Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, June 30, 2014

Kenapa Berat Badan Tak Turun

Hari raya dah semakin hampir. Dah mula berpuasa pun sekarang. Tapi..... kenapa berat badan nie tak turun-turun lagi. Anda stress bukan. jangan biarkan stress itu terus mengejar anda. Jom kita kenali antara faktor-faktor yang menyumbangkan kepada berat badan yang tak turun nie.


1. Rintangan Leptin
Sel-sel lemak anda tidak hanya merupakan lapisan-lapisan yang bergoyang dan menggelebeh yang membuatkan anda pakai apa pun jadi tak sesuai, tapi ia merupakan sebahagian daripada hormon endokrin dalam sistem badan. Sel-sel lemak menghasilkan hormon yang dipanggil leptin. Salah satu tugas leptin adalah untuk memberitahu otak anda untuk menggunakan bekalan lemak badan bagi mendapatkan tenaga. Rintangan Leptin berlaku apabila leptin tidak diiktiraf oleh badan, khususnya oleh sel-sel hypothalamic otak anda. Badan anda kemudian akan diset dalam mod kebuluran, yang membuat badan mahu menyimpan lebih banyak lemak.

2.Rintangan Insulin
Sama seperti rintangan leptin, rintangan insulin bukan merupakan kekurangan hormon tetapi corak rintangan hormon tersebut. Kebanyakan orang tahu rintangan insulin boleh menyebabkan penyakit diabetes jenis II. Antara tanda-tanda sindrom metabolik pra-diabetes adalah penentangan terhadap insulin. Ini bermakna badan anda menghasilkan insulin tetapi badan anda tidak menggunakannya dengan betul. Masalah di sini adalah insulin adalah hormon yang menyimpan lemak, yang membuatkan penurunan berat badan menjadi sangat sukar. 

3: Disfungsi Adrenal
Kelenjar adrenal anda memainkan peranan utama dalam sistem endokrin anda. Salah satu fungsi kelenjar adrenal 'adalah untuk menghasilkan kortisol, hormon yang mengawal tekanan. Apabila badan anda menghasilkan kortisol berlebihan, ini boleh menyebabkan badan anda untuk kekalkan berat badan. Jadi proses untuk menurunkan berat badan akan terganggu.

4: Masalah Tiroid
Banyak sebab kenapa tiriod yang sihat dapat berfungsi dengan baik, salah satunya adalah kerana tiriod keupayaan untuk mengurangkan berat badan. Jika hormon perangsang tiroid (TSH) adalah "biasa,"  secara amnya seseorang itu tidak mempunyai apa-apa masalah dan hanya perlu jaga makan untuk kurus. Penurunan berat badan akan bermasalah kalau tiriod juga bermasalah. 

5: Ketidakseimbangan Estrogen / Progesteron 
Keseimbangan antara progesteron dan estrogen adalah penting untuk kesihatan optimum di kalangan wanita. Ketidakseimbangan estrogen adalah faktor yg dilihat ramai pesakit bergelut dengan menurunkan berat badan. 

6: Sistem Usus

Sistem usus adalah sistem yang luar biasa yg terdiri daripada kira-kira 80% daripada sistem imun anda dan rumah kepada bertrilion bakteria. Boleh rujuk link ini untuk mengetahui bagaimana bakteria usus boleh mempengaruhi proses penurunan berat badan. 

7:  Toksin yang banyak dalam badan 
Toksin alam sekitar atau produk yang digunakan di dalam rumah kita dan di dalam badan kita boleh memberi kesan yang besar ke atas keupayaan kita untuk mengurangkan berat badan. Toksin yang memasuki badan kita disimpan dalam sel-sel lemak kita. Sel-sel lemak melindungi organ-organ penting badan sebab itu lemak perut dianggap lebih berbahaya daripada lemak badan yang lain, kerana ia disimpan begitu dekat dengan orang-orang organ berharga. 

