Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Friday, September 26, 2014

Kudis Dan Shaklee

Cinta tidak boleh dipaksa. Biarkan cinta itu datang dengan ikhlas setelah kita mengenalinya. Cinta yang berlandaskan keikhlasan akan hadir dengan kesetiaan. Dan kesetiaan itulah perlu diletakkan pada tempat yang betul. Aduh...mana datang la plak ayat kata pujangga nie. padahal dulu bukan kelas sastera pun.hihihi...jangan marah yer sesekali nk mendedahkan bakat yang terpendam.

Begitu juga ler dengan cintaku pada Shaklee. Segalanya bermula tanpa disengajakan. Bermula dengan set penyusuan untuk diri sendiri dan terus sign up jadi ahli dan seterusnya berputik semangat untuk membantu insan-insan dalam dalam penambahbaikkan dalam aspek kesihatan.

Dahulu Shaklee hanya dikenali oleh segelintir masyarakat sahaja termasuk saya. Ini kerana pada pandangan saya, saya muda lagi kenapa perlu makan ubat. Aduh....supplement bukan ubat. ok, set mind balik. shaklee adalah supplement dan supplement bukan ubat. saya dah melalui tahap itu dan mula menyedari kepentingan supplement dalam hidup saya. 

Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan badan kita memerlukan supplement. Antaranya adalah:
  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan kita.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. hakikatnya nutrien hanya boleh didapati daripada sumber makanan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.
  • Rutin pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet seimbang.
  • Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya.
ok...itu antara faktor-faktor yang menyebabkan kita memerlukan supplement. Pada saya, selepas mengamalkan Shaklee saya dapat merasakan perubahan dalam diri saya. Itulah yang dikatakan Tak Kenal Maka Tak Cinta (sastera lagi...penyakit aper la yang melanda diri nie hari ini).

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah haru (sastera lagi. skit-skit dh ler sastera tu). Saya mohon teruskan lagi yer. semoga tak ader dah kata pujangga yang bakal keluar selepas nie. Pelbagai isu mula timbul berkaitan Shaklee antara Shaklee telah sponsor pihak Israel (bermulalah insiden boikot). Namun kami setia dan percaya pada Shaklee kerana kami di Shaklee kenal apa itu Shaklee. Pihak Shaklee sendiri telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menafikan pembabitan mereka dengan aktivit i sponsor-sponsor nie.

Statement berkaitan isu KI pada 18 Julai 2014

Statement berkaitan isu Shaklee CEO dan Ellie Weisel pada 8 Ogos 2014
Apa isu tentang KI dan Ellie Weisel? Ala, ada yang tak tahu ker. Bukan ker pernah jadi viral di FB suatu ketika dahulu. Tapi kalau tak tahu pun tak per sebab tak rugi pun kalau anda tak tahu.(Opppsss...terlebih sudah).

Beralih kepada isu yang jadi viral juga di FB. FB lagi...kesimpulannya medan sosial nie banyak membawa kebaikan dan keburukan juga bergantung pada situasi. Kalau dok layan FB jer sampai lupa nak masak untuk famili bukan ker dh jadi keburukan tu. tetapi klu FB dijadikan tempat untuk kita menambahkan ilmu daripada apa yang di share di FB itukan kebaikannya. Namun kekadang kebaikkan ini juga boleh bertukar kepada keburukan apabila maklumat yang di share itu tidak di periksa kesahihannya terlebih dahulu sebelum button 'SHARE' itu diklik. Biler itu terjadi, inilah akibatnya.


Akibat daripada viral isu GLA ini juga pihak Shaklee Corporation telah memberikan jawapan yang sewajarnya.
Kenyataan Shaklee berkaitan isu GLA pada 6th September 2014
Namun yang ingin saya suarakan disini kenapa testimoni ini yang jadi viral sedangkan banyak lagi testimoni-testimoni hebat berbanding testimoni yang negatif ini. Disebabkan testimoni hebat ini tak jadi viral biar saya kongsikan beberapa testimoni yang dapat membantu anda untuk membuat pilihan.

Ini baru 3..nak lebih banyak anda boleh Google dengan taip "testimoni GLA Shaklee"
Untuk pengetahuan kita bersama, setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA dan digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Shaklee juga telah membelanjakan sejumlah USD 250,000 untuk tujuan penyelidikan dan 70,000 dos GLA telah digunakan di serata dunia. Produk ini telah dibuktikan secara klinikal mempunyai bioavailabiliti yang tinggi dimana mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu dengan sangat efektif.

Tak ada pun lagi isu kudis nie. Mana dia kudisnya...Kudis yang saya maksudkan adalah isu-isu negatif yang timbul berkaitan Shaklee nie ler. Isu-isu ini sebenarnya menjadi kudis dan akan melarat sekiranya tidak dikawal. Namun kami yang merupakan sebahagian daripada keluarga Shaklee beruntung dan bersyukur kerana pihak Shaklee sentiasa mengambil berat dan menggalas tanggungjawab untuk memastikan isu-isu seperti ini dapat dikawal secara professional.

Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu dipersoalkan memandangkan supplemen Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Saya sendiri telah mengamalkan produk Shaklee sejak 3tahun yang lalu bermula dengan diri sendiri, diikuti oleh suami, anak-anak, ibu bapa saya, ibu bapa mertua, adik-beradik dan sepupu-sepupu saya juga turut mengamalkan Shaklee dan merasai keberkesanannya. Marilah sesama kita alami kehebatan dalam tahap kesihatan kita dengan supplemen Shaklee yang Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. Tambahan skit lagi Produk Shaklee untuk pasaran di Malaysia telah disahkan Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tepuk dada, tanya Selera. Dalam cinta tiada istilah paksaan. biarkan cinta itu hadir tanpa dipaksa. InsyaAllah...

 **These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

1 comment:

  1. Jom sertai kami bersama Shaklee dalam penambahbaikkan tahap kesihatan anda sekaligus dapat menjana pendapatan sampingan. Potongan harga sehingga 25% ke atas produk apabila anda menjadi Shaklee.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...