Apa Itu Jangkitan Rotavirus
Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit-birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakal bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini. Malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.
Apa Itu Rotavirus
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalamjangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najisbindividu yang telah dijangkiti. ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.
Simptom dan Tanda Jangkitan Rotavirus
- Cirit-birit berlarutan
- Muntah berterusan
- Sakit perut
- Demam dan selsema
- Bau najis terlalu busuk
- Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, malah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.
Cara Mengatasi Rotavirus dan Cirit Birit
- Bayi diberikan vaksin Rotavirus yang diambil seawal usia 8minggu hingga 8bulan. Pengambilannya adalah melalui mulut bayi atau kanak-kanak.
- Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan dehidrasi
- Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati ciri-birit
- Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
- Temui doktor jika tanda dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya melalui no di bawah. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia dan konsultasi adalah PERCUMA.
♥ Pesanan l Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
No comments:
Post a Comment