Racun perosak dan PCB (daripada pencemaran industri) akan mengganggu metabolisme kita apabila mereka dibebaskan daripada tisu lemak yang disimpan. Dengan kata lain, apabila kita mula menurunkan berat badan dan lemak-lemak badan dipecahkan, ianya akan membebaskan bersama toksin ke dalam badan kita dan melambatkan metabolisme. Racun perosak dan PCB, mengganggu banyak aspek metabolisme termasuk mengganggu tahap hormon, menyekat reseptor tiroid, menekan fungsi hati, dan merosakkan mitokondria dan keupayaan mereka untuk membakar kalori selepas penurunan berat badan. Toksin juga boleh merosakkan isyarat hormon, mempengaruhi hormon yg sangat penting iaitu hormon leptin. Boleh baca lanjut bagaimana toksin mengganggu dalam misi menurunkan berat badan di sini 

Bila anda mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan walaupun anda dah control makan, ambil supplement untuk mengawal berat badan mahupun buat regular senaman, mungkin faktor-faktor di atas menjadi penyebabnya.

Apa yang penting ubah gaya hidup kita dan pengambilan supplemen akan lebih membantu anda dalam misi menurunkan berat badan. Anda boleh mendapatkan supplemen Shaklee yang dapat membantu anda untuk kurus di sini. 

Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Sunday, June 29, 2014

Cara Menguruskan Susu Ibu ke Pusat Asuhan


Setibanya di rumah, mulakan proses dengan mengasingkan EBM yang diperah di tempat kerja tadi sebanyak 4 oz setiap botol dan letakkan kesemua EBM ke dalam bahagian sejuk peti ais (bahagian bawah). 

Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam, keluarkan 3 botol EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. 3 botol EBM beku tadi letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti(bawah). Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya.

Seawal jam 5 pagi bangun mengepam, selepas mengepam, mulakan proses memindahkan EBM yang dicairkan ke dalam botol (sekiranya simpan didalam plastik) dan melabelkan botol-botol susu untuk ke pusat asuhan. Mula-mula susunkan 3 botol 'fresh EBM' dan 3 EBM yang dicairkan semalaman mengikut tarikh dan masa. Kemudian melabelkan setiap botol. Manakala baki 'fresh EBM' di bahagian sejuk saya akan pindahkan ke bahagian beku.

Cara melabel, labelkan dulu EBM yang telah dicairkan kepada nombor 1, nombor 2 dan nombor 3. Sebabnya EBM beku yang telah di cairkan WAJIB di gunakan dalam tempoh 24jam. Jadi anak saya akan habiskan EBM yang dicairkan terlebih dahulu. Dan 3 botol 'fresh EBM' akan dilabelkan mengikut turutan dari nombor 3 hingga nombor 6.

Mengapa kita perlu sediakan 'fresh EBM'? Sebabnya anak kita, kadang-kadang tidak habiskan kesemua stok susu yang kita bekalkan setiap hari, mungkin 4 atau 5 botol sahaja yang dapat dihabiskan. Atau mungkin kesemua susu dapat dihabiskan sekiranya saya lewat mengambilnya di pusat asuhan. Sekiranya susu tersebut tidak dihabiskan, minta jasa baik pengajar pusat asuhan untuk terus meletakkan susu tersebut di dalam peti ais Pusat Asuhan untuk digunakan keesokkan harinya. 'Fresh EBM' dapat tahan selama 2-3 hari dibahagian sejuk peti ais. Dan sekiranya hari tersebut adalah hari jumaat(hari terakhir bekerja)bawa pulang 'Fresh EBM' tersebut untuk dibekukan. 

Amaran; EBM beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sekiranya bayi anda tidak menghabiskan stok dari EBM beku yang telah dicairkan dalam tempoh 24 jam, susu tersebut perlu dibuang. Maknanya membazir kan?.

Juga digalakkan menyediakan  'bottle warmer' untuk pengajar pusat asuhan memanaskan susu. Maknanya pengajar tidak perlu memanaskan air semata-mata untuk merendam susu. Sebenarnya kita sangat digalakkan menggunakan pemanas botol khas kerana EBM tidak boleh dipanaskan lebih 40 degree, nanti merosakkan nutrien.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Thursday, June 26, 2014

Apa Itu G6PD

Pengenalan
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa
Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah dari tali pusat. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi secara keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.
Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat dari hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :
  1. Akibat dari kurang darah
  2. kelihatan pucat
  3. tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  4. pening
  5. degupan jantung yang laju
  6. sukar bernafas
  7. sakit dada

Akibat dari hemolisis 
  1. jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit,
  2. warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubat dan bahan-bahan yang patut dielakkan
Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu mendalami  mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu menjauhi dari terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.

