Pernah tak anak-anak kita diserang masalah ruam panas. Setiap anak saya mesti akan menghadapi masalah ini. Masa tu mulaler cari pelbagai alternatif untuk anak lebih rasa selesa. Tapi sebelum tu biar saya ceritakan skit aper yang dimaksudkan dengan ruam panas.
Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik kerana ianya mungkin hanya ruam panas.
Ruam ini pula biasanya akan timbul di kelipat-kelipat kulit atau di tempat-tempat pakaian bayi rapi, termasuk di sebelah atas dada, leher, kelangkang dan ketiak. Ada kemungkinan juga ruam ini akan merebak hingga ke kult kepala jika anak anda memakai topi.
Adakah ruam panas serius?
Apabila tengok anak saya menghadapi masalah ruam ini, perkara pertama yang saya akan fikir adalah adakah ruam ini akan memudaratkan anak saya. Cari punya cari dapat gak ler jawapannya iaitu ruam panas ini adalah sesuatu keadaan yang tidak serius namun ia adalah petanda yang anak anda terlalu panas. Jika anda tidak mengambil langkah untuk menyejukkan dia, dia mungkin mendapat kondisi yang lebih serius, seperti kelesuan haba atau strok haba.
Jika ini berlaku, anak anda tidak akan dapat mengawal suhu badannya dan suhu badan mungkin naik lebih tinggi dari normal dan dia boleh mengalami nyahhidrat.
Apakah yang menyebabkan ruam panas?
Sebelum kita ambil apa-apa tindakan untuk merawat ruam panas ini adalah lebih baik untuk kita kenalpasti dahulu apa yang menjadi punca anak kita kena ruam panas. Salah satu faktornya adalah faktor cuaca. Apabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya.
Selain daripada itu juga, faktor pemakaian anak kita turut menjadi sebab berlakunya ruam panas.Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk.
Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.
Adakah ruam panas itu menyakitkan anak saya?
Tidak, ianya tidak sakit, tetapi kadangkala terasa tersangat gatal dan menjengkelkan, dan sensasi yang mencucuk hebat atau perit itu mungkin akan mengganggu anak anda. Setengah daripada bintik itu juga mungkin terasa pedih jika disentuh.
Bagaimanakah saya dapat mengelakkan ruam panas?
Untuk mengelakkan daripada anak anda diserang ruam panas, anda boleh memastikan anak anda berada dalam keadaan sejuk selesa dengan memakaikannya pakaian benang yang ringan, terutama sekali semasa cuaca panas.
Jika anda kurang pasti samada dia terlalu panas, sentuh kulitnya. Jika kulit dia panas dan lembap itu adalah petanda yang dia terlalu panas. Semasa cuaca panas, jangan biarkan anak anda keluar rumah atau carikan dia tempat yang sejuk, teduh atau berangin untuk dia duduk dan bermain ketika di luar. Pastikan anak anda minum banyak cecair supaya dia tidak menjadi nyahhidrat.
**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
No comments:
Post a Comment