Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Thursday, January 9, 2014

Faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Mungkin ada pendapat yang mengatakan yang menurunkan berat badan adalah mudah. Memang betul. Ia adalah mudah bagi mereka yang makan secara sihat dan bersenam. Namun ia akan menjadi sukar apabila ada faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan.


  1. Faktor Keturunan - Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal pasti susur galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengarhui di mana lemak disimpan dan selaju mana metabolisme bekerja.
  2. Jantina - Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih mudah untuk menurunkan berat badan.
  3. Umur - Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.
  4. Jenis Bentuk Badan - Epal atau Pear? Dimana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme. Bentuk Badan Epal: cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetis dan kanser. Bentuk Badan Pear: Cenderung untuk menumpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.
  5. Jisim Otot - Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita iaitu bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini adalah kerana tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. Lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50kalori sehari.
  6. Jisim Lemak - Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme kerana lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.
  7. Tabiat Bersenam - Selalu bersenam, berjalan, berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini adalah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.
  8. Tabiat Makan - Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat seperti mengelakkam waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metabolisme. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan dirimakan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu anda paling aktif.
  9. Teori Set Point - Satu teori berkaitan metabosme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai 'SET POINT' yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga 'SET POINT'sahaja. Kita boleh mengubah 'SET POINT" badan dengan  menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan dan ini bolrh memberi masa kepada badan untuk ke 'SET POINT' yang baru.
Untuk mereka yang ingin mendapatkan produk dan konsultasi PERCUMA : KLIK SINI

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...