Hemolisis juga akan berlaku jika beliau termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat tersebut agar tidak termasuk di dalam susu ibu.Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda beritahu doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis
  • Makanan dan Herba yang mesti dielakkan
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
  • Chuen Lin
  • San Chi
  • 13 herbs
  • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
  • Ubat yang mesti dielakkan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Wednesday, June 25, 2014

Kenapa Kita Perlu Vivix Shaklee

Pernahkah anda tahu yang jika kita menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain lagi, sel DNA kita semakin lama semakin pendek. Bagi orang yang sihat, sel panjang dan kuat. Bagi orang yang sakit sel pendek, mudah musnah dan akhirnya mati.

Semakin kurang sel sihat maka semakin sakit lah kita.

Disinilah vivix memainkan peranan yang penting. Bila kita amalkan Vivix, bahan yang terkandung didalam vivix akan bertindak dalam 4 cara keatas sel badan kita.

1. Memanjangkan tempoh hayat sel.
2. Memperbaiki sel-sel yang hampir musnah. 
- dalam bahasa pasarnya, sel yg pendek dipanjangkan semula.
3. Menguatkan sel-sel supaya tidak mudah musnah (Perlindungan Selular)
4. Mempertingkatkan fungsi sel


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan. Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

Apa yang boleh kita simpulkan disini, bila kita makan atau amalkan vivix, kita sebenarnya membantu sel-sel badan kita untuk menjadi sihat. Seluruh badan kita terdiri dari sel. Jadi sihat kan sel In Shaa Allah sihat lah badan kita.

Kelebihan lain vivix:
1. Vivix meningkatkan kesuburan.

2. Menurunkan paras kolestrol dan mencairkan darah.

3. Melambatkan penuaan.

4. Mencegah Kanser

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Phytocol-ST : Menurunkan Paras Kolestrol Secara Semulajadi

Masalah kolesterol tinggi bukanlah penyakit tetapi memberi komplikasi yang digeruni iaitu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia menghidapi masalah kolesterol tinggi ini. Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti. Americans Heart Association mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 300mg sehari bagi individu normal & kurang dari 200mg bagi pesakit jantung.


Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang. Jadi tidak pelik jika seorang yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah. Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh. Sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.

Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL. Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh. Sehubungan itu, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada dalam keadaan terkawal. 

Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti: 

* Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan, kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan. 

* Bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu) boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya (LDL) serta meningkatkan kolesterol baik (HDL). 

* Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolesterol HDL 


* Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok memandangkan merokok boleh merendahkan kolesterol HDL

Bagaimana Cara Phytocol-ST Menurunkan Kolesterol?

Phytocol-ST ini diambil sebelum makan dan akan membentuk satu lapisan yang akan menghalang kolesterol dari masuk ke saluran darah.

Phytocol-ST ini akan mencegah penyerapan kolesterol dan akan menurunkan kolesterol jahat (LDL) di dalam badan.

Anda menghadapi masalah kolestrol yang tinggi?
Phytocol-ST adalah jawapannya. Untuk membuat pesanan atau konsultasi anda boleh terus berhubung dengan saya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Kenapa MLM Shaklee Jadi Pilihan Saya

MLM = Multi Level Marketing.

Apa itu MLM ? Ia juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.
Seperti namanya, ia menunjukkan tahap beberapa orang memasarkan produk kepada pelanggan.

Seorang wakil jualan (juga disebut sebagai,ahli pengedar, rakan kongsi sekutu, atau persatuan) mendapatkan pelanggan dan merekrut serta melatih tenaga jualan lain untuk mendapatkan pelanggan.

Ok..tak nak cerita panjang-panjang sebab saya lebih berminat untuk bercerita tentang kelebihan / perbezaan MLM Shaklee dan yang lain-lain. 

Kenapa Shaklee menjadi pilihan saya di antara MLM-MLM lain yang ada kini.
  1. Potensi yang mudah.
  2. Peluang yang cerah.
  3. Modal yang sangat rendah.
  4. MLM yang sangat adil dan tidak seperti MLM yang lain yang mengutamakan mencari ahli semata-mata, tetapi Shaklee berpegang kepada produknya yang terbaik.
  5. Shaklee adalah syarikat yang stabil, yang telah lama bertapak di Malaysia dengan produknya yang selamat, berkesan dan mendapat kelulusan KKM.

