 6 yang diperlukan badan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.

Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat mengecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus merawat masalah cyst anda.


Hubungi saya untuk mendapatkan produk dan konsultasi PERCUMA.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Mungkin ada pendapat yang mengatakan yang menurunkan berat badan adalah mudah. Memang betul. Ia adalah mudah bagi mereka yang makan secara sihat dan bersenam. Namun ia akan menjadi sukar apabila ada faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan.


  1. Faktor Keturunan - Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal pasti susur galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengarhui di mana lemak disimpan dan selaju mana metabolisme bekerja.
  2. Jantina - Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih mudah untuk menurunkan berat badan.
  3. Umur - Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.
  4. Jenis Bentuk Badan - Epal atau Pear? Dimana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme. Bentuk Badan Epal: cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetis dan kanser. Bentuk Badan Pear: Cenderung untuk menumpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.
  5. Jisim Otot - Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita iaitu bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini adalah kerana tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. Lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50kalori sehari.
  6. Jisim Lemak - Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme kerana lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.
  7. Tabiat Bersenam - Selalu bersenam, berjalan, berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini adalah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.
  8. Tabiat Makan - Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat seperti mengelakkam waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metabolisme. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan dirimakan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu anda paling aktif.
  9. Teori Set Point - Satu teori berkaitan metabosme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai 'SET POINT' yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga 'SET POINT'sahaja. Kita boleh mengubah 'SET POINT" badan dengan  menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan dan ini bolrh memberi masa kepada badan untuk ke 'SET POINT' yang baru.
Untuk mereka yang ingin mendapatkan produk dan konsultasi PERCUMA : KLIK SINI

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...