Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, January 5, 2015

Kepentingan Tulang Yang Sihat

Tahukah anda yang kesihatan tulang adalah salah satu daripada elemen penting untuk kesejahteraan hidup. Tanpa sokongan dan perlindungan daripada tulang, kita tidak mungkin dapat melakukan aktiviti-aktiviti fizikal walaupun aktiviti yang paling mudah. Kita hanya mempunyai satu set tulang untuk digunakan seumur hidup. Oleh sebab itu, kesihatan tulang yang baik adalah kunci kepada kehidupan yang sihat dan aktif. Kita perlu memberi perhatian untuk memastikan tulang-tulang kita mendapat khasiat pemakanan yang betul agar kita dapat terus melakukan aktiviti-aktiviti yang kita gemari.


Tulang Merupakan Tisu Yang Hidup

Tulang merupakan struktur yang kompleks dan dibahagikan kepada dua kategori utama; kortikal dan trabekular. Kortikal atau tulang-tulang padat membentuk lapisan luar tulang dan membentuk sebahagian besar rangka manusia. Trabekular membentuk bahagian dalam tulang dan mempunyai struktur ala jaringan atau seperti struktur sarang lebah. Kedua-dua tulang kortikal dan trabekular ini mengandungi sel-sel hidup yang terkandung di dalam satu matriks organik yang terdiri daripada serat-serat protein.

Bahan mineral seperti kalsium dan fosforus diendap ke dalam matriks tulang. Selain itu, nutrien-nutrien lain juga penting bagi metabolisme tulang yang normal termasuklah vitamin D, vitamin K, magnesium dan zink. Bekalan nutrien-nutrien ini adalah bergantung kepada pengambilan diet harian kita. Oleh sebab tulang merupakan tisu yang hidup, maka khasiat pemakanan yang tepat adalah penting untuk tulang. Seperti hidupan lain, rangka manusia sentiasa diperbaharui dengan sendirinya, melalui kitaran penguraian dan pembentukan yang dikenali sebagai proses pembentukan semula tulang. Keberkesanan proses semula jadi ini adalah bergantung kepada pemakanan yang kita bekalkan kepada tubuh kita.

Tulang yang Sihat vs Tulang yang Tidak Sihat
Membekalkan Pemakanan Untuk Tulang Anda

Seseorang itu akan mengalami satu tahap pertumbuhan tulang yang pesat, di mana tulang-tulang akan menjadi lebih besar, berat dan padat. Apabila seseorang itu mencecah pertengahan usia 20-an, dia akan mencapai satu titik ketumpatan dan kekuatan maksimum tulang yang dipanggil `puncak jisim tulang'. Ketika zaman kanak-kanak dan remajalah keperluan bagi pemakanan tulang yang secukupnya adalah amat penting.


Kita perlu memastikan bahawa tubuh kita menerima bekalan vitamin, mineral dan nutrien yang optimum bagi melengkapkan proses pembentukan semula tulang untuk mendapatkan jisim tulang yang maksimum. Sebahagian daripada nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk tulang yang sihat adalah protein, magnesium, zink, fosforus dan vitamin C. Walau bagaimanapun, terdapat tiga nutrien yang memainkan peranan tersendiri dan juga berfungsi secara sinergi dalam mengoptimumkan kesihatan tulang.

Kalsium
Kalsium adalah salah satu mineral utama dalam pembentukan tulang yang diperlukan oleh tubuh dan kepentingan mineral ini merupakan asas yang telah lama bertapak dalam sains pemakanan untuk tulang. Penyelidikan telah membuktikan hubungan di antara pengambilan kalsium yang mencukupi dengan puncak jisim tulang yang optimum di awal kehidupan dan pencegahan kehilangan jisim tulang ketika usia tua.

Vitamin D
Vitamin D meningkatkan keberkesanan penyerapan kalsium, oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tahap kalsium yang optimum di dalam darah. Pengetahuan saintifik menyatakan bahawa kekurangan vitamin D adalah berkaitan dengan ketumpatan tulang yang rendah dan risiko keretakan tulang yang tinggi, terutamanya pada golongan tua.

Vitamin K
Vitamin ini telah lama dikenali melalui peranannya dalam proses pembekuan dan penggumpalan darah. Bagaimanapun, kebelakangan ini semakin banyak bukti menunjukkan bahawa vitamin K memainkan peranan dalam mengoptimumkan kesihatan tulang. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa vitamin K amat penting dalam salah satu proses utama dalam pembentukan tulang iaitu proses pengkarboksilan osteocalcin, protein yang ditemui dengan banyaknya di dalam tulang. 

Vitamin K berfungsi dengan meningkatkan jumlah osteocalcin yang aktif, yang dapat meningkatkan daya tarikannya terhadap kalsium. Ini akan mengekalkan dan mengikat nutrien-nutrien di dalam tulang. Kajian populasi telah melaporkan bahawa terdapat hubungan antara tahap pengambilan vitamin K yang rendah, dengan pengurangan ketumpatan jisim tulang dan peningkatan risiko keretakan tulang. Penemuan ini dikenal pasti pada kedua-dua jantina, lelaki dan wanita yang merangkumi pelbagai peringkat umur.

Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu Anda
Ostematrix Shaklee mempunyai formula yang unik. Ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, magnesium dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kebanyakkan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas, sebab itulah kenapa, bila anda mengambil osteomatrix shaklee, anda akan dapat merasa kesan yang sangat cepat dan menakjubkan! 


Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 


**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...