Selain daripada itu juga, Shaklee turut menawarkan 3C:
  1. Cash - untung berbentuk duit iaitu Untung Jualan dan Bonus yang diberikan oleh Shaklee.
  2. Car - Bonus kereta yang diberikan oleh Shaklee.
  3. Convention - Ahli Shaklee yang aktif akan mendapat Award semasa majlis berlangsung.
Ahli bukan sahaja dapat duit tetapi ahli juga berpeluang mendapat pakej mengerjakan umrah dan pakej percutian yang ditanggung oleh pihak Shaklee.

Dalam menjalankan MLM, apa yang perlu kita pentingkan adalah pemilihan LEADER yang tepat. Ini kerana bersama group yang saya berada sekarang , kami mementingkan tentang nutrisi melaui coaching yang dijalankan. Sebagai mentor, kami akan memberi tunjuk ajar kepada anda untuk mencapat apa yang anda mahukan apabila menyertai bisnes ini. Untuk berjaya usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan sangat-sangat diperlukan. Tetapi usaha yang bersendirian tanpa bantuan daripada Leader / Mentor yang betul akan menyukarkan perjalanan anda ke arah mencapai kejayaan sehingga mendapat income bulanan 3-4-5 angka.

Sekiranya anda ingin mendapatkan tunjuk ajar daripada kami, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Tidak wujud istilah terlambat selagi kita berusaha untuk memajukan diri kita sendiri. Sertai kami Di Shaklee untuk peluang merubah kehidupan anda sekeluarga.



♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine Park

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Shaklee

Apa yang perlu anda tahu sebelum consume Shaklee?
1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halalnya di sini.


2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, di mana vitamin ini adalah vitamin larut air. Di samping itu, alfalfa mengandungi klorofil yang menyebabkan susu berwarna sedikit kehijauan.

4. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca daripada kurangnya pengambilan air kosong. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba-tiba datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

5. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui pek mini. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.

6. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

7. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

8. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana branch Shaklee?
Jawapan: Boleh. Apabila anda menjadi sebahagian daripada ahli Shakle (Shaklee Independent Distributor) anda akan dapat membeli sendiri di mana-mana branch Shaklee menggunakan ID No. anda sendiri.

9. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sedikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

10. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor pelbagai jenis vitamin yang berkenaan demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

11. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?

Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya. Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 hidangan sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Tuesday, June 24, 2014

Rahsia Set Menyusu Shaklee

Betul ker apa yang orang selalu cerita tentang vitamin Shaklee yang membantu menambah susu badan. Betulkah atau sekadar propaganda penjual?? Ada juga yang bertanya, “Jika saya amalkan set ini memang boleh jamin susu badan saya banyak ke?” Jawapannya terletak pada diri anda sendiri. Boleh jadi YA dan boleh jadi TIDAK. Jawapannya akan menjadi YA, jika anda sangat komited dengan rahsia yang bakal kami kongsikan.Jawapannya akan menjadi TIDAK, jika anda sambil lewa dan mengharapkan vitamin Shaklee menjadi “ubat ajaib”

Di sini, saya ingin kongsikan dengan anda semua dengan rahsia bagaimana untuk menambah susu badan dengan menggunakan vitamin Shaklee.

Rahsia pertama, anda perlu mengikut jadual makan yang disediakan. Tips EKSLUSIF dengan pengambilan vitamin pada masa tertentu membantu proses “booster”

Rahsia kedua, pastikan pengambilan air masak adalah 3 liter sehari paling minima. Pasti ramai yang sudah pening kepala. Jangan risau kerana tips pengambilan air masak dikongsikan sehingga anda minum tanpa disedari.

Rahsia ketiga, pam setiap 3 jam sekali bagi ibu bekerjaya. Tidak tahu bagaimana untuk susun jadual pam anda. Azra Vitamin 4u dapat membantu anda menyediakan jadual pam untuk panduan anda.

Penyusuan susu badan tidaklah terlalu sukar jika ibu-ibu sekelian mengetahui tips & trick .

