Pengamalan Cara Hidup Moden dan Pengumpulan Toksin
Cara hidup zaman moden adalah kurang sihat kesan daripada pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.
Apakah itu sembelit?
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10auns najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata 'Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus'. Sebenarnya anda silap. Walaupun kita membuang air setiap hari ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Akibatnya kebanyakkan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.
Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu saja, ia juga membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika datang haid. Justeru itu, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas adalah dengan menghapuskan sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.
Adakah anda mempunyai tanda-tanda usus kotor seperti di bawah:
- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit birit yang kerap.
- Masalah-masalah kulit - jerawat, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher, bahu, sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah - tangan atau kaki sejuk]
- Imsomnia atau masalah tidur
- Meradang dan kemurungan
- Kitaran haid yang tidak menentu dan masalah-masalah putus haid
- Berat badan dan pembendungan air dalam badan
- Masalah penghadaman, kesenakan dan rasa loya yang kerap
- Alergi dan pengidaman makanan
- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat.
Pembersihan usus adalah proses penyahtosifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi serta makan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.
Dapatkan segera set pembersihan usus daripada Shaklee yang terdiri daripada Alfalfa Complex dan Ostematrix. Hubungi saya untuk mendapatkan set ini dengan harga yang terbaik dan konsultasi PERCUMA.
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
No comments:
Post a Comment