Selamat Tahun Baru 2015, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua follower saya walau dimana jua anda berada. Saya doakan moga tahun yangmendatang ini bakal membawa seribu kegemilangan dalam hidup anda.
Semangat baru untuk tahun baru. Kalau aritu saya ader bercerita tentang Cabaran 31 Hari Mencari Cinta, mungkin pada anda cabaran itu hanya untuk saya seorang sahaja. ok, kali ini saya bawakan satu cabaran yang mana anda juga boleh turut serta dalam cabaran ini. Cabaran ini memerlukan penglibatan anda selama 52 minggu. InsyaAllah, sekiranya anda berjaya menempuh cabaran ini, bermakna akan ringan beban anda apabila anak-anak anda nak memulakan sesi persekolahan tahun depan. Aik....yg tahun nie punyer sesi persekolahan pun tak mula lagi dah pikir untuk tahun depan. tak salah berpandangan jauh kan.
Apa yang perlu anda lakukan.... Anda hanya perlu memiliki satu balang duit atau apa-apa sahaja bekas yang boleh digunakan untuk mengisi duit. pastikan bekas itu berjaya menampung ribuan ringgit sebabdi akhir cabaran jumlah yang akan berada dalam bekas tersebut adalah RM1,378. Menarik bukan...
Jom saya teruskan untuk langkahseterusnya. Sila buat jadual seperti contoh gambar di bawah mengikut kreativiti anda. lagi menarik jadual yang kita buat lagi tertarik kita nak teruskan cabaran ini.
Langkah seterusnya, anda isilah bekas yang anda sediakan tadi setiap minggu mngikut jumlah seperti yang tertera di dalam jadual diatas / jadual yang anda buat tu dan tandakan 'tick' supaya anda tidak terlupa samaada anda dahmasukkan duit atau tidakuntuk minggu tersebut.
Mudah bukan...Selamat Mencuba dan semoga anda berjaya mencabar diri anda untuk menyahut cabaran ini. Kepada anda yang sudah memulakan cabaran ini, semoga anda berjaya. Nanti anda boleh kongsikan pengalaman atau kejayaan anda di ruangan komen di bawah yer. Good Luck Semua...
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine Park
menarik gak.. sempat lg nie nak buat. baru 4hb
ReplyDelete