Sekarang saya akan bongkarkan senarai vitamin Shaklee yang perlu anda gabungkan dengan rahsia di atas.

Sudah semestinya Set 3M – Make More Milk . Pilihan ramai ibu menyusu dan sudah pasti mereka sangat berpuas hati dengan pelaburan yang dikeluarkan.


Ramai yang terkejut pada mulanya kerana mereka perlu ambil 6 jenis supplement. Tetapi anda perlu tahu yang setiap satu daripada produk ini akan memberikan manfaat kepada anda dan bayi anda. InsyaAllah.

Bukan sahaja susu badan semakin meriah, anda mendapat pelbagai bonus percuma dengan set ini.

Bonus Pertama :
Kulit yang cantik serta mulus.

Bonus Kedua :
Penurunan serta pengawalan berat badan.

Bonus Ketiga:
Badan yang sihat serata cergas

Bonus Keempat :

Hubungan keintiman suami isteri yang lebih mesra


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

Monday, June 23, 2014

Metabolisma Rendah


Tanda-tanda orang bermetabolism rendah
  1. Apabila berdiet berat tidak menunjukkan penurunan
  2. Berat naik mendadak bila makan lebih
  3. Susah bersenam kerana rasa trlalu letih
  4. Gemar makanan berkarbo dan manis
  5. Mudah lapar
  6. Makan sikit pun cepat gemuk
  7. Lapar di waktu malam

Punca Metabolisme Rendah

● kekurangan insulin. Iaitu hormon pentg utk tukar gula kpd tenaga. Dlm kes ni, lemak cenderung berhasil & terkumpul pd perut & belakang badan.
● kesilapan memilih mknn dgn indeks glisemik y tggi..

3 Tips Untuk Meningkatkan Metabolism

1) Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak. >> Cadangan Saya : minum ESP soy protein Shaklee, rendah GI dan no kolestrol

2) Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. 

3) Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. >>Cadangan Saya : minum cinch tea Shaklee - Green tea + white tea + red tea.

9 Tips Tambahan Lagi Untuk Meningkatkan Metabolisme
  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil. >> Cadangan Saya ; Pengambilan Ostematrix dapat menampung keperluan kalsium dalam badan anda.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  8. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  9. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

9 tips tambahan ini dikongsi daripada kevinzahri.com

Cukup tak dengan tips yang telah diberikan tadi. Semoga tip-tip ini dapat membantu anda. Anda juga boleh menambahkan set membakar lemak seperti Lecithin atau Omega Guard dan set fiber seperti Alfalfa dan Herb Lax. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai produk-produk yang bersesuaian dengan anda. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine 

Mengatasi Badan Lemah dan Lesu


Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?

Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:
  1. Pemakanan yang tidak sihat
  2. Tekanan dan stress
  3. Kegemukan
  4. Pekerjaan yang memenatkan
  5. Insomnia
  6. Darah rendah/anemia
  7. Perokok tegar
  8. Mengambil kafein secara berlebihan
  9. Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  10. Tidak melakukan senaman
  11. Pengambilan ubat-ubatan
  12. Kekurangan air
  13. Kehamilan

Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu dan Kebaikkannya

1.  Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2.  Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
3.  Menguatkan sistem imun anda
4.  Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Vitalea Iron Formula
Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian. Penyediaan makanan yang tidak sihat, diet tidak seimbang, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemar dengan pesticides,menyukarkan tubuh kita memperolehi bekalan nutrient yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan prestasi tubuh kita merosot sedikit demi sedikit tanpa disedari. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

Sustained Release Vita-C 500MG


Satu tablet vitamin C bersamaan dengan 7 biji setengah oren asli.Vitamin C Shaklee didatangkan dengan fungsi sustained release,di mana ia akan dilepaskan secara berperingkat mengikut masa demi memastikan vitamin C tersebut kekal dalam badan,kerana vitamin C merupakan vitamin larut air dan mudah musnah.Sangat penting untuk pembentukkan kolagen,sistem imun badan,bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

B-Complex


Mengandungi 8 kumpulan vitamin B untuk memenuhi keperluan tubuh.Bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) di samping memberi ketenangan pada tubuh.Di sebabkan itu, vitamin B merupakan vitamin paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan.Ia mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma,tenaga dan kesihatan otak serta membantu kulit wajah kelihatan berseri dan tidak kusam.

