Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Tuesday, June 10, 2014

Apabila Anak Cirit Birit


Kerap kali apabila kita mempunyai anak kecil pasti kita akan melalui saat di mana anak kita diserang cirit-birit. Anak kita akan berada dalam ketidakselesaan apabila dia cirit birit. leh itu adalah lebih baik untuk kita memberi tumpuan yang lebih pada mereka.

Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan memeluk dia dan menenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin kerana mudah untuk punggung bayi menjadipedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah ketidakselesaan jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakinlah bahawa bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa. 

Apa Itu Cirit Birit

Cirit-birit berlaku apabila pembuangan air besar adalah cair dan berair hingga tiga atau lebih kali sehari, atau keadaan yang tidak normal bagi seseorang individu. Cirit-birit adalah masalah biasa, dan dalam kebanyakan kes, ia boleh berlarutan selama 2 hingga 3 hari. Cirit-birit boleh disembuhkan dengan ubat tanpa preskripsi. 

Cirit-birit biasanya tidak teruk, dan berhenti dengan cepat tanpa banyak komplikasi dalam kalangan dewasa. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kes cirit-birit yang serius adalah mustahil, dan janganlah mengabaikan gejala atau tanda serius yang mungkin timbul.

Cirit-birit biasanya adalah satu tanda jangkitan gastrousus, yang boleh berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk:
  1. Makanan dan minuman yang tidak bersih – dicemari bakteria, dan kuman lain.
  2. Makanan yang tidak dimasak dengan betul, seperti daging, makanan laut, atau produk tenusu (telur) yang tidak dimasak dengan betul.
  3. Makanan yang tidak disimpan dengan kaedah yang betul, seperti susu atau makanan sudah dimasak.

Apa yang menyebabkan cirit-birit dikalangan kanak-kanak?

Cirit-birit yang dihadapi oleh anak kecil harus diberikan perhatian yang lebih.Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. 

Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:
  1. alergi (baca lebih lanjut mengenai alergi dan alahan terhadap susu dan alergi terhadap makanan)
  2. susu formula tidak disediakan dengan sempurna
  3. selesema
  4. antibiotik
  5. keracunan makanan
  6. kekurangan enzim tertentu, walaupun ini sangat jarang

Bilakah anda harus menghubungi doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda membuang najis yang cair selama lebih daripada dua hari, jumpalah doktor. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh membawanya kepada doktor atau pakar kanak-kanak jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut: 
  1. kulit atau bibir kering
  2. lemah lesu
  3. menangis tanpa air mata
  4. ubun-ubun yang mengecut
  5. tangan dan kaki pucat
  6. air kencing kuning pekat
  7. kurang kencing berbanding biasa

Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian: 
  1. cirit-birit dan muntah lebih daripada 24 jam
  2. demam lebih daripada 24 jam
  3. enggan minum apa-apa
  4. terdapat darah dalam najisnya
  5. perutnya membuncit
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam menghadapi situasi apabila anak anda diserang cirit birit.

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee, anda boleh terus berhubung dengan saya di 010-2310059(Atira). Konsultasi adalah untuk anda, pelanggan-pelanggan setia saya.

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...