Pernah tak anda sedar atau menyedari yang anda memiliki peha besar. Pada kebiasaannya, masalah ini banyak dialami oleh kaum hawa. tambahan pula selepas melahirkan anak. ini menambahkan lagi kemungkinan untuk anda memiliki peha yang besar.
Sama ada anda sedar atau tidak, selepas melahirkan anak bentuk badan anda turut berubah. namun ada juga yang menghadapi masalah peha besar ini walaupun tidak pernah melahirkan anak.
4 Sebab Peha Besar
Antara penyebab masalah peha besar ini selain selepas melahirkan anak adalah:
1) Terlalu Banyak Duduk
Tidak banyak bersenam dan bergerak boleh menyebabkan peha kamu semakin berisi. Bukan itu sahaja, terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk juga boleh memberi kesan yang ‘tidak cantik’ di bahagian peha. Ini kerana, apa bila kamu dalam posisi duduk peha akan semakin mengembang. Jadi, apabila kamu tidak bergerak atau bersenam ia akan membuatkan lebih banyak lemak terkumpul di bahagian tersebut malah membuatkan peha kamu mengelebih dan tidak pejal.
2) Salah Pilih Jenis Seluar
Konsepnya sama seperti memakai ‘corset’. Lebih ketat lebih padat. Sama seperti seluar dan peha. Jika kamu pakai seluar yang jenis memeri atau strectable seperti palazo, peha mempunyai peluang untuk terus mengembang dan berubah bentuk tanpa di sedari. Jadi, tidak hairanlah mengapa peha kamu semakin besar dan melebar.
3) Keturunan
Cuba perhatikan bentuk badan ahli keluarga kamu. Jika ibu atau kakak kamu mengalami masalah yang sama itu tandanya kamu mewarisi genatik peha besar. Ini menunjukan peluang untuk kamu miliki peha yang kurus agak tipis. Namun, jika di iringi dengan azam dan semangat yang kuat besar kemungkinan kamu dapat kecapi apa yang di idamkan bukan?
4) Bentuk Tubuh
Jangan risau,memiliki peha yang besar tidak bermaksud kamu memang gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan. Sebenarnya,bentuk badan juga menentukan saiz peha milik kamu.Contoh bentuk badan seperti buah pear @ potongan A.
Dah tahu sebab penyebab kepada masalah ini, pasti anda nak mengetahui macam mana nak selesaikan masalah ini. Saya bagi anda sedikit petua untuk membantu anda mengecilkn kembali peha anda dengan cara yang paling efektif.
Petua Kecilkan Peha Paling Efektif
1) Kurangkan makanan berlemak
Tahukah anda makan berlemak faktor penyebab berat berlebihan akhirnya menyebabkan paha anda membesar??? Oleh itu, bagi mengecilkan paha dan mendapatkan berat ideal amalkan pemakanan sihat buat masa ni dan teruskan amalan ini agar lemak di dalam badan berkurangan sekaligus peha anda tu!
2) Tingkatkan pengambilan serat
Mulai harini, tingkatkan pengambilan serat tinggi seperti sayur dan buah. Ia bukan sahaja membantu proses penghadaman malahan membantu menurunkan berat badan sekaligus mengecilkan bahagian tubuh yang bermasalah.
3) Joging dan berjalan
Haa..ini rasanya paling malas nak buat kan?Nak kecilkan paha x??? Joging dan berjalan adalah cara paling efektif untuk kecilkan bahagian paha besar ni tau. 2 jenis senaman ini akan menjadikan otot kaki lebih kuat, paha pula akan menjadi lebih mantap dan tegang. Tiada lagi lebihan isi sebaliknya tubuh menjadi lebih pejal dan stamina pula bertambah baik. Tak mampu untuk joging? Cukuplah sekadar berjalan. Senaman sebenarnya membakar kalori dan lemak, paling best tahap kesihatan bertambah baik. Jika berkesempatan, berbasikal juga dapat membantu mengecilkan paha!
4) Senaman bangun dari tidur
Bangun ja dari tidur jangan terus bingkas bangun. Apa kata lepasni, sebaik saja bangun dari tidur dan dah baca doa bangun tidur tu lakukan senaman ringkas. Tak perlu bangun pun, angkat kedua-dua kaki ke atas. Lakukan secara santai sahaja, gerakkan ke atas dan ke bawah seperti mengayuh basikal dan tak perlu memaksa diri. Ini salah satu senaman kesukaan saya juga =) Nak peha kecil dan seksi?Senaman ini sangat2 membantu.
5) Krim pembakar lemak
Untuk mendapatkan kesan yang lebih memuaskan, boleh juga sapu bahagian tubuh yang bermasalah ini dengan krim pembakar lemak. Terdapat banyak pilihan dipasaran antaranya pati halia. Sapukan krim ini pada paha, kemudian tunggu sehingga krim kering dan menyerap ke dalam kulit. Selepas itu pakaila bengkung agar dapat membentuk tubuh lebih kemas.
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park
No comments:
Post a Comment