Apabila keperluan vitamin dan mineral di dalam badan kita mencukupi, maka badan kita secara automatik akan berasa segar dan bersemangat untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease**

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi, Dengkil, Putrajaya, Cyberjaya & Equine 

Sunday, June 22, 2014

Shaklee Untuk Kesihatan Seisi Keluarga


Mungkin ada sesetengah dari anda yang sukar untuk menelan pil-pil Shaklee yang bersaiz agak besar walaupun merasakan produk Shaklee ini adalah bagus. Sesungguhnya rangkaian produk Shaklee menyediakan prasarana untuk setiap lapisan umur dan situasi.

Jika tidak boleh nak telan pil, alternatif lain turut disediakan.

Disini saya kongsikan antara cadangan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian.

Bayi 0-2 tahun : Pemberian susu ibu adalah vital. Untuk membekalkan nutrient yang secukupnya, tidak memerlukan sebarang supplement, cukuplah si ibu yang mengambil set Breastfeeding dengan tambahan seperti Ostematrix, Omega dan Soy Protein. Insya-Allah air susu yang lebih bernutrisi untuk bayi anda.

2-4 tahun : Meal Shake, Omega.

4-12 tahun : Chewable Vita-C 100mg, Chewable Vita Lea, Meal Shake, Omega

12 tahun ke atas (pelajar) : Set A, Omega

Wanita dewasa : Set F, Set A, Set E

Ibu hamil : Set A, Soy Protein, Ostematrix, Omega

Ibu dalam pantang : Set D, Vita-E, Soy protein, Omega

Ibu menyusukan : Set B, Soy Protein, OStematrix, Omega

Lelaki dewasa : Set A, Vita-E

Mereka yang mengalami masalah menelan pil : Meal shake, Vivix, Nutriferon

Untuk imuniti : Nutriferon

Untuk antioksidan : Vivix

Senarai di atas cuma cadangan, untuk produk/vitamin yang lebih sesuai boleh consult terlebih dahulu, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Shaklee sebenarnya produk untuk seisi keluarga. Ia lebih menjimatkan berbanding produk-produk lain kerana:-

1) Hanya mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh, bukan bahan-bahan penggalak lain seperti steroid dan sebagainya.
2) Sesuai diambil oleh seisi keluarga dan tiada bahan-bahan hanya khas untuk wanita/lelaki sahaja. Shaklee sesuai untuk semua, apa yang dinyatakan  di atas itu hanyalah cadangan saja.
3) Mengandungi wide-range produk pemakanan untuk seisi keluarga.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Friday, June 20, 2014

Petua Mendapatkan Gigi Putih

Asyik tentang Shaklee jer kan..apa kata kita ubah skit topik arini. arini nak bagi petua plak ler. Petua untuk mendapatkan gigi putih.


Gigi merupakan aset penting dan jika gigi anda kekuningan pastinya akan membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai. 

Jika anda merupakan salah seorang yang mempunyai masalah ini, jangan gusar kerana kami ada beberapa petua yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah gigi yang kekuningan ini. 

Colekkan sedikit kapur sirih di kapas. Gosok perlahan-lahan di celah gigi yang kuning. Pastikan anda mengamalkannya. 

Petua kedua, anda boleh lakukan adalah dengan membakar sehingga hangus sebiji pinang kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini ke gigi. Kumur bersih. 

Cara yang ketiga adalah dengan menggoreng tanpa minyak sedikit biji asam jawa kemudian tumbuk halus dan ambil debunya. Gosokkan pada gigi setiap hari sehingga nampak kesannya. 

Manakala cara yang paling popular pastinya dengan menggunakan abu. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membakar daun kelapa hingga menjadi abu. Gosokkan ke gigi hingga putih. 

Kemudian, gunakan ubat gigi. Selamat Mencuba.



**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

Thursday, June 19, 2014

Punca Masalah Kesuburan

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman² semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita):

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal. Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.


Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua ke?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan:


Untuk Suami : Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : GLA Complex dan Alfalfa

Untuk anda yang berminat untuk mendapat set kesuburan Shaklee dan konsultasi, anda boleh terus berhubung dengan saya. Penghantaran adalah keseluruh Malaysia.


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...